Friday, November 2, 2012

Cik September & Miss Oktober

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk mencoret-menulis-menaip kat MPS ni. Sejak dua menjak, perasaan untuk menulis agak tidak berapa keruan. Terhambat dengan tugasan, mengejar dengan kelelahan otak. Ya, otak pernah berhenti TITIK tanpa dapat bergerak-gerak. Tak faham? Meh sini saya fahamkan. Err, baca sampai habis kat situ ada kisahnya.

Perjalanan Cik September dan Miss Oktober bermula.

Bermula September yang lalu, selepas pelajar mula melaporkan diri masuk ke semester baru. Kesibukan mula melanda. Agak jarang dapat bermanja-manja seperti biasa dengan surat khabar online. Sebelum pelajar masuk, disetiap pagi saya mesti buka mana-mana akhbar yang saya nak baca. Selepas mengetahui perkembangan semasa, barulah saya mulakan kerja. Kerja tetap ada, tetapi ianya di tahap normal.

September merubah diri dan masa. Masa menjadi sangat berharga, diri menjadi lebih pendiam dan kadang-kadang aje melepak bersama-sama kawan-kawan pejabat. Makan? Urmm, sampai di satu minggu, memang dah tak boleh nak keluar dari pejabat, lalu mengambil langkah mudah. Bungkus aja makanan itu. Jimat masa, jimat segalanya.

Perjuangan insan yang kerdil lagi tidak banyak pengalaman pun bermula. Untuk rujukan boleh klik ke :  FOKUS KURANG Nampak tak yang ditanda dengan warna oren tu? Haa, itu pun sudah cukup membuatkan diri saya pening. HAHAHA. Sedikit kelalaian, membawa padah yang tersangat menyesakkan. Geram giler dengan diri sendiri. Tapi terpaksa buat cool sebab kalau buat kalut, urmmm payah la nak cari jalan penyelesaian. Rileks, fikir dengan tenang. InsyaAllah ada jalannya. Teringat pulak kat Maher Zain.


Part kelakar, sedang saya buat kerja. Rileks la sekejap. Rileks tak lah rileks mana. Kepala tetap ligat berfikir  dan tiba-tiba pulak, ternampak la nun di sana 'pemotong pizza'. Dalam kepala terus bertukar berfikir akan aroma pizza. Sedapnya kalau boleh makan pizza. Itu aja yang terlintas secara tiba-tiba dalam kepala.


Saya tegakkan badan. Senyum sorang-sorang mengenangkan betapa entah apa-apa aje yang difikirkan. Macam mana paper cutter tu boleh saya kaitkan dengan pizza la apa la. Ekoran dari insiden terfikir pizza tu, Alhamdulillah selamat sudah menjamu selera di pizza bersama sepupu. Lega dapat tunaikan hajat perut. HIHIHI


Dalam kesibukan sempat lagi membeli secara online. Yang ni sebenarnya dah second parcel yang saya terima. Saja puaskan hati yang agak stress memikirkan perjalanan kerja saya.


Di hari yang lain, saya dapat parcel ni. Terus masukkan kat dalam laci meja. Memang tak sempat nak melayan nak ambil gambar dulu ke apa. Balik rumah baru teringat, lantas gambar di ambil untuk parcel yang diterima. Sejak dua menjak ni, suka sangat beli barang-barang secara online. Mana yang berkenan, saya order. Tapi mengikut bajet dan mengikut kepentingan dan keperluan diri sendiri. Sekali-sekala tak salah kalau belanjakan untuk diri sendiri. Reward untuk membahagiakan hari-hariku ;)


Pemandangan biasa di atas meja. Yang ini masih di dalam progress. Miss Oktober dah berakhir. Namun, masih belum siap juga. Kerja ni sebenarnya dah dimulakan seawal bulan September yang lalu. Tengok, sampai sekarang masih tak juga siap. Aduhai. Kat sini lah, saya rasakan jikalau semua orang tahu akan tanggungjawab mereka. Rasanya kerja ini dah siap seminggu yang lalu [dengan izin Allah]. 

Begitulah sebenarnya kehidupan kita apabila berkerja. Tak kira la di mana kita berkerja. Nak pulak, kalau kita berkerja melibatkan berpihak-pihak. Bukan 1 pihak. Sangat haru. Saya paling tak suka, sebagai contoh, contoh aje ye: deadline 3 September, tapi dah masuk 11 September pun, maklum balas yang kita nak masih belum diterima. Kalau ikutkan hati, saya nak 3 itu juga. Dah itu deadline nya kan? Jadi nak tak nak, perlu lah kita ikuti. Ya, saya tak suka menunggu dan ditunggu. HAHAHA. Tak sesuai ayat ni. Urmm, saya tak suka orang ambil mudah. Benda penting, buat dengan cara penting. Benda tak penting, tak apa. Saya boleh consider kalau nak main-main sikit. Tapi janji dapat on time.

