Saturday, April 28, 2012

Fokus Kurang

Fokus untuk memblog agak merudum buat masa sekarang. Masih banyak benda yang perlu dilangsaikan. Hari Jumaat Sabtu seperti hari-hari biasa. Masih perlu ke tempat kerja untuk melaksanakan tanggungjawab di atas bahu. Huk! Tetiba terasa berat macam pikul beras 50kg. 

Fokus saya sekarang pada 'jadual'. 



Jarang-jarang orang mahu share pasal kerja mereka bukan? Oleh kerana MPS ni dah macam diari online saya, maka saya nak catatkan memori indah ini [macam tak ikhlas je bunyi nya. hi hi hi]. Untuk siapkan satu jadual kuliah bagi pelajar rupanya bukan mengambil masa yang sekejap. Bukan sehari, bukan dua hari. Tetapi berbulan lamanya. Hampir 2 bulan lebih. Proses dah bermula sejak 26 Februari 2012 yang lalu.

Lama kan? Hampir setahun di sini, banyak benda yang saya dah belajar. Ketepatan masa untuk memberi maklum balas AMATLAH PENTING, kalau tak banyak kerja TERTANGGUH. Namun begitu, masih ada segelintir yang memandang enteng benda penting ni.

Contoh: nak buat nasi lemak. kita order ikan bilis, sotong, ikan tongkol = ikan aya sebagai lauknya. namun demikian, yang tiba hanyalah sotong. ikan bilis tiba lewat seminggu, ikan tongkol tibanya lewat 4 hari. Akibat dia?? Yang nak buat nasi lemak la yang menanggungnya. Padahal yang nak makannya, semua orang. Wah wah! badan penat kencang la saya membebel. ha ha ha.

Kerjasama yang tinggi amat diperlukan oleh semua pihak. Katakan maklumat yang diberikan tak lengkap, sangat membuang masa. Perlu follow up semula, kalau yang senang bagi kerjasama ok lah, ini ada yang 'kerek' semacam je. Sorry, berkata benar adalah pahit untuk diterima kan?

Saya juga belajar tentang KETELITIAN. Owh! Dalam meneliti masih ada lagi yang terkurang. Masih kena belajar lagi dan lagi. Ini diri sendiri lah.




Ini semasa pra-jadual. Boleh la dikatakan jadual awal untuk semakan semua. Kalau ada silap, kena betulkan semula. Perlu di fotokopi sebanyak 50 salinan. Jangkamasa untuk menyiapkan ini semua [fotokopi, cop mengecop hingga siap di letakkan dalam envelope] ialah hampir 3 jam setengah. Sebolehnya lagi cepat lagi baik, dan sebolehnya jugak janganlah sampai 4 jam. Jenuh!



Kertas yang digunakan memang sangat banyak. Hampir satu kotak A4. Sangat banyak penggunaan kertas. Sebab tu perlu guna troli untuk angkut kertas-kertas ni semua. Sangat bernasib baik sebabnya, mesin fotostat kat sini tak meragam, jadinya kertas takdelah melekat ke hape. Kerja pun smooth je. 

Apa lagi eh nak cakap? nak menulis? Sementara nak balik ni, dah lewat. hu hu hu. Dah penatlah rasanya, masa pun dah nak maghrib. 

Pulang dulu. Daaaa~~~ <3



Wednesday, April 25, 2012

Mankiki

Sementara nak pulang ke rumah. Nak cite sikit.

Hari tu, kakak ipar panggil.

Aida tengok ni, katanya.

Ha ha ha, ni je aku jawab.



Kakak ipar mintak tengokkan gelagat si Afiq nih.

Dia tengah terlopong menonton 'mankiki'.

Orang amik gambar dia pun, dia tak sedar. 

Apa nak jadi kat sekeliling dia, jadilah.



Tak pandang kiri kanan. Khusyuk giler duk menonton National Geographic. Masa ni, kelihatan si monyet atau mankiki tengah bergayut-gayutan bersama-sama kawan-kawan dia. Dari satu pokok ke satu dahan. Afiq kagum melihat keterelan mankiki tu semua. 

