Saturday, December 15, 2012

Perfect Match

Dah lama nak share pasal rancangan best ni. Mungkin rancangan ni jarang kot orang tengok. Tapi itu tidak menjadi apa-apa bagi saya, kerna saya suka menonton rancangan ni. Gambar ini semua saya rakamkan pada bulan Jun yang lepas. Masa tu memang sangat berkobar-kobar nak bercerita pasal show ni. Namun saya terlalu banyak benda nak diceritakan, lalu cerita ini tenggelam oleh masa. Tenggelam pun tak adalah tenggelam sangat, sebab saya memang akan kongsikan juga dengan pembaca sekalian. Cuma lambat atau cepat aje.

Rancangan ni ke udara pada jam 6 petang setiap hari Sabtu. Bila hari Sabtu, mesti buka NTV7 bila jarum dah ke angka e.n.a.m. 

Paling saya suka ialah lagu tema dia. Macam rancak-rancak gitu. Terngiang-ngiang kat kepala ni lagu dia. Tapi tak reti nak tulis. HEHEHE.

Ini antara peserta program Perfect Match tu. Kiranya ini rancangan nak cari pasangan masing-masing la. Tapi sebelum tu, nak bagitahu. Bukan calang-calang orang tau yang masuk program ni. Perempuan pulak, bukannya tak cun tak ada rupa. Ha, korang jangan silap eh. Kebanyakan peserta program ni ada rupa, ada gaya, educated, karier kadang-kadang meletop jugak. Kesimpulannya, memang ok lah. Umur pulak, masih dalam lingkungan 20 an - awal 30 an. Average macam tu la. 

Ini pulak peserta lelaki. Biasanya setiap minggu, akan ditampilkan 3 atau 4 orang peserta macam tu. Kadang-kadang bergantung juga dengan pendek atau panjang sesi main cak-cak tu. Kalau ada yang berkenan, maka cepatlah sesi tu berlalu. Ok, macam gambar kat atas tu. Itu peserta yang pertama, biasanya mereka akan keluar dan perkenalkan diri mereka. Bagitahu benda-benda basic lah, macam tempat tinggal, umur, nama lebih kurang macam tu la. 

Lepas tu, peserta akan berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku. Masa ni, mereka akan dijudge oleh peserta wanita. Kena tahan la sikit perasaan masa ni. Yelah, kalau semua peserta wanita padamkan lampu, mau tak malu? Malu oo. Tapi peserta ni semua sporting. Itu yang best tu. Sebab kita boleh amik pengajaran kat sini. HEHEHE. Saya suka ambil pengajaran disetiap rancangan yang saya tonton ;) Kamu juga begitu bukan?


Semua wanita tak padamkan lampu. Ok 24/24. Ala, lupa pulak bilangan peserta untuk show ni. Rasanya dah betul dah tu. 24 orang. Ngee! Kalau lampu semua terpasang, kiranya peserta lelaki ni ok la di mata mereka. Next step.

Biasanya hos akan tanya apa-apa soalan yang dia nak tanya. Hos ni namanya errr payah ar nak ingat nama orang ni. HUHUHU. Yang saya ingat, ddia best tau, kalau dia nak tanya. Main taram je soalan dia. Kadang-kadang suka je dia sakat peserta dan hos lelaki botak yang seorang lagi. Tapi sakat suka-suka aje. Macam kalau korang datang sini jadi peserta, hati mau tabah sikit ar. Telinga kena kasi kebal sikit. Tak boleh cepat melatah. Eh ada juga tau peserta yang semacam je. Macam dalam dunia dia je, jadi macam susah la macam tu. Pendirian dia tu, macam rigid sangat. Jadi mana peserta wanita nak pilih kalau macam tu gayanya.


Antara soalan yang dikemukakan kepada peserta lelaki. Macam soalan dalam tv tu kan, kalau korang nak tahu. Biasanya ada peserta yang datang semata-mata untuk seseorang peserta wanita tu aje. Urmm, macam ni untuk korang mudah faham maksud ku ini. Peserta lelaki ni datang semata-mata untuk peserta perempuan A aje. Sedangkan ramai lagi peserta wanita kat dalam tu. B ada C ada, D pun ada. Semua tu, dia tak nak. Dia datang semata-mata untuk A. Dah acap kali sangat peserta lelaki buat macam tu. Tapi sweeetttt giler ar dorang approach. Siap bawak coklat, bawak lukisan yang dorang lukis sendiri. Macam last week kan, ada peserta lelaki ni, datang semata-mata untuk perempuan ni. Dia bawak lukisan wajah perempuan tu. Touchinggg ooh. Dahlah lukisan dia cantik giler. Last kan, dia berjaya bawa balik perempuan tu. 


Ini peserta kedua. Tengok 3 orang dah padamkan lampu. Kiranya yang 3 orang tu, dah reject lelaki ni awal-awal. Kadang-kadang kelakar juga oo reason mereka. Ada yang reject sebab lelaki tu nampak lemah, pucat. HAHAHA. Memang jujur giler ar reason mereka tu. Peserta lelaki pula, kenalah menerima kritikan tu dengan berlapang dada. Oh kalau dah kena ayat 'muka awak macam tak bersemangat'. HAHAHA. Mau nak kena baling dengan kasut ni. Tapi itu lah, show ni memang agak telus ar. Kita yang kat luar boleh tergelak bila dengar alasan-kritikan mereka tu. Kalau yang dah jenis muka seposen tu kan, memang kesian juga lah.


Ni cikgu apa entah. Saya memang fail bab mengingat nama ni. Padahal duk ulang tengok berulang kali. Dia ni bagus bilamana bagi pendapat. Macam ada jiwa gitu. Tak tahu lah kot-kot dia ni ada ambil psikologi ke apa. Seorang lagi cikgu perempuan pun best. Dah la lemah lembut gitu. Memang bagus sangat mereka bertiga ni digandingkan.

Pernah tau, ada seorang peserta lelaki ni. Memang nampak sempurna, yelah dah ada kerjaya yang best. Good looking, semua ada la pada lelaki ni. Lepas tu, dia kena pilih antara 3 wanita. Dalam ketiga-tiga wanita tu, ada wanita yang telah jadi pilihan hati dia. Lepas tu, bila dia kena buat keputusan. Dia macam berfikir dan berfikir. Last, lelaki tu undur diri tanpa memilih walau seorang pun wanita. Kiranya dia balik dengan tangan kosong lah. Nak tahu tak apa cikgu lelaki ni cakap? Dia cakap, dari awal lagi dia dah agak lelaki tu akan pulang kosong. Kerana wanita pilihan hati dia tu, nampak agak kebudak-budakan, tak matang. Manakala lelaki tersebut jenis yang berpandangan ke depan. Terkedu aje muka wanita tu. Memang kita boleh nampak ketidakmatangan perempuan tu. Dari segi lenggok gaya dia, cara dia macam yakin tak yakin je. Banyak la sebenarnya kita boleh ambil pengajaran kat show ni.

Peserta yang berjaya bawa wanita balik, biasanya dapat hadiah percutian atau kasut macam tu. Best ar.

Sekarang ni kan, abang 2 and kakak ipar pun dah melekat sama tengok rancangan ni. HEHEHE. Ok, jangan lupa petang nanti tau. Tengok lah, lama-lama anda mesti suka :)

Update:

Lagu untuk Perfect Match ni Girlfriend by Avril Lavigne dan juga Gee- Girl's Generation.
Rancangan ni dah berubah kepada Ahad jam 6.30 petang.



1 comment:

  1. Saya pun suka tgk rancangan. Very entertaining gitu...

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.