Sunday, October 14, 2012

Pendek je

Kadang-kadang macam bosan aje bila gunakan ayat, sekarang masih kat pejabat. Cliche sangat ayat tu. Lantas berfikir mahu gunakan ayat apa selain daripada ayat tu?? Ok, memang sekarang masih di pejabat. Masih dalam proses menyiapkan jadual bagi semester baru nanti.

Sebenarnya, tak ada apalah sangat nak menulis kat MPS ni. Hanya menyia-yiakan masa yang ada. Mungkin agak rugi di situ, tetapi apalah kiranya jikalau ianya dapat melepaskan keserabutan untuk seketika. Bila dah tulis ayat serabut, ianya bukan membawa serabut sangat pun. Sekadar ayat berbasa-basi. Apalah sebenarnya tujuan entry ini dibuat? Adakah sekadar ingin melempiaskan rasa bosan yang mana kat dalam kepala duk berlegar-legar 'apa lagi nak buat nih???'. HAHAHA. Padahal banyak lagi perjalanan tugasan ni. Buka blog tutup blog. Tak tahu apa yang dicari, sebab kat dalam kepala masih ada plan yang perlu dibereskan.

Tapi kan, kenapa eh asyik sibuk aje menulis pasal kerja. Macam sibuk benor mung ni. Macam orang lain takdok keje. HAHAHA. Tulis la pasal benda lain. At least, lari la sikit dari memikirkan kerja. Kerja ini memang menguji, mungkin kerana saya masih belum cukup ilmu. Masih belum dapat kenalpasti trick sistem. Abaikan aje lah. Tak perlu pun ditulis perkara ini.

Dah dua hari tak dapat tengok Masterchef. Biasanya kalau hari Sabtu, sanggup tercongok kat depan tv melayan MC. Tapi kekangan masa tidak mengizinkan. Padahal dah tengok dah siaran pada malam hari, nak juga tengok ulangan dia. Macam-macam perangai yang ................. terpaksa di kosongkan sebab kalau tak tulis pun, semua orang dah boleh nilai sendiri perangai peserta MC kali ni.

Che Lah adalah salah seorang peserta yang saya paling tak suka. Macam 'eh dia ni'. HAHAHA. Itu dulu, sekarang dah lain dah. Suka tengok dia. Sebab macam itu la dia kot. Etiqa pun ok, beauty with brain. Cara bercakap nampak la orang ada ilmu. Tak ada lah main ayat-ayat kasar. Izyan pulak, dia biasa aje tapi dia sebenarnya ada aura tersendiri. Dulu-dulu kan, masa awal-awal episod tak boleh nak kenal juga perangai mereka ni. Lama-lama barulah sikit demi sikit true colour dorang keluar. Si Nina pun ok, nampak cool aje. Sama aje lah dengan Ammar tu. Mereka ni ada talent la untuk jadi juara MC. Salah sorang daripada mereka mesti akan jadi juara, tapi tak tahu la siapa. Entah dan tidak tahu mengapa perihal MC ini ditulis. HAHAHA. Takpe, at least ini komen untuk peserta MC musim kedua. Nanti musim ke 3 lain pulak komen dia.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.