Thursday, November 29, 2012

Hutang Perlu Dilunaskan

Pagi tadi kat pejabat, memang dah buka blogger.com. Dari satu minit ke satu minit, ke berpuluh-puluh minit, ke berjam-jam berlalu. Ya, masa sudah serta telah selamat berlalu. Satu apa pun saya tak tulis. Duk ralit membaca paper, duk ralit duk fikir apa kerja yang masih saya belum selesaikan lagi.

Gambar saya dah upload siap-siap malam tadi, tapi disebabkan simkad saya berada di dalam handphone. Jadinya, saya tak meneruskan niat untuk menulis. Mana best menulis pakai keypad yang kecik macam tu. Nanti banyak pulak saya silap time menaip tu. Yelah, saya tak terel nak menaip tangkas macam tu kat handphone yang comel-comel aje bentuknya.

Dah banyak hari saya fikir pasal benda ni. Kebetulan masa UPSR hari tu. Ada terbaca pasal UPSR kat dalam blog Saifulislam. Bila dah baca, terus kat dalam kepala, lebih kurang aja dengan apa yang saya fikirkan. Rasanya, saya akan menulis mengikut pemikiran saya.

Dan tentunya entry ini saya khaskan kepada kesayangan saya : Nur Alya Imanina 

Adik dan Biha,  ❤   semuanya kesayangan Cikda juga. 

Sebenarnya, saya dah berhutang entry dengan Nina. Jadi ianya perlu dilunaskan. Hari tu memang idea sangat banyak nak menulis, tapi tertangguh. Kerja dan kebetulan majlis konvokesyen berebut-rebut nak berlangsung. Jadinya, saya utamakan yang utama dahulu.

Sebenarnya, segan tau bila ada orang admit baca blog kita. HAHAHA. Benda yang paling saya TAK SUKA. Segannyerrr. Tapi buat cool aje lah. Ngee!

Nina viber-ing saya untuk saya tuliskan pasal UPSR dia.
Saya sanggup berjanji nak buat, tapi saya tak buat ;( Sorrrryyyy!

Pada satu petang tu, Nina whatsapp-ing pulak. Time ni dah rasa serba salah. Jadinya terpaksa lah saya langgar perjanjian. HEHEHE. Sorrryy! ;)

Ke hadapan Nina yang Cikda sayangi :)

Cikda juga pernah melalui UPSR. Menduduki peperiksaan UPSR, mengambil keputusan UPSR. Cuma seingat Cikda, masa Cikda pergi melihat result pada waktu petang. Pergi sendiri dengan sepupu-sepupu aje. Dapat result pun lebih kurang macam Kakak juga. Itu pun ayah Kakak dah kasi hadiah kat Cikda :) Suka giler time dapat hadiah tu. Urmm, sebenarnya orang lain pun dapat hadiah juga. Time tu ayah Kakak masih belajar lagi.

Ok, kita cutkan cerita. Nanti meleret-leret.

Kakak bagitahu Cikda, Kakak tak takut nak pergi ambil result sebab Kakak kan macho! HAHAHA. Banyaklah kakak punya macho. Mana datang tagline tu pun, entahlah. Tak boleh nak fikir. 

Sebenarnya, bukan keputusan yang terhasil yang hendak cikda utamakan dalam penulisan ini. Bagi cikda, perjalanan kita sebagai hamba Allah tidak akan terhenti setakat UPSR, PMR,SPM, STPM, Diploma, Ijazah, Sarjana, PhD. TIDAK! Ianya bukan sebegitu. Setiap fasa kehidupan yang kita lalui sebenarnya adalah 'peperiksaan' 'ujian' untuk kita.

5A bukan penamat perjalanan kehidupan. Ini kerana, masih banyak fasa-fasa yang perlu kita lalui. Mungkin kita hanya mengimaginasikan yang indah, yang hebat-hebat aja. Sedangkan kehidupan tidak begitu. Ianya penuh dengan misteri. Ianya penuh dengan teka-teki yang kita sendiri tidak tahu.

Rasanya, cikda ada tulis berkenaan kehidupan di sini. Kehidupan Itu Rahsia Allah. Jadinya boleh baca jikalau terlupa. Bila fikir-fikir, acap kali sangat entry lama dengan entry baru, ianya berkait. KEBETULAN. Dan bagi cikda, kebetulan itu manis :)

Bagi cikda, apa yang telah kakak hasilkan. Itu adalah yang TERBAIK. Terbaik untuk diri kakak. Dan di masa akan datang, cikda yakin, kakak akan terus buat yang terbaik. InsyaAllah.

Kakak masih muda dan mentah, HEHEHE. UPSR hanyalah 1/50 yang telah kakak lalui. Masih banyakkkk lagi benda yang perlu kakak lalui. Nanti dah besar, kakak akan faham dengan kata-kata cikda ni. 

Ramai kawan-kawan cikda, sangat bagus ketika di sekolah. Sangat bagus. Tapi selepas habis sekolah, mereka bertukar menjadi power rangers hanya biasa-biasa aja. Dan ada seorang kawan cikda, semasa kat sekolah dia biasa-biasa aja. Lebih kurang cikda je. Tapi rezeki dia, sampai ke tahap Master dia lanjutkan pelajaran. Urmmm, mungkin dia yang paling tinggi tahap akademik di kalangan kami semua [yang perempuan la, kalau lelaki sampai ke tahap PhD lah]. 

Itu lah yang cikda nak sampaikan. UPSR hanyalah permulaan satu langkah kepada beribu-ribu langkah. Jangan bimbang, jangan gusar. Buat lah yang terbaik, selebihnya serahkan kepada Yang Maha Esa.

