Friday, September 28, 2012

Oh Friday!

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi tadi, kira-kira dalam jam 7.15 pagi. Siap-siap terus ke pasar borong yang letaknya hampir err beberapa kilometer la. Perkiraan masa pulak, adalah dalam 15 minit aje dari rumah. 15 minit? Dekat kan? 15 minit aje sebab kalau pagi-pagi, jalan tak sesak. Lancar dan cepat sampai. 

Setibanya kat pasar borong tu, orang dah penuh sesak. Parking semua full. Saya lewati parking, namun hampa! Tak ada langsung kelibat parking akan kosong. Lantas keputusan di ambil untuk meletakkan kereta di seberang jalan sahaja. Selebihnya, saya menapak hingga ke dalam pasar yang menjual sayur-sayuran.

Pergi ke pasar borong bukannya nak beli barang sepenuh tangan sampai beratnya berkilo-kilo. Bukan lah sampai macam tu. Nak beli satu barang penting aje. Sampai kat sana dah jam 7.30 pagi. Melilau mencari barang yang dikehendaki tu. Dah nampak, tapi saja je jalan-jalan lagi bajet nak cari yang lebih ok lah. Lepas tu bila dah beli. Saya beli lagi benda-benda yang berkenan kat mata. Beli jering rebus [best!], beli ubi keladi yang dah direbus [nampak sedap], beli serai, beli kacang botor ke botol?, beli limau. HEHEHE. Terlebih rajin, semua benda yang dibeli nak ditulis.

Nak dijadikan cerita, mood saya yang baik dipermulaan hari yang baik telah diporak perandakan sedikit oleh sikap orang kita. Seorang mak cik. Saya singgah ke tapak jualan dia. Lepas tu bagitahu la, saya nak beli ini RM1. Lepas tu makcik tu pun cakap, ambiklah. Saya tercengang, sebab macam mana nak ambil ye. Itu aje yang ada dalam fikiran saya. Saya pandang mak cik tu. Bagitau lagi, nak beli ini RM1. Duit saya hulurkan pada dia. Dia ambil. Sekali lagi dia cakap, ambil la letak dalam plastik tu [sambil mata dan mulut membuat arah ke plastik yang ada kat dalam tangan saya. Plastik yang berisi barang-barang yang saya beli kat tapak jualan lain]. HAAA?? Ya Allah, langsung saya tak terfikir plastik yang ada kat dalam tangan nih. Saya agak mudah naik hangin apabila berdepan dengan situasi macam nih. 

Boleh tak kalau nak berniaga, berniaga betul-betul [dah start membebel siaplah korang. HAHAHA]. Bila dah ada orang membeli kat kedai/tapak jualan kita. Katakan barang yang dibeli tu cili padi. Apa salahnya kita bagi plastik. Bukannya tiba-tiba main cakap aje, ambil lah, letak dalam plastik tu. Amboi, nak senang aje kerjanya. Nak untung, nak berniaga tapi buat macam nih. 

Saya sebenarnya bukanlah berkira sangat bab-bab macam ni. Perkara kecil la kita cakap. Tapi saya PALING TAK SUKA KALAU ORANG BUAT MACAM TU. Saya mudah sentap pada benda yang kecil di mata orang lain, tapi sangat BESAR pada diri saya.

Apa salahnya dia tanya dulu 'nak plastik ke tak?' Walaupun soalan ni paling saya tak gemar sebenarnya. Bila kita membeli sesuatu benda, mestilah kita sebagai pelanggan nak plastik. Tak kan kita nak pegang macam tu je. Kepit kat celah ketiak. Agak-agak ar. Tapi jikalau mak cik tu tanya soalan macam tu, saya akan consider letakkan barang yang saya beli dengan dia tu, letak kat dalam plastik yang ada. Itu pun kalau ruangan masih mencukupi. 

Lepas saya bagi duit tu, bila lihat muka dia yang endah tak endah duk pandang keliling macam tu, saya terus cakap tak jadi ar makcik. Terus angkat kaki dari tapak jualan dia. Yang buat saya menggeleng kepala, apabila melihat dia langsung tak pandang pelanggan dia [dalam bahasa sebenar ikut mung ar, dok rugi aku dok beli kat mung. Sorry bahasa saya memang kasar kalau di pot petkan] Ya Allah, dah banyak kali saya perhatikan peniaga-peniaga walaupun tak semua la kan. Tak kira la kat mana sekali pun. Sikap dan adab. Urmm. Malas ar nak komen lebih-lebih. Bukan nak mintak mereka hormatkan kita beria. Bukan macam tu. Bagi saya MEMANISKAN WAJAH tak kira ar fake ke tak ke, ITU SUDAH CUKUP BAGI SAYA.

Bila dah tak jadi beli dengan mak cik tu, saya ke tapak jualan sebelah. Alhamdulillah, pak cik tu sangat ok. Gembira sangat bila berurusniaga dengan pak cik nih. 

