Wednesday, November 14, 2012

Hari Terakhir 1433H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Hari ni merupakan hari terakhir kita berada di dalam tahun 1433H. Betapa masa itu berlalu dengan cepat. Adakala kita akan berasakan bahawa jauh sungguh kita ditinggalkan masa. Kadang kala kita tahu, sedikit tak banyak, mahu mengaku atau tidak, yang kita adakala berada di dalam kerugian. Kelemahan diri yang biasa diungkapkan menjadi penyebab akan kelalaian diri kita. Namun, sampai bila kita harus larut di dalam kelalaian? Patut rasa malu dengan DIA. Hidup ini ada tujuannya, matlamatnya. Tak kira jangka pendek ke atau untuk jangka panjang. Sementara pinjaman nyawa masih ada, sementara pelbagai nikmat yang dipinjamkan masih kita rasai, miliki. Tak salah rasanya kita berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik berbanding dengan sebelum ini. Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengampun. Buangkan ego, buangkan semua sifat yang tidak berapa nak comel yang ada dalam diri kita. Salutilah dan hiasilah diri kita dengan pakaian baru sempena 1434H. Bagi saya, tak perlu azam tinggi melangit. Itu bagi saya. Cukup bagi saya, yang inginkan keberkatan dalam kehidupan yang TELAH dan YANG AKAN saya lalui. Saya pasti anda pun mengingini nya juga kan? Pertolongan Allah amat saya harapkan untuk istiqamah di dalam pemusafiran ini. Kerana tiada Tuhan melainkan Allah. Sebergaya, segah mana pun kita di dunia, kita tetap seorang hamba yang kerdil di atas muka bumi ini. Jangan pernah berasa sombong kerana kita tidak pernah memiliki apa-apa. Peganglah kata-kata itu sebagai benteng diri. Selamat menyambut 1 Muharram 1434H. Kita tutup buku lama dan mulakan buku baru kita. Semoga tahun yang akan dilalui ini akan lebih bererti. InsyaAllah. Amin amin amin. *maaf tak buat perenggan sebab guna hp je. dah try, tapi tak jadi je :-(

1 comment:

Terima kasih atas pandangan.