Rasanya, cukuplah setakat ini yang cikda perlu tulis. Harap mudah untuk difahami.

Dan untuk kakak, boleh klik link ni : UPSR: Teruskan Perjalanan Sebagai Hamba Allah Yang Berusaha

Apapun, TAHNIAH untuk kakak dan juga adik-adik yang lain, tahniah tau :)

❤ ❤

Wednesday, November 28, 2012

Alasan di luar kebiasaan

Pagi tadi, datang kerja. Lepak-lepak kejap. Lepas tu ternampak satu sisipan yang bermuka depankan Nicol Ann David. Ratu skuasy negara. Nampak macam menarik, jadi saya ambil sisipan tu untuk dibaca.

Belek dan belek sampai la ke page akhir. Ternampak satu petikan alasan yang paling popular bila lewat ke pejabat. Berderai gelak bila baca alasan-alasan tu. Tak pernah lagi oo baca alasan macam tu gayanya. Di luar kebiasaan. Alasan macam anak sakit dah biasa kita dengar kan. Ini kan, dia terlambat bangun (biasanya orang akan refer diri sendiri) tapi yang ni korang baca lah sendiri, sempat lagi oo babitkan kawan-kawan, HAHAHA. 

Kreatif sungguh. Boleh pinjam buat modal nih. HEHEHE.

1. Member tumpang saya sekarang ni tuan, tadi dia terlewat bangun, saya nak tinggalkan pun rasa serba salah.

2. Semalam tengok bola ATM lawan Singapore tuan, tengok kat luar. Habis tu, jumpa pulak member satu kampung. Pukul lima pagi tadi baru balik. Tu yang terlajak tuan.

3. Sorry tuan, semalam sangkut kat stadium. Dahla kalah, kunci motor pulak hilang. Letih mencari kunci sampai la ni terasa lagi tuan. Jem sampai 3 jam masa nak balik dari stadium semalam. Saya taklah terlibat dalam jem tu sebab saya kunci pun takde masa tu.

4. Saya pergi beli sarapan kejap tuan. Perut pedih. Dah terasa ulu hati ni. Saya ada gastrik agaknya.

5. Maaf tuan, parking susah tadi. Kena parking luar MINDEF tadi. Nak pusing empat tingkat tu pun dah 30 minit. Sampai atas parking pulak penuh. Apa nak jadi diaorang ni. Maaf tuan.

6. Wife saya sorok kunci kereta tuan. Sebelum tu dah lah dia boleh offkan jam loceng. Dia bising. Kata dia, siang malam duk kat pejabat jer apa nak jadi. Hari-hari masuk pagi balik pagi. Bukan ada beza pun gaji awak. Pangkat pun sama jer. Kecoh sikit tuan. Tapi dah ok dah. Saya pujuk sikit tadi. Orang perempuan.

source: Berita Udara [TUDM] Siri 4


Sunday, November 25, 2012

Terkini

Selepas letak tajuk Semasa, kita letak tajuk terkini la pulak. HEHEHE. Sekarang ni, tengah gigih nak upload semua dokumen untuk diwar-warkan kepada semua pengajar pasal jadual. Gigih giler rasanya buat kerja di jam 4 pagi ni. Tapi tak payah la nak kagum sangat bila dengar 4 pagi tu. Nak buat macam mana, terlena lalu terjaga lantas mata menjadi segar dan gebu, eh teringat pulak akan kerja yang masih belum dilangsaikan. Padahal dah plan nak buat tadi, tapi dah terkrohhh zzzz, nak buat macam mana kan?

Sekarang ni juga, konvokesyen masih berlangsung. Hari ni dah last day la. Mintak dipercepatkan dan dipermudahkan lah untuk majlis ini. Sebab kalau cepat siapnya, ooo bolehlah rehat pulak. HIHIHI.

Urmmm, banyak benda nak dikongsi tapi masa masih belum lapang. Eh, masa lapang je, tapi diri ini masih belum berkesempatan. 

Dan juga, terima kasih dan syukur atas semua kurnia dan nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepada diri ini. Alhamdulillah.

Kadang-kadang perasan tak, Allah ni sayang hamba-hambaNya, kita je yang kadang-kadang terbuta hati terbuai dengan perasaan.

Abaikan ayat berbunga ros di situ eh :)

Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja. Nanti kita sambung balik eh.

Jaga diri hiasi peribadi dengan iman.

Amin


Tuesday, November 20, 2012

Semasa

Agak lama tak mengemaskini MPS. Faktor kerja dan masa dan errr, penggunaan sim card broadband yang diletakkan di dalam handphone mungkin salah satu faktor terbesar menjadikan MPS ini tidak dikemaskini. Rasanya pada minggu dan beberapa minggu kebelakangan ini, isu-isu semasa tentulah berkisar kepada serangan di Gaza oleh tentera yahudi laknatullah. 

Gambar yang menarik perhatian saya untuk dijadikan cover photo di dalam fb. Mungkinkah akan ada keamanan di bumi Gaza? Hanya Allah yang lebih tahu.

Beberapa minggu yang lepas, saya tanpa segan silu seperti biasa ke laluan drive thru untuk membeli makanan segera. Errr, McD okay x___x Dan semalam, kakak 2 saya mention nama saya pada satu gambar yang membuatkan saya berfikir dan malu dengan diri sendiri. Satu gambar yang memaparkan kematian sekumpulan kanak-kanak dan di sebelahnya pula tertera nama McDonalds. Dulu, saya pernah memboikot makanan ini. Bertahan dalam masa yang agak lama, namun saya tak pasti apa sebab saya melanggar keboikotan yang saya lakukan itu. Dan sekarang, insyaAllah saya akan melakukannya lagi dan harapnya ia akan berterusan. Yang penting, saya perlu pandu hati dan keinginan menikmati makanan tersebut agar ianya akan menjadi 'tak mati kalau tak makan mekdi'.


