Tuesday, July 31, 2012

Hidangan Barakah

Ya Allah tak boleh nak menahan diri dari bercakap pasal rancangan best ni. Ni rancangan masakan. Bukan sebarang chef. Bukan orang tempatan. Di hos sendiri oleh Chef Ammar El-Ali. Rasanya dia mungkin dari Arab kot. 

Nak dijadikan cerita, satu petang tu terbuka la 114 Al-Hijrah. Memang selalu bukak channel ni selain daripada Oasis. Sebab banyak pengisian dalam dua channel ni, selain daripada TV9. Lepas tu, tengok lah rancangan Hidangan Barakah nih. Memang ralit. Ralit dengan gaya chef, ralit dengan percakapan chef yang sekejap bahasa Melayu, sekejap BI, sekejap in Bahasa Arab. Ya Allah best sangat-sangat. Apa lagi, cepatlah korang gugel pasal Hidangan Barakah ni. Tengok, betul-betul best ke? atau promo saya je yang lebih :)

Sebenarnya, inilah kali pertama melihat program masakan berbentuk Islamik. Sepanjang chef memasak, dia akan berzikir, memberi nasihat peringatan kepada kita agar apa yang kita lakukan, KENA SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH. Berpesan-pesan sesama kita kan? Ya lah, kadang-kadang kita ni, bila dah masak tu, tak ingat apa dah. Duk ingat sedap ke tak masakan aku nih? Masin ke? Tawar ke? Kadang-kadang kita lupa pada DIA. Bila tengok rancangan ni, secara tak langsung ada yang melekat kat hati kita. Ada pengajaran dan ilmu yang kita boleh ambil. 

Begitu la kan, besarnya peranan rancangan yang kita tonton. Ini baru rancangan masakan, belum program berbentuk keagamaan lagi. Penting sangat memilih rancangan yang kita tonton, memilih makanan yang kita makan, memilih bahan bacaan untuk diri kita. Kerana itu adalah kita berdasarkan apa yang kita pilih. Lebih kurang macam ni la kot maksud nya.

Berbalik pada rancangan ni, kadang-kadang gelak gak bila dengar dia cakap 'masha Allah sedapnya'. 'suka suka hati taruk'. 'sila hati-hati ye, panas'. 'jangan lupa zikir ketika masak'. 'masak dari hati, masak with Iman'. Gelak sebab comel sungguh orang Arab apabila berbahasa Melayu. Pelat-pelat dia tu. At least dia mencuba.

Sampaikan abang 2 sendiri suka tengok rancangan ni. Dia cakap 'kawan kat tempat kerja aku pun tengok cite ni'. Kalau saya sedang masak, dia sedang tengok tv. Dia akan panggil 'Daa, cepat. masha Allah sedapnya. masak dari hati, masak with Iman. Suka-suka hati taruk'. HAHAHA. Saya jawab je 'aku masak dengan hati hari ni, masak with Iman. mesti sedap ar hari nih'. HAHAHA. Saja-saja je gurau, padahal takdelah sedap mana, tapi boleh la ditelan. Dipaksa telan. Errrkkk!!!

Resepi dia, kebanyakkannya memang dari Arab. Tadi dia buat nasi apa entah, warna kuning, lepas tu dia cakap ada kambing ke apa. Sebab tadi tak sempat nak tengok full macam tu, sebab berkejar ke dapur. Resepi dia ada jugak yang senang, korang boleh salin dan buat.

Oh ya, sembang-sembang jugak. Rancangan ni jam 5.30 petang kat tv Al-Hijrah 114. Mungkin ada setiap hari kot. Tapi kalau nak senang, 5.30pm tu korang tunggu la kat depan tv, insyaAllah ada.

Oklah, selamat berbuka. Ni pun taip cepat-cepat sebab berselang dengan dapur itu ini.

Jumpa lagi nooo :)



Tulis Aje

1. Dah lama tak menjenguk lappy, tak menjenguk blogger.com, dah lama tak menulis di MPS.
2. Masih di dalam cuti oyeah oyeah selama tiga hari. Lemaulah nanti bila nak masuk kerja esok hari.
3. Masih lagi berkesempatan berada di bulan Ramadan, menikmati nikmat-nikmat yang Allah hamparkan. Alhamdulillah.
4. Masih lagi boleh tengok tv memilih rancangan yang disukai. ooo. Sangat best, cuti lepas tu pergi je nak pergi mana, lepas tu lepak je depan tv tengok rancangan yang best yang boleh memberi ilmu kepada kita. Ahamdulillah
5. Banyak sungguh ye nikmat yang Allah bagi dekat kita. 
6. Urmmm, di bulan yang mulia ni, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat TETAPI PINTU SYURGA DIBUKA SELUAS-LUASNYA. Rebutlah sebelum ianya berlalu. Berdoalah sebanyak mana yang kita mahu. InsyaAllah akan ada keberkatan, akan didengar oleh Allah.

Eh, tadi baru tengok tv kan. Ustaz cakap, kalau kita doa nak A, tapi Allah bagi B. Oh jangan risau. Itu bukan tak bagus, tetapi Allah dah rencanakan yang terbaik untuk kita. Yakinlah, Allah bagi B itu untuk kita dapatkan A. Best sangat bilamana dengar beliau bercerita tadi. Make me smile sorang-sorang la. HAHAHA.

Eh, tengok bila dah menulis terus lupa numbering tadi. Hentam je la deh :)

Oh ya, saya ada terbaca satu artikel ni kan. Tapi saya lupa nak ambil pesanan tu. Nantilah kalau ada kesempatan saya akan share kat sini. 

Ok, sekian.

Dengan pesanan kepada diri sendiri, jagalah Ramadan kita, jagalah puasa kita. 

Oh dah 11 Ramadan dah ye. Cepat sungguh masa berlalu. Entry sebelum ni, adalah 7 Ramadan dan BUKANNYA 6 Ramadan. Penat sangat la tu sampai tersalah kira. KIKIKI.


Friday, July 27, 2012

Ini Rasanya??

Jumaat pertama di dalam Ramadan 1433H.
Cuaca pada hari ini agak terik. Hangat.
Badan terasa goyah tetapi baki semangat mematahkan hujah-hujah malas yang kadang-kala bertandang tanpa di undang.
Ya Allah, memang agak mencabar menghadapi Ramadan ke 6 ini.

Bukan apa pun, biasanya dalam sebulan Ramadan, memang akan ada hari yang meletihkan.
Itu saya akui. Teori sendiri. Jangan ikut pulak ;)

Bila begini, betullah kata-kata seorang ustaz dalam tv dan saya sharekan mengikut pemahaman saya.

