Tuesday, January 31, 2012

The Zenith Hotel : 2

Mari kita review lagi apa yang ada kat dalam hotel ni. Sorry banyak-banyak sebab gambar terlampau-lampau banyak. 



Yang penting iron tu. Bukan baju putih itu :) Jadi tak payah bawak iron pun takpe, mereka dah sediakan siap-siap.



Kami bukak lagi dalam drawer tu kan, nah! Semua ni, untuk anda gunakan dengan sewenang-wenangnya mengikut keperluan anda.



Hair dryer kaler pink lagi. Comey pulak kan?



Taraaaa! Memang menjadi kesukaan hati.



Gambar ni sepatutnya dipostkan dalam entry sebelum ni, yakni selepas gambar jug air tu. Tapi saya snap secara rambang, jadi tak ikut turutan la. Ini semua untuk buat air. Kalau suka boleh guna, saya jarang buat air kat hotel.



Lo lo lo.. remote control siap letak kat dalam bekas lagi.



Ini kerja kami, eh tak urmm saya sorang aje, sebab kawan baru aje timbang berat dia. Saya suka sebab berat badan naik. Alhamdulillah. Mulanya ingat 50kg, tapi rupanya adalah dalam 47/48 je. Tapi syukur la. Memang target nak naikkan berat.



Meja di tengah-tengah katil. Semua benda nak diceritakan. hu hu hu.



Ini 'kunci' bilik. Kad ni lah yang kita perlu gunakan untuk naik lif tu.



SASICC di waktu malam. Nampak tak bangunan yang tepi tu? Sebelah kiri, aiseh tak berapa nampak pulak. Itu hotel Zenith. Dekat aje kan dengan SASICC, jadi senang kami berulang alik masa karnival hari tu.




Lif dia


Bila malam saya bercahaya. Cantik kan tangga ni.



Malam tu kami kendurikan Krushers. Senang je nak buat ni, amik aiskrim letak biskut oreo. Siap. Rasanya macam tu la lebih kurang cara membuatnya.







Time nak balik, kami masuk dalam toilet. Eh eh. Cantik sangat kan?

Urmm.. tak sangka pulak siap review satu hotel ni. Kiranya korang tak payah bukak web site zenith la, tengok aje gambar kat sini. hi hi hi. Kalau sesiapa yang pergi zenith nanti, tentu dah tak surprise kan. Oh sorry, saya dah bongkarkan apa yang ada kat dalam bilik tu. Sebenarnya seronok jugak kalau pergi hotel yang tak pernah kita pergi. Memang ada unsur-unsur surprisee! Tapi best bercerita kalau hotel tu lain dari yang lain. Boleh kita kongsikan dengan orang lain :D

Tamated



Monday, January 30, 2012

The Zenith Hotel : 1

Penulisan untuk ceritera ini adalah mempunyai kaitan dengan ceritera sebelum nih. Kalau anda rajin, disilakan untuk scroll down, kalau rasa nak tahu apa kaitan mereka berdua nih, kalau tak nak tahu, nggak perlu menari-narikan mouse tu. 

Urmm, kalau diikutkan hati, saya lebih suka bercerita sekali harung aje. Tak payah main part 1 la, part 2 la.. Nanti tak termenaip. Itu salah satu alasan, alasan lain pulak, urmm banyak lagi benda yang nak ditulis secara rambang dan sesuka hati. Jadi perlu elakkan main berepisod macam ni. Cerekarama boleh ar macam nih. Ah sudah, emo-imo sudah datang. hi hi hi. Nak upload sekaligus gambar, sangatlah lambat. Lepas tu proses mengedit sangatlah 'laju', jadi kita stopkan aje dulu. Sambung esok la pulak.


Perjalanan ke Kuantan
Gambar ni dah lama edit, adalah dua hari lepas. Masa tu tak kerja, tengah rajin mengadap lappy nih. Dating la dengan gambar ni semua. Padahal bil tenet tak bayar, jadi tak boleh nak membelog. ki ki ki.