Pada minggu lepas, kebetulan banyak sangat cuti yang kita nikmati. Tengok lah kawasan parking ni, biasanya mesti penuh dan tak sempat nak parking. Kali ni, urmm korang pilih lah nak parking yang mana satu. Yang jauh? yang dekat? Suka hati korang la. Merdeka sungguh!


Comel tak? Hari cuti tapi perlu ke tempat kerja. Mak saudara yang prihatin letakkan nasi minyak untuk dimakan. Oh! terharu weyy. 


Masih lagi dengan jadual. Masih lagi tak siap. GRRR! Giler ar kalau kerja macam ni. Tak suka kalau tak ikut time. Tapi tak apalah, ikut ajelah keadaan. 


Masa 1 Muharram hari tu, kebetulan ex-officemate kawin. Jadi kami beramai-ramai ke sana. Kenduri, makan-makan balik ke pejabat semula sambung kerja. Nak buat macam mana, hujung minggu ni dah konvo, jadi kerja agak banyak yang menanti untuk seksyen yang berkenaan. Bahagian aku, tak adalah banyak sangat. Kena mengadap jadual itu aje. Sampai sekarang masih belum dapat menolong kerja orang konvo. Fuh! Nanti la, harap akan selesai semuanya. Amin


Tengah-tengah buat kerja. Ada orang tanya:

Fae : Aida nak durian crepe tak?
Aku : naaakkkkkkkk!!! [ya, saya sangat beria-ia nak makan sebab durian crepe ni dah jadi satu fenomena kat sebelah barat. Cuma kat timur ni aje lambat sikit sampainya. sikit ajelah lambatnya]

Bila dah makan, memang sedap sungguh wey durian crepe ni. Rasa nak mintak satu bekas dengan Fae. HAHAHA. Tobat tak malu.

Last ada la orang tu bersuara lagi. 

Orang itu : Fae, aku nak satu lagi boleh?
Fae : ambiklah
Orang itu : HAHAHA. Sukeeeeee!!!

Durian crepe ni harganya RM10. Ala standard la tu. Cuma yang ni kan, dia buat kecik-kecik macam tu. Jadi dalam bekas adalah dalam 10 biji. Kat sebelah barat dah ada perisa lain contoh mangga, strawberry. Kat Terengganu ni, masih belum kelihatan lah perisa tu.

Tak kisah la perisa apa pun, yang pasti durian crepe ni sedap sungguh!!!



Wednesday, November 14, 2012

Hari Terakhir 1433H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Hari ni merupakan hari terakhir kita berada di dalam tahun 1433H. Betapa masa itu berlalu dengan cepat. Adakala kita akan berasakan bahawa jauh sungguh kita ditinggalkan masa. Kadang kala kita tahu, sedikit tak banyak, mahu mengaku atau tidak, yang kita adakala berada di dalam kerugian. Kelemahan diri yang biasa diungkapkan menjadi penyebab akan kelalaian diri kita. Namun, sampai bila kita harus larut di dalam kelalaian? Patut rasa malu dengan DIA. Hidup ini ada tujuannya, matlamatnya. Tak kira jangka pendek ke atau untuk jangka panjang. Sementara pinjaman nyawa masih ada, sementara pelbagai nikmat yang dipinjamkan masih kita rasai, miliki. Tak salah rasanya kita berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik berbanding dengan sebelum ini. Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengampun. Buangkan ego, buangkan semua sifat yang tidak berapa nak comel yang ada dalam diri kita. Salutilah dan hiasilah diri kita dengan pakaian baru sempena 1434H. Bagi saya, tak perlu azam tinggi melangit. Itu bagi saya. Cukup bagi saya, yang inginkan keberkatan dalam kehidupan yang TELAH dan YANG AKAN saya lalui. Saya pasti anda pun mengingini nya juga kan? Pertolongan Allah amat saya harapkan untuk istiqamah di dalam pemusafiran ini. Kerana tiada Tuhan melainkan Allah. Sebergaya, segah mana pun kita di dunia, kita tetap seorang hamba yang kerdil di atas muka bumi ini. Jangan pernah berasa sombong kerana kita tidak pernah memiliki apa-apa. Peganglah kata-kata itu sebagai benteng diri. Selamat menyambut 1 Muharram 1434H. Kita tutup buku lama dan mulakan buku baru kita. Semoga tahun yang akan dilalui ini akan lebih bererti. InsyaAllah. Amin amin amin. *maaf tak buat perenggan sebab guna hp je. dah try, tapi tak jadi je :-(

Saturday, November 10, 2012

Kucing 2 Beranak

Setiap rumah kebanyakkannya ada kucing. Tak kiralah kucing buangan ke, kucing yang dibeli ke, atau kucing jiran yang datang bertandang kat rumah kita.

Kat rumah, memang ada kucing generasi ke berapa entah. Sebelum ni, ada pernah tulis pasal emak kucing ni, tapi dah meninggal kena langgar. Abang 2 tak perasan kucing ada kat belakang, terus kena langgar di malam hari. Dahla masa tu kucing tu bunting. Kesian sangat bila ingat peristiwa tu. Nak buat macam mana. Dah ajal dia.

Ini dah dikira cucu lah. Baru je berusia beberapa bulan. Nakal. Geram sungguh tengok perangai dia ni.

Satu malam, tengah tengok tv. Memang langsung tak perasan, yang saya duk ralit menengoknya ialah TV! Masa tengah best melayan cerita tu kan, terperasan dua makhluk ni.