Itu hari, terdengar kata-kata beliau iaitu di sebalik puasa, bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Bukan setakat untuk merasai apa yang orang susah, orang miskin rasai. Ini kerana, apabila Ramadan tiba. Mereka yang dikatakan susah, miskin apa jua istilah.. tetap AKAN BERPUASA SEPERTI KITA. Mereka tiada pengecualian sekiranya mereka mencukupi syarat wajib puasa. 

TETAPI renungi la di sebalik hikmah ibadah puasa yang diwajibkan terhadap kita ini, iaitu : anggaplah lapar dan dahaga itu seolah-olah ketika kita di hari pembalasan kelak. Bagaimana rasanya? Tahukah kita, bahawa mereka yang di saat-saat akhir kematian, ada dikalangan mereka yang dahaga teramat. Tetapi adakah kita tahu? Begitulah pengajaran dan hikmah yang boleh kita lihat disebalik puasa. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi lebih dari itu.

Ya Allah, sebetulnya, saya langsung tak terfikir tentang semua itu. Biasanya saya lebih mengaitkan puasa itu menahan lapar dan dahaga,dan semua perkara yang boleh menguruskan puasa kita. Sebolehnya mata, tangan kaki [anggota fizikal dan mental] kita adalah berpuasa. Rupanya ianya tidak sebegitu. Gerun pun ada bila ustaz cakap macam tu. Apa yang kita bawa??

Semoga kita terus beristiqamah melakukan perkara-perkara yang baik di bulan Ramadan ini dan juga selepas Ramadan. Dan semoga Ramadan yang kita sedang lalui ini, TIDAK KITA SIA-SIAKAN.

Amin amin amin



Tuesday, July 24, 2012

Perjalanan Afiq #1

Sepatutnya entry ni dah lama dikarang dan di publishkan, tapi oleh kerana masalah kelembapan broadband maka ianya tertunda beberapa kali. Satu faktor utama ialah Afiq sendiri terlanggar wayar bateri lappy sebanyak dua kali. Terus padam lappy tu. Dah la tak guna bateri, main charge macam tu je. Memang sangat berisiko. Usah buang masa, langsung kita ke Perjalanan Afiq. Budak manis yang tembam. Ah comel jugak kadang-kadang dia nih. 

Maka bermulalah Perjalanan Afiq di suatu tahun 2011. Di sini semuanya bermula .... [eh chop! lebih kurang macam bunyi TV Alhijrah je kan?]

22.4.2011
Afiq masih di dalam kandungan Umi dia. Dunia dia masih dalam kegelapan, teraba-raba di dalam perut umi dia. Masa ni kami berkelah di Lata Payung, tempat yang super duper best. Air tenang, bersih. Memang sangat berbaloi datang kat sini. Entry tentang perkelahan ni, pernah di tulis tahun lepas.

6.5.2011
Afiq selamat dilahirkan pada 5 Mei 2011. Ini hari kedua Afiq kat dunia nih. Subhanallah, comel kan? Debab. Masa kami datang, dia asyik tidur je. Lena betul. Masa ni, bau Afiq sangat menyegarkan. Bau baby. Bau bedak baby, bau yang best. Wangi dan suci [macam iklan la pulak].


6.5.2011
Saje-saje ambil gambar macam ni, konon macam sweet. Apa yang sweet entahlah. Terpengaruh dengan kekreatifan photog yang terbilang agaknya ni.


30.7.2011
Masa berlalu, Afiq makin membesar. Masa ni masih tak reti apa lagi. Sebab tu la, kewujudan Danish tidak memberi sebarang erti baginya. Sebelah yang baju kuning tu, anak kepada sepupu. Kiranya berbeza bulan aje la mereka nih.


5.9.2011
Afiq masih tembam mukanya. Masa ni, masih jugak tak ngerti pape deh. Nak cubit lebih-lebih pun tak sampai hati. Alahai, muka mintak simpati betul la.


8.9.2011
Dah pandai hisap jari. Habis kesemua jari pulak tu. Jadinya kita denda dia. Bila dah macam ni, memang tak boleh nak hisap jari la dia. Tapi sekejap je la, kesian jugak sebab tak bagi respon apa pun. Marah pun tak, menangis pun tak.

30.9.2011
Walid dia pakaikan kopiah. Tak menangis jugak, tak marah. Mungkin dia redha aje kot. HIHIHI.


22.10.200
Dah pandai meniarap di usia 5 bulan. Agak lambat sikit. Masa ni, dah pandai usik sepupu-sepupu dia. Dah pandai nak berkawan.


23.10.2011
Masukkan dalam walker, lepas tu letak toto  (tak tahu la korang panggil apa). Kami letak lepas tu dia diam je kat dalam tu. Kelip-kelip je duk tengok kami ni semua. Mesti kat dalam hati Afiq, eee geramnyerrrr!! LOL
4.11.2011
Baru beli elephant. Asyik pegang je, tak nak lepas. Start hisap puting. Masih dalam ketembaman.


4.11.2011
Kena balut lagi. HUHUHU. Walid saje je balut sebab sejuk kot. Tapi sekejap je la, sebab Afiq tak respon sangat. Dia cool je. Aishhh. Tapi rasa la jugak nak tergelak, sebab si Afiq sempat menjeling kamera sambil berputing oren.

6.11.2011
Raya Aidiladha yang pertama bagi Afiq. Melihat secara live ibadah korban dijalankan. Beramai-ramai di bawah pondok sambil dikelilingi sepupu. Bahagia, tapi Afiq tidak mengerti apa itu bahagia. Apa itu daging korban. eh? Tetiba pulak cakap pasal daging. ngeee!


23.11.2011
Mula bergambar di kedudukan meniarap. Sekarang dah tak pandang ar bergambar terlentang macam tu je. Semakin maju ke depan. Siap pakai jubah pulak tu. Cuma sekejap aje la dia pakai. 


1.12.2011
Dah start ada kawan baru. Si meow meow. Mereka memang sangat karib. Cara posing pun seakan sama je. Macam berpakat aje nih. Dua-dua comel :)


8.12.2011
Afiq pergi ke Perlis untuk nikah Pok Ajiz. Masa ni dah makin pandai berbanding bulan-bulan yang lalu. Mula pandai merengek, tapi sangat minima rengekan Afiq. Sebab Afiq saaannngggaaattt baik. Tak susah nak menjaganya.


23.12.2011
Di hari perkahwinan Pok Ajiz di Terengganu bersama walidnya. Masa ni meriah sebab ramai sepupu yang balik, tapi Afiq mana la nak faham sangat. Yang dia tahu, melihat sambil terkelip-kelip disusuli ketawa kecil dan juga senyum menampakkan gusi. Gigi tak tumbuh-tumbuh lagi mak cik. Lambat sikit. Tapi Afiq okay je. 

Nampaknya gambar Afiq mula melabuhkan tirai di tahun 2011 dengan membawa seribu erti baginya. Errr agaknya la kan. HAHAHA pandai-pandai je, padahal Afiq bukan faham sangat pun.

bersambung.....


