Wednesday, February 29, 2012

LASBELA II

Jangan nantikan kesinambungan cerita lawatan sambil belajar ni, kerna saya sememangnya 'sangat terel' buat entry sambung-sambung. Sangat kurang suka buat entry berkait-kait, tapi takpe, sekurangnya saya mencabar diri sendiri untuk stick pada satu-satu topic. Whuaaa!

Ok kita sambung semula cerita LASBELA. 

Ini masih di hari pertama. hi hi hi. Jenuh la nak habiskan semua cerita ni, eh takpe. Saya pandai skip cerita, kita ambik yang mana ok aje. Yang biasa-biasa saya abaikan. 



Pelangi di Pasar Baru. Cantik. SubhanAllah. Allah bagi peluang untuk melihat kejadianNya yang sangat cantik. Suasana sejuk-sejuk nyaman je masa nih. Khayal dengan pelangi ni. Jom kita kira berapa warna pelangi nih ;)



Ini hotel yang kami menginap. Bolehlah sama aje dengan hotel yang pernah saya menginap dulu. Yang penting dapat tidur dengan lena.



L.O.V.E
kalau pandai, sila cari sekarang! 
a a aaa jangan nak ngelat.



Kuda ni untuk disewa bukan untuk ditonton aje ya deh. Emangnya banyak sungguh ikhtiar hidup yang mereka lakukan. Kagum!



Kami ke International Relation Office pada hari kedua. Alamak, saya memang menulis dengan hentam aje la mek. IRO ni kepunyaan Institut Teknologi Bandung, kami buat lawatan akademik kat sini. Tujuan utama program ni diadakan. Kat sini niatnya nak cari ilmu baru, yang mana boleh kami boleh ambik dan jadikan panduan, kami akan ambik. Lebih kurang tak lebih kurang, macam tu la tujuannya.



Panduan untuk students yang belajar di ITB. Oh ya, tak silap ini untuk student international aje. Sangat membantu kalau kita baca guideline dia tu.



Map untuk Bandung.


Masa ni kami dah bergerak meninggalkan IRO ke kawasan kampus ITB. IRO dan ITB ni berdepan aje, kami seberang jalan aje dah sampai ITB.



Satu office yang pergi, ada jugak beberapa kerat lagi yang tak pergi.



Semua orang ingin lari dari kegelapan dan ingin menuju cahaya. Teruskan istiqamah, semoga hati kita dipegang olehNya, tidak lalai dalam merentas kehidupan. InsyaAllah.



Suasana kampus ITB & Oh bas oren. Itu bas kami, bas parawisata [kalau tak silap]. Maksudnya bas persiaran/pelancongan. 



Sama pesen aje basikal mereka ni. Siap ada parking lagi. Senang kan?



Lepas ke ITB, kami nak pergi alas perut. Bukan alas perut lagi nih, nak mengisi ruang yang kosong demi satu tenaga. Lalu depan Kebun Binatang Bandung. hi hi hi. Kebun, macam pelik kan namanya.



Nasi padang. Nasib baik ada ikan bilis, lalu lah jugak nak makan. Sememangnya tak boleh nak pergi dengan cara masakan kat sini. Tekak segan nak telan. Sungguh, RINDU giler kat masakan kat rumah masa nih.



Kat belakang tu pak Ali, dia tourist guide kami. Baik dan senang nak berkerjasama.



Ketapi ketapi! Ponggg Pongggg! Ha, nada hon gajah punya. Teringat kat novel Contengan Jalanan, he he he.



Jayeng pun ada kat sini. Mulah rasa macam kat Terengganu aje. Tapi kami tak pergi pun, semua gambar ni kebanyakannya di ambil dari dalam bas. Banyak masa kat dalam bas. Dari satu tempat ke satu tempat, memang dalam bas la jawabnya.

Nanti kita tengok yang lain pulak eh.




Rindu Berputik

Sepatutnya saya perlu selesaikan persiapan untuk kerja esok hari, namun diri masih belum berganjak dari tempat ini. Salahkan diri sendiri, eh tak. Salahkan pada semua gambar-gambar kat bawah ni. he he he.

Sambil saya melayan satu lagu yang sangat manis, saya dilamun kerinduan kepada mereka.