Lepas tu terus balikkkk! Sebab perlu mengikuti kejohanan ping pong kat pejabat. HEHEHE



Tuesday, September 25, 2012

Bersembang apa saja

[maklum awal-awal noo] Nak dikatakan saya mempunyai idea untuk menulis secara spesifik. Urmmm rasanya tak ada kot untuk malam ini. Tapi saya ada banyak benda yang nak ditulis, dikongsi. Banyak sangatkkk. Ok cukup cukup. Urmm, tadi belek-belek internet untuk isi masa lapang. Tup-tup, ditambah pula dengan si Afiq yang saja je melanggar adapter lappy. Bila dah dilanggar wayar adapter tu, memang cari penyakit lah. Nak buat macam mana, wayar macam dah ada benda tak betul kot dalam saluran pernafasan dia. Selalu je semput, itu pasal sensitif. Tersentuh sikit, mati. Terlanggar sikit, dah kojol. Malas ar nak beli adapter baru. 

Tadi dah cakap terang-lagi-bersuluhkan-lampu kalimantang, penulisan memang tak spesifik [lagi sekali makluman diberi]


Satu malam, terasa sampai ke anak tekak nak makan maggi. Biasanya memang kureng melayan maggi, sebab masa kecil-kecil dulu, dah banyak makan maggi. Makan maggi macam makan nasi. Ambil stok maggi kat dalam bag. Stok? Padahal, maggi ni pun aku mintak dengan sepupu masa bulan puasa lepas. Memang tak bergerak maggi ni kat dalam bag tu. Nasib baik tak lemau. Makan maggi mula-mula terasa sedap nya wallaweh. Lama-lama selepas beberapa puluhan minit, terasa muak sikit la. Tak apa lah, at least tekak dah dapat merasa maggi. Tak ada lah lagi rasa kempunan terliur sangat.


Selalu ambil gambar menggunakan digital camera. Nak usung dslr, tak mampu lagi nak mengusung, hanya mampu melihat. Camera ni dah lama berjasa, dah masuk tahun ke 4 dah. Satu hari tu, turun dari kereta. Terdengar benda jatuh. Auhh!! Ala, terlupa camera ni ada kat riba. Jatuh, sampai patah tempat baterinya. Sedih, tapi masih boleh digunakan lagi. Cuma kena pandai-pandai tolak dan buka masa nak keluarkan bateri tu. 


Akibat jatuh, camera dah jadi renggang. Nampak sangat kesan hentakan dia yang kuat. Kasihan memang kasihan kat camera ni, tapi apakan daya. Bukan kehendakku begini. Sekarang, dah kurang dah guna camera ni, sebab lebih senang gunakan handphone. Tambah-tambah lagi, sejak camera ni jatuh, dia macam tercabut fius la pulak. HAHAHA. Dah tak berapa best, bila kita ambil gambar. Selalu sangat gambar jadi blur, shaking. Gambar kurang cantik, bukan tak cantik langsung. Tapi dah kurang cantik.


Afiq memang seperti biasa. Tak ada kerja. Budak-budak memang tak ada kerja pada mata kasar kita, tapiiii bagi dia kan, ada aje benda yang nak dikerjakannya. Di ambilnya baldi mainan dia, diletakkan atas kepala. Konon topilah tu. Mula la jalan tak nampak depan.

.... update: maaf, gambar di removed atas sebab-sebab negara. HEHEHE ...
Pernah tak korang cek kat dalam handbag, apa yang ada ek?? Saya selalu juga cek handbag, kadang-kadang naik pening. Barang banyak sangat. Tak kemas. Payah sangat nak cari benda. Kebetulan hari tu, sajalah tukar handbag. Lepas tu, duk perati kat dalam tu. Hasilnya, boleh tahan penuh handbag ni. Ingatkan dah kurang barang, dah tak berat bila nak galas. Rupanya, adoii :) Senget bahu kanan kalau macam ni gayanya.


Yang ni paling best. Selak majalah-majalah lama, nak cari resepi katanya. HEHEHE. Terjumpa borang pencarian Cover Girl ni. Ya, ini adalah salah satu impian ku. Nak jadi cover girl untuk majalah comel Nur. Rasanya borang ni dah diisi 4 tahun yang lepas kot. Sebab bila tengok jawatan tu, time tu masih di pejabat lama. Dah banyak kali dah isi, tapi tak pernah hantar. Sebab tak tahu nak bagi gambar yang mana. Konon nak cabar diri la, nak tengok sejauh mana diri ni boleh pergi. Macam tu la niatnya. Padahal dah tahu dah, ketinggian tak mencukupi untuk jadi cover. Rupa? HAHAHA. Cantik itu subjektif. Ecewah. Saya langsung tak fotogenik & sebenarnya tak fikir sangat bab-bab cantik ni, sebab lebih kepada perasaan ingin mencuba benda-benda baru. Kalau pentas akhir untuk cover girl dibuat tanpa kehadiran kaum adam, rasanya dah lama aku hantar borang ni :p

Balik kerja, ternampak satu kereta ni. HAHAHA. Bro, agak-agak la kalau nak pasang plate. Jangan la tempek yang besar-besar alam. Memang gelak sensorang dibuatnya. Kebetulan kereta ni kat depan mata, jadi sangat jelas nombor plate kereta tu. Tapi wa respect ar bro, lu berani eyh pasang plate cenggitu besorr bapoknyaa. Kelas ar mung!