Monday, July 23, 2012

Nikmat Itu Rahmat

tajuk tu terpop up je kat kepala. Memandangkan kelajuan broadband saya agak slowww, macam traffic di waktu puncak. Tersengguk-sengguk. Jadinya, banyak idea datang dalam kepala. Salah satunya, ingin dikongsikan satu cerita yang mana boleh kita sama-sama jadikan pengajaran, panduan iktibar pegangan atau apa-apa maksud yang sewaktu dengannya untuk diri kita semua.

Saya seorang yang cepat menerima nasihat walaupun kadang-kadang nampak macam saya buat derk jer. Sampaikan ada sesetengah nasihat tu, saya tolak ke tepi. Sebab? Terlampau banyak nasihat yang masuk kat dalam kepala ni. Jadi kadang-kadang rasa menyusahkan diri la pulak. Ini tak boleh itu tak boleh. Berperang jugak dengan diri sendiri pasal nasihat nih. Oh ya, saya bukan membuta tuli aje mengikut nasihat. MUHEHE

Antara nasihat yang saya ingat sampai hari ini ialah 'tengok si polan tu [sebenarnya saya lupa nama makcik/pakcik nih] dah tua-tua pun masih semangat buat terawih sampai habis. Kita yang muda buat 8 je ke? Buat banyak takpe, nanti boleh cover mana-mana ibadat kita yang rongak'. sumber nasihat : arwah mak

Dan setiap kali berpeluang solat di mana-mana la kan [ni bukan nak tunjuk amal seciput yang kita buat tau, BUKAN. tapi nak cerita satu benda yang boleh buka mata kita] apabila terlihat orang-orang tua yang susah payah datang rumah Allah. Mesti teringat kata-kata arwah mak.

Alhamdulillah tahun nih, dapat lagi peluang untuk berterawih bersama-sama jemaah yang lain. Dah dua malam saya nampak mak cik ni. Nampak keuzuran dia tu. Tapi masa tu kami tak satu saf pun. Jadinya, terpandang macam tu je la. 

Tadi, datang aje kat rumah Allah nih. Saya berada di saf kedua, lepas tu dah nak start solat Isyak. Ada seorang makcik tu yang sebaris dengan saya, pandang saya lepas tu mintak ke saf depan. Tapi saya nampak macam tak muat je. Terus tanya 'muat ke mak cik?'. Mak cik tu jawab 'muat'. Saya terus je lah ke depan. 

Nak tahu? Saya satu saf dengan mak cik yang uzur tu. Sebelum ni saya selalu je fikir 'mak cik tu mesti duk saf depan dan bahagian tepi'. Malam ni, saya dapat jawapannya.

Mak cik tu duduk tepi sebab memudahkan dia untuk solat dan tak ganggu orang. Kalau dia duduk tengah-tengah, mesti payah dia nak angkut kerusi dia dan juga membataskan pergerakan dia. Nanti ganggu orang lain pula. Kerusi dia tu kan, dia tinggal aje kat tepi dinding. Bila dia datang, dia just buka kerusi tu lepas tu solat.

Yang buatkan saya terkesan, kiri dan kanan saya adalah makcik-makcik yang memang dah .. Urmm, macam mana eh nak cakap. Senang cite, dah tak berapa nak kuat la. Mungkin lutut mereka sakit kot. Yang sebelah kiri saya, dalam kepayahan masih lagi mampu solat teraweh sampai habis. Bacaan panjang tau. Sebab gunakan imam daripada Arab Saudi. Memang sedap bacaan dia. Kalau tak silap, mungkin akan habiskan 30 juzuk kot. Malam ni dah juzuk kedua dah. 

Yang sebelah kanan saya, makcik yang gunakan kerusi. Bila saya lihat pandangan macam nih, saya rasa kita semua perlu mencontohi makcik-makcik nih. Kita masih muda, Allah bagi kita baaanyyaak nikmat tapi saya selalu juga lalai, terjatuh dalam nikmat. Dan apa salahnya kita meluangkan masa untuk berterima kasih kepadaNya. Saya yang masih berdaya ni pun kadang-kadang menguap, mengantuk lah apa 0_O. Teringat nasihat yang arwah che = mak saya duk pesan dulu [rujuk perenggan 3]. Pesanan orang tua nih, banyak manfaatnya. Cuma kita aje la yang dengar tak dengar, endah tak berapa nak endah.

Jangan salah faham pasal berterima kasih tu, ianya bukan hanya tertakluk kepada solat terawih aje tetapi merangkumi hal-hal yang lain juga.

Terfikir, satu hari nanti kita juga akan tua. Kerana itu aturan alam yang tidak boleh dinafikan. Adakah kita sanggup sia-siakan masa muda kita ini dan bila dah tak larat, barulah kita terkial-kial untuk ganti balik apa yang perlu diganti. Bila kita sedar, kita tak patut terus leka macam tu je. Nampaknya saya kena kuat untuk bertekak berperang dengan hawa nafsu sendiri.

Dalam kepala duk ingat 5 sebelum 5 aje, ala yang Raihan duk nyanyi-nyanyi tu. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. lallalala.. sambung la sendiri kalau ingat lirik dia :) 

Apabila melihat ketabahan dan kesungguhan makcik-makcik ni berdua [yang lain tak kira la sebab yang ni je yang nampak macam tak kuat]. Saya yakin luaran mereka nampak macam tak kuat, tetapi dalaman mereka sangat kuat. Kalau tidak, masakan mereka mampu untuk berada di rumah Allah yang penuh berkat tu [dengan izinNya].

Semoga kesungguhan mereka berdua memberi kita satu semangat dan motivasi untuk kita terus membaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Utamanya adalah berpesan kepada diri sendiri dan semoga ada sedikit manfaat yang boleh di ambil oleh pembaca semua. InsyaAllah.

Surah Ar-Rahman : Juzuk 55


Sunday, July 22, 2012

Kesabaran Sedang Di Uji Pandu

Hari Kedua Ramadan

1. Pergi membeli alas meja untuk kerusi 8. Sebelum tu, pergi tengok panduan dulu. Katanya untuk kerusi 8 adalah 60 x 90 atau 72 kiraan besarnya. Dah beli, balik rumah rupanya alas meja yang di ambil adalah alas meja meja bulat. Huwaaaa!! Kena pergi tukar baliklah.blogspot.com lepas nih. Kan dah jadi satu kerja baru.   Dahla esok kerja, tempoh nak tukar barangan hanyalah 3 HARI. Lepas tu kirim salam lah der. Dah tak boleh tukar ngerti ya deh.