Surat anak buah kepada Umi dia. Masa mula-mula baca tu kan, gelak lepas tu terharu pun ada. Anak-anak buah aku ni memang, pandai buat ayat drama. ki ki ki. Suka sangat mereka ni buat surat. Kalau ada salah maka akan ada lah surat yang akan dikarang. Konon menyatakan kekesalan, ha ha ha. Padahal sekejap je. Lepas tu mula buat-buat lupa perjanjian yang termaktub dalam surat. Budak-budak.



Comey aje nama Tok [nenek]. Siap ada Siti lagi, padahal takde pun. Nama akak aku tu, aku edit, sebab gambar ni semua cilok dari fb dia. Ampun ya deh! ;)



Mana nak cari anak-anak sedara yang macam ni gayanya. Kalau aktiviti tak berunsurkan tak mencabar jiwa kanak-kanak mereka, urmmm.. Maka pelbagai usaha lagi perlu dilakukan. Sangat PLKN mereka ni [sorry episod memuji anak buah malam ni. hu hu hu]. Dorang tengah goreng nasi. Tak pasti mereka makan ke tak, yang pasti anak-anak buah aku [baju pink tu bukan, rasanya jiran dorang kot] ni tak makan saman. kadang-kadang mereka makan aje tu.



Ni Ateh, masuk pertandingan bola jaring. Kelakar sebab mereka ni semua main kat atas tanah merah macam tu aje, bukan padang betul-betul. Tapi semangat. Kalau tak silap mereka johan kot yang ni. Dapat piala sorang satu.



Balik kampung, macam biasa Tok Su akan bagi kerja sampingan kat dorang. ha ha ha. Kena bersihkan buah ciku. Lepas tu susun atas tiang. Pandai-pandai dorang pulak menyusun semua ni. 

Rindu sangat mereka ni. Padahal kadang-kadang menguji kesabaran jugak bila mereka buat perangai.



Monday, February 27, 2012

GEN-Q

Kadang-kadang ada benda yang kita jumpa, dengan tidak sengaja. Beberapa minggu yang lepas, pergi ke karnival pengantin. Dah hampir ke penghujung kunjungan kami ke sana, sementara sepupus-sepupusku meninjau apa entah, kaki melangkah ke tempat menjual buku-buku yang macam-macam. Ralit jugak duk membelek buku-buku yang ada, lepas tu tertarik pada satu majalah ni. Mula-mula belek aje, lepas tu macam best. Terus beli.



Isu ke-6, dah terlepas 5 isu. Rasa gak nak pergi cari.
Malu Biarlah Bertempat
Jangan terlebih malu 
Jangan terlebih tak malu. hu hu hu



Apa yang korang rasa bila tengok tajuk dan gambar nih?

Abang 2 belek majalah ni, lepas tu kan sampai satu page ni. Dia cakap, 'ini afiq, rayyan, mung [maknanya saya la tu] dengan cat ha ha ha'. Saya tersengih aje sebab tak habis baca lagi majalah best ni. Siap baca dari awal page tau, takde langkah-langkah. Tak pernah macam ni [semangat punya pasal]. ki ki ki.



Bila dah sampai page ni, oooo. ha ha ha. Kelakar. Memang sangat kena la dengan budak dua orang tu. Afiq memang tak banyak rambut sangat, Rayyan rambut dia lebat. Kucing tu memang ada, anak kecik lagi tau.

Pengisian dia daripada gambar tu, elakkan/JANGAN MINUM BERDIRI, JANGAN MAKAN BERDIRI. Marilah kita sama-sama berpesan. Rasanya semua orang pernah makan atau minum berdiri kan? Lepas baca artikel ni, berazam nak buang la tabiat terminum, termakan berdiri ni.. yang memang tak elok sangat-sangat nih. Moga encek semangat bin jitu nih kuat. 



Yang ni pulak baru aje beli, tapi masih tak sempat nak baca dari kulit ke kulit. Jarang sangat baca majalah sampai habis, tapi majalah comel ni kan, urmmm kebestan dia memang best :)



Ingat tau!



Sangat suka baca cerita ni. Boleh gelak sorang-sorang. Kelakar penulisan dia. BEST DAN BESTO!



Ngam-ngam dengan apa yang telah dilalui dalam minggu lepas. Ada artikel pasal marah. Menarik sangat artikel ni.

