Sunday, December 30, 2012

Erti Kehilangan

Dua minggu yang lalu, saya menerima mesej melalui WhatsApp. Terkejut juga sebab kawan saya seorang ni, tak pernah menghantar mesej melalui WhatsApp kecuali melalui sms biasa tu. Eh, macam tahu-tahu aja saya ada WhatsApp. Sedangkan saya memang tak add contact sebarangan kecuali orang-orang tertentu sahaja. Bila baca mesej yang diberikan, agak terkejut juga kerana beliau memberitahu kawan baik saya yang seorang lagi baru aje kehilangan ayahnya. Terkejut kerana saya baru aje melihat gambar-gambar ayahnya di Instagram. Ya, saya tahu ayahnya berada di hospital menjalani pembedahan. Tapi tak tahu details sangat sebab instag tak berapa best nak gebang lebih-lebih. Taip sikit-sikit ok lah, kalau banyak-banyak, urmm tak bestlah. 

Kawan saya dah pergi menziarahi kawan saya disebelah pagi. Oleh kerana saya berkerja, jadi selepas pulang dari kerja barulah ada kesempatan untuk menziarahinya.

SEDIH. Memang kita semua akan sedih apabila berdepan dengan kematian. Lebih-lebih lagi, sekiranya insan yang meninggalkan kita itu, orang yang TERSANGAT - TERAMAT rapat dengan kita, dengan hati kita.

Memang sedih, memang perit untuk terima satu hakikat bahawa kita sekarang sudah di dua dunia yang berbeza. Dia di alam barzakh sana, dan kita masih di alam realiti. Kita masih diberi peluang dan pinjaman untuk berada di alam realiti. Alam kehidupan yang perlu kita lalui.

Untuk nota, kawan-kawan saya berdua ini adalah kawan sejak dari sekolah rendah lagi. Semasa sekolah menengah kami kenal dan agak la rapat-rapat juga. Selepas semuanya menyambung pelajaran, kami berkumpul semula melalui reunion dan kami semua bertambah rapat. Boleh dikatakan hampir sekelas, kami rapat. Semua kawan-kawan yang ada, kami berhubung. Ada la dua tiga kerat yang jarang kami berhubung tapi still ok kalau berjumpa. Berhari raya beriang ria. Kami biasa berhubung melalui fb/instag/whatsapp/sms. Itulah kegunaan teknologi. Tq encek teknologi.

Urmmm, sebenarnya saya terasa agak kaku untuk menaip pada pagi ini. Terasa tiada rasa. Tapi saya sambung ajelah ye.

Bercakap mengenai kematian. Urmmm, setakat yang saya duk sembang dengan mereka berdua ni, banyak benda sebenarnya kami berkongsi rasa mengenai kehilangan ini.

Mengimbau kenangan
Seingat saya, kawan saya yang pertama yang kehilangan ibunya adalah semasa kami berada di dalam tingkatan dua. Dia sedih, tapi kami masih tak dapat merasai kesedihan itu. Apalah sangat budak-budak tingakatan 2 nak berfikir pada masa itu. Saya sendiri hanya memahami apabila tiada ibu, akan jadi susah. Sebab tiada orang yang nak masak. Adik-adik tiada orang yang nak jaga. Kawan saya sedih mak dia dah takde. Itu aje. Lebih-lebih dari tu, memang tak ada lah.

Selepas itu, pada masa kami tingkatan 3. Kawan kami yang lain pula kehilangan ayahnya. Dia sedih. Itu aje anggapan kami. Kesian dia.

Masa berlalu. Kami sudah menghabiskan zaman persekolahan menengah. Kami juga menghabiskan pelajaran masing-masing di mana-mana jua.