2. Yang ni paling HOT GILERRR! Dua kali sebelum tu dah pergi beli baju melayu untuk anak-anak buah. Masa mula TERpergi kat kedai tu sebab ikut sepupu je, sebab tu beli 1 helai aje. Masa 1st pergi ke kedai tu, terpandang satu baju kurung ni. Cantik dan saya saje nak try. Sepupu cakap, try jelah. Eh boleh sales girl tanya, awak pakai 38 kenapa nak try 36?? Owhh. Rasa je nak jawab dik, 36 saya masih muat je pakai, ini saya saje-saje je nak try. Bukannya nak beli. Sebab saya memang tak nak beli. Saya JUST NAK TRY jer. Ok tutup kisah dengan sales girl tu. Saya rewang-rewang dalam kedai tu dan ternampak baju melayu kanak-kanak yang berharga RM15. Murah kan? Sales girl tu cakap baju ni baju reject. Sebab tu murah. Saya tak kisah pasal reject tu, sebab kain dia cantik, kiranya memang puas hati la. Tak setanding dengan harganya. Kebetulan sepupu pulak adalah tukang jahit, jadi dia tengok kain, dia pegang dia rasa dengan jari dia. Dia cakap kain ok, ok je kalau nak ambil. Saya pun beli. 

Lepas tu, pergi lagi untuk kali kedua, kali ni nak beli untuk anak buah yang lain pulak. Beli bukan untuk dipakai raya, tetapi ikut suka mak ayah mereka la nak bagi pakai bila-bila pun. Sebab dah tentu mak ayah mereka dah ada warna tema masing-masing untuk anak-anak mereka. Pergi sensorang je kali nih. Kat sini dah hairan dah dengan cara mereka berurusniaga. Senang cite, harga untuk baju yang reject tu RM15. Lepas tu dia cakap, kalau tak nak warna ni, warna lain ada lagi. Sales girl tu pun bawak la baju-baju untuk dipilih. Lepas tu, hati berkenan pada yang maroon. Sales girl tu tak cakap yang harga tu dah berbeza. Letak aje baju tu kat kaunter, ternampak price tag dia RM45.90 kot. Terus aje la cakap, harga ni lain ke? Selamba je jawab. A'aa.. yang ni lain harga. Terus cancel. Bengang jugak sebenarnya. Sepatutnya mereka boleh je cakap kat customer, warna lain ada tapi harga lain la. At least kita boleh fikir samada nak ambil atau tak. Kita ada choice. Last, saya ambil warna coklat yang RM15 tu. Padahal dah tahu dah, anak buah ni dah ada warna coklat. Tapi dah plan dah dalam kepala, kalau yang ni tak nak. Anak buah lain ada. Anak buah lelaki adalah dalam 6 orang. Jadi, yang ni tak muat kita kasi yang satu lagi. Yang satu lagi tak muat, kita bagi yang lagi satu. Begitulah adanya. 

Tadi, pergi lagi untuk KALI KETIGA. Amboiiii! Bersungguh benor. Sebab mulanya, tak terfikir pun nak beli lagi dan beli secara banyak-banyak, sebab tu berulang kali je pergi kedai nih. Plus saya memang bersungguh dan bersemangat dalam membuat apa yang saya suka. Saya tolak ke tepi perangai sales girl yang entah pape tu, sebab saya nak membeli je pun. Sebab nak baju murah HAHAHA, saya rela. Belek punya belek, saya ambil dua helai baju melayu. Satu tu kotor la sikit, tapi takpe la nanti saya basuh je lah. Yang satu lagi memang ok. Masa di kaunter, cashier tu dah punch harganya. Eh, rupanya yang kotor tu harganya RM35. Memang terkejut la. Biar betul. Lepas tu terus spontan cakap kat cashier tu, saya tak nak. Dia cakap dah punch. Saya cakap boleh refund kan? Dia cakap tak boleh. Ok fine. Sebenarnya saya tahu dah bayar mana boleh ambil duit balik. Saya tanya dia, kotor macam ni pun u jual ke? Dia pun cakap, ini bukan kotor tapi debu je. Macam la saya ni tak reti nak nilai. Itu memang kotor. Tapi bila cuci, memang boleh tanggal. Cuma yang saya geram, selamba je jual baju kotor macam tu. Lain la kalau dia bagitahu ini kotor sikit, harganya murah RM35 berbanding harga biasa RM45.90. Saya TAK NAK yang RM35 tu. Jadinya saya ambil keputusan tukar baju melayu tu dengan mengambil dua helai skirt yang berharga RM29. Sama jenis, cuma design je lain-lain. Lepas tu sampai kat kaunter, masa cashier tu nak punch harga, eh eh si salesgirl tu cakap. Nak pergi tengok kod dia, kot-kot tak sama. Saya tak ambil pot sangat dan terus bayar dan masuk kereta. Bila dah dalam kereta dan memang dalam perjalanan balik. Saya teringat kata-kata sales girl tu. Saya cari balik resit tu. YA ALLAH. Kod dia tak sama, sedangkan kain dia sama. Yang satu tu dia tulis Skirt Casual dan satu lagi Skirt Jeans. Geram sangat-sangat. Sebab dah sah harganya sama je, sebab tu saya ambil skirt yang  sama cuma coraknya berbeza. Kain pun sama, takde nya jeans. Cotton biasa je. Nak tak nak kena pergi balik kat Butik Peace malam nih. See, kan dah banyak kali kena buat benda sama. Macam stupppp*** je kan? 

Kesimpulan dari cerita yang berjela-jela nih, KALAU NAK MEMBELI SILA LAH TENGOK PRICE TAG DENGAN BERHATI-HATI. Lepas tu, SILA LIHAT RESIT YANG KITA BAYAR TU SEBELUM TINGGALKAN KAUNTER. Inilah akibatnya tak ambil berat. Cuai giler diri nih. Lepas tu mulalah bebel kat diri sendiri, dah tahu customer service dorang OUT, eh ko pandai-pandai pergi lagi konon nak baju murah. Rasakan baju murah. HUWAAAAA~!!!!!!

Sabar aje la, dah tu jadikan pengajaran. Lepas ni, tak nak ar beli kat sini lagi. HUHUHU.