1. Bangunan hotel Zenith dari jauh. Hujan masih membasah dan melencunkan bumi
2. East Coast Mall terletak di depan Zenith Hotel aje. Memang saje cari pasal.
3. Sultan Ahmad Shah International Convention Centre sudah terpampang di depan mata. Cantik ;p terletak kat tengah-tengah bangunan hotel. Sape punya idea buat bangunan ni eh? Kreatif jugak. 
4. Malas nak cakap, baca sendiri. hi hi hi

Dah lama tak sampai ke Kuantan, mungkin dah 2/3 tahun kot. Urmm..mungkin 1 tahun setengah, mungkin dan mungkin. Entah, memang tak pasti bila last datang sini.

Ok, kalau anda ingin jadikan Zenith Hotel ni tempat penginapan anda sekeluarga, cepatlah meraih kepuasan di sini. Hotel ni masih baru, urm bertaraf 5 twinkle twinkle little stars! 



Masa dalam lif, pastikan kunci bilik [card], disentuhkan pada screen yang ada kat dalam lif nih. ha ha ha. Sulit jugak rupanya nak diterjemahkan ke dalam ayat. Touch and go. Nampak macam ketat aje security untuk hotel ni. Nampak la.



View selepas keluar dari lif. Masa ni dengan member, dia dah pernah stay sini sebelum ni. Dialah yang banyak bagi info pada budak 'ni'. ha ha ha. Maklumlah first time datang sini. Mana lah tahu kewujudan hotel ni. Kalau nak holiday memang best oo. Rate dia adalah RM460 untuk dua malam bagi bilik standard. Oh lupa nak habaq, itu government punya rate tau.



Macam kek lapis kan?



Our room : 507
Teringat kat Levi's. Eh!

Yok! Marilah kita menjelajah bersama-sama dalam bilik ni, at least tak ar rasa seperti tiada sahabat di sisi. 
 


Bathroom. Ada orang amik gambar bathroom ini untuk dijadikan inspirasi rumah baru. Wah kamu ya kawan ;)



Berkenan giler kat laundry basket nih, boleh isi baju banyak-banyak. Tahan karat terjamin kukuh. Kalau berat kita boleh tolak aje, dia ada roda kat bawah tu ha. Puji banyak-banyak bukan ada orang nak kasi free pun.



Dan lagiiiii..



Nak apa? Nak sikat? nak berus gigi? amik aje kat sini..amik semua pun tak pe, Zenith banyak stok lagi. ha ha ha. Gelak tapi tak macam gelak penyamun.



Tengok sendiri. Weh weh, nampak malas aje nak menaip.




Macam meja yang perompak buat call mintak tebusan. Kaki mesti silang sikit nak kasi gangster, lepas tu mesti tengah hisap rokok, asap mesti buat bulat bulat macam ni O O O o o OO OO  lepas tu terbatuk-batuk. ha ha ha. Tak gangster ar kalau macam tu. Cut!! [banyak tengok gerak khas LOL]



Berada di luar negeri sendiri. Jauh dari negeri sendiri. Itulah kehidupan malam di Kuantangg. Saya rindu rumah kecik saya.



Rasa panas, marilah terjun kolam. Tak nak naik pun takpe. Buatlah macam kolam sendiri. Mandi sampai air bertukar ungu. Kalau nak tunggu kering pun boleh, tapi makan tahun la. Berjanggut la duk menunggu. Baik tak payah.



Kalau takde kerja, boleh main tarik-tarik bidai ni sampai penat. Kalau lagi nak mencabar, ajak orang bilik sebelah lawan sekali. Tengok sape yang terel. Tujuan gambar ni adalah nak cakap, penarik bidai dia ni cantik. Biasa tali aje kan, ini plastik macam tu. Plastik ni boleh dijadikan alat mempertahankan diri.

Ok lah, kita sambung nanti lah eh. Makin lama makin menyongsang arus budak ni menaip. 

'Anak kita penat gamaknya tu bang'. Tetiba nada mak-mak dalam cerita berkemundang lagi. Arggg! Tak matang langsung menulis bila angin mengarutisme datang. Ecewah ecewah. hihihi. <<< komen ini turut melintas dalam hati dengan tetiba. Jadi, kita sambung esok eh, banyak sangat gambar nak diupload. Fuhh~!!