Kalau nak tahu apa pengisian dia, adalah lebih baik dan molek kiranya anda semua ke kedai buku yang berdekatan untuk memiliki GEN-Q [GENERASI AL-QURAN KREATIF], sebab tu saya tak bercerita dengan lebih lanjut. Tak rugi membelinya tau, at least ada ilmu yang boleh kita ambik, kalau tak dapat 10, dapat 1 ilmu pun dah kira ok :) 

RM7 aje tau

Sunday, February 26, 2012

Bulan Dua

Dah bulan dua, pelajar dah start kelas. Para akademia mula sibuk di kantornya. Dulu tak ambik pot langsung kelas dah start ke hape ke, akademia sibuk ke apa ke. Jalan kita lain-lain der. Sekarang? Kita pulak sebagai yang menurut perintah ni? Urmm.. bolehlah. Masih ada lagi ruang untuk bersuka-suka dengan keluarga selepas balik kerja. Bila kita masih ada kelapangan untuk berbuat sesuatu, maka itu tandanya kita masih punyai masa. Pernah tak, rasa menyesal dengan masa yang berlalu? Macam 'eh ruginya tak buat tadi, kalau buat dari tadi.. tentu dah settle semuanya'. Eleh, tentu pernah bukan? Tak banyak kali pun, sekali mesti korang pernah jugak terfikir macam tu kan? :) Ini ialah antara kata-kata biasa orang yang suka baling-baling masa. Bila dah semput baru nak terngadah. O o .. he he he.

Demi Masa


Memang gambar macam ni. Kelabu asap. Mungkin disebabkan kamera selalu jatuh, sampai tempat bateri dah patah.



Melepaskan lelah sambil berfikir. Amboi nampak macam good good aje kan? ha ha ha. Padahal otak tengah ligat duk shuffle, fikirkan nak pergi mana lepas kerja. ki ki ki.



Dalam apa jua benda yang kita lakukan, kita biasanya inginkan yang terbaik. Bukan sahaja untuk diri kita, malah untuk orang lain juga. Tapi kadangkala, kita tak terlepas daripada membuat kesilapan, adakala kesilapan kecik tuet jer. Namun natijahnya sangat bapok [bukan bapok ok, bapok ni maksud dia besar] kepada mereka yang lain. Yang pasti, jangan berasa malu [eh kadang-kadang rasa malu jugak. hu hu hu] dengan apa jua teguran/nasihat/pandangan demi kebaikan kita. Oh ya, kata-kata tu kan, saya cilok daripada tumblr.




Saturday, February 25, 2012

Menantu B+

Ada 3 cerita menarik yang disiarkan kat dalam tv yang nak dikongsikan, tapi yang ni yang latest. Rabu lepas, balik dari kerja melayan si Afiq dan tertengok pada tv cerita Menantu B+ kat TV9. Dah separuh jalan dah, tapi macam menarik aje ceritanya.

Masa ni aku melayan dengan bapakanda aku. Hairan jugak melihat ayah aku terkekeh-kekeh duk gelak. Cerita pasal nak cari menantu. Bila tengok si pelakon, memang nampak kelakar jalan cerita dia.  

Cerita ni dilakonkan oleh Amy Mastura [Sahara], Usop Wilcha sebagai ayah, Fiz Fairuz sebagai calon menantu, seorang lagi pelakon lelaki tapi aku tak kenal, sebagai calon menantu jugak dan sorang lagi pelakon namanya Zizan Nin.



Ayah yang dulunya polis pencen. Jadinya dia memang sangat mengambil berat calon menantunya. Ada satu scene, Zizan Nin nak ajak si Sahara keluar. Si Zizan ni datang rumah dengan confidentnya, si ayah tanya. Nak bawak anak dia pergi mana. Dengan senyum manis zizan cakap nak bawak pergi karaoke. Mau tak marah si ayah ni bilamana dengar macam tu. hi hi hi.

Ada satu malam tu kan, ayah Sahara yang angkat/telefon si Fiz Fairuz ni dengan tujuan utama nak mengintip dan mengorek maklumat. Mak oiii, memang kelakar. Siap tanya darah jenis apa. Si Fiz jawab darah jenis B+. Si ayah senyum-senyum. 