Amboi-amboi, syoknya tidur. Pandai eh, nak tidur cari tempat best aje. Tilam, bantal, kerusi semua tempat yang best. Iron board pun jadi mangsa. Mereka ni anak beranak. Si hitam tu dah pangkat cucu [ulang sekali lagi], si mak tu kiranya anak kepada si mati yang kena langgar tu. Walaupun si kulit cerah tu anak kepada si mati tu. Urmm, tak boleh lawan lah dengan mak dia yang pernah tinggal sama-sama kitaorang dulu. Serius! Mak dia sebenarnya yang paling best pernah kami ada. Anak dia ni, biasa-biasa aje. Kalau tak mengenangkan si kulit cerah ni anak kepada si mati dulu, mesti dah lama kena buang. Eh, sebenarnya kami nak buang, tapi masa tu dia kecil lagi. Jadi kesian, bela dan bela lalu membesar sampai dah ada anak pun. Baru je berumur setahun lebih kot, tapi dah ada anak seramai seekor.


Tengok lah ni, sesuka hati je mereka lepak. Nampak macam baik dan bersopan aje kan? Biasalah dalam gambar, semua nak tunjuk perangai yang baik. Kenakalan mereka ni, dah kira mencukupi syarat untuk di buang terus dari rumah. Kepala otak asyik duk fikir dan kadang-kadang ada juga warning kat mereka ni 'tengok ar, kekgi aku buang mu dua ekor kalau mu curi makan ikan lagi'.

HAHAHA. Macam lepas perasaan aje ni. Tak kira, tak kira, yang saya kira hari ni date cantik

10.11.12


Friday, November 9, 2012

Kehidupan Itu Rahsia Allah

Sebetulnya tadi, perihal kucing yang hendak saya karangkan. Namun, apabila menatap gambar ayah kepada seorang kawan lama. Saya terus tukar fikiran. Rasanya, eloklah saya kiv dulu cerita tentang kucing tu. Dan rasanya, eloklah saya berkongsi sesuatu yang bermanfaat  yang mana boleh kita fikirkan bersama. Sekurangnya, kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan merintih tidak tahu tujuan. Ok, sebelum anda tertanya-tanya apa motif dan hala tuju penulisan ini, saya teruskan penceritaan.

Kehidupan Itu Rahsia Allah

Di saat kita lahir ke dunia, kita sendiri tidak tahu apa yang kita perlu lalui. Yang kita tahu ialah menangis di saat keluar dari perut ibu setelah sekian lama 'berkurung' di dalam sana.Masa semakin beredar, usia semakin meningkat, kehidupan semakin berubah. 

Bagaimana harus saya mulakan ceritera ini eh? Urmm. Dulu, dulu semasa saya bersekolah rendah. Terdapat satu keluarga yang sangat pandai. Abang dia pandai dan adik dia pun pandai. Masa tu, saya masih berusia dalam 8 tahun. Tapi saya tahu budak perempuan sekelas ini, adalah budak pandai. Agak cemburu dengan dia. Namun ianya sekadar berkisar begitu sahaja. Berlegar-legar macam tu aja. Maklumlah, budak-budak. Tapi saya masih ingat, ketika kami melepasi UPSR. Beliau meninggalkan alam sekolah rendah dan bersekolah di sekolah menengah yang entah di mana. Yang pasti sekolah berasrama penuh untuk budak-budak pandai [biasanya macam tu la kan].

Masing-masing meneruskan kehidupan masing-masing dengan haluan sendiri.

Selepas berbelas-puluh tahun berlalu. Kami dipertemukan lagi di dalam muka buku. Urmm betapa 'bernilainya' muka buku ni kerana berjaya menemukan kami semula. Padahal muka buku ini hanyalah asbab kepada pertemuan, sedangkan semuanya adalah di bawah perencaan bijak Yang Maha Esa.

Kami mula menjadi kawan semula. Namun biasalah, selepas sekian lama tak bertemu. Mana mungkin nak mesra apa ke semua. Sementelah semasa di sekolah rendah dahulu, kami tidak pernah rapat. Cuma kenal di atas dasar satu kelas. Yang biasa saya lakukan hanyalah setakat chat sekali-sekala, errr itu pun dah lama sangat dah. Jadi tukang LIKE gambar dia yang saya rasakan bernilai atau cantik, atau yang saya rasa saya nak tekan butang LIKE. 

Nak dijadikan cerita, apabila pulang dari tempat kerja. Biasanya saya akan melalui sekolah lama saya. Pada satu petang, saya ternampak kelibat seorang lelaki tua menaiki motorsikal. Lelaki tua?? Ya, kerana pada pandangan saya, usianya hampir sebaya dengan ayah saya. Dengan wajah sebegitu, memang usianya sudah berada di dalam warga emas. Ok, saya sambung. Motorsikal dihentikan dan di ambilnya seorang perempuan. Saya perhatikan perempuan tersebut secara sekali lalu sahaja. Walaupun perhatian saya hanya sekali lalu kepada perempuan yang di ambil oleh lelaki tua tadi, wajah perempuan itu masih saya kenali.

Rupanya, kawan perempuan saya ini berkerja di sini. Di sekolah lama saya. Namun ada sesuatu yang membuatkan saya terfikir dan berfikir dengan lebih jauh. Boleh dikatakan, cuba membuat analogi sendiri. 

Jikalau ditanya, adakah saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang? Jawapan saya ialah bahagia itu senantiasa ada. Cuma kadang-kadang Allah sorokkan seketika bahagia dan dikembalikan semula kepada hambaNya ini. Berasa bersyukur-dan-sangat bersyukur dengan kehidupan yang sedang saya lalui. Bukan bermaksud sebelum ini saya tidak bersyukur. Bukan begitu. Tetapi di tika ini, saya lebih menghargai dan mensyukuri nikmat yang pelbagai dan melimpah ruah yang Allah pinjamkan.