Mula mengerti
Pada 2009, saya kemalangan dan kehilangan emak. Terasa jatuh terhempas. Berkecai. Rupanya Allah telah tulis di perjalanan hidup saya, saya akan kehilangan emak saya pada 2009. Kehilangan itu memberi kesan yang sangat mendalam pada diri saya. Belek lah helaian 2009, banyak cerita kat sana. Kesan kehilangan itu memang meruntuhkan semangat saya. Sedih memang teramat sedih. Menangis hingga terkeluar urat. HAHAHA. Eh, kenapa rasa nak gelak ni. Betul la, itu la perumpamaan yang sesuai. Tapi tiada siapa menduga, rupanya Allah itu Maha Adil. Maha Besar, dia ambil nyawa emak saya. Semangat saya Alhamdulillah pulih seperti biasa. Alhamdulillah, rupanya Allah mempunyai perancangan lain yang lebih hebat. Selepas kejadian dan kehilangan itu, saya seperti saya yang dulu. Namun pandangan saya pada kehidupan menjadi agak berbeza dengan sebelum ini. Untuk dikata-katakan di ruangan tulisan ini, agak susah lah. Namun, ianya terasa di hati. Sangat terasa. Salah satunya, pandangan saya berubah kepada membuatkan kita lebih rasa bersyukur dengan apa yang kita dipinjamkan. Tujuan kita hidup adalah semata-mata kerana Allah menuju akhirat. Jannah. Ya, semua orang boleh gebang bagai nak rak. Hidup ini begitu begini. Namun percayalah, ianya masih tidak sama dengan apa yang kita rasa. Dengan apa yang kita lalui. Kerana bahagian hidup kita tidak sama walau kita satu keluarga.

Pada tahun 2011 [kalau tak silap], kawan saya yang seorang lagi turut kehilangan ayahnya yang disayanginya kerana sakit, masuk hospital lebih kurang macam tu la. Saya sempat menziarahi beliau dirumahnya. 

Pada tahun 2011 juga kot, kawan saya yang hantar mesej melalui WhatsApp tu lah, juga kehilangan ayahnya. Sakit juga, masuk hospital juga. Dan ini pun, sempat saya pergi ke rumahnya.

Dan yang terbaru, kawan saya yang saya tulis tadi tulah. Dua minggu lepas, dia pun kehilangan ayah dia. Sakit, masuk hospital, bedah. Alhamdulillah, sempat juga saya ziarah beliau kat rumah. 

Untuk ketiga-tiga kawan saya ini, saya memberi nasihat berdasarkan pengalaman yang seciput yang saya ada. Orang yang pernah kehilangan akan lebih merasai apa itu kehilangan. Kami berkongsi erti kehilangan itu bersama-sama. 

Bagi saya, berbuih mana pun semangat dan kata-kata nasihat yang kita berikan kepada mereka, percayalah. Hanya masa yang dapat menyembuhkan hati-hati mereka.

Bagi saya, mereka sebenarnya masih bertuah kerana memiliki seorang ibu. 

Kita memang mudah mengatakan, 'sabar eh'. Tetapi rasa itu, hanya mereka yang menanggung. Bertemankan air mata. Terasa kosong, terasa begitu begini, sangat menyesakkan dada. Namun, saya yakin. Allah itu sangat bijak rencananya. InsyaAllah, semuanya akan ok. Sedih, memang kita sedih. Harus diingat, bersandarlah kita kepada Allah. Kerana Dia yang menciptakan kita. Dia yang lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Yakin lah padaNya. Semuanya akan ok.

Kita akan menjalani kehidupan seperti biasa. Sedih + kenangan bermacam-macam hal akan tetap bersama-sama kita. Namun perlu diingat. Kita yang perlu mengawal emosi perasaan kita. Jangan biarkan diri kita terus hanyut beremosi sehingga merosakkan diri. Berpada-padalah. Kerana, satu hari nanti. Kita juga akan dijemput pulang olehNya. Dunia ini hanyalah pinjaman, hanyalah hentian sementara untuk kita mencari bekal untuk kita bawa pulang dan 'dipersembahkan' kepadaNya. Ya, hanya amal soleh yang akan kita bawa ke sana nanti.

