Tuesday, October 9, 2012

Pameran

Pameran keusahawanan kot. Nama pameran memang dok letak kat dalam kepala sebab duk sibuk teruja benda lain. HAHAHA. Dekpom nama panjang sangat tek. Keusahawanan nape ntah. Malam ni malas nak menulis dalam bahasa baku. Nak tulis dalam bahasa negeri den juga. Dan dan terkeluar den. Apo kono ey mek? Ok lah, kita berbalik kepada benda yang nak dikongsikan nih.

Pagi Jumaat lalu, kalau rajin boleh menyelongkar entry bertarikh  tak ada maknanya kalau rajin, itu berkenaan pasar borong. Tak perlu merajinkan diri. Tak perlu. Sebab tak post cerita pasal ke Pameran IT kat TTC. Cepat sangat masa berlalu, sampai dok sedar. Sampai berterabur 'eh pergi pameran IT, dah 2 minggu lepas, cerita pameran Keusawanan ni, yang last week punya'. HAHAHA. Naik berpinor la mata korang semua sebab tak faham. Apa yang cuba disampaikan ni??? Apaaa aida?? Tak mengapa, kalau dok faham. Dok apa, ianya tidak menjejaskan apa-apa. 

Abaikan intro yang panjang tu.

Eh, tadi cakap nak tulis dalam bahasa ibunda. Betul, tapi itu tadi lah. Sekarang tak. Tadi kan, terasa macam tersekat-sekat aje bila nak tulis. Sekarang tidak lagi. Urm kita tulis campuran aje la eh.

Di hari Jumaat selepas melepak-lepak bersama-sama sepupu. Jam 11 lebih balik rumah. Dah berjanji untuk ke TTC nak tengok pameran. Doh sebab bersemangat bila dapat tahu ada coklat, ada cup cakes, ada MAKANAN kat pameran ni. Suka. Suka makanan.

Masa sampai, jalan sesak. Kami pergi sebelum solat Jumaat, adalah dalam 12.30 pm macam tu. Aih, sedih bila tengok suasana yang tidak berapa menyenangkan mata. Tak macho ar kalau dah jam 1 pm, tapi kaum-kaum adam masih berkeliaran kat dalam dewan pameran. Tak cantik tau. Patutnya masa tu, korang kena lah  dah nak pergi ke masjid ke, dah ada dalam masjid ke [contoh la kan]. Ini tak, masih lagi merewang-rewang kat sana. Bersangka baik, mungkin mereka lambat sikit kot. Mungkin :) Ini yang malas nak keluar jalan-jalan time orang nak bersolat Jumaat. Sebab mata akan melihat suasana yang owwh ;( tak best ar. Serius!

Ok la, tinggalkan bab itu. Kita ke bab yang seterusnya. Parking masih ada lagi, jadi agak senang nak park kereta. Sementara menantikan kawan saya yang comel tu sampai, habis setengah plastik kacang aku makan. Dah bosan makan kacang, mata duk melilau pandang padang kat depan mata. Namun Idah dok sapa-sapa lagi. Lambat Idah ni eyh. Bazir masa ni eyh. Jadi eloklah kita ke ruangan tepi dewan. Ada juga orang menjual barang-barangan. Terpedaya, lalu terbeli satu gaun. Eh, jap. Apa entah orang panggil baju ni. HAHAHA. Abaikan aje lah, janji dah terpedaya dengan diri sendiri beli baju. Dok mahal mana pun. Ok la, sebab memang tengah cari pun baju jenis gini. Kira ok lah, dok nyesal pun.

Idah sampai, kami masuk dalam dewan. Ya Allah, apa punya panjang aku tulis ni. Dari sekolah sampai sekarang, tak habis-habis menulis semua benda. Maafkan saya. 

Rasa nak tergelak bila tengok Nat Geo Wild dalam Bahasa Melayu. Kelakar giler. Macam suara kartun spongebob. 

Biasanya orang malas nak membaca tulisan yang panjang aida, kecuali mereka yang mempunyai daya aura penulisan yang sangat hebat. Ya hanya penulisan yang hebat [menarik hati] sahaja yang membuatkan mata seseorang itu akan meneliti dan membaca dari ayat ke ayat sampai ke penghujung. Kalau tak, mesti scroll down tengok gambar aje kan? Saya suka membaca penulisan yang ada aura, kalau tak honestly, saya memang tengok gambar aje. Boleh tak kalau kita cut aje tulisan ni aida? Tak nak la main cut-cut. Dah tulis, tulis aje lah. Benda ni normal. Bukan pelik pun. 

Oleh itu korang layan gambar eh 0_o

Bila masuk dewan, mata melilau sebab dok tahu nak start kat mana dulu. Sebelah kanan ke atau sebelah kiri?? Lalu keputusan di ambil 'kita gi belah sini ar dulu, lepas tu kita pusing'. Plan baik sokmo. Biasa ni.

Terkejut sebab semua tempat boleh kita rasa makan. Kalau rasa lekat bila makan tu, boleh aje pergi minum air. HAHAHA. Eee, dok malu ngat. Doh, orang beri peluang gitu. Lepas tu bila kita lalu aje kat kedai dia, peserta keusahawanan tu akan panggil 'rasalah ni, ambik lah ni'. Sampai terpaksa tolak dengan baik. Sebab tak larat ar nak rasa semua benda. Sikit-sikit cukuplah.