Glosari : 
mankiki berasal daripada monkey, yang mana salah sorang anak buah tak reti nak menyebut monkey, jadilah mankiki



Tuesday, April 24, 2012

Facebook Meledak

Pada mulanya ternampak buku ni dalam facebook Dr. Zaharuddin sendiri. Selepas tu masa buat rondaan kat blog, ternampak sorang akak ni dah beli buku ni. Jadinya, semangat dan perasaan menjadi teruja untuk memilikinya. Cari punya cari kat kedai, dari satu kedai ke tiga kedai. Semuanya TAK ADA. Sebesar kedai buku kat Kuala Terengganu tu kan, TAK ADA satu pun yang jual. Hangin jugak sebenarnya. Mau tak geram, buku ni agak popular la jugak walaupun baru di pasaran. 

Jadinya, saya buka balik page Dr. Zaharuddin nih, lepas tu klik pada link yang dia attach semasa dia upload gambar buku. Terus ke web PTS. Tanpa membuang masa, terus klik borong, eh bukan borong. Terus masukkan buku ni ke dalam troli. Langsung bayar. Oleh kerana kesibukan diri yang agak menyerbu diri, maka agak lambat memberi bukti pembayaran kepada pihak PTS. Jadinya buku ini agak lambat sampai kat tangan. Hampir dua minggu buat pesanan, lepas hantar bukti pembelian barulah buku ni sampai. Dorang pos kejap je, adalah sehari je. 


Buku sampai pada waktu petang. Tengah berangan-angan. hi hi hi.
[gambar upload kat pejabat, cerita di tulis masa kat rumah. ho ho ho]


Sangat puas hati. Siap ada invoice lagi. Lepas tu buku ni mereka balutkan siap-siap. Kalau nak beli online, korang belilah dengan PTS. InsyaAllah sangat berpuas hati. he he he. Promo sikit.


Alhamdulillah buku yang sampai TIDAK ROSAK. Kerana mereka dah wrapping kemas-kemas, bukan sekali tau. Berkali-kali mereka wrap dengan plastik ni. Sangat berpuas hati kerana saya sebelum ni pernah ada pengalaman dapat buku yang rosak. hu hu hu. Pernah post cite pasal buku tu. Sekarang buku tu dah habis saya baca dan berniat nak jual. Tapi tak tahu nak jual kat sape.



LEDAKAN FACEBOOK ANTARA PAHALA & DOSA

Kalau ada masa boleh lah pinjam atau beli buku ni dengan kawan-kawan. Banyak ilmu yang boleh kita dapat daripada buku ni. Kalau nak tahu, dua hari selepas menerima buku ni kan, berhenti la kat stesen minyak Shell. Masuk kat dalam, ternampak buku ni ada di atas rak buku. hu hu hu. Punyalah cari kat kedai-kedai buku. Tak jumpa, rupa-rupanya kat stesen minyak berlambak-lambak. 

Strategi pemasaran kedai buku kat Kuala Terengganu perlu di ubah la. Perlu peka dengan permintaan semasa. Ecewah. ye lah. Buku Gen-Q pun sama, punyalah besar Pustaka Seri Intan di Kuala Terengganu, pun tak ada satu pun yang jual. Nak tahu kat mana saya beli? Kat kiosk tepi jalan, berlambak Gen-Q kat situ. Tengok, kat kedai kecik jugak yang ada. Yang paling geram, bila saya tanya kat penjual buku kan. Dengan layan tak layan mereka jawab tak tahu. Ada yang mula-mula berpura-pura nak mencari, last mereka tak cari pun, mereka sambung duk menyembang. Fuhh! 'Beruntung' sungguh majikan mereka. Tak pasal-pasal terlepas geram pulak.

Ok lah, untuk korang semua, terimalah status pilihan yang ada kat dalam buku tu, yang menjadi pilihan hati :
Berbuat baik sehebat dan seikhlas mana pun, pasti akan ada manusia yang membenci dan menuduhmu dengan kejahatan. Kerana itu, elakkan beramal kerana ingin menikmati pujian ataupun menjauhkan kejian kata-kata manusia itu, tetapi jadikan ia kerana melaksanakan kata-kata Allah.