Lepas tu, barulah faham yang si ayah ni nak cari menantu berdarah B+. Ada jugak macam tu eh.



Masa ni ayah aku tergelak-gelak. Aku gelak jugak sebab masa ni kan, si Fiz ni kepedasan. Ayah dia masak pedas sangat. Dan yang menambah gelak ayah aku, rupanya sebelum ni ayah Sahara dah pernah masak jugak, tapi masin. Kali ni terlebih pedas. Adoii! 

Dan antara ketiga-tiga calon menantu ni kan, si Fiz telah menjadi pilihan Sahara. Kenapa? Ok, ada satu adengan ni kan, si Zizan nak ajak Sahara keluar dengan niat nak meluahkan rasa hati kat Sahara ni. Tiba-tiba Fiz terbuka pintu bilik tu. Fiz, Sahara dan Zizan ni satu pejabat. Jadi tak jadilah niat si Zizan ni. Dan tiba-tiba pulak si Sahara dapat call daripada sape entah, aa jiran dia yang ada anak lelaki [calon menantu jugak tu]. Bagitau ayah dia ada kat hospital, lupa pulak sebab apa. Nak darah B+. Eh, cerita drama betul lah, semuanya ketiga-tiga lelaki ni semuanya berdarah B+. 

Yang membezakan mereka ialah si fizz tak takut darah dan boleh menderma dengan jayanya, si zizan pulak mabuk darah. Pening dan dia pulak yang doktor bagi ubat. Si calon menantu ke tiga tu pun sama, mabuk darah lepas tu pengsan. Si fizz lepas tu kan, luah perasaan dia kat Sahara and Sara setuju nak kawin. 

Cerita ni best tapi aku pulak yang tak best bercerita pasal cerita ni. Kalau nak tonton dengan lebih lanjut dan dengan lebih jelas dan tersusun, boleh tengok kat you tube kot. Mungkin ada, mungkin tak. Tak sure pasal tu. 

Ok, tamat sudah cerita B+.

Friday, February 24, 2012

LASBELA I


Alhamdulillah, ON lappy malam ni kan, eh eh. Bila bukak you tube, elok aje. Takde lah langsung tak boleh bukak, terkejut jugak. Try upload gambar dalam MPS ni kan, pun sama. Takde lah slow semacam. Kalau tak, satu gambar pun tak lepas. Kalau bukak blog orang lain kan, urmmm tak nampak apa pun. TERSANGAT PERLAHAN! Memang menyampah giler rasanya bila ingat. Sebab tu la, post benda-benda yang macam tu aje. Itu pun kat office time nak balik kerja aje. Memang menguji kesabaran bila line slow macam tu. Bayar macam biasa aje, tu yang terasa tu. hu hu hu. Lama jugak macam ni, hampir 2 minggu. Tapi sekarang Alhamdulillah, tak ar rasa ralat bayar bil.

 Bulan lepas masa 19 - 22 Januari 2012, tempat kerja ada buat LASBELA [Lawatan Sambil Belajar] ke Bandung. Adik 4 selalu perli, eleh pergi Bandung, Indonesia je.. orang pergi lah oversea betul-betul. Ya Allah, dia ingat kakak dia ni cop duit agaknya. Ini pun tempat kerja sponsor tau. Kami pergi beramai-ramai dalam 20 orang macam tu lah. 



Pagi dah nak bertolak ke Bandung. Saya sukakan suasana pagi macam ni. Tenang sangat-sangat. Layan diri sendiri :)



Kelakar muka naga nih. Try buat sodoku/soduku/sudoku mana satu eh ejaan yang betul? Tetiba jadi confuse. hik hik! Aku buat suka hati aje, janji nombor tak bertindan kat dalam tu. Rasanya cara aku silap. he he he.



[hirup udara segar. Eh bukanlah, udara aircond]



Saya sukeeeee!! Meredah awan di dalam perut burung besi.



Suka sangat dengan suasana ni, masa ni kan, matahari baru nak munculkan diri dia. Cantik sangat. Sempurnanya ciptaan Allah.



Matahari mengintai dari celah awan sambil tersenyum [terbayang pulak cerita teletubbies]



Makan nasi lemak. Sedap jugak.

Dua jam berlalu sampailah kat Bandung. Macam biasa, udara dia nyaman.

