Thursday, October 11, 2012

Makanan untuk gemukkan semangat!

Memang agak seksa menahan rasa mengantuk yang membadai di mata. Sebelum ianya berubah menjadi ombak menghempas mata menjadi lebih tertutup, terimalah satu makanan yang bukan untuk dimakan tetapi untuk dibaca. Makanan ini penting untuk menggemukkan semula semangat kita semua yang mungkin dah beransur menjadi suam-suam, mungkin juga terumbang-ambing di jalan yang berliku [err kalau yang dah bersemangat waja setiap hari pun masih boleh membacanya. no problemo ok]. 

KEHIDUPAN adalah ujian dan cabaran. Semuanya memberi pengalaman dalam menghadapi hari-hari mendatang bagi mendewasakan kita. 

Sebagai umat Islam, kita hendaklah banyakkan bersabar di atas ujian dan terus menguatkan keimanan kepada Allah. Kita hanya boleh merancang dan berusaha, tetapi yang memberi adalah Allah.

Kita hendaklah sentiasa berbaik sangka dengan Allah kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang dan sentiasa memberi rahmat-Nya kepada setiap makhluk-Nya.

Yakinlah dengan kuasa dan rahmat Allah. Sekiranya kita bertambah dekat dengan Allah, maka Allah sentiasa bersama kita. Ini pernah dikatakan Nabi saw dalam hadis yang bermaksud: “Aku selalu mengikut sangkaan hamba-Ku. Aku sentiasa bersama-samanya. Ketika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku pun mengingati-Nya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekati-Ku sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari.” (Riwayat Bukhari).

Artikel ni, saya baca di Metro. Oleh kerana saya tersangat gemarkan bacaan yang berunsur motivasi, maka eloklah saya postkan artikel ni untuk saya baca di lain masa dan untuk kamu-kamu juga. Semoga ada manfaat yang boleh kita ambil di setiap bait kata-kata yang diberi.


3 comments:

  1. kehidupan di alam fana ni memang ada pelbagai ujian dan dugaan...hadapilah dgn sabar..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah... burp!

    dah kenyang. Dah bertambah berat badan sekarang :D
    terima kasih atas makanannya ya!

    *pokok kat header tu pokok sakura ke?

    ReplyDelete
  3. BLOG USANG :
    semoga ujian itu dapat dihadapi dengan baik. err, sedang bersabar la jugak ni :)


    NONG ANDY:
    dah kenyang sila minum air. hehehhe. sama2 jugak kerana sudi makan.

    tak tahu pokok apa, kebetulan tengah cari kaler untuk buat kerja lepas tu terjumpa gambar ni.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.