Disaat saya memegang stereng kereta, dia pula memegang bahu ayahnya untuk menaiki motor. Pabila memikirkan ini, sudah cukup membuatkan saya errr sebak sendiri. Semua gambaran semasa di sekolah rendah terbayang-bayang di kepala.

Hari-hari berlalu, jikalau terserempak dengan mereka. Saya akan perhatikan mereka dari dalam kereta. Nak sangat memanggilnya. Namun keadaan sangat tidak mengizinkan saya membuat begitu. Kadang-kadang dibawa sekali anak-anaknya seramai 2 orang. Anak dua tetapi balik kerja ayah dia yang ambil?? Tak perlu dihairankan kerana itulah perjalanan satu kehidupan. Kerana kawan saya ini ialah ibu tunggal. Bukan mudah dan ringan gelaran tu baginya. Gelaran yang sangat berat. Diuji dengan ujian. Ya Allah, tapi saya tahu dan yakin. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia insan yang terpilih untuk Allah lipat gandakan pahala dalam kehidupannya.

Saya mengambil iktibar kisah kawan saya ini. Di dalam usia ayahnya yang sudah dimamah usia, ayahnya masih lagi gigih datang mengambilnya di tempat kerja. Ayah saya pula?? Tidak perlu pergi mengambil anak-anak di mana-mana. Hanya sekadar mengikut anak-anak berjalan, atau dibawa oleh anak-anak ke mana-mana, atau paling cikai, ayah saya keluar sendiri dengan motor honda lampu bulat dia tu. Saya bukan berasal daripada keluarga yang senang. Boleh goyang kaki mintak duit belanja sampai tak ingat dunia. Bukan. Saya hanya datang dari keluarga yang biasa-biasa aja. Kesusahan yang pernah dirasai tidak meninggalkan kudis buat kami malah menjadi kenangan yang mana tidak semua orang merasainya. Kesusahan itu mempunyai seribu satu hikmah yang terselindung. Saya perhatikan, kehidupan saya dan kawan saya hampir sama iaitu bukan datang dari keluarga yang sonang :)

Bukan jodoh, maut, rezeki sahaja di bawah rahsia Allah. Malah kehidupan itu juga adalah rahsia Allah. Kita sendiri tidak tahu apa yang akan kita lalui di hari yang mendatang. Sungguh kita tidak tahu, yang kita mampu lakukan hanyalah merancang. Namun segala-galanya terpulang kepada yang hak. DIA lebih mengetahui. Betapa banyaknya nikmat yang Allah pinjamkan. Sedangkan kita selalu alpa dalam hidup ini.

Kehidpan kita pada hari ini, belum tentu dapat menentukan kehidupan kita di hari esok.

Semoga Allah berkati kehidupan kawan saya dan kehidupan kita semua. Amin

Sentiasalah bersyukur :)



Monday, November 5, 2012

Tudung masih tak banyak dalam almari??

Jangan risau sekiranya anda mengalami masalah sedemikian. Kat sini saya bawakan satu tempat yang sememangnya murah dan sangat berbaloi sekiranya anda melabur di sini. Kisahnya, pada hari raya kedua. Kakak dan si adik berpakat untuk membeli barangan keperluan dapur. Tapi biasalah, makin jauh berjalan, makin luas lagi lah kebocoran poket nih. Eh ya ke bocor? Rasanya tak kot. Jikalau..kita ke sini dan hanya..


Si kakak sedang mencuba tudung yang dia berkenan. Dan anda pula, cubalah lihat tudung-tudung yang digantung ni. Semuanya cantik-cantik. Kalau dulu kan, ada harga tudung mencecah RM300 dan ke atas. Masa tengok harga tu kan, macam tak percaya je. Yelah, nampak macam bodoh je tudung tu. Tapi ambik mung. Mahal giler. Macam sungguh tak munasabah langsung. Oh ya, untuk elakkan salah kefahaman. Bodoh tu membawa maksud biasa. Ayat yang betul, macam biasa je tudung tu. HAHAHA. Bahasa terengganu agak sukar difahami sebenarnya. Dan saya kadang kala terperangkap di lembah bahasa ibunda ini. Wa wa wawa. Bangga jadi anak Ganuriang nih.Tiba-tiba pulok mari rasa bangga.

Berbalik kepada tudung semula. Bagi saya, daripada membazir sampai tahap nak mati macam tu, duk beli tudung yang mahal [mahal la kalau RM300 ke atas] eloklah kita mencari alternatif lain. Bergaya tak salah, tapi jangan sampai menjerut leher. Krkkk! 


Sebagai orang ganu, lagi bangga bilamana dapat mari kedai ni. Kamu semua akan mengalami satu perasaan yang sangat luar viasa. Luar viasa kerana pilihan tudung yang aamaaaattttt banyak. Sampai mata akan bertukar menjadi mata sailormoon. Bulat dan bercahaya. Time ni lah, kamu semua akan didatangi satu perasaan dan pelbagai ayat berkobar-kobar yakni

 'eh, tudung warna macam ni masih tak ada lagi dalam almari' 
'eh cantik juga warna ni, tapi warna ni dah ada' 
'eh cantik pulak fesyen macam ni'
'eh.. itu bla bla bla bla'
.. anda semua sambung la sendiri

yang saya pasti, itu semua bisikan-bisikan syaitan dan nafsu kita sendiri. Eh kita ker? Bukan kita. HEHEHE. Bukan eh. Memang perempuan ni agak mengada-ngada kalau tiba part nih. Tudung akan menjadi TAK ADA secara tiba-tiba. Ni yang orang laki malas nak datang kat sini nih. 