Saya rindu dengan suasana kat sana. Kunjungan untuk kali ketiga ni, dah tak macam dulu. Kali ni memang fokus nak tengok dan hayati kehidupan mereka.



Kat sini, kehidupan mereka sangat lah sederhana. Ada yang susah, ada yang senang, ada yang biasa-biasa aje. Tapi yang saya kagumi ialah semangat kental mereka dalam mencari rezeki. Tak kira kecil, tua muda atau bagaimana, mereka gigih mencari rezeki demi kelangsungan hidup mereka. Gambar ni kan, diketik ketika di dalam bas. Pemandangan biasa di sana. Masa ni kan, masih awal lagi tapi budak muda ni dah siap sedia untuk menerima pelanggan di gerainya. Apa yang mereka boleh jual, mereka jual. Mereka tak tunggu kena ada kedai besar, kena ada kelengkapan bagai. Tak! dengan kudrat mereka pun dah memadai.



Awan lagi. Cantik dan cantik.



Tengah buat demo. Tapi rileks aje, takde kecoh-kecoh sebab polis berkawal. Tourist guide cakap, biasa berlaku macam ni. Firt time tengok  macam ni. 



Terjumpa, ternampak, terberkenan pulak dengan Juke | Nissan ni dan terus jadi pujaan hati. Bestnya kalau dapat ni kan. Berangan boleh lah, tak pasti pulak harganya berapa. Mesti mahal giler. Kat Malaysia rasanya tak pernah nampak lagi kereta ni. Ala-ala swift tapi laaaagiiii cantik dari swift. 



Hujan membasahi bumi Bandung. Masa ni nak ke mana entah. Banyak sangat masa kat dalam bas. he he he.

Ok, nanti kita sambung cerita lagi eh. Nak sambung buat kerja pulak :)




Tuesday, February 21, 2012

10

1. Sedang makan bihun goreng yang sedap, akak ipar yang masak. Balik kerja dah lewat, jadi memang sedang molek dengan perut yang minta dipenuhkan dengan sesuatu yang bernama makanan. Alhamdulillah.

2. Tengah tengok Saksi Maut 2012. Tapi tengok macam-macam tu ajelah.

3. Penat tapi masih mampu makan. hi hi hi

4. 'Mengapakah awan mendung menghiasi langit petang'. M Nasir ke yang nyanyi nih? Lagu dalam Saksi Maut 2012.

5. Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa, eh tahu.. tapi keadaan tidak mengijinkan saya untuk terus menulis.

6. Eh, kenapa mata model D'Haja macam tu, berkilat giler. Dorang tengah posing gayakan tudung D'Haja. Pelik pulok tengok. Saya terkesima seketika.

6. Stop! saya tak mampu nak teruskan sampai nombor 10 sebab nombor 3.

Saturday, February 18, 2012

Rezeki

Janganlah berkira dengan rezeki kita, kerana Allah sendiri tidak berkira dengan kita.

Bila ingat quote ini, terasa malu sendiri.
Padahal rezeki semuanya datang dari Allah.
Definisi rezeki itu luas, bukan tertakluk kepada wang ringgit sahaja. Ianya terpulang kepada tafsiran kita sendiri untuk meletakkan 'rezeki' itu ditafsiran yang sesuai dengan diri kita.

Tapi bila bernama manusia, sedikit sebanyak perasaan 'memiliki' agak menebal. 

Contoh perasaan ingin memiliki :
Dalam kelas, kita duduk di kerusi depan, bila time rehat kan, eh eh dah ada orang ambil tempat kita. Mana boleh macam tu. Terus rasa geram. Padahal kerusi tu, takde pun nama kita. Tetapi kerana dalam hati kita, terlalu banyak perasaan ingin memiliki, maka secara spontan perasaan geram tu hadir.

Contoh lain: 
Kita ada dua batang pen, dua-dua pen tu kita sayang. Bila ada orang mintak pen kita tu kan, perasaan sayang kepada pen itu akan meningkat dengan mendadak secara tiba-tiba. Timbul rasa sayangnye, ruginye kalau bagi kat orang yang mintak tu. Nanti itu nanti ini lah... Hati berbicara memujuk supaya mengikut nafsu. Padahal kita lupa ianya bukan hak milik mutlak kita. Kalau Allah takdirkan pen itu hilang, ianya akan hilang.

