Saturday, October 27, 2012

Ada cerita? Tak ada?

Memang tak ada cerita pun. Tapi disebabkan saya buka blogger.com. Belek blog orang. Lepas tu broadband kakak 2 saya pulak sangat laaaajuuuuu, sampai terpop up rasa kagum 'eh cepat nya'. Seronok sangat seronok. Broadband sendiri dah tak boleh guna sebab tak bayar bil. Bulan ni kenapa entah bil tak sampai ke tangan lagi. Tak tahu la kat mana bil tu sekarang, itu sebab la bil broadband tertunggak. Semua bil-bil lain, Alhamdulillah dah settle. Semua dah dibayar. Seronok lagi, sebab baki $ boleh bajet untuk perkara-perkara lain.

Sebetulnya, tak ada cerita nak diceritakan. Tapi nak menulis. Alang-alang meminjam, eloklah sampai berjam kita gunakan broadband ni. 

Mula-mula, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. Semoga korban dan amalan yang kita lakukan, diterima oleh Allah swt. Yang penting kena ikhlas kerana Allah. Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk ke apa. Tahun ni kami tak buat apa-apa pun. Akikah tak buat, korban pun tak buat. Tunggu daging aje sampai ke rumah. Tahun depan, kena cari lembu dengan lebih dan lebih awal lagi. Dah cari awal, tapi masih juga tak sempat. Semua dah penuh. Tak ada rezeki la nampaknya tahun ni. InsyaAllah tahun depan, semoga ada jalan untuk kami buat korban.

Kakak 2 sampai rumah malam tadi, dia ada bagitahu yang anak dia Adaa bagitahu dia. Adaa tak nak jadi lembu, nanti kena sembelih. HAHAHA. Macam-macam kan pemikiran budak-budak ni.

Dialog-dialog kelakar lain, haa ni semua dialog anak-anak buah:

1. Bawa anak buah ke surau masa terawih. Lepas tu terdengar dia duk menyembang dengan budak-budak perempuan kat situ. Budak perempuan tu tanya, 'Awak anak sulung ke?' Sasha jawab 'bukan anak sulung, saya anak Firdaus'. HAHAHA. Aku nak tergelak bila dengar jawapan Sasha. Memang la dia tu anak Firdaus, tapi budak perempuan tu tanya macam tu. Sebab Sasha ada cakap, adik saya ada kat rumah. 

2. Masa raya, saya ada tulis nama di setiap sampul duit raya. Lepas tu, memang la saja-saja je tulis nama Sasha tu SASA. Adik dia pulak saya tulis PIYA je, padahal sebetulnya Fiya. Lepas tu, si Sasha datang cakap kat saya 'Chuda eja salah ni, bukan Sasa. Tapi Sasha'. HAHAHA. Lepas tu eh datang pulak si Fiya. 'Chuda chuda, nama Fiya pun salah. F lah, bukan P. Fi ya, bukan Pi ya'. HAHAHA. Serius saya tergelak. Sampai tahap tu mereka alert nama mereka. Padahal bukan apa-apa pun. Saya cakap, lain kali chuda eja betul-betul. Ketawa kecil Fiya, dia cakap kat Nabiha. Chuda eja nama salah. HEHEHE. HAHAHA. Mesti dorang ingat aku tak reti mengeja la tu. Fuh!

3. Dada cakap kat Fiya and Sasha, apa la 'Chuda chuda, Cikda lah. Macam la chuda tu cucu dia'. HAHAHA. Aku sendiri tak pasti, apa kaitan chuda dengan cucu. Mungkin sebab Chu kat depan kot. Mesti korang pun pelik kan, kenapa ada yang panggil Chuda, ada yang panggil Cikda or aku lebih suka tulis Chida mengikut sebutan budak-budak nih. Sebenarnya, aku rasa orang lain tak macam aku. Ya, saya ada dua nama untuk anak-anak buah panggil. Sebetulnya saya lebih sukakan anak-anak buah panggil Chida. Macam lebih best je. Macam ok je. HEHEHE. Saya pun kadang-kadang sekejap berchuda sekejap berchida. Mana-mana pun hentam ajelah. Orang sama je :)

4. Yang ni dialog dengan anak buah yang paling sulung. Macam terharu pun ada, macam alaaa. Urmm. Masa tu kami cakap-cakap pasal study sebenarnya. Lepas tu Nina cakap 'kakak lemah bahasa inggeris, yang lain senang je'. Pertama terharu sebab dia mengaku macam tu, dan sedar dia lemah BI. Nada dia macam jauh sangat. Wa wawawa.. Bila tiba time serius, boleh tahan juga nada dia :) Tapi ok lah, bagi saya. Budak darjah 6 dah boleh tahu mana mata pelajaran yang dia lemah. Kalau saya dulu kan, urmmmm langsung tak tahu. HAHAHA. Main hentam keromo je. Tak tahu la macam mana, tunggu ajelah result UPSR nanti. Harapnya semua ok. Amin

Ok, dah tu je. Kalau nak tulis semua, memang panjang. Selamat bercuti.



2 comments:

  1. "bukan anak Sulung, saya anak Firdaus"

    wahahahahaha.. lawaklah!

    ReplyDelete
  2. memang kelakar bila dengar budak2 ni bersembang. budak2 bersih je pemikiran mereka. naif :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.