Sunday, September 23, 2012

Lahir Akibat Kerana Terpaksa

Kata orang bila kita takut, semua boleh jadi. Tak pandai berenang pun, boleh pandai berenang. Bila dikejar orang gila, tak lari laju pun, eh tiba-tiba boleh lari dengan laju yang lebih dari laju, mengalahkan Usain Bolt. Itu la kuasa tekanan kepada kita dan kehidupan. Tekanan adakala menghasilkan output yang positif. Yang negatif, saya tak mau bercerita aa. 

Di suatu tengahari yang panas tak ada lah panas sangat, tapi boleh la tahan hangatnya. Hari minggu, biasalah banyak masa sikit nak rilekskan diri. Selepas mengemas rumah. Memasak nasi semua. Rileks lagi sambil menonton tv dan melayan si lappy. Jam dah menunjukkan pukul 1230 pm. Hati mula gelisah. Mata melihat screen lappy, tetapi hati duk berkata-kata. Yelah, dah jam hampir 1 tengahari. Sepatutnya lauk pauk dah perlu disiapkan. Sebab nanti bila orang dah balik solat Jumaat. Makan time! Jadi, kalau lauk pauk masih tak siap. Nak makan apa? Makan nasi berulamkan pandangan? Sambil makan, sambil engkau pandang aku, aku pandang engkau? Macam tu? Eh tak boleh jadi, tak boleh jadi. Kepala otak pulas memulas idea. Entah apa la yang aku nak buat. Bapakanda ada belikan ayam pencen/kampung. Tapi siapa la yang nak masakkan. Kakak ipar pergi kebun sama-sama abang 2 dan adik 2. Jadi, saya terkulat-kulat seorang diri. Detik semakin berdetik, satu langkah pun masih tak di ambil.

Lantas, selepas masa dah semakin suntuk. Dah memang tak tahu. Dah memang mati kutu. Cari la resepi Ayam Gulai eh. bukan bukan. Gulai Ayam Kampung. Haa, ini barulah tajuk yang betul. Cepat-cepat cari resepi. Yang tak bestnya, resepi tu ada cakap kena masukkan buah keras. Adoii! Lemah betul la. Mana nak cari buah keras di masa-masa yang mencengkam macam ni. 

TENSION! Memang stress masa tu. Saya memang tak reti nak buat. Nak menangis pun ada. Serabut gilerrr!!! 

Baca resepi, dia cakap kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih lebih kurang macam tu la. Lepas tu kena ada rempah. Dah la tak sure berapa sukatan dia. Jadi memang agak grrr! Resepi-resepi yang guna banyak bahan. Memang ditolak mentah-mentah, aku tak nak buang masa dan menensionkan diri. 

Masuk dapur, buka peti. Kebetulan dah ada bawang yang dah siap di blend. Jadi ambik aje bawang kisar tu. Nampak macam boleh la tahan banyaknya. Kira ok la untuk satu hidangan.

Lepas tu masukkan minyak masak dalam 3 sudu besar kat dalam kuali. Ok, aku bagi resepi yang elok-elok. Boleh la orang lain gunakan sebagai panduan [itupun kalau nak jadikan panduan la eh. HEHEHE]

Gulai Ayam Kampung versi Terengganu [Errr.. versi hentam keromo]

Bahan-bahan:
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 biji 
[yang ni main agak aje, sebab aku gunakan bawang yang dah sedia ada. tak tahu berapa biji sebenarnya yang dah di blend]
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Lepas tu yang bentuk macam tapak sulaiman tu ar, yang macam star tu la .. bunga lawang eh 
[senang cerita, orang panggil rempah ke apa 3 beradik. HAHAHA. malas eh nak google nama sebenar dia]
Minyak masak 3 sudu untuk menumis
Santan yang berharga RM2 adalah dalam 200gm
Ayam pencen/kampung 3/4 ekor
Oh ya rempah juga perlu eh

Inilah rupa ayam kampung tu. Kalau nak tahu, kat kampung kita ni kan, ayam yang dijual masih macam dulu-dulu lagi lah. Mereka layur siap-siap ayam tu. Tak kira la ayam bandar ke, ayam kampung ke. Bau nya pun tak hanyir, tapi BEST & HARUM ;)
Oh ya, bagi yang tak faham. Layur tu maksudnya mereka lalukan/salai badan ayam tu dengan api sampai nampak macam kat dalam gambar tu la. HAHAHA. Nak explain sangat, tapi tak reti. Banyak sorry la der :)


Ini lah rempah yang saya gunakan. Mula-mula tak tahu nak guna rempah apa. Geledah peti, nampak rempah ni. Cium bau rempah. Tapi tak kuat sangat bau dia. Bila tengok kat plastik cakap untuk gulai ayam, daging. Kira ok la ni. Ambil aje lah.

