Thursday, October 25, 2012

Bunga

Dah lama nak share pasal benda ni. Agaknya kan, bila last korang dapat bunga? Kalau saya, last dapat bunga masa hari konvokesyen zaman pop yeh yeh dulu. Dah lama sangat-dan-sangat. Hari ni memang nak bercerita pasal bunga aje. Bukan pasal anak buah dah. Tak nak ar bercerita pasal Afiqqq je memanjang. Tau la dia tu isi banyak. HAHAHA. Jahat sungguh aku.

Ok, serius. Bercakap mengenai bunga. Memang sudah pasti raaamaaaai perempuan sukakan bunga. Wah jiwa-jiwa gitu ;p Saya respect kalau perempuan tu, pandai jaga bunga. Dulu masa study, ada sesetengah kawan-kawan dapat bunga dari pakwe [pakwe la sangat], pandai ooo mereka jaga. Bunga tu kan terletak aje dalam plastik comel-comel je. Lepas tu siap gantung kat dinding. Yang paling best, bunga yang digantung tahan sampai bertahun-tahun. Bukan berbulan-bulan, bukan berhari-hari. Tapi bertahunnn oo. Ya Allah, macam mana dorang boleh buat macam tu? 

Seingat saya, bunga yang saya dapat time konvokesyen tu kan. Arwah mak yang jaga. Dia gantung kat dalam bilik. Bunga tu kering dan berderai. HAHAHA. Tak sampai kot setahun. Rasanya macam sekejap je la bunga tu ada depan mata. Saya memang langsung tak jaga, entah. Tak reti. Dapat bunga memang la seronok macam ada bunga api je kat dalam hati. Tapi bila tiba nak jaga tu, urmm mula lah terkial-kial. 

Ingat kan, boleh la juga lawan siapa terer jaga bunga hidup, sampai jadi bunga mati lagi kering dengan kawan baik tu. Rupanya tak terlawan aku nih. Dia lagi terer jaga bunga.

Sebab tu lah, memang dah nekad kat diri. Dah tak nak orang kasi bunga dah. Cukup lah, sebab terasa membazir nya bagi kat diri ni. Bukan reti nak jaga. Happy tu memang lah happy. Tapi entahlah, macam rugi. Sebab bunga akan layu jugak kan? Rugi tapi suka tengok bunga. Tangkap gambar bunga, indah indah sungguh.

Ok, kalau nak tahu header kat yang terkini ni terpampang sejambak bunga gerbera merah. Oo sangat cantik. Suka gilerrr. Saya tak tahu kenapa, tetapi saya tahu saya sukakan bunga gerbera ni. Nama bunga ini baru saya ketahui minggu lepas, tengok posting date pasal header tu. Haa hari tu la dapat tahu selepas gigih mencarinya di merata-rata di internet. Kegigihan mencarinya berbaloi. Akhirnya dapat juga tahu nama bunga ni [riang gembira tapi tak adalah sampai nak lompat binatang]. Terus abadikan dan menaik taraf menjadi header MPS ni. Comel comel. HAHAHA. Suka tau. Sebelum ni, saya tak pernah ambil tahu tentang nama bunga ni. Hanya sekadar, saya tahu saya sukakan bunga ini. Bukan bunga ros. Bunga ros tu lah, ala bunga yang kononnya lambang cinta itu. Bukan bunga tu, bagi saya bunga tu boleh la. Biasa-biasa aje. Tapi gerbera ini agak luar biasa bagi saya. Mungkin sebab dia cantik kot, pada pandangan saya yang buta bunga nih.

Gerbera yang pinky gitu. Dahla lembut cantik pulak tu

Gambar bunga tahun lepas. Sebenarnya ini bunga hiasan bagi konvokesyen. Lepas konvo dah berakhir, bergambar apa semua. Hari dah lewat, pegawai yang incharge dewan dan dekorasi kasi ambil bunga. HAHAHA. Suka gilerkk ok!! Siapa la yang tak nak kalau orang kasi bunga. Free pulak tu. Eh kiranya yang saya cakap dapat bunga last masa saya konvo tu tak betul la eh? HAHAHA. Kalau pasal bunga memang yang dalam kepala, hanya time konvo tu je yang saya dapat. Cantik berbungkus dalam plastik. Bunga segar dari ladang. Mau tak ingatnya. Seronok nya time konvo masa belajar dulu. 

Ini bunga kira tak aci la, sebab ini bunga yang bukan khas untuk kita. Tapi tetap suka, sebab ada si pink di sana. Nampak tak sekuntum tu haa? Cantik kan? Saya ambil kerana ianya free dan kerana si pink itu ada. Kenapa sekuntum? Kerana bunga ini macam tak banyak sangat la dorang letak. Dia macam cucuk sikit-sikit je. Jadi siapa yang nak ambil, memang kena beringat-ingat. Sebab tak banyak, jadi kena la ambil sikit aje. HAHAHA. Pendekkan ayat, bunga sikit sila jangan haloba nak ambil bunga tu macam la boleh makan.


Lagi bunga yang saya bawa balik. Dua je pun. Tapi gerbera dapat satu je. Bunga-bunga ni masa 1st day saya bersemangat. Lama-lama, saya macam bunga berubah menjadi layu dan maka, bunga itu mati. Saya tidak ambil peduli. Tegar kau aida nayakan bunga. Err, bukan macam tu. Cuma hayat dia tak panjang. Lumrah alam, macam sekarang ni haa. Hari hujan. Tiba-tiba pulak.


Tengok date korang tahulah bila saya start sukakan gerbera. Ini tahun 2006. Gigih mencari zaman tok kaduk nak letak juga dalam entry ni. Bunga ni diselenggarakan oleh arwah mak kita. Dia la letak air tak nak kasi layu. Saya hanya pandai cakap 'lawo lawo. cantiknya bunga ni'. Itu aje, yang lain-lain, boleh tapi tak pandai sangat nak membela bunga. Oh yang berdiri sambil tersenyum comel tu, macam biasalah. Model kelas pertengahan. Angah, ala anak buah saya tu. HAHAHA. Saje je buat ayat macam ni, konon korang kenal. Bunga ni pun, bunga konvo juga. Malu weh asyik mention bunga hasil kutipan je memanjang. Nampak sangat tak pernah beli bunga sendiri. Tak nak ar beli bunga, baik beli makanan. Perut pun kenyang, nanti dia menyanyi suka hati.

Ok lah, itu aje nak share pasal bunga ni. Akhirnya siap juga penceritaan bunga ni. Dah karang 19 hb lalu tau, tapi keadaan diri agak berserabut dengan kerja kat depan mata. Jadi, memang terpaksa memilih antara dua. Lalu saya pilih kerja sebagai pilihan pertama dan entry ni, pilihan ketiga. Eh kenapa ketiga?? Suka hati la nak cakap kedua ke, pertama ke. Start ngarut doh nih. Ok jumpa lagi eh di lain masa. 

Saya tinggalkan dengan pesana, sila kira berapa kali saya typo?? Usah di layan la pesanan ni. Ok, papai.


2 comments:

  1. hahaha... untunglah dapat bunga free :D

    *akak pernah kerja kedai bunga lebih kurang 2 bulan lepas habis SPM :D

    ReplyDelete
  2. hahhaa. best oo dapat bunga free, dengan pasu-pasu kami angkut

    *mesti pandai gubah bunga :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.