Jom Sahur

Baru aje beli GenQ edisi 12. Kebetulan kita sudah dalam bulan Ramadan, jadi ada sedikit perkongsian di Santai Ilmu dalam buku comel ni.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Makan SAHUR itu ada keberkatan, maka JANGANLAH kamu tinggalkannya, walaupun salah seorang dalam kalangan kamu HANYA MINUM SETEGUK AIR. Sesungguhnya Allah Azzawajalla dan para malaikat-Nya berselawat [rahmat daripada Allah SWT dan doa memohon pengampunan daripada malaikat] atas mereka yang bersahur" - Riwayat Ahmad

Siap ada tips lagi tau.
  1. Minum air masak atau air mineral secukupnya
  2. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi [1-2 hidangan]
  3. Elakkan pengambilan gula yang tinggi
  4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah
  5. Kurangkan minuman berkafein [seperti kopi, teh, minuman cola]
  6. Berus gigi selepas makan terutama selepas sahur
  7. Amalkan senaman ringan [seperti regangan, berjalan]
  8. Tidur atau rehat yang cukup
Tip-tip sahur ni memang tip top. Tapi .. eh sempat lagi bertapi-tapi. HUHUHU. Tapi kadang-kadang nak buat tu la terasa paaayaahhhh sangat dan sangat. Macam ada batu kat atas kepala. Berat semacam je. Rasanya no 1, ok kot. Urmmm, yang lain-lain no 6 boleh la. Yang lain, contoh macam nak bersenam ringan. Ampun, dah lama tak bersenam. Dah berkarat badan ni. Agak payah la jugak kalau tak dimulakan sekarang.   Harapnya tahun ni takde la termiss sahur :)





Friday, July 20, 2012

Ramadan 1433H

Alhamdulillah. Dah pun bermula.
Terawih pun dah bermula jugak.
Dah boleh start niat berpuasa.
Bersihkan niat, hati jiwa kita untuk perjuangan selama sebulan ini.
Bersihkan diri dengan sungguh-sungguh agar karat-marat kat dalam diri tersental.
Takdelah kita akan bawa semua karat-marat masuk ke dalam Ramadan :)

Ada yang cakap Ramadan tu ibarat Universiti, yang mana keluar mesti nak first class punya.
Ada yang cakap Ramadan ni, ibarat latihan yang menentukan sejauh mana pencapaian kita di akhirnya.
Ada yang cakap Ramadan ni.. errr, macam-macam la.

Cakap-cakap jugak, tapi istiqamah kan diri kita untuk perbaiki diri dari hari ke hari.
Dengar tak tu hai si tukang tulis? 
Deee...     ngar.
Yang penting.
Kesungguhan.
Barulah Ramadan akan memberi sesuatu yang istimewa buat kita.
InsyaAllah.
Amin

Semoga Allah menerima amalan kita semua walau ianya sebesar zarah.
Mohon maaf semua dan selamat mengharungi & menghayati Ramadan

Tuesday, July 17, 2012

Al-Fatihah

Hari ni 27 Syaaban 1433H. Genap tiga tahun pemergian arwah mak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga doa-doa kami semua sampai kepadanya di sana.

Amin.

*selalu lupa yang tarikh untuk bulan Islam bermula maghrib [kalau tak silap, rasanya memang tak silap la], ini dah nak masuk 28 Syaaban dah. huhuhu

Monday, July 16, 2012

Durian & Semut

Masa berlalu agak perlahan pada hari nih. Berehat sekejap daripada menolong menyusun kertas-kertas mesyuarat yang akan digunakan oleh seksyen lain. Kita tukang menyibuk je. Tolong satu jam, berehat 3 jam. HIHIHI.

Bunga Durian
Satu balang pun tak cukup. Lemak-manis tak manis la. Sedap. Rangup. Mana nak jumpa bunga durian yang sedap macam ni sekarang? Ini buatan orang kampung, kawan kepada mak cik. Harga di takde la mahal mana. Sedap dia tu yang mahal. Mungkin bancuhan dia secukup rasa kot. Kalau kat tempat lain, mungkin dipanggil kuih goyang. Agak je lah.

Biskut Sarang Semut
Kalau dapat makan 5 6 biji dah cukup la. Rasa nak makan je. Biskut ni buat sendiri je. Resepi amik dari mak sedara. Masa mula pandai buat biskut ni kan, kadang-kadang keras la jugak. Kalau baling kat dinding, mau merekah dinding tu. Sekarang ni dah ok dah, lembut dan sedap. HAHAHA. Puji biskut sendiri la pulak. Sebenarnya kan, resepi tu saya tukar-tukar sendiri je. Lepas tu macam agak menjadi la jugak. Cumanya, kadang-kadang je datang mengada-ngada. Hangit la pulak. KIKIKI. Tak payah nak tunggu puji banyak-banyak pun. Dah cukup gumbira bila anak buah cakap 'sedaplah kuih ni cikda'. Budak-budak kan jujur. Aishh! Mula la rasa nak jual je biskut nih. HAHAHA. 

Saturday, July 14, 2012

Bulan Cinta

Dalam fb dah sibuk dengan countdown untuk Ramadan. Nasib baik ada yang tolong remind kan. Nak harapkan diri sendiri, urrmmm atoi ya. Kadang-kadang tak terkira. Tak terkira, berapa hari lagi eh nak puasa? Ada dua bulan lagi rupanya, eh dah dekat dah, sebulan je lagi. Lepas tu, dah eh 18 hari lagi? Dah dekat dah. Eh 8 hari lagi?? Dah tak lama dah. Begitulah perjalanan masa, kadang-kadang kita tertinggal di belakang. Tak terkejar. Cepat masa berlalu, tapi kita pulak yang lambat bertindak untuk mengambil peluang yang ada.

Semua orang merindukan bulan ❤ yang penuh dengan keberkatan yang datang hanya sekali dalam setahun. 

Sekarang, doa ini selalu kedengaran di mana-mana yang ertinya : Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab, Syaaban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan. [HR. Ahmad dan Tabrani]

Banyakkan berdoa, tingkatkan amalan semoga Allah menerima amalan kita walau amalan kita tu sebesar zarah. Semoga niat kita hanyalah untuk Allah.

Rejab dah berlalu dan ianya berlalu begitu sahaja.
Syaaban pula hampir melabuhkan tirainya, saya sendiri segan untuk menaip lebih-lebih kerana ilmu tak banyak, pengisian pun masih kosong di bulan nih. hnsshh! Semoga masa yang tinggal kita dapat gunakan dengan baik [insyaAllah].
❤ 27 Syaaban ni 3 hari sebelum Ramadan [memang senang nak ingat la] maka genaplah 4 tahun arwah mak tinggalkan kami. Sekejap je kan. Sebab tu la, bila aje nak masuk Ramadan, memang sangat-sangat terasa. Sebab tu la, kita perlu tanamkan pasakkan dalam diri kita 'mungkin ini Ramadan terakhir untuk kita'.
Ramadan?? Buatlah yang terbaik.