Cara-cara membuatnya:

Mula-mula kita panaskan minyak. Eh tadi dah cakap eh. HEHEHE. Masukkan bawang yang dah diblend. Masak dulu sampai naik bau. Saya kalut, bila nampak bawang macam nak kering je. Saya masukkan lagi minyak hampir 2 sudu. Duhh! Lepas tu, saya ambil rempah. Campur air, kacau-kacau. Rempah pulak tak tahu nak sukat macam mana. Jadi saya hentam aje, agak-agak dalam 7 sudu kot. Saya tuang macam tu je dalam mangkuk, campur air. Kacau. Lepas tu terus masukkan kat dalam periuk. Macam tak berapa nak menjadi je. Kalut lagi, jadi saya masukkan cili boh. HAHAHA. Mengarut betul la. Masuk cili boh 2 sudu.
[sorry, lepas masuk minyak masukkan kulit kayu manis and the gang tu]


Dah kacau semua sekali, masukkan ayam. Saya tak confident nak buat seekor ayam, jadi saya buat 3/4 aje. Baki ayam saya simpan.


Saya biarkan ayam ni dalam periuk sebab nak kasi empuk. Lama tau nak empukkan ayam ni. Liat dan liat. HUHUHU. Jenuh menunggu. Kalau nak elok, kita biarkan ayam ni 2 jam/1 jam setengah sebelum kita masukkan santan. Bukan apa, biar daging dia betul-betul lembut barulah senang kerja kita.


Selepas tu, masukkan santan. Nak kuah banyak, tambah air sikit. Pandai-pandai la. Garam mengikut rasa la. Rupa masakan KESUKAAN saya. Nampak tak kulit tu?? Arghhh! SANGAT SUKA KULIT AYAM KAMPUNG! 

Alhamdulillah, akhirnya ayam ni siap dimasak. Walaupun agak tergagau-gagau memasak, tapi pengakhiran dia sangat la mengembirakan hati sendiri. HAHAHA.

Berjaya juga siapkan gulai ni akibat kerana terpaksa. HAHAHA. Tak ada orang nak tolong masakkan. Nah rasakan. Mula-mula kan, rasanya masin sikit la. Tapi bila dah ubahsuai barulah rasa dia kembali ke landasan yang sebenar. 

Alhamdulillah. Syukur, banyak nikmat yang Allah bagi kat diri ni. Tak reti tapi terhasil juga gulai ni. Rasa terharu dengan diri sendiri. HAHAHA.

Selepas ni, tak perlu la nak harapkan orang lain untuk makan gulai ayam kampung ni. Boleh masak sendiri nantiiiiiiiiiii! Yeay eyhh! HIHIHI



Saturday, September 22, 2012

1 dalam 1000

Kejadian ni berlaku pada bulan 7 yang lalu. Jam 1 tengahari, kami semua ke kedai Leno. Saja la nak habiskan masa rehat. Jadi kami ronda-ronda, sambil-sambil cuci mata. Boleh juga beli barangan keperluan rumah.

Sedang kami sibuk, ye lah, ada yang memesan set pinggan mangkuk, ada yang membelek handbag, ada yang mencuba kasut, tiba-tiba terjadilah satu insiden LUCU. Kelakar giler bila diingatkan. 

Nak dijadikan cerita, kebetulan masa kami sampai kat kedai tu, orang masih tak ramai. Selepas tu, adalah pelanggan sebuah keluarga yang datang bersama-sama anaknya yang lengkap berpakaian sekolah rendah. Anaknya, dua-dua perempuan.

Saya pula sedang mencuba kasut, jadi ditinggalkan aje kasut [wedges] yang saya pakai kat tengah-tengah kedai. Sedang sibuk mencuba kasut, tiba-tiba kasut yang asal, DAH HILANG. Melilau mencari kat mana kasut tu.

Rupa-rupanya, HAHAHA. Budak perempuan tu letak kasut saya di atas rak kasut bersama-sama kasut leno. Memang la saya tak jumpa. Tergelak kami dibuatnya. Macam-macam hal la.

Si merah saya bersama-sama dengan kawan-kawan baru :)


Friday, September 21, 2012

Fenomena

Sedang lepak-lepak di suatu petang yang tenang. Waktu pun dah nak masuk maghrib. Tiba-tiba satu suara kedengaran.

Abang 2 : eh, ce mu tengok bakpe kuning kat luar??
Saya : biasa la tu, hari nak hujan [malas nak layan]
Abang 2 : kuning sangat
Saya : [tak berganjak tapi melihat cermin tingkap sahaja, memang nampak kuning sangat-sangat jadi saya terus bangun ke luar rumah]
Saya : a'aa. kuning nya. 

Serius saya tak tahu nak cakap apa, sebab ni la kali pertama tengok suasana macam ni.

Abang 2 : kan aku dah kata kuning, tadi aku ingat rumah mak su, tapi bila tengok, kuning..

Ayah pun keluar sama. Semua kagum dengan fenomena yang jarang-jarang berlaku ni. Atau mungkin tiada apa pun sebenarnya, tapi oleh disebabkan ini kali pertama kami melihatnya. Terasa kagum, Ya Allah. Rasa macam tak tahu la nak cakap. Rasa nak jerit kat jiran-jiran, keluar la semua, tengok kawasan rumah kita jadi kuning :)

*sempat gi ambik handphone. HIKHIKHIK

Subhanallah

16.9.2012 : 7.09 pm
Kuning menyelubungi petang hari


16.09.2012 : 7.10 pm
Kuning masih bersisa


16.09.2012 : 7.11 pm
Nampak tak awan kuning tu? Ia bergerak perlahan-lahan, lalu berubah menjadi biasa. Tak tahu lah mungkin awan tu di bias cahaya matahari. Mungkin, atau juga tidak mungkin. Entah


16.09.2012 : 7.12 pm
Kuning sudah bertukar wajah. Kembali kepada sediakala. Sekejap aje fenomena kuning ni. Tengoklah sendiri time untuk setiap gambar yang dirakamkan tu. Hampir _+7 minit aje kejadian ni.