Kedai ni kan, kalau cuti sekolah atau cuti-cuti biasa pun, mesti penuh dengan orang luar daripada negeri terengganu. Biasalah, kalau dah tahu kedai ni wujud di bumi dan tak wujud di planet. Mesti akan datang punya kat sini. Sebab tudung dia pelbagai pilihan dan kalau pandai pilih, anda bernasib baik. Kenapa? Teruskan pembacaan anda :)

Antara deretan tudung. Bawal pun ada, syria pun ada, beropol-ropol macam ikan pun ada. Yang paling best, tudung iguana pun ada. HAHAHA. Korang tak payah nak google sangat lah nama tudung nih. Sebab memang tak ada nama tudung iguana ni. Tapi abang 1 pandai-pandai je bagi gelaran macam ni. Ngam-ngam dengan gelaran tau. Memang kelakar, setiap kali ternampak orang pakai tudung ni, memang terasa nak gelak. Itu yang terpaksa buat derk je. Mana la tau nanti kan, aku gelak punya gelak. Last terberkenan kan susah. Jadi kita ketawa secukup rasa garam kasar sudah.

Kalau korang pandai cari dan memilih. Anda akan bernasib baik kerana silap haribulan korang akan terjumpa dengan tudung yg cantik2 dan berkualiti. Kalau cantik tak berkualiti, tak jadi jugak kan? Kat sini kalau kita perhatikan, tudung atau pattern dia kan, lebih kurang aje dengan tudung-tudung lain macam tudung Fareeeda. Tapi mungkin beda pada kualiti dan cara jahitan dia. 


Dah penat menilik, mencuba tudung kat sini. Maka ini sahajalah hasil daripada kami yang tadinya beria-ia masuk kat dalam kedai. Konon banyak lagi benda yang terbeli. Sekaliii, ambik kooo. Ini aje pembelian kami. HAHAHA. Memang poket tak bocor lah kalau macam ni. Tudung kat sini cantik, tapi kami tak berkenan. Jadi kami buat keputusan untuk ke cawangan yang lagiii besar sikit lah daripada cawangan ni. Cawangan dia tu terletak di Jalan Pengadang Baru. Harap info ini tak silap. Maklumlah, saya ni kalau bab-bab jalan agak lemah sikit. HUHUHU. Cakap banyak tapi nama kedai tak bagi. Nama kedai Desa Murni. HEHEHE. 

Walaupun hanya keronsang aje yang dibeli. Perlu diingat, itu bukan kerongsang biasa tau. Dia agak luar biasa. Harga dia murah giler. Awak semua boleh beli borong. Eh apa pulak aku tulis ni. Mata dah ngantuk, terkeluar pulak ayat tu [refer : boleh beli borong]. Yang atas tu, kakak kita punya. Dia ambil semua yang kecil-kecil comel je. Yang bawah tu, adik dia yang punya. Bapok besor aku ambil kerongsang tu. Boleh jadi boomerang. Kerongsang ni kakak yang belanja. Adik rasa malu TAPI tetap mengambilnya. Harga dia adalah dalam RM2.90 sebijik. Yang sebesar alam tu, biasa RM5 tau. Namun kita boleh dapatkan harga yang lagi murah di sini. Adalah dalam RM3.90 kot. Kira ok la kalau setakat nak mengumpul koleksi tudung..kerongsang.

*tulis malam tadi, sebab dah mengantuk. sambung balik pagi ni ;p

Friday, November 2, 2012

Cik September & Miss Oktober

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk mencoret-menulis-menaip kat MPS ni. Sejak dua menjak, perasaan untuk menulis agak tidak berapa keruan. Terhambat dengan tugasan, mengejar dengan kelelahan otak. Ya, otak pernah berhenti TITIK tanpa dapat bergerak-gerak. Tak faham? Meh sini saya fahamkan. Err, baca sampai habis kat situ ada kisahnya.

Perjalanan Cik September dan Miss Oktober bermula.

Bermula September yang lalu, selepas pelajar mula melaporkan diri masuk ke semester baru. Kesibukan mula melanda. Agak jarang dapat bermanja-manja seperti biasa dengan surat khabar online. Sebelum pelajar masuk, disetiap pagi saya mesti buka mana-mana akhbar yang saya nak baca. Selepas mengetahui perkembangan semasa, barulah saya mulakan kerja. Kerja tetap ada, tetapi ianya di tahap normal.

September merubah diri dan masa. Masa menjadi sangat berharga, diri menjadi lebih pendiam dan kadang-kadang aje melepak bersama-sama kawan-kawan pejabat. Makan? Urmm, sampai di satu minggu, memang dah tak boleh nak keluar dari pejabat, lalu mengambil langkah mudah. Bungkus aja makanan itu. Jimat masa, jimat segalanya.

Perjuangan insan yang kerdil lagi tidak banyak pengalaman pun bermula. Untuk rujukan boleh klik ke :  FOKUS KURANG Nampak tak yang ditanda dengan warna oren tu? Haa, itu pun sudah cukup membuatkan diri saya pening. HAHAHA. Sedikit kelalaian, membawa padah yang tersangat menyesakkan. Geram giler dengan diri sendiri. Tapi terpaksa buat cool sebab kalau buat kalut, urmmm payah la nak cari jalan penyelesaian. Rileks, fikir dengan tenang. InsyaAllah ada jalannya. Teringat pulak kat Maher Zain.


Part kelakar, sedang saya buat kerja. Rileks la sekejap. Rileks tak lah rileks mana. Kepala tetap ligat berfikir  dan tiba-tiba pulak, ternampak la nun di sana 'pemotong pizza'. Dalam kepala terus bertukar berfikir akan aroma pizza. Sedapnya kalau boleh makan pizza. Itu aja yang terlintas secara tiba-tiba dalam kepala.