Banyak contoh lagi yang boleh kita ambil sebenarnya. Tak kira dari segi barang-barang yang kita ada, urmm dari segi apa sahaja lah.

Begitulah dengan kehidupan kita, apa yang kita sayang belum tentu hak kita. 

Sebab itu lah, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

[sorry entry ni spontan, dapat tulis ni pun dah cukup baik. line masih betak]




Thursday, February 16, 2012

16.2.2012

Allah aje yang tahu betapa geram dan meluap-luap rasa marah nih. Fuhhh!
Saya paling pantang orang meninggikan suara, dengan berasakan ianya salah kita.

Sedangkan salah adalah berpihak kepada dia. Urmm, bukan nak cari salah siapa-siapa, bagi saya. Jika sebarang permasalahan tidak salah jikalau menggunakan pendekatan berhemah.

Kami ikuti apa yang dikehendaki, silap di sana, melenting kat sini. Apahal pulak??
Hari ni penutup petang, best jugak buat entry luah perasaan macam ni.

[saya nak balik keje dah, sempat tulis sikit-sikit macam ni aje, para pengunjung saya ucapkan terima kasih banyak-banyak]

Tuesday, February 14, 2012

Wordless Wednesday #3


Tak mampu buat apa-apa lagi, brokbeng kat rumah memang sangat problemo. Dan kata-kata di atas sangat cantik menarik untuk direnung dan diperhalusi sesuai dengan kehidupan yang kita lalui.

[boleh balik sekarang]

Saturday, February 11, 2012

Betak

Betak atau dalam bahasa standardnya adalah slow nak macam nak mati. Cuba nak upload gambar, tapi tak berjaya. Tak banyak pun, nak upload dua aje dulu. Lepas tu tinggal pergi buat keje. Bila datang balik, tengok-tengok satu pun masih tak terupload. Grrr! Kalau bukak blog orang lain kan, gambar tak nampak, yang nampak screen kosong aje. hi hi hi. Sukanya sayaaa!! [padahal geram giler, urmmm rasa nak makan aiskrim, eh dari semalam rasa nak makan aiskrim, dah lama tak beli. tetiba pulak cerita pasal aiskrim] Oleh itu, marilah dan lebih baik pi layan Afiq tak adalah rasa eee, kalau dengan Afiq rasa geram sebab dia comey! :)


Ni rupa dia, nak loading punyalah laaaammmmm baaaattt
Cek dalam mesej celcom kan, dia cakap : Dear customer, you have exceeded your usage limit of 5GB/mth . Get additional volume now to continue enjoying ur broadband svc at its current speed. Send BROADBAND VOL to 22188.

Mungkin ini kot punca dia line jadi amat betak. Ok fine!

Friday, February 10, 2012

Fitnah Dajal

Abi Darda' r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesiapa yang menghafaz 10 ayat dari awal surah al-Kahfi nescaya akan terselamat daripada fitnah Dajjal". [source : Gen-Q 06]

Teringat akan pesanan arwah mak dulu, selepas/sedang dia membacakan Al-Quran, mesti mulut dia turut sama berpesan 'kena baca ayat ni, nak selamat dari fitnah dajjal.... etc".. Sekarang baru saya nampak, sebab banyak terbaca pesanan ni di mana-mana, dulu kita dengar aje. Pesanan tu diutarakan, masa anak dia duduk tercongok mengadap berita. Tapi memang macam tu, tak kira kita sedang buat apa, contoh tengah nonton tv ke, tengah baca surat apa kabar ke.. Dia tak pernah jemu memberi dan memberi nasihat. 

Rindu nak dengar nasihat dia, nak gaduh dengan dia, nak kongsi cerita dengan dia, nak merajuk dengan dia, nak keluar bertiga dengan dia, nak macam-macam. 



Thursday, February 9, 2012

Cerifidra

Cerifidra atau panggilan panjangnya Cerita Filem Drama ni sebenarnya dah lama terperap dalam stor. Petang ni sesi kemaskan stor. 

Filem :

Banyak jugak cerita menarik rupanya yang saya tonton minggu ni. Pertamanya cerita Hafalan Salat Delisa [HSD]. Yang ni memang best, banyak pengajaran yang boleh kita ambil. 