Lagu ni memang tak jemu didengar bila-bila masa. Lagu ni bukan pasal Ramadan tau. Tapi ralit bila duk mendengarnya. Dulu dah pernah post lagu ni. HEHEHE


Friday, July 13, 2012

Anak Istimewa

ikatlah kesabaran di dalam hati kita.
redha la untuk menerima semuanya daripada ALLAH swt
semua yang berlaku ada hikmahnya
sabar bukan setakat sabar
jangan berputus asa dengan rahmat Allah
maka doalah mintalah, Aku akan kabulkan

[petikan daripada Usrah TV9 topik mengenai Anak Istimewa]


Wednesday, July 11, 2012

S.M.I.L.E

  • mengantuk sangat-dan-sangat, sampaikan terpublish entry kosong. bila nak buat entry baru tadi, eh eh dah ada entry??? bila tengok, kosong je entry tu. nampak sangat mengantuk sampaikan tertekan apa-apa button
  • SMILE walaupun engkau mamai
  • masih buntu untuk mengemaskini MPS nih, idea kurang ceritanya ada, jadinya tak boleh buat pape la jugak
amik dari tumblr sape entah. tq
  • InsyaAllah, semuanya akan ok. Yakin dengan Allah

Monday, July 9, 2012

Erti Sahabat

Saya agak memilih dalam bersahabat. Kalau setakat berkawan, saya aci kawan je. Namun untuk bersahabat, tidak semua orang boleh dijadikan sahabat.

Rasanya, setiap orang mempunyai had peribadinya yang tersendiri. Begitu juga saya. Untuk status kawan, biasanya had mereka tidak sehingga berkongsi susah senang ketawa kesedihan bersama-sama saya. Agak susah untuk saya kongsikan perihal peribadi sekiranya hati saya tiada green light untuk seseorang itu.

Kedengaran bongkak giler. HAHAHA. Bukan bongkak, cuma kedengaran macam bagus padahal tak ada apa sangat pun.

Bagi saya, memilih sahabat sangat la penting. Mana arah yang boleh kita tumpang apabila bersama-sama mereka. Arah kebaikan atau keburukan? 

Tidak kah kita berasa bosan apabila buka aje mulut, maka akan kedengaran la dia tu begini, dia ni begini. Oh! Shut up la. Betul kata orang, apabila kita berada di dalam 'keterlaluan' ianya akan menjadi perkara yang begitu menjengkelkan dan muak. [pandang hati sendiri]

Bersahabatlah dengan mereka yang boleh memberi kita nasihat, membantu kita ketika susah, memimpin tangan kita ketika kita sudah tiada daya, memberi semangat ketika kita sangat down, bersahabatlah kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan material.

Mereka yang banyak mendengar cerita hati saya [selain DIA]
TQ sahabat yang manis :)



Sunday, July 8, 2012

Husnul Khatimah

Baru aje selesai membuat draft surat untuk diemelkan kepada bos sendiri. Selesai membalas sms kawan seangkatan. Tertera satu nama, saya copy satu nama tu untuk dirisik. Ciri-ciri seorang penyiasat memang ada pada saya, walaupun tak banyak tapi boleh la untuk suka-suka [macam cerita Spy Baba la pulak]. Maklumat yang dirisik itu saya perolehi, namun masih tidak sempat untuk dilaporkan kepada kawan yang memberi sms tadi.

Saya tak sempat nak membalas sms tu kerana saya terjumpa satu cerita yang Subhanallah. Panas tubir mata mengekang airmata daripada mengalir. Terasa kerdilnya diri ini, terasa tidak punyai apa-apa bekalan untuk dibawa ke sana. Ya Allah, malu menyelubungi diri. Betapa kita sering kali alpa dengan dunia. Bilamana larut dengan kisah ini, saya sendiri tertanya-tanya 'bagaimana saya nanti?'. Pause! Sedih.

Selepas membacanya, saya siasat [atau dengan kata manisnya, ingin tahu] mengenai pelajar ini melalui seorang kawan pejabat. Ya, dia merupakan bekas pelajar di sini tapi sudah meninggal dunia.

Rasanya, eloklah anda semua membacanya sendiri. Bacalah dari hati, berfikirlah dengan mata hati. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada kisah ini dan semoga ada kebaikan yang kita perolehi. InsyaAllah.
******
KISAH BENAR!!! (BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)

Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. 
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.


Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.


Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.


Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.


PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.


** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam 
*******
sumber : Wira Pendang dan ini pula blog ayah beliau : Memburu Cahaya Ilahi



MAKLUMAN : Ayah arwah telah memberi keizinan untuk sesiapa atau mana-mana web untuk memaparkan gambar arwah. Semoga ada manfaat, iktibar yang boleh kita ambil daripada kejadian ini. InsyaAllah. Bagi mereka yang tertanya-tanya pasal keranda pula, ianya melibatkan penerbangan untuk membawa jenazah. Oleh yang demikian, keranda orang bukan islam terpaksa digunakan kerana untuk masuk kargo pesawat ianya mempunyai spesifikasi tertentu [sumber: komen balas ayah arwah]. 


AL-FATIHAH

Saturday, July 7, 2012

Note ...

... untuk diri sendiri.


1. Baca ini dulu AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN baru la akan faham tentang cerita yang ditulis pada hari ini. Cerita hampir 2 tahun yang sudah, dan kesinambungan dia pada 2012. Giler lama. Tapi tulah, dalam kehidupan kita sentiasa ada cerita, dan adakalanya ianya bersambung-sambung.

Hari tu masa bulan 7 atau 8 2010. Ketika dalam perjalanan balik dari mahkamah, cermin kereta pulak terkena batu. Masa tu memang agak kuat la bunyinya. Batu tu datangnya dari kereta depan. Kereta kancil warna putih kalau tak silap. Semasa memandu tu kan, tercari-cari jugak kat mana kesan batu tu. Tapi tak nampak.

Bila dah sampai rumah, cari lagi kesan batu tu. Sebab tak puas hati, kalau ikut pada bunyi batu tu. Memang kuat. Cari-dan-cari-dan cari. Terjumpalah kat mana kesannya. Betul-betul dekat sticker kereta, patutlah tak perasan. Kalau korang perasan, dekat lingkaran merah tu, sebelah kanan yang nampak macam hitam tu. Itu la dia. Aku ni terel la konon, pernah terbaca kat dalam internet. Dorang cakap, bila retak macam tu dia akan merebak besar. Kalau pergi ke Dr. Cermin [kedai cermin kereta], mereka akan tembak cermin tu untuk elakkan crack yang lebih besar. Aku punya idea, aku saletep kan tempat tu, depan dan belakang. HA.HA.HA. Masa tu aku rasa idea aku sungguh bernas giler.

Bila kat pejabat cerita pada kawan-kawan kerja pasal benda nih untuk mintak pendapat. Yang tak boleh blah kan.

'Orang letak saletep je kat tempat crack tu'. Senyum sebab rasa terel.
'Daripada saletep, kenapa tak stapler terus?' ha ha ha. 
Kurang asam punya kawan.