Saya tegakkan badan. Senyum sorang-sorang mengenangkan betapa entah apa-apa aje yang difikirkan. Macam mana paper cutter tu boleh saya kaitkan dengan pizza la apa la. Ekoran dari insiden terfikir pizza tu, Alhamdulillah selamat sudah menjamu selera di pizza bersama sepupu. Lega dapat tunaikan hajat perut. HIHIHI


Dalam kesibukan sempat lagi membeli secara online. Yang ni sebenarnya dah second parcel yang saya terima. Saja puaskan hati yang agak stress memikirkan perjalanan kerja saya.


Di hari yang lain, saya dapat parcel ni. Terus masukkan kat dalam laci meja. Memang tak sempat nak melayan nak ambil gambar dulu ke apa. Balik rumah baru teringat, lantas gambar di ambil untuk parcel yang diterima. Sejak dua menjak ni, suka sangat beli barang-barang secara online. Mana yang berkenan, saya order. Tapi mengikut bajet dan mengikut kepentingan dan keperluan diri sendiri. Sekali-sekala tak salah kalau belanjakan untuk diri sendiri. Reward untuk membahagiakan hari-hariku ;)


Pemandangan biasa di atas meja. Yang ini masih di dalam progress. Miss Oktober dah berakhir. Namun, masih belum siap juga. Kerja ni sebenarnya dah dimulakan seawal bulan September yang lalu. Tengok, sampai sekarang masih tak juga siap. Aduhai. Kat sini lah, saya rasakan jikalau semua orang tahu akan tanggungjawab mereka. Rasanya kerja ini dah siap seminggu yang lalu [dengan izin Allah]. 

Begitulah sebenarnya kehidupan kita apabila berkerja. Tak kira la di mana kita berkerja. Nak pulak, kalau kita berkerja melibatkan berpihak-pihak. Bukan 1 pihak. Sangat haru. Saya paling tak suka, sebagai contoh, contoh aje ye: deadline 3 September, tapi dah masuk 11 September pun, maklum balas yang kita nak masih belum diterima. Kalau ikutkan hati, saya nak 3 itu juga. Dah itu deadline nya kan? Jadi nak tak nak, perlu lah kita ikuti. Ya, saya tak suka menunggu dan ditunggu. HAHAHA. Tak sesuai ayat ni. Urmm, saya tak suka orang ambil mudah. Benda penting, buat dengan cara penting. Benda tak penting, tak apa. Saya boleh consider kalau nak main-main sikit. Tapi janji dapat on time.

Kenapa pulak hang tak suka orang ambil mudah? Meh ceq habaq mai. Kalau korang bagi maklumat/dokumen yang orang nak tu lambat. Tak mengikut kehendak orang lain. Padahnya ialah kerja dia akan stuck. Mungkin kita tidak fikir keadaan dan akibat yang ditanggung oleh orang lain, mungkin dah rasa 'takpe lewat sikit. sikit je. apa ada hal'. Tapi sebenarnya, ia sangat terkesan kepada kelancaran kerja. 

Kenapa eh panjang pulak saya menulis. Dah rasa macam membebel-bebel pun ada. HAHAHA. Ini lah akibatnya kalau dah lama tak menulis. Terus meluah perasaan. 

Kita sambung lagi bebelan ni. 

Comel tak??? Comel kan? kan? Ini untuk memudahkan saya buat kerja. Sebenarnya nak beli dalam 2 atau 3 aje pen berwarna. Tapi kebetulan pergi ke satu kedai ni dengan budak-budak pejabat. Belek punya belek, tengok harga. Rasa nak pengsan sebab gembira melampau. RM2.90 je. Murohhhh gilerrr. Bakpelah masa aku kecik-kecik dulu, masa sekolah-sekolah dulu takdok kedai hok murah-murah. Dulu kalau nak beli pen warna, dapat beli 2 3 warna je. Sebab tak mampu. Budak sekolah tak ada duit lebih. Ngam-ngam ho aje. Jenama Luna staedtler tu. Mahal ya ampun. Tobat tak berapa nak mampu. Namun terpaksa jugak beli sebab warna dia terang dan sangat berkualiti.


Ya, Ben 10. HAHAHA. Memang kena sakat jugak la bila mana dorang tengok cover depan ni. Laa ingatkan aida beli untuk anak buah. HAHAHA. 'Layan eh nak beli ke anak buah. Ni untuk buat jadual. Senang nak tanda mana-mana kursus nanti. Berbaloi beli, walaupun ada juga warna yang macam nak terang tak nak terang je. Tapi tak banyak la, ada la dalam 1 2 macam tu. Alaa, apa nak dihairankan, tengok harga pun dah boleh agak macam mana kan? Kesimpulan, saya berpuas hati beli pen warna ni.


Masa tengah pening-pening lalat menyiapkan kerja. Dapat pesanan, ada orang mintak dokumen. Jadi saya bagi dokumen yang dorang nak tu. Sempat borak sekejap dengan orang tengah ni. Ketawa sorang-sorang bila kami berborak. Hilang seketika pasal kerja. Lembu punya pasal. Apa pasal la gelap sangat lembu tu.  Ah'aa. Mesti keliru, kenapa orang tengah? Tak orang tepi, tak orang belakang? Kebetulan masa tu, saya tak ada. Jadi dia pesan kat mael ismail ni. HAHAHA. Nama samaran tak boleh blah langsung. Saya bukan yang 95% stress kerja. Bukan pesen gitu. Bukan. Dalam diri saya banyak peringkat. 