Saturday, January 28, 2012

Saje Nak Share

Kalau nak dikatakan cerita ni penting, urmmm.. tak penting mana pun. Tapi nak share jugak.

Hari tu, kira-kira beberapa minggu yang lepas pergi ke bandar Kuala Terengganu tak macam biasa. Dah lama tak pergi. Kali tu kan, pergi sensorang aje, sebab nak cepat.



Beli coklat Dove nih, dah lama sebenarnya tak beli coklat bar sejak pakai braces. Malas nak makan makanan yang manis-manis terlampau selagi memakai braces. Bajet lepas buang braces, barulah nak makan pepuas coklat ke apa ke. Kire balas dendam la kononnya. Bagi saya, coklat ni tak berapa sedap, ingatkan ada la jugak kacang ke apa kat dalam. Rupa-rupanya yilek! Nggak ada apa-apa di dalam. Kosong je, rasa dia urmmm.. biasa-biasa aje. Tapi pembalut coklat ni menarik hati. Cantik.



Masa ni tengah tunggu lampur isyarat bertukar warna. Bosan, jadi ni la aktiviti saya. kui !



Eloklah tu, dah makan coklat berus g*gi, lepas tu gunakan colgate Plax kumur-kumur kasi mati itu kuman dalam mulut. Bersihkan celah-celah g*gi dengan interdental brushes, yang ni khas untuk si pemakai braces. Sebenarnya segan pulak tulis pasal g*gi. EeeUuuEEEwww kan? 



Sebenarnya tertarik nak share pasal oil control film nih. Sebelum ni, saya gunakan oil control film Johnson & Johnson. Tapi kali ni ternampak Oxy punya brand, rasanya masih baru kot di market, sebab sebelum ni tak pernah lagi tengok kat Watson's. Harganya pun murah, adalah dalam RM7++ je. Jadi memang sesuai la untuk golongan sederhana nak membeli. he he he. Rasanya lepas ni, dah tak nak beli J&J punya dah, nak beli Oxy pulak. Puas hati tau.



Masa tangkap gambar ni, si budak kecik ni datang masuk bilik. Baru pandai merangkak, suka sangat intai-intai dari celah langsir pelan-pelan merayap dalam bilik. Nak berkawan dengan kita la tu. Suka sangat buat muka comey, muka ayu. ha ha ha. Lelaki tak boleh buat muka ayu tau Afiq, kena buat muka machooo macam kata kakak Nina. Eh perasan tak ramai orang suka tulis 'lettew' 'lettuew' for lah tu. Kadang-kadang bila baca macam comey je bunyinya. Kadang-kadang macam tak comey. he he he. Eh, papehal saya baca aje ;)



Friday, January 27, 2012

Jom Masuk U

Hari tu, urmm. Rasanya selalu sangat guna ayat 'hari tu'. he he he. Ok ok terus sambung, ada orang nak tito pulak, nanti tak boleh tito. Si adik 4. Ish ish! Dua minggu yang lepas, pada 13 - 15 Januari 2012, berlangsung Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2012 di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan. Permulaan intro yang agak kaku, boleh tahan skema jugak ayat ni kan? hi hi hi.

1st day : 13 Januari 2012.

Kami bertolak ke Kuantan dari UMT dalam jam 10 lebih kurang, sampai dalam petang macam tu. Lebih kurang jam 5 kot. Buat persiapan dekat booth kami itu ini semua, lepas tu balik bilik REHAT! Lega giler dapat berehat. Malam pi merayau kat East Coast Mall [refer balik barangan Hinode Shop, tu la hasil merayau nya].

2nd + 3rd day : 14 + 15 Januari 2012

Banyak benda yang bermain di fikiran, maklumlah first time datang dan bertugas kat karnival ni. Bimbang jugak kot-kot ada soalan dari pengunjung yang tak dapat dijawab. Berpeluh nanti, a a a la jawabnya. 



Kami susun semua buku panduan untuk pengunjung, bajet nanti senang dorang nak dapat maklumat.