Kehilangan itu adalah normal. Ianya adalah lumrah. Tangisi kehilangan dengan bijak. Sedih? Bersedihlah anda. Tapi harus bersedih dengan bijak. Macam susah je kan. Memang mulanya agak susah. Orang cakap senang lah, yang menanggung terasa bagai nak 'mati'. Yakinlah, anda akan pandai menguruskan emosi anda dengan hati kita disandarkan kepadaNya. 

Apa yang kita lalui, hadapi. Susah senang, kematian atau apa-apa ajelah, selalulah ingat. Kita milikNya. Jadi itulah yang harus kita lalui. Semoga kita semua membuat yang terbaik untuk hidup kita.



Thursday, December 27, 2012

Pesanan

Berterima kasihlah pada orang yang telah:

MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATI mu KUAT .. er macam tigerrrr. Aummm!

MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu semakin BIJAKSANA .. yeah! kira taktik dia tu kita dah tahu sangat dah. Hujung jari aje. EHEHE

MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu. Makin orang benci, makin kita semakin kuat. Makin lama semakin 'kebal' dengan keadaan itu dan akhirnya. Ah! ianya tidak mendatangkan apa-apa pada hidup kita. Banyak lagi benda yang boleh fikir, jangan buang masa la der ;)

Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam HIDUP mu .. err ..

*saya mengantuk, jadi ini lah hasilnya. Petikan ni saya ambil dari fb, tapi dah saya tukar ikut rasa mengantuk saya. 




Monday, December 24, 2012

Mendung Berarak Hujan

Seminggu dua ni, banyak cerita sedih yang saya baca. Pasal budak-budak kena dera lah, mati kena dera lah, bayi kena buang la. Macam-macam cerita yang menunjukkan betapa rendahnya nilai kemanusiaan sekarang nih. Sebenarnya, saya tak nak baca kalau bab-bab sedih macam tu. Nanti kita jadi sedih. Eh, memang lah kalau baca cerita sedih akan jadikan kita sedih. Tak suka sebab sedih tu akan menyelubungi hati kita, walau untuk seketika ianya tetap bernama sedih.

Saya baru selesai membaca kisah 4 rentung ni. 4 beranak yang baru pulang dari Kuala Lumpur yang terbabit dengan nahas. Bacalah sendiri, sebab nak cerita pun saya rasa tak sanggup.

Meh la saya cerita pasal benda lain. Pasal banjir eh. Semalam masa petang kan, kat pejabat dah bising-bising pasal air dah naik kat pintu depan. Cuma tak tahu lah macam mana keadaan dia. Lepas aje 4.45 pm. Laju je masing-masing nak balik rumah. Time tu hujan masih turun. Dah seminggu lebih sebenarnya hujan turun. Kadang-kadang berhenti kejap, lepas tu hujan balik.


Kami dah dinasihatkan supaya guna jalan belakang, sebab takut jalan depan dipenuhi dengan air. Time ni, saya dah melepasi satu kawasan air. Boleh tahan juga. Nasib enjin kereta tak mati. Musim-musim macam ni, kena perlu lebih berhati-hati. Sebab jalan banyak yang rosak, jalan licin, kat sana lopak-kat sini lopak. Kalau nampak air bertakung, mulalah risau nak lalu. Sebab bimbang ada lopak air yang kita tak nampak. Itu bahaya juga oo. Lepas tu, time kita lalu bawah pokok. Ngeri juga. Sebab banyak pokok-pokok yang dah macam kering, ranting atau dahan dia pun menghala atas jalan. Memang bimbang sikitlah lebih lagi kalau time angin kencang. Kalau daun luruh itu biasa lah kan, tapi kalau dahan ke apa yang patah. Fuhh! 


Laluan air ketiga yang diredah. Kat sini agak teruk sikit la keadaan dia. Air memang agak dalam kat sini.