Lepas tu kan, tempat yang retak tu makin lama makin panjang. Dah nak sampai ke dashboard pun. Kiranya retak tu akan sentiasa besar dan besar. Hari ni, barulah nak tukar cermin kereta selepas dua tahun kejadian. HIHIHI. Dulu tak tukar terus, sebab kereta tu baru je pakai dalam 4 bulan macam tu. Jadi ralat giler ar, sebab tu tak nak tukar. Sekarang ni, tukar ajelah. Lagipun cermin ni sebenarnya ada insuran. Nak jugak tunggu retak menanti belah berkecai. 

2. Buka fb. Terbaca status IM Fatah. 
‎'Ustaz, tadi ustaz minta kami sampaikan apa yang kami dapat pada anak anak kami..budak budak bukan nak dengar pun, malas nak cakap'
'mak cik dah cakap ke belum?'
'X yah cakap dah tahu dah, x nak dengar punye'
'Mak cik dah cakap ke belum?'
Bukan x nak cakap, tapi mesti x nak dengar punye...
'MAK CIK DAH CAKAP KE BELUM?"
'err..belum ustaz.'
*Jangan ambil alih tugas Allah nak tentukan hidayah turun atau x.tapi, jalankan tugas sampaikan pesanan.Terima tak terima soal ke 2.yang penting BAGITAHU.dah jalankan tugas, serahkan pada Allah.*
~Hati berdesing bila terima nasihat, itu tanda hati masih 'berfungsi'~
Sangat bersetuju dengan apa yang dia tulis. Sebab saya sedang mengalaminya sekarang. Rasanya doa-doa arwah mak saya seolah-olah Allah kabulkan sedikit demi sedikit. Allah kabulkan semasa mak saya jauh di sana dan bukan semasa dia masih ada. Saya dapat rasakan doanya senantiasa mengiringi diri setiap hari. Saya dapat rasakan keberkatan doa yang dipanjatkan mak didengar Allah dan kesannya. Subhanallah. Nak cerita tak boleh. Tiada ayat yang boleh digunakan untuk menunjukkan rasa perasaan tu.

Berbeza tak salah, asalkan di dalam sesuatu yang POSITIF


Wednesday, July 4, 2012

p.s : Makanan Jiwa

SEMUA mengharapkan setiap hajat yang disampaikan kepada Allah dimakbulkan dengan segera. Namun, dalam masa menanti doa dimakbulkan, ada kala wujud juga perasaan tertanya-tanya sama ada doa itu akan dipenuhi.

Oleh itu timbul soalan, apakah faktor menjamin Allah Taala menjawab doa kita? Formulanya mudah, seseorang yang meletakkan permintaan kepada Allah perlu ikhlas dalam setiap perbuatannya. Allah SWT berfirman bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mukmin, ayat 60)

Allah SWT berfirman bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mukmin, ayat 60)

Walaupun kita digalakkan berdoa, tetapi pasti sukar kita memikirkan seseorang yang terus melakukan dosa, pada masa sama tanpa rasa bersalah memohon Allah memenuhi keinginan kebendaan. Lantas, bagaimana orang itu boleh menjangkakan Allah menjawab doanya? Jika kita mempunyai rakan yang tersinggung atas perbuatan kita terhadapnya, apakah kita akan menjangka dia akan menghulurkan bantuan jika kita memerlukan?

Syarat pertama supaya Allah SWT menjawab doa kita ialah bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya atas segala perbuatan dosa yang dilakukan. Taubat pula mesti ikhlas, bukan satu kenyataan lisan semata-mata yang kita ulangi seperti burung kakak tua.

Syarat kedua, tidak harus terburu-buru bermakna tidak harus mempertikaikan kehendak dan tindakan Allah Taala, akan menjawab semua doa kita atau bila kerana hanya Dia Maha Mengetahui waktu terbaik untuk dimakbulkan doa kita.

Oleh itu, sebagai Muslim beriman kepada Allah, kita sepatutnya tidak melayan fikiran yang kerap kali mempertikaikan kenapa Allah tidak menjawab doa atau memakbulkan hajat yang dipohon dalam doa.

Allah berfirman bermaksud: “Apabila hamba-Ku bertanyamu mengenai Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Dikabulkan (doa) salah seorang daripada kamu selama dia tidak tergesa-gesa iaitu dengan berkata: Aku sudah berdoa (tetapi) tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menasihati kita tidak memikirkan doa dimakbulkan atau tidak kerana hal itu akan menyebabkan seseorang berasa kecewa lantas meninggalkan ibadah kepada Allah. Tidak boleh juga kita mempersoalkan orang kafir yang tidak beriman kepada Allah, tetapi diberi pelbagai nikmat. Kita hendaklah yakin Allah SWT sentiasa menjawab doa hamba-Nya yang mukmin.

Setiap kali selepas solat kita akan menadah tangan berdoa kepada Allah. Adakah kita memohon satu perkara saja? Tidak, sebaliknya banyak benda yang kita mohon seperti disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dimatikan dalam iman serta dikuatkan iman.

Apakah semua permohonan kita itu diperkenankan? Allah makbulkan setengah daripadanya dengan segera dan ada yang ditangguhkan dulu. Oleh itu, hendaklah kita bersyukur dan sabar menunggu serta tidak boleh berputus asa daripada terus berdoa.

Seseorang mukmin yang tidak mahu meminta pertolongan kepada Allah, Allah murka kepadanya. Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya.” (Hadis riwayat Tirmizi)

source: Berita Harian semalam


Tuesday, July 3, 2012

HIHIHI

Sori kalau dua tiga hari nih, asyik post benda yang sama je. Honestly, saya memang tak jemu tengok pasangan yang secocok nih.

Manis melebihi gula.

Subhanallah, kuasa Allah sangat hebat bukan?

Video pra-perkahwinan dorang pun dah sweetlicious.



Exclusive Pre Wedding Irma & Redza






Video Majlis Pernikahan mereka



Cerita Lama

Masa : 4.54 pagi
Sumber : Kotak emel [gigih mencari tadi dalam lambakan emel]
..........


As salam ….

Blk jee keje… terus on laptop dgn tekad nak meneruskan usaha mencari tiket murah ke
****** tanpa jemu,
tanpa memikirkan anak2 ku yg kelaparan nak makan ( mak sapaa la ni kannn )sehingga
pukul 11.00 mlm.
Kantung mataku dah letih mengadap laptop & click benda yg sammmaaaa ~ AirAsia~.
Akhirnya buat keputusan kibar bendera putih sbb nak tidoo.

Tp sempat kunci jam ( set alam kat hp jeeeee )konon2 nak cuba time subuh.
Set 2.30…nasib baik boleh sedar pulak….excited ni hehheeeee
Misi pencarian pun bermulaa…ohhh bagus, linenya kurang bz…ni yg buat lagi
bersemangat.
Akhirnyaaaaaa…….alhamdulillahhhhhhh, niat ke ********** dipermudahkannn olehNYA

Perghhhhh….x sangka cubaan nak terjah line Airasia time Subuh , berbaloii.
Tp ada additional Rm 10 sbb guna kad kredit sbb Mb2u sampai kul 12 tgh mlm jeeeee.
X pe laaaahhhhh….rm 10 tu skit jeee kalau nak kira masa yg habis 5-6 jam di waktu
puncak &  gerenti x boleh dpt masuk ,kan…heheeeee.
Dapat tiket RM 116 , still murah lagi kan….
Yuk kita menabungggggggg dr skrgggggg……

................