Mulanya dah tengok promo dalam tv, tapi oleh kerana tidak melanggan Astro First, jadinya tak berpeluang untuk menontonnya. Hari demi hari berlalu, tetiba satu hari tu [hari Jumaat] ternampak cerita ni pada blog anak Pakcik Osman. Bagai orang lapar dihulurkan makanan, cepat aje jari klik pada cerita HSD nih. Bukan apa, nanti kan lambat-lambat dorang remove pulak videonya ni ha. Takut akan jadi isu macam Ombak Rindu, bising dalam paper, last videonya ditarik balik. Best ke Ombak Rindu tu? Sempat tengok dalam 15 minit macam tu je. Itupun tertengok kat rumah orang lain. 

Filem HSD ni berdurasi 1 jam 40 minit lebih macam tu. Layan aje dari mula sampai akhir. Tak tahu nak cakap macam mana. Sangat memberi tauladan dan pengajaran kepada mereka yang menontonnya. Ketabahan, kekuatan hati, hidup berpaksikan kepada Yang Satu, urmmm.. banyak kalau nak ditulis. 


Sesiapa pun tak kan tahu di dalam kehidupannya, di hari depannya dia akan berdepan dengan ujian yang sangat hebat. Si Delisa yang kuat, sangat memberi inspirasi kepada diri. Si kecil yang masih tak tahu apa-apa namun kental jiwanya meruntun hati penonton. Cerita menarik ini turut menarik airmata keluar dari kepompongnya. Cerita ini tidak menyajikan atau memasang umpan perempuan menarik untuk menarik penonton menonton cerita nih. Tapi saya tetap tertarik untuk menontonnya. Korang tengok lah cerita ni, best. hi hi hi. Tetiba teringat aku sibuk duk promo cite ni kat sepupu. Tak tahu lah dia tengok ke tak.

Sinopsis HSD, tapi saya cerita sikit-sikit ajelah, tak best kan cerita semuanya, nanti basi. Delisa ni anak bongsu dalam keluarga dia, sangat comey ini budak. Selalu gaduh dengan kakaknya Aisyah. Oh tak sangka si Nirina yang pegang watak ibu. Memang menjadik, menjadi ummi yang sangat baik dan rapat dengan anak-anaknya. Sejuk mata memandang. Semua anak dia perempuan. Yang sulung namanya Fatimah, Aisyah dan Delisa. Sorang lagi, gwa kelupaan dong.


Part paling meruntun hati, sedih giler masa nih. Delisa cakap 'Delisa cinta ummi karena Allah'. Kalau korang tengok memang secara automatik sedih datang kat hati. Betul, tapi kalau korang jenis jiwa kental. Mungkin tak kot.

Nak tahu kesudahan dia macam mana, boleh gugel pakcik gugel dengan kosa kata Hafalan Shalat Delisa. Sangat bagus untuk ditonton dengan anak-anak, seisi keluarga, dan secara tidak langsung ada ilmu dan pengajaran yang boleh kita amik daripada cerita nih. Anak-anak mesti suka cerita ni, percayalah ibu-ummi sekalian.

Drama :

Rasa senyum sorang-sorang bilamana menonton cerita nih. Saya lupa bagaimana cerita ni sebenarnya, mula-mula memang tengok, lepas tu tak tengok dah. Malas ar nak layan. Malam ni, saya layan cerita ni, eh minggu lepas pun layan jugak, tu sebab sambung malam nih, nak tahu jugak macam mana cerita dia.

Mula-mula hairan kenapa mereka duduk serumah, lepas tu auntie dia pulak sporting giler! Eh peliknya. Lepas tinggal beberapa episod, lepas dengar cerita orang ramai. Ooo mereka dah kahwin rupanya. Entah macam mana jalan cerita dia, saya tak tahu. Yang saya tahu lagu dia best! 'aku bukan tak cantik, aku bukan tak baik' la la la .. Jalan cerita dia sempoi menarik jugak, sebab nampak macam real jer.

Vanilla Coklat, kalau nak tahu lebih-lebih macam biasa, gugel jugak. Info sekarang mudah, semua kat hujung jari. Nak cerita lebat-lebat, saya tak menontonnya dengan setia. Jadi eloklah cari sendiri ya.