Saturday, October 6, 2012

Samurai Eyahhh!!

Terasa nak makan burger samurai McD ting ting! moh lawan pedang [terbayang lompat-lompat ala ninja. time ni la nak terbayang ninja dengan pakaian hitam dia tu]. Punyalah semangat berkobar-kobar nak makan, dah lama tengok iklan nih. Macam sedap terliur. Terus ambil kunci kereta, start kereta menuju ke restoran segera tu. Sampai kat sana, berderet kereta kat lane drive thru. Jam pulak, lagi beberapa minit nak ke angka 9 malam. Time tu baru teringat, kalau beli before 9 pm, kita dapat murah. McValue dinner. Harap juga dapat order sebelum jam 9. Tapi masa tu 50/50. Kereta tak boleh nak bergerak, sebab kat kaunter 2 untuk ambil pesanan tu kereta dah sendat.

Masa tu, berharap macam tu jelah. Dapat dapat, tak dapat sudah.

Last, dapat juga order dengan harga murah.

Keinginan makan begitu meninggi, jadi ambillah yang double samurai. Terus ambil double. Yang biasa tak nak ambil. Balik rumah, bila dah makan. Ooo, daging ni agak kuat baunya. Bau 'sangat daging' sekali. HAHAHA. Dah nama pun daging, memang la bau dan rasa daging aida oii. Lepas tu, macam tak ada apa sangat la. Biasa-biasa aje. Untuk beli kali kedua? Urmmm, rasanya tak kot. Cukuplah ini sekali. 

samurai la sangat.

3 comments:

  1. eh... kejamnya! akak pun suka burger.. tak boleh jadik nih!

    rasa-rasa macam ada burger ayam dlm fridge. tapi xde roti burger pula...

    ReplyDelete
  2. 1) cantik header baru

    2) lapar lagi nampak burger tu

    3) Aida di tag
    http://lovingustory.blogspot.com/2012/10/impian-mampu-abang-stalker.html

    ReplyDelete
  3. hahahha. kfc ada keluarkan burger baru tau. lagi sedap! errr, nampak sedap..tp tak tahu la macam mana.

    1. header separuh siap tu :)

    2. hahaha. pergi goreng daging burger sekarang

    3. ok, nanti orang tengok tag tu. TQ

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.