Kenapa pulak hang tak suka orang ambil mudah? Meh ceq habaq mai. Kalau korang bagi maklumat/dokumen yang orang nak tu lambat. Tak mengikut kehendak orang lain. Padahnya ialah kerja dia akan stuck. Mungkin kita tidak fikir keadaan dan akibat yang ditanggung oleh orang lain, mungkin dah rasa 'takpe lewat sikit. sikit je. apa ada hal'. Tapi sebenarnya, ia sangat terkesan kepada kelancaran kerja. 

Kenapa eh panjang pulak saya menulis. Dah rasa macam membebel-bebel pun ada. HAHAHA. Ini lah akibatnya kalau dah lama tak menulis. Terus meluah perasaan. 

Kita sambung lagi bebelan ni. 

Comel tak??? Comel kan? kan? Ini untuk memudahkan saya buat kerja. Sebenarnya nak beli dalam 2 atau 3 aje pen berwarna. Tapi kebetulan pergi ke satu kedai ni dengan budak-budak pejabat. Belek punya belek, tengok harga. Rasa nak pengsan sebab gembira melampau. RM2.90 je. Murohhhh gilerrr. Bakpelah masa aku kecik-kecik dulu, masa sekolah-sekolah dulu takdok kedai hok murah-murah. Dulu kalau nak beli pen warna, dapat beli 2 3 warna je. Sebab tak mampu. Budak sekolah tak ada duit lebih. Ngam-ngam ho aje. Jenama Luna staedtler tu. Mahal ya ampun. Tobat tak berapa nak mampu. Namun terpaksa jugak beli sebab warna dia terang dan sangat berkualiti.


Ya, Ben 10. HAHAHA. Memang kena sakat jugak la bila mana dorang tengok cover depan ni. Laa ingatkan aida beli untuk anak buah. HAHAHA. 'Layan eh nak beli ke anak buah. Ni untuk buat jadual. Senang nak tanda mana-mana kursus nanti. Berbaloi beli, walaupun ada juga warna yang macam nak terang tak nak terang je. Tapi tak banyak la, ada la dalam 1 2 macam tu. Alaa, apa nak dihairankan, tengok harga pun dah boleh agak macam mana kan? Kesimpulan, saya berpuas hati beli pen warna ni.


Masa tengah pening-pening lalat menyiapkan kerja. Dapat pesanan, ada orang mintak dokumen. Jadi saya bagi dokumen yang dorang nak tu. Sempat borak sekejap dengan orang tengah ni. Ketawa sorang-sorang bila kami berborak. Hilang seketika pasal kerja. Lembu punya pasal. Apa pasal la gelap sangat lembu tu.  Ah'aa. Mesti keliru, kenapa orang tengah? Tak orang tepi, tak orang belakang? Kebetulan masa tu, saya tak ada. Jadi dia pesan kat mael ismail ni. HAHAHA. Nama samaran tak boleh blah langsung. Saya bukan yang 95% stress kerja. Bukan pesen gitu. Bukan. Dalam diri saya banyak peringkat. 

Hal kerja : 30%
Stress : 5% 
Gembira : 35%
Rasa best + tenang : 15%
Sedih + emosi : 10%
Lain-lain: 5%

Sebab ada benda yang saya tak suka pendam, atau simpan lama-lama kat dalam kepala, kat dalam hati. Saya rasa bertuah dan bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan yang saya lalui ni. Memang penuh dengan duri tajam mencucuk semua, tapi Alhamdulillah. Allah itu Maha Besar, DIA sentiasa ada. Dan sekarang saya menulis dengan senyuman. HIHIHI.

Ala, bukan apa pun. Adatlah tu kerja, ada ok ada tak. Tapi bila tak ok, jangan la kita pusatkan kepala kita dengan 'tak ok' tu aje. Kena fikir dengan tenang, kadang-kadang pihak luar yang kita berurusan tu lah sebenarnya ujian untuk kita. Nak uji kesabaran kita :) Nak uji kesabaran tu betul, tapi saya still tak suka mereka yang sambil lewa nak-nak melibatkan kerja saya. 


