Sunday, December 9, 2012

Wahai Anakku

Sebenarnya tadi nak kongsikan cerita pasal seorang pakcik bersama isterinya. Kebetulan terserempak semasa dalam flight. Cerita biasa aje, urrmm ok lah. Saya kongsikan aje la sekarang. Sebab tadi nak upload bersekali dengan gambar, tapi tak boleh pulak. Sebab dah over limit 1gb. Apa hal entah.

Ok, masa 30 November 2012. Saya naik flight sensorang. Lepas tu masa dah sampai kat airport, kebetulan ada sepasang suami isteri yang dah berpangkat makcik dan pakcik kat belakang saya. Semua orang dah berdiri nak keluar dari badan pesawat. Saya pula dah ambil bag pakaian yang saya letakkan kat sebelah tempat duduk yang kosong. Saya dah perasan, pakcik ni asyik tengok je. HAHAHA. Tapi saya buat derk aje. Memang saya pakar kalau buat-buat derk ni. 

Bila orang dah mulai berjalan keluar, saya hanya bangun tapi tak nak la keluar lagi sebab ingin bagi ruang dan laluan kepada pakcik makcik ni keluar dulu. HEHEHE. Yolah, kita kena dahulukan mereka yang perlu kita dahulukan. Time saya bangun, saya minta mereka keluar dulu, tapi mereka tak nak. Pakcik tu siap suruh saya jalan dulu. Nak tak nak, saya jalan la dulu. Sebab kalau saya tak jalan, nanti akan jam. Sebab kebetulan kami duduk kat seat depan. Orang yang kat seat belakang dah siap beratur nak keluar. Tak sabar nak keluar. HEHEHE. Sengih-sengih ajelah cakap TERIMA KASIH [senyum]. Banyak kali sebenarnya saya terjumpa dengan orang-orang baik ni. Kadang-kadang ada je urusan kita yang Allah mudahkan. Nampak benda ni kecil kan? Tapi bagi saya, ianya besar. Sebab tak semua orang nak bagi jalan kat kita. Kadang-kadang tu, saje je berebut-rebut nak keluar dari badan pesawat [macam best pulak tulis badan pesawat ni], padahal bukan nak pergi mana-mana pun. Rileks sudah la. Tapi saya kadang-kadang macam tu la. Ngeee!!

Kita sambung dengan cerita ni pula. Semenjak dua menjak ni, fb Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ni kan, suka sangat bagi pesanan nasihat macam ni. Saya pulak memang suka aje baca kalau perihal nasihat ke apa ni. Terasa macam ayah nasihatkan anak dia sendiri je. Terasa dekat, sebab dia pun seusia ayah saya. Err, lebih kurang la kot. Banyak nasihat dia, nanti saya pastekan satu persatu kat dalam MPS ni eh.

Nasihat dia :
Wahai anakku,
Ramai orang menganggap remeh dosa- dosa kecil, sehingga menjadi kebiasaan baginya. Tindakan tersebut menyebabkan ia akan terjerumus kepada dosa dosa besar. Demikian juga Janganlah engkau pandang besar atau kecilnya dosa yang kamu lakukan, tetapi lihatlah kepada siapa kamu lakukan dosa. Sebenarnya Kamu telah lakukannya kepada Allah yang mencipta kamu.
Wahai anakku,
Hati yang bersih seumpama kain yang putih bersih, setiap kekotoran yang melekat padanya akan terus kelihatan, demikianlah dosa, akan terasa setiap kali kamu lakukan. Di kala kamu terjerumus melanggar perintah Allah, tentulah kamu rasa bersalah dan menyesal. itulah iman yang meresap dalam diri kamu. Desakan iman menyebabkan kamu menyesal, bertaubat dan menangisi dosa yang kamu lakukan. Wahai anakku, Istiqamahlah dalam taubatmu setiap kali kamu cuai terhadap Tuhanmu, dan berusahalah membersihkan segala dosamu dengan istiqfar dan bertaubat. Jangan sesekali kamu biarkan dosa melekat di hatimu.

Wahai anakku,
Syaitan akan terus memujukmu dan menggelodak nafsumu, sehingga kamu akan terus melakukan dosa dan kemungkaran. Ingatlah dosa yang berterusan dilakukan tanpa taubat, menyebabkan kamu akhirnya hilang rasa bersalah, dan kamu tidak akan rasa menyesal terhadap dosa yan kamu lakukan.
Wahai anakku,
Ada orang yang melakukan maksiat berbangga dengan maksiatnya. Mereka bangga boleh menentang Allah, Nauzubillah. Janganlah sesekali kamu biarkan dosa dan kesalahanmu tanpa engkau bertaubat dan memohon keampunan dari Tuhanmu. Kerana bilamana hati terlalu jauh dengan Allah, ia akan berterusan dalam durhaka, dan bangga dengan maksiat yang dilakukan. Tindakan ini akhirnya akan membawa kerosakan iman dan aqidahnya.

Wahai anakku,
Basahi bibirmu dengan istiqfar dan zikrullah, kerana syaitan akan sentiasa berusaha memujukmu untuk terus melakukan maksiat. Nafsumu akan mendorongmu ke arah kemungkaran. Dengan kekuatanmu tidak mungkin kamu dapat mengalahkannya. Kerana itu kita diajar agar memohon perlindungan dengan Allah dari kejahatan syaitan yang direjam.
Semoga Allah mengampuni segala dosa yang kita lakukan. " wahai Tuhan kami, ampunilah dosa- dosa kami dan dosa saudara kami yang telah mendahului kami ( meninggalkan kami) dengan iman"
Senyum selalu....

1 comment:

  1. terima kasih kerana kongsi nasihat beliau tu.. kita nampak simple.. tapi sebenarnya susah nak ikut nasihat-nasihat tu.. kalau kita tak gigih.. mudah benar kita terpesong/abaikan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.