A&W

Pernah tak, korang tetiba TERASA SANGAT & SANGAT nak makan sesuatu. Tanpa berfikir panjang, terus decide ke destinasi yang diinginkan? Pernah? Kalau pernah, kita geng. Eh eh, terus jadi geng eh. HAHAHA. Tak lah, teringat kat kata-kata kawan pejabat. Aku macam mu la aida, kalau nak makan sesuatu benda tu. Malam ke apa ke, aku gi je

Biasanya, kalau dah teringin sangat nak makan. Malam atau siang, memang saya sanggup meredah jalan raya  [bukan api eh] pergi mendapatkan sesuatu itu. 

Satu petang tu, memang dah teringin sangat nak makan A&W [err makanan dia]. Jadi selepas aje habis kerja, terus tak belok kanan. Terus ke bandar untuk ke A&W. 


Bangunan A&W yang ada la perubahan sikit. Dah lama tak pergi. 


Pusat Akuatik yang digunakan semasa Sukma itu hari. Tak pernah masuk kat dalam lagi, tapi tahu yang pusat ni pernah bocor. Lebih kurang macam tu la, padahal bukan bangunan lama pun.


Pagar kuning, itu pagar hospital. Sebelah kanan pula ialah Pantai Batu Buruk. Tapi tak ramai sangat la orang time ni, mungkin sebab hari bekerja kot. Tak kelihatan pula layang-layang yang biasa dijual peniaga kat situ. Mungkin kalau hari Jumaat or Sabtu, mungkin lebih meriah. Sebab hari cuti.


Pantai. Dah lama tak datang sini, lepak-lepak. Beberapa tahun lepas, lepak dengan member di petang hari. Makan aiskrim goreng. 1st time makan, best tapi agak muak. Nanti boleh la kot ajak dia dengan si Najwa :) [hai baya 0_O]


Oh ya, makanan tadi saya tapau aje. Tak makan kat restoran tu pun. Makan kat rumah lagi best kalau sorang-sorang. Segan ar nak makan sensorang, rasa macam k.. eh bukan, rasa macam tak ada kawan. Macam sebatang kara la pulak bila sensorang aje. Tak best!


Satu set burger dan side order adalah dua ketul ayam. Best!! Alhamdulillah, kenyang :)



Wednesday, September 19, 2012

Adakala ....

..kita terlalu banyak membazirkan waktu
..kita terlalu banyak memikirkan sesuatu
..kita terlalu takutkan sesuatu, sampai kadang-kadang terasa nak cakap 'oi rilek ar'
..kita terlalu statik, tidak bergerak sedangkan yang lain sudah berlalu meninggalkan kita
..kita terlalu sibuk memikirkan hal kehidupan orang lain adakala sehingga mengabaikan kehidupan sendiri
..kita terlalu mengharapkan sesuatu, sedangkan tidak semua yang kita harapkan itu akan menjadi kenyataan
..kita terlalu bersikap lembut terhadap sesuatu, padahal kita perlu bertegas
..kita terlalu bersikap diktator walhal benda tu kecil aje la 
..kita terlalu berada selesa di dunia kita sendiri, sedangkan apabila kita menjengah dunia luar, ooo jauhnya kita

ya, adakala semua itu kerana kita hanyalah insan yang penuh dengan kekurangan :)

*sementara menanti masa rehat habis


Sunday, September 16, 2012

Perjalanan Afiq #2

Entry Perjalanan Afiq #1 dah lama dibuat iaitu pada Julai lepas. Dan sekarang dah bulan 9 barulah nak dibuat kesinambungan kedua. HEHEHE. Ya ya, saya tahu. Saya bukan seorang yang bagus untuk menulis cerita yang punyai kesinambungan. Agak slow bab-bab nak menyambung cerita. Lebih suka menulis secara random macam tu aje. Tapi entry ni memang perlu kesinambungan sebab cerita tak habis lagi.

Perjalanan Afiq #1 sekarang kita ke Perjalanan Afiq #2 pula. Dan inilah dia ..


28.11.2011
Tak sure gambar ni dah di upload ke belum masa entry 1 hari tu. Sepatutnya untuk entry 2 ni, untuk gambar 2012 aje, tapi tak apalah. Dah lama sangat macam ni la jadinya. Kalau tak silap, ini masa saya balik kerja. Afiq datang dengan walker dia. Tak pandai berjalan lagi. Kiranya walker ni latihan la untuk Afiq berjalan nanti.


10.02.2012
Sangat rapat dengan kucing. Kiranya ini geng dia la. Dia selalu main-main dengan kucing. Bagi kucing makan la apa la. Bukan setakat makan, kucing tu dibulinya sekali. Tapi kami selalu la larang [marah] jangan buat macam tu kat kucing. Kesian bila tengok si kucing yang tak ada respon macam tu. Nanti lunyai, matilah engkau kucing. Tak pasal-pasal dapat doa.

