Monday, October 1, 2012

Tragedi September

Dah berhari-hari rasanya tak menulis kat MPS ni. Faktor utama adalah kerana ada beberapa perkara yang saya buat yang membuatkan tak sempat melakar sesuatu untuk dikenang di sini.

Entry ni memang berkisar pasal Afiq aje tau. Si anak buah yang dah semakin membesar, memberat, membulat. Antara kerenah yang mula ditunjukkan oleh Afiq di usia 1 tahun 4 bulan ialah:
  • dah pandai menangis dengan suara yang kuat, mungkin tanda protes kalau kita angkat dia dari baldi yang berisi air. Suka main airrrr! padahal mana boleh, sekejap-sekejap tak apa la juga. Nanti kan selsema ke apa.
  • bila kita makan, dia akan datang sama. kadang-kadang makanan tu untuk kita, tapi dia tetap ngangakan mulut dia. makcik dia terpaksa bagi sebab kesian. mau tak kesian, datang dekat dengan mulut ternganga-nganga. HAHAHA. padahal dah banyak dah Afiq makan, mana aci makan yang Cida punya
  • dah pandai sepah-sepahkan barang aku dan juga barang-barang rumah dan juga barang dia sendiri. geram sebab kita ambil dia buang, kita ambil dia buang, kita ambil dia lariiiiiiiiiiiiiiiii. oh pandai eh
  • dah banyak ayat yang dia pandai sebut. bukan ayat formal yang kita faham. bukan. yang ni bahasa yang kita langsung tak faham. agak ketara semenjak dua tiga hari ni. dia asyik nak bercakap aje dengan kita. ada juga isyarat yang kita faham, ada juga yang langsung saya tak faham. Afiq nak cakap mende ni eh??
  • Afiq macam biasa, urrmmm rasanya ramai budak-budak macam ni kot. suka tengok Nat Geo Wild. terlopong duduk diam aje. mata kelip tapi dengan kadar yang kadang-kadang. khusyuk sangat la tu kononnya. suka tengok Indahnya Iman, tengok orang azan. pemandangan biasa kan, kalau kat tv ada azan, dia akan lari laju-laju semata-mata nak duduk depan tv nak azan [padahal letak tangan kat telinga aje]. sebab tu la bila azan, kalau dia kebetulan tengah minta makanan ke apa, cepat-cepat cakap kat dia 'Afiq, cepat gi bang [azan], masuk waktu doh ni'. HAHAHA. dia lari kedek-kedek dengan muka ye ye oi je
  • bila naik motor batman dia kan, mulut akan bunyi-bunyi. motor akan di angkat, dibawa laju-laju. macam-macam dia buat. semakin besar, semakin macam-macam


bersama Afiq budak debab berisi padat. Gerammm~!!!
Malam semalam. Rasa terkejut. Afiq yang dah semakin pandai, dah semakin banyak ragamnya, dah semakin keletah, dah semakin banyak akalnya membuat sesuatu yang membuatkan diri ini agak terkejut. Sungguh tragedi September. 

'Hei kenapa dengan Afiq ni??' itu aje persoalan yang bergema di kepala.

Ada ke patut dia datang, lepas tu pukul dengan tangan kecil dia tu kat muka aku. Memang agak terkejut sebab sebelum ni tak adalah macam tu. Heyyy! Afiq [dalam hati aje sebab terkejut]. Lepas tu, siap sepak dengan kaki. Tapi tak adalah kuat mana pun, tapi still terkesima. Lepas tu terus dia pergi dekat-dekat dengan Ummi dia. Kami sama-sama terkejut. Ummi dia marah, lepas tu eh dah pandai rupanya. Dia berdiri tegak aje, lepas tu mimik muka mencebik sebab dah nak menangis. Lama-lama menangis. Ya Allah, dah pandai dah tahu respons apabila kena marah. 

Nasihat ummi dia 'kenapa Afiq macam ni nih? jangan buat macam tu, tak baik'.

Tak pernah tau dia macam ni. Sebab tu rasa hairan, terkejut. Nak marah tapi tak jadi nak marah sebab kepala ligat melayan persoalan, kenapa Afiq ni??

Agaknya ini proses pembesaran kanak-kanak kepada lebih kanak-kanak. HAHAHA. Agaknya la kot. Apapun, di doakan agar Afiq membesar dengan baik. Amin amin amin.



1 comment:

  1. wah.. ni baru anak buah.. kalau anak sendiri.. ha! lagilah terujanya :D

    Aida.. Aqif memang nampak montel.. part paling best.. dia kuat makan.. siap nganga? huh.. kalaulah Shinta macam tu ( Shinta susah nak bagi makan..)

    Moga Aqif membesar dgn sihat dan kuat :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.