Sunday, April 22, 2012

3 :: Festival Pelamin & Rias Pengantin 2012

Seperti yang dijanjikan dengan diri sendiri. Marilah menjamu mata melihat pelamin. Tak boleh nak ulas panjang-panjang, kerana tak nampak gambar. ha ha ha. Line agak perlahan, jadi diri sendiri tidak dapat melihat gambar dengan jelas. Nasib baik semua gambar ni, dah upload siap-siap time kat pejabat tadi. Sekejap aje dah habis diupload, kalau upload kat rumah, agaknya sampai lusa pun tak siap.

Urmm, yang mana boleh diulas gambarnya, akan di ulas. Padahal kalau tak ulas mengulas pun, tak terkurang apa-apa pun :)




Di tepi pelamin, hantaran simple je. Tapi cantik. 



Cantik menarik sungguh menawan la dikau.



Lampu berperanan penting untuk menaikkan seri pelamin dan pengantin.



Baju pengantin yang boleh tahan cantiknya.



Bagi mereka yang gemarkan pelamin dan dekorasi yang simple.



Berkenan dengan baju ni. Nampak simple aje kan? Kalau pakai pergi kerja, agak-agak over tak? Tak yah cakap dah tau, O V E R macam nak pergi nikah.



Sungguh! Suka sangat dengan suasana nih, terang tak cerah, gelap tak gelita. Simple tapi soooo sweeeeett!



Lagi contoh pakaian pengantin untuk lelaki dan perempuan. Tak pergi dekat, jadinya zoom dari jauh aje.



Pelamin yang mendapat johan. Sarat dengan hiasan. Ok la jugak. 



Bunga yang digunakan hampir 3 taman. Botak taman bunga. hi hi hi.



Pengantin perempuan olok-olok, tegak di singgahsana. Menanti penuh debaran si bakal imam melafazkan kata-kata azimat.



Pengantin tipu-tipu tak berdebar langsung sebab dia dah tahu dia patung je. Buat pe nak dup dap dup dap. Cool sudah. Ohooiii.



Pelamin merah hati. Penuh tradisi. Cantik jugak pelamin ni. Nampak macam singgahsana istana di zaman silam. Adabiiii.



Sangat cantik. Pendek kata semua pelamin cantik. Pelamin ni nampak berbeza sikit daripada pelamin yang lain, dengan bungaan dia yang warna-warni tampak segar gitu.



Pelamin Irdina. Cantiknya nama. Secantik pelamin dan bunga-bunga hiasan.



Geram. Cakap banyak tak guna. 



Pelamin dan kerusi pengantin yang ada kat luar dewan. Jadi boleh aje pilih nak yang mana. Mereka jual tau. Ada yang harganya RM100 lebih macam tu la, ada yang murah, ada yang mahal sikit la. Bergantung pada material kot.



Baju pengantin, kerusi pengantin. Pilih la nak yang mana.



Lagi kerusi pengantin.




Masa kat pameran, banyak bunga ni digunakan. Bila tengok kat luar, barulah tahu ini rupanya bunga kose. 12 inci harganya RM20.

Tamat jua siri festival ni. Kalau nak tengok siri 1 & 2 untuk festival pelamin ni, boleh belek-belek post yang lama. I tak reti nak menulis siri berderet-deret, ada aje cerita lain yang mencelah. hu hu hu. Siri yang lepas, macam-macam warna pelamin ada. Nak putih? biru? pink? peach? ungu? coklat eh coklat takde. Merah? Tengok sendiri la, rasanya ada kot. hi hi hi. Dah lupa sebab banyak sangat gambar pelamin.




Wednesday, April 18, 2012

Bil

Tak bayar bil, jangan nak mengada-ngada nak upload gambar, nak menulis dengan panjang lebar 10 kaki. Siput pun lagi laju dari line ni tau.