10.2.2012
Di petang hari keluar jalan-jalan kat tepi rumah.


11.02.2012
Rasanya dah pernah cerita pasal gambar ni dalam satu entry dulu. Tak sure sangat la, rasanya [lagi] si Afiq masuk bilik nak mengacau. Jadi kita ambil gambar pesalah ni.


11.02.2012
Afiq dan si kucing lagi.

15.02.2012
Macam biasa, ada aje benda yang dicarinya. Handbag kita diselongkarnya. Bukan ada apa-apa pun, kadang-kadang dapat kunci kereta. Itu pun dah cukup bagi dia. Main lambung-lambung. Afiiiiqqqqq~~! 


24.02.2012
Sengih-sengih masa kami makan kat kedai itu hari. Lepas tu, main ketuk-ketuk meja. Bingit je. Orang sebelah pandang je. HUHUHU. Makanan kat sini sedap, boleh tahanlah. Makanan laut dia agak menjadi. Kerang goreng eh ke kerang bakar, air pencicah dia sangat sedap. Ada rezki nak datang sini lagi, dah lama tak pergi. Biasanya kalau terasa nak makan benda-benda best, kat sini lah kami datang. Harga dia pun tak mahal.


02.03.2012
Perasan tak macam mana Afiq merangkak? Kaki kiri ke atas kan? Kalau nak tahu, time ni kaki dia ditumbuhi ketulan-ketulan kecil yang berair. Ketulan [gelembung] ni disekeliling lutut dia. Memang kasihan sangat. Bila dia nak merangkak tu, dia akan angkat kaki kiri dia. Merangkak tetap maintain. Tapi tu la kan, akal budak kecil. Dia tahu lutut dia sakit, sangat pandai dia ikhtiar untuk merangkak. Subhanallah. Padahal tak ada yang ajar suruh dia buat macam tu.


06.03.2012
Ini kereta yang mak cik dia hadiahkan. Makcik sebelah mak dia. HAHAHA. Tak tahu apa pangkat. Eh tahu tahu, mak sedara dia. HEHEHE. Baru terfikir. Dah bosan dia naik pusing-pusing dengan kereta ni. Dia lingkupkan, main pomen-pomen pulak. Pusing tayar, ketuk-ketuk body. Lepas tu mulut membebel.

Eh, sorry la ye. Entry ni memang penuh dengan gambar. Sebab ini entry last pasal perjalanan Afiq. Dua episod aje, banyak-banyak nanti muntah nak menulis.


09.04.2012
Masuk bilik Chuda dan ditangkap lagi dan lagi. Buat muka tak ada perasaan :)


14.04.2012
Demam dan nak juga ikut walid letak straw kat dalam mulut. Masa ni Afiq agak 50/50 monyoknya. Muka nampak macam monyok, tapi pergerakan tak berapa nak monyok. Macam mana tu?


15.04.2012
Demam tapi masih lagi dengan kereta batman dia tu. Tahan lasak giler ar kereta ni. Dihentak berkali-kali ke lantai, tapi masih utuh. Kereta ni boleh menampung berat orang dewasa tau. Fuhhh! Punyalah tahan kereta ni. Padahal bukanlah mahal mana pun, mungkin RM50 kot. Eh eh pandai-pandai aku pulak cakap macam tu. HAHAHA.


05.05.2012
Afiq dah bertukar angka kepada SATU TAHUN. Ni masa kami sambut birthday dia. Simple aje. Boleh la refer previous entry. Dah berumur setahun tapi masih belum dapat berjalan lagi. Tak apa Afiq, step by step. Biasala tu, ada orang cepat ada orang lambat :)


19.05.2012
Bermain dengan mainan yang dia dapat masa birthday itu hari. Kalau tak silap, masa ni Afiq SUDAH ATAU BELUM pandai berjalan.


03.06.2012
SEEEE!  Seronok bukan main bila tengok Afiq berjalan. Sebab badan Afiq agak debab. HEHEHE. Jadi kami selalu la cakap, tak reti lagi berjalan sebab imbangan badan tak berapa nak stabil. Badan Afiq berat sangat. Nah dia buktikan bahawa dia boleh :) Gambar blur, dia tengah menangis sambil pegang dua doorgift yang kami dapat masa kenduri. 


07.07.2012
Nyenyak tidur kat dalam buaian bawah rumah Tok Su. Bola baru digantung. Lagi la lena tidur si Afiq. Gantung eh, padahal 'tak dok orang nak ambik eh bola Afiq'. 


14.07.2012
Afiq dan kucing sedang bergurau senda. Err lebih kepada pembulian kepada kucing. Tapi si kucing tu buat derk aje. Mentang-mentanglah mereka ni kawan baik.


22.07.2012
Terpegun bila melihat satu patung kanak-kanak digantung terbalik macam tu. HAHAHA. Kelakar giler masa ni, terlopong si Afiq melihatnya. Mungkin dia ingat budak tu kena dera sampai macam tu. Sapa la punya kerja tu eh. 