Antara peneman semasa kerja. Oleh kerana terpaksa datang pada hari cuti, maka tekak memang dah gatal sangat nak makan maggi. Jadi saya beli siap-siap buat hilang kempunan nak makan maggi. Oleh kerana saya ni buka plastik pun tak berapa nak reti, habis terkoyak semua penutup cup ni. Terpaksa la buat macam tu. Konon takut maggi tak masak 0_o


Ini hari lain tau, beli la si 100 plus ni. Budak pejabat cakap 'aida simpan tenaga nak buat kerja. minum pun air 100 plus. HAHAHA. Dorang cakap beli la red bull. HAHAHA. Saya terbayang lembu aje. 

Sebenarnya dah lama tak minum air berkarbonat. Lepas buka braces, kebetulan hari raya. Time tu adik 4 ada belikan air berkarbonat bermacam jenis. Jadi, dalam banyak-banyak air tu. Saya minum air soda. Bestttttt gilerrrr. Lepas tu minum lagi dan lagi, sikit dan sikit sampai saya sorokkan botol sebab nak minum sensorang. Tak nak share dengan orang lain. HAHAHA. Ketagih menggigil weh masa time Syawal itu hari. Sedap rupanya air tu. Lepas tu, saya kembali kepada asal. Kadang-kadang je minum air macam ni. Time tekak nak minum je, biasanya saya tak nak ajar badan menerima benda-benda ni semua. Konon nak jaga kesihatan. HEHEHE.

Semasa dalam proses menyiapkan tanggungjawab ni, satu malam. Bila dah balik ke rumah selepas seharian kat pejabat. Saya sambung buat kerja semula. Saya menyemak dan meneliti perkara A. Semasa meneliti dan berfikir macam mana nak buat. Tapi tak berapa nak jumpa jawapan tu. Seolah-olah saya berfikir dan berpusing di tempat yang sama. Saya pandang jam kat sebelah. Angka dah menunjukkan jam 230 pagi. Patutlah saya macam ni. Otak saya rupanya telah diserang kelelahan. Langsung tak boleh nak bergerak. TITIK. Pi mai pi mai tang tu je. Hikmah dia? Saya lebih membuka mata, otak pun perlu ada masa rehat. Badan kita apatah lagi. Jalan penyelesaian bagi permasalahan ini, pergilah berehat. ZZZZzzzzzz. 


Antara pengorbanan yang perlu dilakukan akibat ada pihak yang tidak mematuhi deadline yang diberikan. Sob sob. Perlu ke saya tulis??? Tulis aje la aida. Bukan ada orang baca sangat pun. HEHEHE. Saya terpaksa korbankan tiket untuk ke Vietnam. Abang 1 dan kakak ipar dan kawan-kawan dia, dah selamat sampai kat sana pada Rabu lepas. Urmm, dahlah first time nak pergi. Nak buat macam mana, tak ada rezeki. Allah punya rancangan lagi hebat. Banyak benda yang saya dah plan nak buat aapa, nak beli apa, apabila sampai kat sana. Kebanyakannya untuk family saya. Nak santai-nak freekan kepala daripada hal-hal kerja. Namun. Ya, kita hanya sekadar mampu merancang, tapi semuanya berbalik kepada DIA Yang Esa. Tak kan tak ada ralat walau sekelumit?? Mestilah ada, kita ni bukan malaikat. Kita ni manusia. Dahla manusia, banyak kelemahan pulak tu. Tapi macam yang saya katakan tadi. Saya adalah saya. Tak perlu kita meratap lama-lama di sesuatu perkara [walau kadang-kadang saya termeratap lama-lama juga, lepas tu baru tergagau tersedar dari lena. eceh ceh ceh]

Saya dah set kan masa, kalau masih tak siap kerja pada sekian-sekian hari, maknanya kuburkanlah impian untuk bercuti itu. Sebab tulah saya tak meratap melebih, sebab dah set siap-siap sebelum hari berlepas :)

Mungkin rezeki saya di lain masa kot. Siapa tahu kan? 

Panjang sungguh menaip kali ni, dan kesimpulan dari semua ini. Alhamdulillah, saya suka dengan kerja saya sekarang. Sangat mencabar, dan saya belajar dari kosong. Alhamdulillah, kerana saya ditukarkan ke bahagian ini ditika saya masih boleh mengadaptasi sistem dengan kepala otak saya. HAHAHA. Yelah, bayangkan kalau saya ditukarkan ke bahagian ini time umur 40 ke, 45 ke. 50 ke??? Haru, rasanya agak susah saya nak bermain dengan sistem. Alhamdulillah atas semua pengalaman ini. Semoga ianya akan berakhir dengan baik. Amin amin amin.


1 comment:

  1. aduh.. memang nak merataplah kalau jadi kat akak... tapi mungkin lain kali boleh pergi vietnam dgn hati tenang... pasti ada rasia di sebaliknya :D

    * maggi tu memang tak tertahan hahaha...

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.