Sunday, October 7, 2012

Jom main nama negeri

Tak tahulah korang pernah main ke tak mainan ni. Tak tahu juga korang panggil permainan ini dengan nama apa. Tapi saya, memang panggil permainan ni main nama negeri. HAHAHA. Entah macam mana dapat nama ni, tak tahu la. 

Biasanya permainan ni kami main time malam-malam. Yang jadi geng ialah adik-beradik je. Ambil buku latihan, pen. Terbongkok-bongkok buat column. Lepas tu, start main. 

Paling best, biasanya kami akan mulakan dengan huruf yang berterabur. Kadang-kadang mengikut alphabet. Lepas tu, kalau huruf yang macam payah je kan. Mula la sorang-sorang buat perkataan mengarut. Mengarut tak hingat! Bila ada aje perkataan kami tak biasa dengar. Terus cakap. Dok aci! Dok terima perkataan ni. Adok perkataan gini, bla bla bla. HAHAHA. 

Walaupun macam tu, tetap seronok main sampai penuh page. Rasanya budak-budak sekarang dah tak layan kot benda ni. Mereka lebih suka layan interrrrnett. Maju oo budak-budak sekarang. Janji maju dalam benda-benda yang positif :)

Gambarajah di atas dilihat dan di ambil secara tangkas ketika melayari fb sebentar tadi. 


2 comments:

  1. akak tak pernah main permainan ni.. :D

    ReplyDelete
  2. permainan yang sangat popular di suatu ketika dulu. kalah angry bird tau. hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.