Saturday, December 15, 2012

Si Comelku Afiq

Dah lama tak bergebang pasal Afiq. Dah besar dah dia. Kalau ikutkan umurnya sudah menjangkau 1 tahun 7 bulan. Wah, dah nak masuk 2 tahun. Sekejap aje masa berlalu.

Ok, diusia sekarang ni. Afiq dah banyak mengalami proses pembesaran, proses kehidupan sebagai anak kecil. Ahak ahak! Ayat nak baku aje, nak ayat buku aje. Biasa la, nak bercakap pasal anak buah. Mestilah seronok. Kalau ada ayat yang lagi hiperbola hiperbintang, udah lama saya goreng untuk digunakan sebagai penyedap kata. 

Dikala hujan mulai turun, saya mula rancak menulis. Oh patutlah tadi mendung, rupanya malam ni nak hujan. Tapi ada pepatah mengatakan mendung tak bererti hujan. Ayuh, kita mulakan langkah penceritaan. Suka sangat menyeleweng dari landasan.


Afiq dah pandai nak mengikut kita. Time ni nak pergi tukar barang kalau tak silap lah. Eh dia dengan tak bermandi lagi terus berpaut pada kaki kita. Buat muka kesian nak ikuttttt. Memang tergelak juga time ni. Sebab terasa macam, lololo comel la Afiq ni. Namun maaf kupinta eh, rayuanmu tidak dapat kuterima. Afiq tak boleh ikut kali ni. Lain kali eh. Melolong budak ni kena tinggal. HUHUHU.


Eh Afiq. Malu-malu bila ada perempuan comel datang nak bermain sama-sama dia. Time ni dia macam duk perati aje apa budak perempuan ni buat. Best juga duk tengok gelagat mereka ni.


Angin rajin dia dah datang dah. Buat-buat rajin membaca. Ini dah dikira nasib baik tau. Kalau tak, si tukang tulis ni kena buat bunyi-bunyian yang aku pun kadang-kadang gerun mendengarnya. HAHAHA. Yelah, bila kita tunjuk gambar tu kan. Kena buat bunyi sekali. Baru Afiq kagum mulut ternganga. Wah hebat oo makcik saya. Lepas tu, kita kena ulang dan ulang. Kadang-kadang berterabur aje bunyi binatang ni, tapi tak apalah. Afiq tak tahu. Dengan budak-budak boleh lah kita reka bunyi yang entah pape. Jangan sampai dia besar dia ingat bunyi zirafah macam ni udahlah 'ek ek ek'. Haru memang haru.


Afiq dah pandai posing depan kamera. Kira dah jadi satu geng lah ni. Kalau kita cakap, Afiq jooommm ambik gambar. Dia senyum datang kat kita. Mulah terngedeng-ngedeng badan dia nak tengok gambar yang diambil. Amboiii kelas Afiq. Kalau perempuan tu tak apa lah jugak :)


Bangun dari tidur. Terus menerkam kawan kesayangan dia. Anak kucing ni tengah tidur. Eh, dia sibuk-sibuk je meniarapkan badan dia kat atas badan kucing tu. Peluk kucing tu macam anak patung. Namun, kucing tu dapat melarikan diri dari Afiq. Yesss!! Nasib kena peluk, kalau tak. Kena dera dek Afiq ni, habislah ngko kucing. Lain kali, kalau nampak Afiq terus lari ar. Jangan menyerah diri macam tu je. Kena lawan la sikit. Sementara ceq tak buang lagi hang ni, maka eloklah kiranya hang gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Makan pakai, tidur kediaman memang selesalah bagi hang. Namun jangan ingat hari itu sentiasa cerah, harus diingat cuaca berubah seperti emosi manusia. Ada faham?? Parah kalau kucing faham semua benda yang aku tulis ni.


Episod kelakar di tahun 2012. Malam tu, saya dan Afiq nak ke airport. Time tengah drive tu kan, si penumpang sebelah ni DIAM je. Naik hairan la jugak. Sebab dah hairan terus la berpaling ke sebelah. Rupanya kepala dia terhalang dengan seat belt. Jadi dia kaku tak bergerak, tertoleh ke sebelah kanan aje macam tu. Memang kelakar giler muka Afiq time tu. Dia senyum je, aku dah tergelak besar dah. Kesian kat Afiq. Sebab nak sangat ikut pergi airport, tahankan aje la kesusahan yang dia hadapi tu.  

Gambar ni masa dah sampai airport dah. Tengok Afiq sekarang, dahlah dah pandai posing depan kamera. Dah pandai buat peace you. Wah, Afiq dah naik satu step ni. Begitu maju sekali. 

Memang Afiq dah maju. Tengahari tadi, masa dia sibuk duk makan nasi. Saja-saja la aku gi sakat dia. Afiq nak nasi sikit. Dia senyum sambil angguk. Aku nganga mulut. Dia suapkan. Tapi beberapa biji nasi je yang masuk dalam mulut. Yelah, tangan dia tu kecik. Lagipun dia bukan pandai suap pun. Ambil nasi pun tak pass lagi. Lepas dah sesuap dia suapkan. Kali ni, saje je la pandang nasi tu. Konon nak kasi hint la 'Afiq nak lagiiiiii'. HAHAHA. Afiq faham dan dia suap lagi. Best ar kalau macam ni. Kali ketiga Afiq suap, kita gigit jari dia. HAHAHA. Muka dia berkerut. Buat baik dibalas tuba eh. 

Nah, kali keempat. Afiq dah siapkan ambik nasi nak suapkan kat mulut. Aku nganga, tangan kecik dia tu dah nak sampai mulut. Tup tup dia turunkan tangan dia sambil ketawa. Eh eh, sape yang ajar nih???? Grrr!!! Afiiiiiiiiqqqq main-mainkan Cikda eh. Ingatkan kali tu je dia buat macam tu, rupanya suapan kelima pun sama. Last, malas ar nak layan Afiq ni. Kita kenakan dia, eh pandai pulak dia kenakan kita balik. HAHAHA. Terkena dengan budak kecik ni eh. Tapi serious comel muka dia time dia turunkan tangan sambil ketawa tu. Bukan ketawa apa pun, sengih lepas tu ada bunyi ketawa kecil sambil buat muka comel dia je. Cuma kan, mana dia belajar buat ni semua eh?? Tu yang aku hairan. Oh oh, jangan pandang saya. Saya tak pernah ajar Afiq buat macam tu. Kan Afiq kan? kan?


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.