Dah lama nak post tulisan ni. HEHEHE.
Emel ni dapatnya pada 16 Feb. 2012 yang lalu. Tapi masa sangat suntuk, diri sendiri agak sibuk dengan kerja yang berlambak bertambungg kat pejabat. Jadi tak sempat nak cakap 'senyum sorang-sorang tau bila baca emel ni. tak sangka [******* you know who you are] ada bakat menulis yang cukup baik. sebab saya boleh rasa dan bayangkan semangat dia tu'. Berbaloi sungguh noo bangun menggugel airasia.


Monday, July 2, 2012

Surat Terbuka Untuk Isnin

Seperti di bawah ya.
  • Sangat mengantuk! terasa di awangan. Bila bercakap dengan kawan-kawan, macam mamai je
  • banyak masa dihabiskan untuk membelek surat khabar secara online. Buka satu page kepada page yang lain
  • pecah 4 mesin ATM, dapat RM1.17juta tu. Banyak giler rupanyan duit dalam atm machine tu. Selama ni tak pernah nak ambil tahu berapa jumlah duit dalam atm.
  • baby kena dera, dahla patah-patah tubuh comel baby tu. kesian! apalah dosa budak kecik tu eh!
  • pelajar USM palsukan sijil akademik. whoaa~! giler terel ar boleh palsukan semua nih, dapat duit poket lagi. memang jalan mudah untuk menuju kepada kemewahan. Cerdik tetapi menyalahgunakan kecerdikan
  • Dahla bercerita pasal berita yang dibaca, nanti penuh dengan berita semasa yang memang berlambak-lambak tu
  • Saya masih sleeeppy
  • Oh ya! tadi kan masa duk baca-baca paper. Terjumpa ini.. ayat 'bidadari'. Terus kat dalam kepala, eh macam pernah tulis je pasal bidadari ni. Terus belek MPS ni.

Kosmo 2 Julai 2012

Tulisan sendiri pada 29 Jun 2012
  • Eh eh, sama la pulak ayat kita. NGEEE~! malu pulak bila mengada-ngada buat ayat perasan macam ni. Lepas tu tulis dalam blog. HAHAHA. Ek eleh lu!
  • Malam tadi rupanya Final Euro 2012. Langsung tak ikuti pasal bola nih, tapi dah terbukak tv tadi terus layan la sampai habis. Spain 4 - Italy 0. 
  • Kereta masih tak di service sampai sekarang. Padahal patutnya kena service pada 6 Jun yang lepas, tapi tu la. bertangguh tertangguh kan dah rugi. Rugi masa. Ah dah start nak bebel pada diri sendiri. HIHIHI
  • Rasa nak makan pizza, rasa nak makan kentaki. Tapi kentaki baru ni pedas sangat la. Tak tahan. Kembalikan lah kentaki yang spicy yang biasa tu. HUHUHU. Pelisss! [tetiba rasa benci tengok ejaan pelisss macam ni, gedik jerk!]
  • nanti dah ada masa yang banyak, boleh jalan-jalan ke blog orang lain pulak
  • ok, idea dah kering
Tajuk dengan isi macam tak sama je, ini bukan surat. HAHAHA


Sunday, July 1, 2012

Perkahwinan Irma & Eja

Tahun lepas ada tulis pasal si CANTIK MANIS ni. Masa tu dia baru je bertudung. Alhamdulillah, penghijrahan yang cukup manis. Perubahan Irma tak kecoh-kecoh berjalan dengan elok tanpa tempang. Dan pada hari Jumaat yang lalu, selamat sudah Irma dan Redza [Eja] diijabkabulkan.

Kalau bukak fb, memang berderet-deret la gambar pasangan yang imut nih. Manis macam gula. Memang tersangat padan mereka berdua ni. Dahla adik Eja muka dia pun seiras je dengan Irma, nak-nak time senyummmm  T___T

Rasa nak tersenyum pun ada, sebab tiba-tiba je buat entry mereka berdua ni. Macam kepochi je. HUKHUK. Beberapa sebab munculnya entry ini ialah :

1. saya suka irma.. eh jangan salah anggap la. HAHAHA. suka dengan perubahan dia dari tahun lepas yang makin lama makin sejuk mata memandang. kalau perempuan dah cakap macam ni, mak-mak mertua apatah lagi kan?

2. Eja ni senior masa study. masa ternampak nama dia time bertunang tu, memang terkejut sangat. terus kami [kawan-kawan study] duk sembang pasal dia dan ada la sebab musabab lagi yang sangat sweet untuk kami bercerita semula. untuk di tulis di sini, rasanya macam over nya kau. HAHAHA. tak semua benda kita perlu bercerita kan? bukan apa pun, sekadar mengimbau kenangan silam masa zaman belajar dan tumpang seronok dengan berita baik tu. lagi satu, pertemuan mereka tu la. di Tanah Suci. Berkat doa. sangat bersetuju bila Irma cakap ini jodoh dari Allah. perempuan yang baik, insyaAllah Allah akan anugerahkan yang terbaik untuknya, yang penting kita perlu menjadi yang terbaik 

3. Gambar mereka sangat sweet & yang penting tak over

comel

2 kali comel

3 kali comel
Semua gambar sangat sejuk mata memandang. Kisah mereka macam dalam novel pun ada. Yang pasti di sinilah kita boleh lihat dan fikir, tentang kebesaran Allah.

Kunfayakun itu tetap milik Allah.
Bercinta dengan siapa, lama mana. 
Jika tiada jodoh dan kiranya yang ada hanyalah pertemuan, maka tiadalah ikatan itu.

happyy! datang dari hati 

Semoga berkekalan hingga ke jannah
Oh ya, gambar ni semua datang daripada page ni tau : THE KLIKER - W & P PHOTOGRAPHY [TQ]


Inspirasi Hati

sumber adalah di cilok dari tumblr siapa ntah :)
Kuatkan semangat sekiranya kita berdepan masalah. Cakap memang senang kan? Biasanya yang menanggung tu la yang payah nak buat. Tapi kita doakan yang terbaik ajelah. Suka dengan kata-kata motivasi atas nih. 

Sekarang, masih belum free untuk membuat lawatan ke umah kawan-kawan dengan baik. Nanti insyaAllah akan dijenguk jua. Yang pasti hanya sempat bukak aje. lepas tu baca sekali lalu. Close.

Chayoookk! Fighting~!
Watchaaa