Tuesday, October 9, 2012

Burger Bakar Terengganu

Pagi-pagi buta dah type entry. HAHAHA. Bersungguh benor.

Semalam balik dari kerja. Rasa nak makan burger bakar. Sebenarnya dah tahu akan kewujudan gerai burger bakar di bumi Kuala Terengganu. Dah tahu dah, sebab terpandang signage yang menyatakan 'mek, kat sini ada jual burger bakor, mari la menabung kat sini. menabung kolesterol, minyak, lemak dan macam-macam. moh ler kita'. Err, tapi tak ada la panjang macam tu signage tu, isi pentingnya adalah memberitahu ada burger bakar. Itu aje. 

Walaupun dah tahu, tapi tak terbeli-beli sehinggalah petang semalam.

Kalau nak tahu, [update : 22 Feb. 2014 : saya ambil keputusan untuk buang lokasi dan nama kedai ini]. Kata orang, kata orang la, bukan kata saya. Kat [update : 22 Feb. 2014 : juga saya buang nama kedai ini] ni, makanan dia boleh tahan. Betul ke tak, entahlah. Saya tak pernah melepak kat [update : 22 Feb. 2014 : saya buang nama kedai ini].

CATATAN : update 22 Feb. 2014 : saya mengambil keputusan untuk membuang nama kedai dan lokasi kedai ini kerana, pada 17 Feb. 2014 setelah sekian lama tak pergi membeli burger bakar ni. Saya dan sepupu beli sebanyak 2 burger. Namun yang kami dapat hanyalah burger sahaja. Tiada french fries lagi sebagai additional. Kiranya, macam tak berbaloi la kan. Elok saya buang nama dan lokasi agar mereka yang membaca dan teringin nak cuba burger ini tak salah faham dengan entry ini. Saya cadangkan kalau korang tinggal di KL/Shah Alam, cubalah burger kat sana. Kat sana berbaloi mungkin disebabkan ramai persaingan. Jadi dorang buat yang terbaik untuk customers. Kat Terengganu tak banyak saingan, jadi kalau buat 'gitu-gitu' pun orang tetap datang walaupun tak berapa memuaskan. Terima kasih

Ok kita berpatah balik pada burger bakar nih.

Hari tu terliur sangat bila melihat burger ni kat Jalan-jalan Cari Makan. Hari ni, jom kita nikmati rasanya. Macam mana eh.

Beli bungkus aje. Harga RM6.50 untuk setiap burger. Saya beli yang biasa-biasa aje. [update: ayam dan daging. Cuma yang ayam saya tak sempat makan]. Paling mahal ialah RM20 kot. Untuk cheese kena tambah RM1. Woo. Baik beli cheese sendiri. HIHIHI. Dasar nak jimat.


Rupa burger bakar. Macam ni la, ala dia balut tak balut sangat la, dia alas dengan kertas tu. Lepas tu terus masukkan kat dalam paper bag macam tu. Burger tak rosak, masih indah dan cantik sempurna bila dihidangkan. Sedap kan? Kan? Kaaaannnn??


Dia asingkan sos black pepper tu kat dalam satu bekas kecil. Gambar burger saya edit nak kasi sama dengan real. Sebab pencahayaan handphone saya tak begitu menjadi. Kat dalam handphone warna cantik giler, tapi bila dah transfer kat lappy ni, warna dia menjadi luntur. Oh marilah kita guna Vanish! Tetiba Vanish disebut-sebut, jangan tersedak sudah.


Banjir tak hingat, kalah dan menangis kalau kelab burger-burger fast food tengok ni. Mesti dorang nak join persatuan burger-burger bakar lepas ni. HAHAHA. Ya, inilah pandangan yang lebih rapat. Muka ke muka burger bakar. Aroma menusuk hidung, errr apa lagi, teruslah ke agenda makan-makan. HIHIHIHI.

Nak cakap ini aje : rasanya boleh tahan sedap. Daging dia besar dan tebal. Daging homemade, kat dalam daging tu siap ada macam rempah kot. Daging tak berbau, errr maafkan saya McD [refer entry bawah, sila sila] awak terpaksa akur bahawa daging awak berbau agak kuat. Berbau lembu, eh tak tak. Berbau daging. HAHAHA. Bukan apa, bila gunakan word 'lembu' terasa macam kasar la pulak. Tapi itu hakikat dia la.

Kalau nak sedap, boleh tambah cheeseeeeee! Urmm, yum yum.

Ok itu aje, saya sudahi dengan 'lain kali boleh try lagi'. Oh ya, jangan makan kerap sangat benda-benda [makanan] macam ni. Tak elok sangat untuk kesihatan kita. Itu pesanan yang selalu saya ingatkan kat diri sendiri. Dan sekarang, nah saya turunkan pesanan tu untuk anda juga :)


4 comments:

  1. alamak.. burger lagi. (air liur tengah meleleh)

    *pernah baca burger bakar kat blog ntah sapa.. rega smpai RM17. org siap beratur panjang...

    ReplyDelete
  2. burger ni sedap. tapi kan, bila kali ke dua pergi beli. tak patut ar, roti dia macam roti lama je. hahhahaa..

    *ada ke patut mengadu kat sini, pergi la mengadu kat tuan kedai

    ReplyDelete
  3. saya rs sedap lg burger biasa kat Avon gong badak...

    ReplyDelete
  4. LALA YUSOF:
    oo ye ke. tak pernah lagi beli burger kat Avon tu. Kedai mana eh?? Nak juga try :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.