Perjalanan Afiq terhenti setakat ini sahaja. Kenapa saya tulis tentang semua ini?? Kerana pada satu petang tu kan, saya balik dari kerja. Kat rumah kami ada durian. Saya pulak duduk agak jauh dari mereka [ayah, kakak ipar dan abang 2] yang sedang makan-makan durian. Tak terasa lagi nak makan durian, tu sebab saya tercongok depan tv aje. Tengah-tengah tengok tv tu kan, Afiq datang suapkan durian. HAAAAA???? Terkejut terharu. 1st time Afiq buat macam tu. Memang speechless, terus ngap durian dari tangan Afiq. Durian dah la manis. Sedap. Lepas tu dia terkedek kedek lari sambil ketawa kecil. Afiiiqqqq Cikda sayang Afiq xoxo

Kerana itu la saya menulis perjalanan ini, semuanya tentang si Afiq yang debab geram tau dengan dia. Sebab dia la satu-satunya anak buah yang tinggal sama-sama. Jadi, boleh la tengok perkembangan dia dari meniarap kepada merangkak, merangkak kepada berjalan. Dari berjalan kepada jalan laju-laju dengan langkah yang berterabur. Lepas tu, dah pandai mengamuk, buat-buat pengsan HAHAHA. Serius kelakar. Pandai berlakon. Pandai sepahkan barang kat dalam bilik aku. Makin kita larang, makin dia capai cepat-cepat barang yang ada. Ishhhh! Dari tak ada gigi sampai la dah tumbuh gigi. Semuanya manis untuk diingat. 



Saturday, September 15, 2012

Ujian

Berada di pejabat ketika hari cuti. Benda ini normal apabila semester dibuka, menandakan proses kerja baru akan memulakan langkahnya.

Sebaiknya, sekiranya ada ujian atau masalah. Tak kira apa jua ujian yang anda hadapi. Merintihlah kepada Allah kerana DIA yang lebih tahu. Sekarang saya sedang berdepan dengan sedikit ujian. Ujian kerja. Kita selalu ingin kerja yang terbaik. Namun sudah menjadi sifat insan. Hamba yang lemah. Kesilapan itu sentiasa ada. Dan sekarang, ia telah berlaku dan natijah nya boleh tahan besar *cry?* eh belum lagi, sebab otak masih ligat mencari solutionnya. 

Oleh kerana saya masih tidak menemui jalan keluar, saya melepaskan perasaan menaip ayat ayat kat dalam MPS ni. Berharap & berusaha yang termampu agar akan ada jalannya sebelum Selasa ini. HUHUHU. Esok dahlah cuti, hari Malaysia. Maknanya baki hanyalah satu hari aje untuk mencari jalan. Semoga Allah permudahkan semua ini. Sangat berbollok rasanya.

Oh ya, dah lama saya nak share benda ni. 


Bacaan merdu daripada Imam Sheikh Mishary Rashid Al Afasy. Surah Ar Rahman ni sangat menusuk. Cuba tengok maknanya. Mendalam bukan? Ini antara surah kegemaran :) Kebetulan [tak sure bulan berapa yang lalu dan lalu] terbaca pasal surah ni dalam sebuah blog. Bila dengar terus jatuh hati. Semoga anda juga jatuh hati. InsyaAllah.


Friday, September 14, 2012

Beraya

Agak mencabar untuk menghasilkan penceritaan bagi Beraya. Tadi masa upload gambar, tiba-tiba pula dikatanya dah exceed dah limit 1gb. Duk fikir la juga, rasanya gambar tak ada la banyak sangat di upload [selama berblog] Tapi awat jadi lagu ni noo? Cheq tak tahulah. Kot-kot la cheq upload banyak, tapi cheq PERASAN tak upload banyak. HEHEHE. Try punya try, akhirnya boleh aje upload gambar ni semua. Cuma lain kali kena la aware pasal ni. Entah tak tahu la apa masalah dia yang sebenarnya. 

Hari tu hanya berkongsi cerita pasal kuih biskut raya aje. Kali ni nak bercerita pasal kami beraya pada Syawal 2012. Raya kami simple aje. Sangat simple. 

Pagi raya : kakak ipar buatkan kuah untuk nasi kuning. Saya pula masakkan nasi kuning untuk kali pertamanya. Resepi ni dah saya cari dan print siap-siap sehari sebelum saya bercuti panjang untuk menyambut raya. Alhamdulillah, nasi menjadi walaupun tak sempurna mana. Tak sempurna kerana saya tak kacau beras tu semasa dia dimasukkan kat dalam periuk, jadi warna kuning tu tak berapa nak serata. Lain kali kena kacau at least 3 kali la kot sebelum ia betul-betul masak. Ini supaya kuning tu serata dan nasi akan cantik. 

Manakala lauk iaitu gulai ikan tongkol yang dimasak oleh kakak ipar [Ummi Afiq] SANGAT MENJADI. Rasa gulai tu secukup rasa. Mungkin lain kali boleh buat lagi. HEHEHE.