Tamat

Sunday, April 15, 2012

Laman Sosial

2006 
Mempunyai akaun Tagged. ha ha ha. Tak tahu macam mana boleh tahu kewujudan laman sosial ni. Sampai sekarang aku masih log in dalam Tagged secara sekali dan sekala. Nasib baik masih ingat password. Menggunakan nama anak sedara je. Dalam proses nak menyah + nak mendelete + nak menghapuskan + nak mematikan ini Tagged. Kenapa? Aku takde la aktif mana dalam tagged ni. Lagi satu, bukannya kite kenal pun. Kawan-kawan adalah dalam 80 lebih orang kot. Memang ada jugak kawan-kawan rapat, family kat dalam tu. Gambar yang di upload adalah dalam 8 keping je kot. ha ha ha. Aku jenis tak berani nak upload gambar sebarangan macam tu. Nak-nak dalam laman sosial yang kita tak yakin. Oh ya, gambar yang di upload hanyalah gambar kasut, bangunan yang mana tidak memaparkan identiti. Entahlah, rasanya tak tahu di mana kebaikan laman nih. Eh bukan, laman sosial ni tak salah. Yang salah jemari kita. Manusia yang macam-macam ragam yang aneh-aneh. Menakutkan + nampak macam mengarut pun ada [patut cakap dalam hati nih]. Oh sorry sebab terjujur dalam menulis di malam ini. Tapi TAK SEMUA la macam tu. Jadinya baik kita tutup aje laman ni, tapi sayang jugak sebab ada family kat dalam tu. Tengok la, 1 hari yang indah nanti.

2007 lebih kurang la.

Mempunyai akaun Friendster. Bilangan friends dalam FS tu adalah dalam 100 lebih aje kot. Menggunakan nama Aiydalela. Saje tambah Y. Kadang-kadang tukar nama. Tapi tak pernah guna nama penuh. Seronok jugak kat dalam FS tu, sebab kawan-kawan terdekat aje. Boleh jugak tulis status. Tapi kawan-kawan biasanya tak boleh LIKE atau apa. Mereka boleh komen aje kat box yang kita ada tu. Lepas tu takde la sampai lawan-lawan komen berderet. Sikit-sikit aje, yang mana penting dan yang mana yang kita rasa nak. Dalam FS ni jugak, tak add sebarangan orang. Biasanya yang betul-betul close aje. 

Kalau nak upload gambar, mak aiii punyalah lambat. Memang bengang jugak. Lepas tu ada kawan yang suggest, cubalah Facebook. Wah, masa tu kan, FB tak glamer pun lagi. Aku pun tak pandang mana pun FB ni eyh. Lepas tu, he he he cite panjang lagi ni tau. Lepas tu untuk kali kedua di ulang, FS ni macam vengong je. Banyak sangat spam yang mengarut-ngarut. Ianya menghiasi kotak komen tak kira sesiapa saje. Memang sangat berleluasa. 

Satu tahap, tak berapa sangat melayan si fs nih. Jadinya, agak terabai la si FS. Tak ingat la pulak sebab musabab yang utama pengabaian kepada FS. 

Lama kelamaan entah macam mana boleh memiliki akaun Facebook. Ah sudah. Ada macam tiada.

2008 kot, atau 2009 entah la, tak pasti

Memiliki akaun FB. Mulanya memang agak terperanjat, sebabnya akaun ni kan MAJORITI akan gunakan nama betul mereka. Nama yang ada dalam ic ok. Aku lebih gemar gunakan nama singkatan aku. Masa tu macam kejutan la jugak, rasa shock. Eh peliknya fb ni. Kelakar pun ada jugak, sebabnya semasa adanya FB ni kan, aku tak reti nak guna. Rasa macam susah jerk. Lepas tu masih lagi ON dengan si FS. Jadi terabai jugak si FB ni. Ala masa tu takde glamer mana pun si FB ni. 

Bagi aku wujud ke tak fb ni [tak tahu apa pasal aku kene HURUF BESARKAN fb tu] tak de hal. Ianya tak penting mana. Jadi fs dan fb ni terabai, sibuk dengan life yang realiti.

Paling kelakar kan, masa di fb. Ada terdapat wall, yang mana kita boleh sesuka hati menulis. Jadinya aku yang tak tahu pape ni, pergilah menulis. Entah pape status, takde la kerap sangat menukar status sebab tak berapa menghayati fb ni macam mana.

Antara status yang aku ingat 'layan spa-q kat dalam bilik'. Masa ni kat dalam resort, kebetulan ada kursus. Tulis pasal lupa password fb la + macam-macam hal yang simple aje. ha ha ha. Rupanya status kita tu dapat dibaca oleh ORANG LAIN. LOL!! Sedar bila orang komen apa yang kita tulis tu, dan barulah tahu fungsi home. Adoii. Kelakar sangat bile ingat. Tapi takpe, time tu kawan-kawan tak ramai. Tak add orang pun, hanya accept aje memanjang. Sebab tu sampai sekarang, masih ada friends yang aku tak kenal pun kat dalam fb tu. Niat di hati nak aje unfriend, tapi tak sampei eti la. Pernah bebaru ni, aku dalam proses pembaikpulih + pembersihan friends list. Ringan je tangan nak tekan unfriend, tapi tak. Tengoklah nanti, memang aku akan unfriend mereka yang tiada kena mengena dengan diri aku. 