Ini booth yang kami dapat. Ok la, besar tapi tak strategik sebab membelakangkan pengunjung, maknanya mereka perlu datang betul-betul dekat booth ni, barulah mereka boleh nampak 'Ooo UMT'. Lebih kurang macam tu la.



Ini kire gambaran macam mana UMT la. Perasan tak nombor 3 itu? A a.. nampak tak? Itu pejabat saya. Nak jugak cakap pejabat dia. Kadang-kadang tak perasan sangat rupa bentuk bangunan sendiri macam mana, bila tengok gambar ni barulah. 'Ooo cantik gak rupanya bangunan ni'. Ecewah, puji bangunan tempat kerja sendiri pulak.



Nak lebih jelas, ini adalah sebahagian program yang ditawarkan di UMT. Eh, tetiba terasa macam duduk dekat booth la  pulak. LOL. Kami tawarkan kursus untuk aliran sains dan juga sastera. Jadi tengok result anda, apa mau mu, pilih aje dalam UPU eh. Buat pilihan yang tepat.



Ini maklumat pasal karnival ni. Kat bawah kalau korang perasan la kan, dia ada tulis pasal Zon 1, Zon 2 sampai lah Zon 11.



Kebetulan van ni lalu depan kitaorang, jadi boleh tengok schedule untuk karnival ni. Boleh dikatakan setiap negeri ada, cumanya untuk negeri Perlis, mereka gabungkan dengan Kedah.

Dalam banyak-banyak booth la kan, saya lebih tertarik pada UiTM. Ayoahh! Ini sudah lari dari konsep ni, patutnya promote pasal UMT. ha ha ha. Manyak maap lah, tak boleh menafikan kata hati sendiri. Masa tengok gambar yang mereka paparkan tu kan, terus aje mata dan hati berkata-kata. Cantiknyaaa! Siriyes.



Saya sebagai budak kampung terus feeling bilamana tengok mesej yang disampaikan melalui lukisan nih. 



Dulu gi sekolah jalan kaki je. Sekolah dekat dengan rumah, 10 - 15 minit sampai la.



Rumah pun kayu jugak, pakai pelita bila blackout ;) Tapi tak study lah. ha ha ha.



Masuk UiTM lepas tu grad. Wah berkesan sungguh penceritaan gambar ni kan? Zaman study memang best, tak payah fikir macam-macam. Belajar, enjoy, tido, itu aje kejenya. 



Saya suka gambar bendang tu, sebab saya ada gambar beramai-ramai dekat bendang, sambil dukung adik 4. Memang sangat kampung masa tu. BEST. Tapi lupa ar nak posing ala-ala macam tu, kalau tak mesti sama sejibik dah kita weh [bajet budak-budak dalam gambar tu dengar].



Saya suka banyak-banyak gambar ni. Macam ayah saya je, tapi dia bukan pikul padi tapi dia lebih kurang macam tu lah.

Dah dah, jangan lama-lama mengimbau nostalgia tu. Meh kita ke gerai lain pulak eh.



Ini kolej mana ntah, tapi dia fokuskan pada kulinari. Masa tu demo dah habis, yang sempat kami rakamkan hanyalah hasilnya saje. Kreatif dan cantik terhasil dari ilham dariNya.



Masa ni kami rewang dari satu gerai ke satu gerai. Bila sebut gerai teringat gerai makanan. ha he ha. Sempat lagi fikir makanan. Time ni dah petang, orang dah tak berapa nak ramai. Tapi masih ramai la jugak.

Kalau berkesempatan ayuhlah ke Zon 2 dekat Terengganu ni aje, mereka buat di Terengganu Trade Centre pada 28 - 29 Januari 2012. Mak ayah tentu tak kerja kalau Sabtu dan Ahad, eh Ahad Terengganu dah kerja. he he he. Datang la, dapat la jugak ilmu nanti. Promote tak habis. Kali ni orang lain pulak yang jaga booth, untuk turn saya yang akan datang di Perak dan Negeri Sembilan, InsyaAllah.

Masa kami kat Kuantan ni kan, kami tinggal di Zenith Hotel, best. Nanti kite cite panjang lebar ye ;p