Dalam banyak-banyak gerai pameran, kami tertarik dengan satu gerai ni. Ya Allah rasa macam dalam cerita kartun. Hansel & Gretel tu. Semua nampak comel. 

Kalau dok caya, tengok ar diri gambar ni semua.

Yang ni gerai yang mula-mula kami nampak. Cantik giler. Bukan setakat berseni, tapi teliti sungguh kerja tangan dia. Cerewet tu nak buat patung tu. Memang nampak macam menakutkan sikit muka-muka patung tu. HAHAHA, nampak macam susah hati je muka-muka keluarga ni, tapi lawo. Siap satu keluarga bersantai goyang kaki. Tetap cantik. Saya sendiri, tak terfikir nak buat fondant cake gitu rupa. Bukan saja tak terfikir, malah tiada dalam senarai impian pun. 

Nampak tak tolong jangan sentuh tu? Tak boleh ar tengok pesanan tu, diri ini terasa semakin 'nak cuit je kek tu'.


Di gerai ke dua, lagi cantik rupanya. Kat sini kaki kami mula terpaku agak lama. Gerai ni betul-betul best. Ini salah satu contoh cake yang boleh kita tempah. Comellllllllllll! Baby tengah tidur dalam buai ke atas katil dia? Comel sangat. Oh ya, harga bagi semua kek ni adalah bermula dari RM150 dan ke atas. 


Antara himpunan yang ada pada hari tu. Cup cakes, lepas tu ada fruit tart.


Lagi kecantikan yang dipamerkan. Yang ini kalau tak silap, macam alatan menjahit. Ada benang, ada butang. Sayangg oo nak makan. Cuma kan, kalau fondant cake ni biasanya dia cepat kotor. Senang sangat habuk nak melekat. Kalau ada peluang, try la perhati betul-betul.


Olololololo. Sila perhatikan kombinasi warna yang digunakan tu. Hijau I suka, pink pun i boleh la, suka la jugak. Kombinasi sangat ngam. Lepas tu, err agaknya kan, memang wajah patung macam tu kot. Muka keras mata bulat. Kelakar. 


Sila pilih, sila pilih. Murah-murah aje. Murah-murah pun, saya beli 1 aje cup cake. Saja nak merasa macam mana la agaknya eh 'red velvet' ni. Dalam dunia blog, asyik sebut nama dia. Kita tengok gah ke idok? 


Kami dah beransur dari tempat makanan semua tu. Ini dewan sebelah, ada menjual barangan rumah, set-set kayu buluh, macam-macam lah. Ini untuk buat nama. Tahu Idah ambil gambar candid, dok suka candid. Tapi malas ar nak layan, nak layan cari nama aje. Kalau nak tahu, nama dah banyak habis. Tinggal huruf Q, huruf X, urmm sapa la nak guna huruf tu semua. Oh ya, kebetulan sepupu birthday nya jatuh pada 5 Oktober hari tu. Jadi, tak tahu nak kasi apa. Kita kasi yang ini ajelah. Biasa-biasa aje, tapi janji aku suka benda-benda gini. Kata orang, baik kita bagi benda-benda yang kita suka kat teman-teman kita. Memang akan rasa sangat berpuas hati. Kepuasan tu timbul walau nilainya mungkin tak ada lah tinggi mana. 


Berehat menjamu red velvet. Berapa bintang yang boleh kita bagi? Urmm, 3/5 kot. Biasa aje rasa dia, yang tu kek biasa. Rasa tepung macam biasa tu. Lepas tu yang kat atas tu, macam kastard kot. Krim yang tak manis sangat. Bolehlah. 


Biskut semperit. Antara biskut kegemaran. Rasa biskut ni, agak manis. Rangup. Macam rasa biskut yang cair kat dalam mulut. Itu aje, keaslian dia agak tersasar la sikit. HIHIHI. Nak explain keaslian tu, memang tak ar. Sebab rasa setiap orang kan berbeza. Ya, saya cerewet bab-bab rasa, padahal masak tak terel pun. HAHAHA. Pandai komen je. Ok aida, boleh keluar sekarang.


Hasil nama yang dibuat tadi. Happy Birthday Na. Saya sayang awak. Sayang lia jugak. Nilah sepupu yang rapat suka duka sama-sama. Cuma huruf I tak cantik. Uduh ar warna hitam. Tak terfikir pulak, patut dan wajib ditukar kepada warna light purple macam yang saya punya. Sebab nama mereka siap awal, last baru nama saya siap. Jadi yang last tu, dia kasi untuk nama saya, warna I yang boleh diterima akal. Tak adalah hitam macam tu. Ish, dok comel, bila siap baru perasan 'kenapa dok tukar??'. Namun, rasa bersalah itu diabaikan, malas ar nak fikir lebih-lebih.

❤ 

Ok dah habis dah. Penat kan membaca esei panjang-panjang macam ni. Nasib baik tak masuk exam, kalau tak mesti cikgu dah cakap 'tulis sikit-sikit dah la aida'.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.