Selepas kami bersolat raya, terus ke kubur. Tak susah sangat nak cari kubur arwah Che [panggilan untuk mak dulu] sebab kuburnya paling atas atau dengan kata yang mudah. Terletak hampir di tengah-tengah kawasan kubur, di puncak kubur. Kenapa di puncak? Ini kerana kubur ini ianya semakin membukit, meninggi. Senang nak cari kubur arwah mak sebab kubur arwah antara yang paling bersih. Melihat kawasan kubur arwah mak, memang agak menyayukan juga hati ini. Tanahnya putih bersih. Ada sebongkah kayu besar yang digunakan untuk kita duduk. Saya ke kubur hanyalah setahun sekali. Setiap kali ke kubur, tiada lalang-lalang yang tumbuh meliar sehingga menyukarkan pengecaman kubur mak kecuali batu-batu sungai dan pokok yang ditanam. Macam baru semalam mak pergi tinggalkan kami. Kubur terjaga rapi. Rasa bersyukur. Kerana menandakan ada yang datang ke kubur untuk membersihkan kawasan kubur mak. Adik 2 hampir setiap hari ke kubur arwah mak. Kerana yang kami ada hanyalah doa. Hanya doa yang kami boleh salurkan kepada mak di alam sana. Semoga doa-doa kami semua diterima Allah. Amin amin amin. 

Lain kali kan, terasa juga nak abadikan gambar kubur mak untuk simpanan. Tapi tu lah, setiap kali ke kubur, memang tiada gambar yang saya rakam. Padahal sebetulnya saya agak tegar bab-bab mengambil gambar ni. Seperti tahun lepas lepas, datang ke kubur semata-mata untuk 'berjumpa' dengan mak. Handphone memang tak bawa ke sini. Terjadi dengan spontan. Balik solat raya, kami capai Yassin/terus pandu kereta, terus je kami ke kubur. Macam tu je. Handphone macam tak wujud. Kamera apatah lagi. Lain kali la kot. 

Lepas tu kami ke rumah sanak saudara yang terdekat. Kiranya masa 1st day raya. Dah selesai berarak ke rumah mereka semua.


Nina, anak buah yang sulung. Tahun ni dah UPSR. Minat Najwa Latif. Pakai tudung pun nak macam NL. Payah juga sebenarnya nak pakaikan tudung masa pagi raya tu. Kain tudung ni licin. Jadi perlu banyak pin and jarum. Nak cover leher lagi, sebab silap pakai dia macam terlondeh. Akhir kejadian, tudung kembali ok.


Kami bergambar bertiga sebenarnya. Dah crop gambar orang tepi. Nak tunjuk dua-dua minat NL. Jadi tahun ni, nak bershawl la pulak. Tudung adik tak berapa nak kemas, tapi boleh la sebab dia tak nak pakai jarum. Jadi pakaikan kat dia seadanya aje :)

Keluarga besar kakak 2. Kalau perasan, semua anak-anak dia pakai bunga kat tepi tudung. Nak gelak pun ada. Berbaloi la beli bunga ni semua kasi kat mereka. Sebab dorang pakai siang malam. Wah wah! Terharu mak cik dia nih haa.


Kombinasi warna semasa hari raya baru-baru nih.


Suasana kampung saya. Kampung saya biasa-biasa aje. Nampak tak rumah putih nih? Ini adalah rumah wajib yang kami kunjungi untuk bermain masa kecil-kecil dulu. BEST TAU!! Kat sini kami tengok tv, kat sini kami bertanding buat karangan, kat sini kami mandi air hujan, kat sini kami main congkak, kat sini kami makan nasi 'saing' or makan nasi secara beramai-ramai. Kat sini kami membesar sebagai budak kampung dengan gembira :)


Kami dah selesai beraya dari rumah ke rumah jiran. Masa ni dah nak balik dah. Jalan kaki je, sebab kampung ni kecil je. Sekali pusing dah hampir 2/4 kami ziarahi. 

Nabiha dan Auja. Ni masa dorang dalam mood 'berbaik-baik'. Kalau mood bergaduh, urmmm boleh tahan ooo. Semua silat, semua kungfu keluar. 


Dah nak sampai rumah pun. Nampak tiang merah tu tak? Itulah rumah tok. Sebelah pulak, mestilah rumah saya. 


Dah sampai rumah dah. Hari dah memang petang sangat dah. Nampak dua buah rumah jiran. 


Yang ni keadaan di atas Jambatan Sultan Mahmud. Memang sesak. Masa hari pertama, kurang sesak, sebab orang tak ramai lagi keluar beraya. Dah masuk hari ke dua, ketiga dan seterusnya. Urmmm, masak la dalam kereta. 


Anak buah beli mainan comel ni. Benda alah ni, boleh la di panggil lazer. Tapi siap bercorak lagi. Kalau tak silap ada dua corak. Pancaran ni, kalau dekat ia akan mengecil, bila kita tinggikan dan jauhkan benda alah tu. Imej dia menjadi lebih besar dan jelas. Best juga melayan benda ni. HAHAHA. Anak buah kasi can makcik dia main benda ni. 

Tahun ni tak beraya pun kat rumah kawan-kawan. Duduk rumah aje. HUHUHU. 

#gambar terpaksa diupload dalam size yang kecil dan besar, nak kasi kurang penggunaan kuota gambar. HEHEHE