Hal kerja : 30%
Stress : 5% 
Gembira : 35%
Rasa best + tenang : 15%
Sedih + emosi : 10%
Lain-lain: 5%

Sebab ada benda yang saya tak suka pendam, atau simpan lama-lama kat dalam kepala, kat dalam hati. Saya rasa bertuah dan bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan yang saya lalui ni. Memang penuh dengan duri tajam mencucuk semua, tapi Alhamdulillah. Allah itu Maha Besar, DIA sentiasa ada. Dan sekarang saya menulis dengan senyuman. HIHIHI.

Ala, bukan apa pun. Adatlah tu kerja, ada ok ada tak. Tapi bila tak ok, jangan la kita pusatkan kepala kita dengan 'tak ok' tu aje. Kena fikir dengan tenang, kadang-kadang pihak luar yang kita berurusan tu lah sebenarnya ujian untuk kita. Nak uji kesabaran kita :) Nak uji kesabaran tu betul, tapi saya still tak suka mereka yang sambil lewa nak-nak melibatkan kerja saya. 


Antara peneman semasa kerja. Oleh kerana terpaksa datang pada hari cuti, maka tekak memang dah gatal sangat nak makan maggi. Jadi saya beli siap-siap buat hilang kempunan nak makan maggi. Oleh kerana saya ni buka plastik pun tak berapa nak reti, habis terkoyak semua penutup cup ni. Terpaksa la buat macam tu. Konon takut maggi tak masak 0_o


Ini hari lain tau, beli la si 100 plus ni. Budak pejabat cakap 'aida simpan tenaga nak buat kerja. minum pun air 100 plus. HAHAHA. Dorang cakap beli la red bull. HAHAHA. Saya terbayang lembu aje. 

Sebenarnya dah lama tak minum air berkarbonat. Lepas buka braces, kebetulan hari raya. Time tu adik 4 ada belikan air berkarbonat bermacam jenis. Jadi, dalam banyak-banyak air tu. Saya minum air soda. Bestttttt gilerrrr. Lepas tu minum lagi dan lagi, sikit dan sikit sampai saya sorokkan botol sebab nak minum sensorang. Tak nak share dengan orang lain. HAHAHA. Ketagih menggigil weh masa time Syawal itu hari. Sedap rupanya air tu. Lepas tu, saya kembali kepada asal. Kadang-kadang je minum air macam ni. Time tekak nak minum je, biasanya saya tak nak ajar badan menerima benda-benda ni semua. Konon nak jaga kesihatan. HEHEHE.

Semasa dalam proses menyiapkan tanggungjawab ni, satu malam. Bila dah balik ke rumah selepas seharian kat pejabat. Saya sambung buat kerja semula. Saya menyemak dan meneliti perkara A. Semasa meneliti dan berfikir macam mana nak buat. Tapi tak berapa nak jumpa jawapan tu. Seolah-olah saya berfikir dan berpusing di tempat yang sama. Saya pandang jam kat sebelah. Angka dah menunjukkan jam 230 pagi. Patutlah saya macam ni. Otak saya rupanya telah diserang kelelahan. Langsung tak boleh nak bergerak. TITIK. Pi mai pi mai tang tu je. Hikmah dia? Saya lebih membuka mata, otak pun perlu ada masa rehat. Badan kita apatah lagi. Jalan penyelesaian bagi permasalahan ini, pergilah berehat. ZZZZzzzzzz. 


Antara pengorbanan yang perlu dilakukan akibat ada pihak yang tidak mematuhi deadline yang diberikan. Sob sob. Perlu ke saya tulis??? Tulis aje la aida. Bukan ada orang baca sangat pun. HEHEHE. Saya terpaksa korbankan tiket untuk ke Vietnam. Abang 1 dan kakak ipar dan kawan-kawan dia, dah selamat sampai kat sana pada Rabu lepas. Urmm, dahlah first time nak pergi. Nak buat macam mana, tak ada rezeki. Allah punya rancangan lagi hebat. Banyak benda yang saya dah plan nak buat aapa, nak beli apa, apabila sampai kat sana. Kebanyakannya untuk family saya. Nak santai-nak freekan kepala daripada hal-hal kerja. Namun. Ya, kita hanya sekadar mampu merancang, tapi semuanya berbalik kepada DIA Yang Esa. Tak kan tak ada ralat walau sekelumit?? Mestilah ada, kita ni bukan malaikat. Kita ni manusia. Dahla manusia, banyak kelemahan pulak tu. Tapi macam yang saya katakan tadi. Saya adalah saya. Tak perlu kita meratap lama-lama di sesuatu perkara [walau kadang-kadang saya termeratap lama-lama juga, lepas tu baru tergagau tersedar dari lena. eceh ceh ceh]

Saya dah set kan masa, kalau masih tak siap kerja pada sekian-sekian hari, maknanya kuburkanlah impian untuk bercuti itu. Sebab tulah saya tak meratap melebih, sebab dah set siap-siap sebelum hari berlepas :)

Mungkin rezeki saya di lain masa kot. Siapa tahu kan? 

Panjang sungguh menaip kali ni, dan kesimpulan dari semua ini. Alhamdulillah, saya suka dengan kerja saya sekarang. Sangat mencabar, dan saya belajar dari kosong. Alhamdulillah, kerana saya ditukarkan ke bahagian ini ditika saya masih boleh mengadaptasi sistem dengan kepala otak saya. HAHAHA. Yelah, bayangkan kalau saya ditukarkan ke bahagian ini time umur 40 ke, 45 ke. 50 ke??? Haru, rasanya agak susah saya nak bermain dengan sistem. Alhamdulillah atas semua pengalaman ini. Semoga ianya akan berakhir dengan baik. Amin amin amin.