Wednesday, October 3, 2012

Selepas 3 tahun

Macam mana eh nak mulakan cerita nih. Ya Allah, selepas 3 tahun dia menghilang dan menyepi selepas perkara MLM ini [bacalah kalau nak tahu kisahnya]. Kan? Tiada siapa menduga dia akan kembali kepada saya.

Malam tadi, selepas menonton tv, saya terlelap dan terlelap sampai ke sudahnya. Hanya mencelikkan mata apabila jam menunjukkan 4 pagi. Dan hanya apabila jam ke angka 6 baru lah saya bingkas bangun. HIHIHI. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk hidup pada hari ini. Alhamdulillah, masih ada nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan. Masih ada nikmat mengelipkan mata, tersenyum. Oh banyak sungguh nikmat yang ada [sekali sekala bila ingat, memang benda ni la yang difikirkan bila bangun. Bila tak ingat, terus bangun menonong macam tu. HAHAHA]

Selepas dah bersiap semua, saya lepak depan tv9 Tanyalah Ustaz. Hari ni topik adalah berkenaan Taubat.

Sambil tu, tangan saya siap-siap handbag, peralatan yang nak dibawa macam beg telekung semua. Handphone hitam saya capai. Melihat ada satu mesej masuk. Dihantar malam tadi, tapi saya dah tidur. Bila dibaca, saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu. Yang ada hanyalah 'kalau kita betul-betul, biasanya orang itu yang akan datang pada kita'. Sebab tu la, selagi kita tak buat salah tak buat apa, jangan takut. Ingat Allah ada bersama-sama dengan kita disetiap detik. 

Berbalik kepada link MLM tu. Dalam entry MLM tu saya ada nyatakan, bahawa kawan saya tu dah tak pernah hubungi saya selepas kejadian memujuk untuk join MLM. Dan sekarang, pada hari ini, pada pagi yang indah tadi saya mendapat mesej dia, membaca mesej dia. 

'Salam, apa khabar. Saya mintak maaf lama tak hubungi awak. Daripada XXXX'

Urmmm. Apa lagi yang perlu saya tulis eh. HEHEHE. Urmmm, Ya Allah. 

Urmmm.

Urmmm..

Urmmm.. sehingga sekarang saya masih belum membalas mesej tu. Tak tahu apa yang perlu ditaip. Saya ok aje, kerana saya tidak pernah menganggap dia musuh saya. Sebab dia adalah kawan baik saya masa kat sekolah dulu tau :) Cuma masih terkejut dengan kehadiran mesej yang langsung saya tak jangka tu.

Ada juga niat nak tanya 'macam mana MLM awak?' HIHIHI. Macam kejam sangat je soalan tu. 

Ya Allah, tak tahulah macam mana. Sungguh, banyak nikmat Allah bagi kat diri yang kerdil nih. Alhamdulillah, syukur.

Entahlah, yang saya nak cakap dan tulis juga kat sini ialah SAYA SAYANG BLOG MPS NI [Err, jangan tengok header blog la, sebab gambar saya tersilap removed. Nak gantikan dengan header lain, tapi asyik tak jadi je. Tinggallah macam tu je]. Kerana ianya betul-betul My Personal Space.. novela of my life. Semua cerita perjalanan hidup saya, suka duka, tercoret di sini. errr, tapi tak adalah semua 100% tulis kat sini. Kita hidup bukan secara maya, tapi realiti :)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.