Sekarang dah reti sikit-sikit, dah mula add orang yang aku kenal [kadang-kadang la] dan yang nampak boleh memberi aku ilmu. Macam tu la lebih kurang, namun aku kurang gemar untuk add mereka yang aku tak kenal.

Dalam sibuk-sibuk dengan fb, rupa-rupanya fs dah terkubur. Tak tahulah bila kali akhir fs terkubur. Semua gambar kat dalam ni tak tahulah pergi mana. Kat dalam ni adalah beberapa album yang terhasil, royalti je yang tak dapat-dapat. ha ha ha. 

Manakala si fb yang aku start aktif akhir 2009 atau awal tahun 2010 tu, banyak jugak aku hasilkan album. Dah capai tahap platinum. hik hik. Tapi tahun ni dah banyak aku privatekan album-album tu. Rasanya macam tiada keperluan untuk dipaparkan. Kalau tanya pada hati, jawapan aku 'sebab segan + malu'. Kadang-kadang ada jugak aku upload gambar sendiri, saje lepas perasaan. ha ha ha. Kan best kalau dalam tu semua family + kawan-kawan rapat kita aje kan ;p

Sekarang, yang ada hanyalah fb. Eh lupa ada jugak si twitter. Dah lama tak log in. Tak jenguk sebab tak reti nak guna. hu hu hu. Pernah tweet beberapa status. Macam best je, sebab macam kelakar. Kat dalam tu takde friend kot. Ke ada sorang dua? Entah tak ingat la, sebab tak berapa nak mencakna.

Oklah, dah tu je nak bebel-conteng-taip malam ni. Nak upload gambar tapi line slow. Jadi sebab tu la saje bercerita sejarah laman sosial ni. Apa yang penting, kita perlu tahu bawa dan jaga diri kita tak kira di mana kita berada [pesanan untuk diri sendiri]. Kena pandai cari kebaikan untuk baiki dan baiki diri kita. Err, banyak-banyak tempat aku rasa MPS ni boleh aku menceceh ikut rasa hati :), boleh lepak-lepak.

Ok lah, lat ta li lam, ta li li taplong [padahal nak cakap tata je, teringat pulak lirik permainan ni, main taram je].




Saturday, April 14, 2012

Hening Hari

Jam berdetik ke angka 2.46 pagi. Kadang-kadang terasa dah macam terjatuh di dalam golongan 'hamba kerja'. Rugi kan? Bila time kerja, sanggup bersengkang mata, menepis kesakitan kelenguhan anggota badan. Ok niat kerja untuk beribadah kerana Allah. Moga-moga Allah terima apa yang kita lakukan. Amin. [tak nak membebel panjang-panjang]

Saje je update di masa macam ni, almaklumlah dah lama tak berjaga sehingga lewat sebegini.

Ok la. Tata.

Oh esok masih ada yang menanti untuk diselesaikan.

Fiuuuuu!



Friday, April 13, 2012

Jumaat | 13 April 2012

Sambil menyemak jadual kuliah yang perlu disiapkan sebelum Ahad menjelma, saya on kan youtube. Satu lagu menyentuh hati berkemundang. Opick feat Flo : Andai Waktu Memanggil. Sebetulnya lagu ini saya dengar ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada minggu ini. Lagu yang diputarkan usai motivasi pagi ini menggamit hati. Lalu saya cari di encik google untuk didengar dengan lebih jelas lagi. 

Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali

Ilahi ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa

Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati 'kan memohon di kemahaan-Mu

Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu 'kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta


Pagi tadi, sambil menyelesaikan kerja sebelum ke tempat kerja pada petang ini, jari saya rancak tetapi tak adalah rancak mana, sedang-sedang aje duk asyik beralih 'klik' kepada satu-demi-satu video klip yang ada di dalam youtube. Mana-mana lagu yang menarik akan saya singgah. Selepas itu, jemari singgah pada iklan yang sangat menyentuh jiwa. Iklan mengenai ibu. Sambil melihat iklan, saya meneliti barisan video yang ada di dalam side bar di sebelah kanan. Mata saya tertarik pada satu iklan ini yang bertajuk i never seen this type of Heart touching video :( . Nampak macam menarik. Selepas video klip iklan yang saya tonton berakhir, saya terus klik video di bawah: 



Entri ini peringatan untuk diri saya sendiri:
[sebenarnya saya ni bukan berani sangat nak melihat video klip kemalangan macam nih, tapi hari ini saya gagahkan mata ni untuk melihatnya]

Semasa melihat video klip ini, saya teringat kepada satu kisah yang saya dengar di dalam radio. Kalau tak silap segmen tu disiarkan pada waktu pagi. Ceritanya lebih kurang begini, tidak begitu tepat [iaitu tidak menepati 100% butir-butir kata-kata beliau] namun penceritaannya mempunyai maksudnya sebegini la [lebih kurang] : Seorang jemputan [seorang ibu + penceramah yang biasa keluar tv] untuk satu segmen di dalam radio ini menceritakan bahawa dia dan anaknya dalam perjalanan pulang dari satu tempat. Oleh kerana jalan untuk pulang ke rumahnya biasanya akan mengalami kesesakan pada waktu sebegitu, dia mengajak anaknya untuk solat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Anaknya agak berat hati kerana baki jarak perjalanan ke rumahnya bukannya jauh sangat. Namun, ibunya yang tahu dan maklum akan kesesakan yang bakal dihadapi oleh mereka, yang akan menyebabkan mereka akan lewat/tidak akan sempat untuk menunaikan solat bertegas mengajak anaknya solat.

Nak tak nak si anak menuruti keputusan ibunya. Lalu mereka berhenti di satu surau/masjid untuk menunaikan solat. Usai solat, perjalanan diteruskan dan dalam perjalanan anaknya ingin singgah membeli keperluan sekolahnya. Si ibu tidak turun dan hanya si anak yang turun untuk membeli apa yang dihajatinya. Ketika itu hujan turun dan makin lebat. Di seberang jalan, kelihatan anaknya ingin melintas jalan. Pada masa yang sama, kereta di jalan agak banyak. 

Ibunya mengerti si anak hanya fokus untuk sampai cepat ke dalam kereta dan si anak tidak fokus kepada kereta yang banyak ketika itu. Si ibu melihat anaknya berlari melintasi jalan dan dalam masa yang sama bunyi hon yang panjang kedengaran.

'Anak aku', detik hati ibu. Selepas bunyi hon yang panjang. Pintu kereta di sebelah dibuka dengan wajah yang pucat kelihatan. Si anak berkata 'ibu, nasib baik saya dah solat'. Si anak menceritakan semasa dia melintas, dia terasa ada satu kekuatan yang menjadikan langkah lariannya menjadi semakin laju. Seolah-olah ada tolakan untuk dia ke depan.

Jika kita jaga Allah, insyaAllah, Allah akan jaga kita. Itu kata akhir jemputan itu untuk anaknya dan juga pendengar.

==========

Begitulah kaitan mesej yang cuba disampaikan di dalam iklan ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua dan sekali lagi saya tekankan, entry ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri.




Thursday, April 12, 2012

Macam Pameran Kereta

Mana nak makan lagi, nak buat kerja lagi, nak mengemas apa yang perlu dikemas lagi. Nak itu nak ini. Dalam banyak-banyak nak buat tu, hanya satu aje yang berjaya melepasi garisan penamat iaitu makan. Lain-lain tu? Masih tak boleh nak buat lagi.

Padahal kerja yang penting masih tak disentuh lagi. Aduhai, mood statik agak menebal la pulak. Dari tadi asyik duk mengadap kertas aje, kerja yang dah berjalan pulak tak banyak mana. 

Line pulak asyik hijau je dari tadi. Kalau hijau maksudnya line boleh campak ke baruh.

Melencong juah jauh nampaknya mek? he he he.

