Tuesday, November 20, 2012

Semasa

Agak lama tak mengemaskini MPS. Faktor kerja dan masa dan errr, penggunaan sim card broadband yang diletakkan di dalam handphone mungkin salah satu faktor terbesar menjadikan MPS ini tidak dikemaskini. Rasanya pada minggu dan beberapa minggu kebelakangan ini, isu-isu semasa tentulah berkisar kepada serangan di Gaza oleh tentera yahudi laknatullah. 

Gambar yang menarik perhatian saya untuk dijadikan cover photo di dalam fb. Mungkinkah akan ada keamanan di bumi Gaza? Hanya Allah yang lebih tahu.

Beberapa minggu yang lepas, saya tanpa segan silu seperti biasa ke laluan drive thru untuk membeli makanan segera. Errr, McD okay x___x Dan semalam, kakak 2 saya mention nama saya pada satu gambar yang membuatkan saya berfikir dan malu dengan diri sendiri. Satu gambar yang memaparkan kematian sekumpulan kanak-kanak dan di sebelahnya pula tertera nama McDonalds. Dulu, saya pernah memboikot makanan ini. Bertahan dalam masa yang agak lama, namun saya tak pasti apa sebab saya melanggar keboikotan yang saya lakukan itu. Dan sekarang, insyaAllah saya akan melakukannya lagi dan harapnya ia akan berterusan. Yang penting, saya perlu pandu hati dan keinginan menikmati makanan tersebut agar ianya akan menjadi 'tak mati kalau tak makan mekdi'.


Pada minggu lepas, kebetulan banyak sangat cuti yang kita nikmati. Tengok lah kawasan parking ni, biasanya mesti penuh dan tak sempat nak parking. Kali ni, urmm korang pilih lah nak parking yang mana satu. Yang jauh? yang dekat? Suka hati korang la. Merdeka sungguh!


Comel tak? Hari cuti tapi perlu ke tempat kerja. Mak saudara yang prihatin letakkan nasi minyak untuk dimakan. Oh! terharu weyy. 


Masih lagi dengan jadual. Masih lagi tak siap. GRRR! Giler ar kalau kerja macam ni. Tak suka kalau tak ikut time. Tapi tak apalah, ikut ajelah keadaan. 


Masa 1 Muharram hari tu, kebetulan ex-officemate kawin. Jadi kami beramai-ramai ke sana. Kenduri, makan-makan balik ke pejabat semula sambung kerja. Nak buat macam mana, hujung minggu ni dah konvo, jadi kerja agak banyak yang menanti untuk seksyen yang berkenaan. Bahagian aku, tak adalah banyak sangat. Kena mengadap jadual itu aje. Sampai sekarang masih belum dapat menolong kerja orang konvo. Fuh! Nanti la, harap akan selesai semuanya. Amin


Tengah-tengah buat kerja. Ada orang tanya:

Fae : Aida nak durian crepe tak?
Aku : naaakkkkkkkk!!! [ya, saya sangat beria-ia nak makan sebab durian crepe ni dah jadi satu fenomena kat sebelah barat. Cuma kat timur ni aje lambat sikit sampainya. sikit ajelah lambatnya]

Bila dah makan, memang sedap sungguh wey durian crepe ni. Rasa nak mintak satu bekas dengan Fae. HAHAHA. Tobat tak malu.

Last ada la orang tu bersuara lagi. 

Orang itu : Fae, aku nak satu lagi boleh?
Fae : ambiklah
Orang itu : HAHAHA. Sukeeeeee!!!

Durian crepe ni harganya RM10. Ala standard la tu. Cuma yang ni kan, dia buat kecik-kecik macam tu. Jadi dalam bekas adalah dalam 10 biji. Kat sebelah barat dah ada perisa lain contoh mangga, strawberry. Kat Terengganu ni, masih belum kelihatan lah perisa tu.

Tak kisah la perisa apa pun, yang pasti durian crepe ni sedap sungguh!!!



3 comments:

  1. aidaaaaaaaaaaaaa...jelesnya tengok durian crepe tu...nak nak...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. MCD mahal.. akak tak beli MCD. pergi kepsi jer kalau nak makan ayam. burger akak suka yg jual tepi jalan tu hehehe..

    kuih apa nama tu crepe durian? hurm akak ni suka sgt makan durian, sedap? try bagi akak rasa 6-7 bijik hehehehe :D

    ReplyDelete
  3. UMMI_KHALISH :
    hahhaa.. dila, boleh je buat sendiri. senang je. tapi dila, serious cakap ar. MEMANG SEDAP!! ngeee

    NONG ANDY:
    HEHEHE, beli time murah je. dululah, sekarang udah boikot. harapnya berterusan. amin

    kadang2 yang tepi jalan laaagiii sedap tau :) dah la sos banjir, fuhh! kecur ayaq liur noo

    durian crepe. tak tahu la kat sabah dah ada ke belum. bukan 6-7, 8-9 pun rasanya habis mami shinta makan. sebab sangat sedap rasa dia. gebu-gebu kekuningan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.