Saturday, November 10, 2012

Kucing 2 Beranak

Setiap rumah kebanyakkannya ada kucing. Tak kiralah kucing buangan ke, kucing yang dibeli ke, atau kucing jiran yang datang bertandang kat rumah kita.

Kat rumah, memang ada kucing generasi ke berapa entah. Sebelum ni, ada pernah tulis pasal emak kucing ni, tapi dah meninggal kena langgar. Abang 2 tak perasan kucing ada kat belakang, terus kena langgar di malam hari. Dahla masa tu kucing tu bunting. Kesian sangat bila ingat peristiwa tu. Nak buat macam mana. Dah ajal dia.

Ini dah dikira cucu lah. Baru je berusia beberapa bulan. Nakal. Geram sungguh tengok perangai dia ni.

Satu malam, tengah tengok tv. Memang langsung tak perasan, yang saya duk ralit menengoknya ialah TV! Masa tengah best melayan cerita tu kan, terperasan dua makhluk ni.


Amboi-amboi, syoknya tidur. Pandai eh, nak tidur cari tempat best aje. Tilam, bantal, kerusi semua tempat yang best. Iron board pun jadi mangsa. Mereka ni anak beranak. Si hitam tu dah pangkat cucu [ulang sekali lagi], si mak tu kiranya anak kepada si mati yang kena langgar tu. Walaupun si kulit cerah tu anak kepada si mati tu. Urmm, tak boleh lawan lah dengan mak dia yang pernah tinggal sama-sama kitaorang dulu. Serius! Mak dia sebenarnya yang paling best pernah kami ada. Anak dia ni, biasa-biasa aje. Kalau tak mengenangkan si kulit cerah ni anak kepada si mati dulu, mesti dah lama kena buang. Eh, sebenarnya kami nak buang, tapi masa tu dia kecil lagi. Jadi kesian, bela dan bela lalu membesar sampai dah ada anak pun. Baru je berumur setahun lebih kot, tapi dah ada anak seramai seekor.


Tengok lah ni, sesuka hati je mereka lepak. Nampak macam baik dan bersopan aje kan? Biasalah dalam gambar, semua nak tunjuk perangai yang baik. Kenakalan mereka ni, dah kira mencukupi syarat untuk di buang terus dari rumah. Kepala otak asyik duk fikir dan kadang-kadang ada juga warning kat mereka ni 'tengok ar, kekgi aku buang mu dua ekor kalau mu curi makan ikan lagi'.

HAHAHA. Macam lepas perasaan aje ni. Tak kira, tak kira, yang saya kira hari ni date cantik

10.11.12


3 comments:

  1. kucing yg dok sebelah tv gambar last tu comel.. dan bulu dia unik..

    jgn la buang.. nak buang.. meh buang kat akak hehe...

    ReplyDelete
  2. sy geli dgn kucing...tp bela gok sekor..hehe

    ReplyDelete
  3. NONG ANDY:
    comel tapi tak berdisiplin. hahaha
    memang nak buang je, kalau dekat kan, dah lama orang pi hantar kucing-kucing tu semua kat puan nong andy

    MAMAWAIZ:
    saya tak geli sangat, tapi suka. ini pun bela sebab mak dia, kalau tak..memang dah lama kena buang. ini pun plan nak buang, tp tak terbuang2 lagi ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.