Ok, nak cite. Masa Sabtu beberapa minggu yang lepas, rasanya bulan sudah-sudah kot. Pergi ke snow wash nak cuci kereta. Dah lama sangat tak hantar mencuci, hampir 3 bulan kot. Bila dah kotor tahap mandi lumpur, barulah puas hati nak hantar ke kedai. Setakat kotor sikit-sikit tu, baik basuh sendiri. Jimat binti cermat.

Yang best kan, nasib sangat baik sebab majoriti kereta yang datang untuk di gosok-gosok, di cuci-cuci pada hari tu semuanya kereta yang ganteng. ha ha ha. Ganteng pulak digunakan untuk kereta. 



Honda jazz putih. Betul tak ini honda jazz? Sebenarnya tetiba jadi confuse, kereta apakah ini eh? 



Swift yang pada dulunya sangat tak cantik di mata. Dulu yang pakai swift boleh dikira dengan jari je. Masa tu, memang tak tahu di mana cantiknya, hebatnya swift ni. Abaikan aje lah persoalan tu, persoalan lama. hu hu hu. Cantik kan kaler dia? Kuning diraja. Sekarang myvi pun dah berwarna kuning, cantik jugak. Siapa berani boleh cuba warna nih. Biasanya ramai yang suka warna biasa macam putih, hitam, kelabu taik anjing macam tu je. 



Cooper berwarna coklat. Bukan cantik sangat kereta nih kan? Ada jugak yang berkenan. Memang la harganya mahal, tapi itu bukan isunya. Isu sekarang kereta ni biasa aje, macam van zaman dahulu kala. Pengajaran dia, kecantikan itu adalah subjektif. Mata setiap manusia tidak sama. Kerana hati manusia juga tidak sama walaupun ianya bernama h-a-t-i [teringat pulak ceramah Ustaz Azhar].




Kereta ni depan mata. Snap secara rahsia. he he he. Kereta BMW. Sebab terlalu dekat, jadi kita ambik separuh sudahlah.



Daun gugur depan mata. Cantik pulak bila dirakamkan macam nih kan? Eceh!

[berjaya melawan rasa M dan update MPS nih, tapi kerja pulak tak siap-siap lagi. Jom sambung buat kerjaaaa!! Aida berusahaaaaa!!! ha ha ha, laung kata semangat bagai nak rak, tapi kalau tak siap jugak kerjanya tak tahulah macam mana :) ]



Monday, April 9, 2012

Jangan Ambil Padang Kami

Cerita : 104 | Astro Ria
Pelakon : Seorang budak lelaki comey, petah berkata-kata.

Scene : kat padang

Budak tu naik basikal, lepas tu berhenti depan seorang budak laki besar. Budak laki tu tanya kat budak comey tu. 

Kau ada rokok tak?
Ada. Seringgit.
50 sen dah la [ala lupa pulak ayat betul si lelaki besar ni apa]
Kau ingat senang ke nak ambik rokok nih?

Kau buat apa malam-malam macam ni kat sini?
Esok aku ada ujian karangan. Jadi nak ambik angin kat sini. Kat dalam rumah tu, tak boleh ar. [sangat comey bila budak ni buat gaya macam kepala macam berserabut macam tu].

Sebenarnya gaya percakapan budak comey tu yang menarik. Iya-iya jer berlakon. Pandai + berbakat.

[tiada mood nak bercerita, nak upload gambar. Ini pun sekadar post cerita, log out!]




Saturday, April 7, 2012

2 :: Festival Pelamin & Rias Pengantin 2012

Lambat benor nak dapat continue siri 2 untuk FPRP 2012 nih. Pening sikit sebab dah tak ingat gambar mana yang last diabadikan di sini :)

Ok, kita sambung jelajahan kita di festival pengantin ni.



Berani tak nak buat pelamin macam ni? Ha aa aa, ada berani?



Kek tipu-tipu. Satu kampung makan pun tak habis nih, kena panggil jiran kampung datang makan.



Zaman sekarang dah ke depan. Hantaran dah mula diletakkan atas rak macam tu, tapi rak cantik la. Siap bertingkat-tingkat lagi.



Pelamin bunga sakura. Cantik kan? Banyak benor bunga dia. Kecik-kecik, warna cantik.



Salah satu persalinan untuk pengantin. 



Sama je dengan gambar kat atas. ki ki ki.



