Thursday, October 18, 2012

Kedekut®

Agaknya memang dah lumrah alam. Budak-budak yang berusia 1 tahun lebih, akan berdepan dengan 'kedekut'. Kalau nak manis sikit, kita tukar ayat kedekut tu kepada 'belajar menyayangi apa yang menjadi hak dirinya'. Itulah yang sedang dilalui oleh Afiq. Bila dia ada makanan. Uish, tak nak kasi pun tau bila kita minta. Siap tolak-tolak lagi tangan kita. Yelah, takut kita ambil makanan dia. Elleh. Tahulah dia tengah ada makanan. Nak eksyen pulak. Kalau kita cakap kat dia ' Afiq.. nak sikit'. Saje je dia buat-buat tak faham. Lepas tu larikan makanan dia. Sorok makanan kat belakang badan. HAHAHA. Woooo time dia ada makanan. Lupa diri eyh. Afiq mungkin lupa akan pepatah ni, ada hari ada batas. Lupa la pulak macam mana pepatah ni. Nanti bila Cuda ada makanan, taulah Afiq nanti. HAHAHA. Dah tahu dah, Afiq mesti datang dekat-dekat dengan mulut ternganga-nganga. Dah boleh baca dah. Afiq Afiq.. Comel jer. *tak boleh nak melayan blog sangat.. Masih ada kerja yang belum selesai. Inipun online through handphone je. HUHUHU




2 comments:

  1. hahahhaa... shinta kedekut dgn maminya. Tapi dgn kawan-kawan kemain pemurah (taktik nak ambil hati kengkawanlah tu.. maklumlah di rumah dia xde kawan)

    ReplyDelete
  2. hahaha.. budak2 biasa macam tu la. tp lama2 ok je :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.