Friday, October 5, 2012

Pengat Ubi Keladi

Minggu lepas, ada ditulis pasal membeli ubi keladi kat pasar borong. Ubi yang dibeli, tak di usik pun oleh penghuni rumah. Padahal beli tak banyak mana pun. RM3 aje. Sebab tu la, kalau kita beli RM1, tentu orang akan fikir 'wuishhh! kedekutnya. ada ke beli RM1 jee!'. Kan? Macam kedekut. Padahal hakikat sebenar, sampai kat rumah kadang-kadang yang dibeli sebanyak RM1 itu, yang dibeli untuk family, kadang-kadang tak dapat sambutan pun. Tak ada yang makan pun, kadang-kadang sampai basi. MEMBAZIIRRR! Saya selalu berdepan situasi membazir apabila tibanya pasar malam. HUHUHU. Sebab itu lah, saya biasanya akan membeli berdasarkan keadaan rumah saya. Bukan mengikut cakap orang 'uissshhh! sikitnya beli, beli la banyak sikit'. 

Pernah tak korang berdepan dengan situasi, pejabat ada buat makan-makan. Lepas tu lebihan makanan masih bersisa. Lantas semua kawan-kawan siap sediakan plastik untuk bungkus makanan bawa balik ke rumah. Pernah kan? Ke tak pernah? Macam saya pernah berdepan dengan situasi macam tu. Apabila kawan-kawan nak bungkuskan makanan, dia akan tanya 'cukup ke?'. Biasanya saya akan jawab cukup. Sebab kadang-kadang bawa balik berjenis-jenis pun membazir juga. Nanti tersadai aje kat atas meja makan. Sangat membazir walaupun makanan tu FREE! Padahal makanan tu, mungkin boleh menjadi rezeki kepada mereka yang lain. Free bukan tiket untuk kita angkut borong bawa balik rumah. HAHAHA. Bila tengok ayat borong, macam seram juga weyh! Macam angkut makanan bawak balik rumah dengan lori. Kejam giler. LOL. Arwah mak saya selalu berpesan, kalau ada orang nak bungkuskan makanan, jangan ingat kat diri kita aje. Ambil setakat yang perlu. Selebihnya, bagi-bagi kan dengan kawan-kawan yang lain. Setiap kali berdepan situasi macam ni, nasihat ni la yang datang berlegar-legar kat kepala. 

Berbalik kepada cerita pokok tadi, err bukan pokok daun kayu tau. Pokok ok okok. Ok dah jangan merapu di petang Jumaat ni. Ubi keladi yang dibeli itu hari, disimpan dalam peti. Sehari kemudian, kakak ipar buat pengat ubi keladi. Semua orang makan sampai habis.


Rupa pengat

Pengat ni lemak-lemak manis. sedap!

Lain kali boleh beli lagi ubi keladi ni.


3 comments:

  1. dah lama tak buat pengat ubi.. yummy!

    rasa macam nak pi beli yam lah pula hehe

    ReplyDelete
  2. ah... kita terdorong rasa tamak bila ada makanan free nak tapau semuanya.. tapi lupa di rumah belum tahu habis di makan :(

    ReplyDelete
  3. best ni tau. lemak2 umppphh!

    *yelah, kadang2 makanan begitu menggoda. tu yg rasa nak tapau je semua ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.