Pelamin yang lain pulak. Masih ada bunga sakura.



Hadapan pelamin ni macam takde la berbolok sangat. [bolok = serabut].



Bantal untuk perhiasan di tepi pelamin. Cantik, putar-putar bunga dia.




Hantaran dia. Serba merah dan putih.



Yang ni sepatutnya dengan pelamin lain, tapi dah terupload. Kire ok je lah. Pelamin yang ni cantik sangat. Sebab nampak macam eksklusif gitu. Err, betul ke eja eksklusif macam ni? Macam terbelit aje. hu hu hu.



Hantaran macam kat atas jugak. Letak atas rak bertingkat, jimat ruang.

Ok, nanti kita sambung siri 3 eh. Mungkin saya akan upload dalam masa yang terdekat. Bukan apa nanti lupa, dah tercerita pasal benda-benda lain. Nanti terperap la semua pelamin ni dalam folder. Weee!




Thursday, April 5, 2012

Pendek je nak cite nih :)

Khamis | 5 April 2012 | 7.40++ am | Dalam perjalanan ke tempat kerja

Terdengar satu lagu yang catchy je, lirik dia best!

Walaupun takde la minat dengan sungguh-sungguh kat MZ ni, tapi lagu ni sangat-sangat menarik.
Nah, dengarkan sama-sama :)



Maher Zain - Number One For Me

Sapa yang masih ada mak tu mesti senyum-senyum kan? he he he. Menarik kan video clip ni, comey je budak laki tu. Naughty je, nak-nak time dia pegang senapang nak tembak ikan dalam balang kaca tu. hik hik!

Kita ke kisah lain pulak eh.

Tadi ada makcik yang saya tak kenal berada di sebelah. Mula-mula dia tanya, lepas satu soalan ke satu soalan. Yang buatkan saya terasa sesuatu. ecewah, sesuatu tu ;) 

Makcik : kenapa tak datang dengan mak?
Saya jawab : sebab mak dah takde...

Lepas tu, makcik tu titipkan nasihat untuk saya. Persis macam saya ni anak dia. Saya mendengar sambil teringat sesuatu. Sebenarnya pesanan makcik tu kan, sama je dengan pesanan yang arwah mak saya selalu pesan. Orang tua memang macam tu. Mana-mana mak akan berpesan benda yang sama. Jaga diri dan banyak lagi.

Kadang-kadang saya fikir, walaupun Allah telah mengambil mak saya semula, tetapi Dia tak pernah lupa 'menggantikan' seseorang untuk berpesan-pesan kepada saya. Saya perasan tentang ni :) *bersyukur




Tuesday, April 3, 2012

GREEN CARPET

Benda yang orang tak sukalah mereka-mereka ni buat. Setakat nak post 'hai saya blogwalking kat blog awak eh'. Aku masih dapat menerimanya lagi, tapi bila dah dipesan elok-elok, masih lagi iklan benda-benda mengarut. Makin menjadi-jadi. Malu la sikit. Amik cermin pandang muka. Nilai balik semua benda yang kamu buat. Elok atau tidak. FIKIR!

Memang geram sangat-sangat. Lebih baik takde chatbox aka Green Carpet kat sini. Aman pun aman.

Tak tahulah lepas ni nak pasang balik ke tak GC ni. Tengoklah dulu. hu hu hu.

Sekian.



Monday, April 2, 2012

Kucing

Suatu petang, kelihatan dua tiga ekor kucing duduk berehat-rehat di dalam sebuah rumah kecil.



Tiada bernama. Jadi panggil kucing warna putih sudah. Comel.



Di sebelah kanan, si kucing berwarna kelabu. Nak cakap comel, boleh lah tahan comel la jugak dia nih. Nampak kat dalam gambar baik, sopan tapi bila kat luar, uh! lari sana-lari sini, nakal boleh tahan.



Main-main atas rumah. Tak perlu fikir macam mana nak cari duit, nak basuh baju, nak buat kerja. Yang mereka tahu dunia mereka ajelah. 



Ibu. Sudah mati kena langgar di abang 2. Tak sedar, sedar-sedar sudah kesakitan kat atas jalan. Meninggal tak lama kemudian. Nantilah kita cerita eh. 

[lama tak mencoret, ayat beku cerita tiada]