Pagi tadi, masuk office buka emel. Nampak la 4 keping gambar yang sempat di ambil oleh jurugambar kat tempat kerja. Ini pintu depan, memang dah ditutup kepada semua kenderaan. Kat sini memang biasa banjir pun, sebab tanah rendah kot. Atau juga air tak boleh nak mengalir dengan baik. Eheh, apa nak tulis ni. Dulu, masa 2008 dah pernah banjir tau kampus ni. Sekarang ianya terjadi lagi. 


Kat depan bangunan ni pun sama. Tak boleh nak lalu kat sini. Jadi semua kena pandai-pandai cari jalan pulang. HEHEHE.

Semoga kita semua lebih berhati-hati di musim tengkujuh macam sekarang ni, dan juga di lain-lain masa. Sentiasa lah berhati-hati [remind kat diri sendiri jugak ni].


Sunday, December 23, 2012

Hari Konvokesyen

Dah lama berlalu sebenarnya. Dan tak ada niat nak menceritakan perihal konvo nih. Nak menulis pasal perkara lain, tapi mood agak tak beragak. Tak ada kaitan dengan hujan yang sedang turun mencurah-curah sekarang ni. Tak ada kaitan langsung. Mungkin modal untuk menulis tiba-tiba menjunam ke paras tak normal. Apa pun harapnya boleh balik dengan selamat hari ni. Sebab dikatakan air mula melimpah kat pintu depan. Sejauh mana betul ke tak tu, tak tahu lah. 

Bulan lepas 24 & 25 November dah selamat berkonvo untuk graduan. Tak ada benda sangat nak diceritakan, tapi tak tahu la apa sebab saya berada kat sini. Apa sebab saya dah selamat postkan semua gambar ni. Kalau macam ni, alang-alang saya tulis ajelah apa yang terlintas. Main aci redah aje nih.

Dataran tempat berlangsungnya tapak konvokesyen. Kat sini banyak gerai dibuka, tapi hari ni gerai tak banyak lagi. Sebab masih awal lagi. Awal sangat la. Saja suka-suka menangkap gambar untuk memenuhkan ruang memori. Biasa lah, kerja macam ni memang saya cekap.


Hari konvo. Kebetulan kena bertugas di bahagian luar. Tugas biasa aje, tengokkan dan pastikan graduan untuk anugerah tiba pada masa yang tepat dan bilangannya mencukupi. Itu aje. Simple je tugasannya, next year boleh kasi lagi. I suka kerja macam ni. 


Ini sesi petang. Tapi cuaca agak mendung. Bila tengok gambar ni, macam klasik la pulak. Oh, guna handphone biasa aja. Klasik dan cantik di mata saya je lah. Biasa lah, kita yang ambil gambar, kita juga yang memuji gambar yang di ambil. Haru!


Masa kat dewan jubah. Ada kawan yang bawak bunga. Ingatkan memang dia nak bawak balik. Sekali dia tak nak. Dia offer, nak ke?? Apalagi, ibarat bas yang ditunggu tiba tepat pada masanya. Memang sangat tepat. p/s: adik-adik, tak yah gunakan pepatah ini eh. Nakkk!!! Tanya lagi, betul ke tak nak nih? Dia cakap, aku saja-saja amik je. Oh, suka hati wes!

Carnation kot. Maaf ya bapak ibu sekalian, gambar tak berapa nak cun.


Gerbera yang telah saya edit. Macam ni la warna asal dia. Cantik kan? [sila pandang header. AHAK!]



Thursday, December 20, 2012

Wahai Anakku #2


Wahai anakku,
Janganlah kamu bersikap sombong di atas muka bumi Allah ini, kerana kamu tidak memiliki sesuatu pun melainkan hanya pinjaman dari Tuhanmu. Dia boleh mengambilnya pada bila bila masa yang diingininya, termasuk nyawa kamu. 

Ingatlah wahai anakku,
Sesuatu barangan pinjaman akan pasti diambil semula oleh tuannya, bilamana tuannya kehendaki. Maka perlakukanlah apa yang ada padamu sebagai harta pinjaman. Jangan kamu gunakan sehingga merosakkan kerana kamu tidak mampu menggantinya kembali.

Wahai anakku,
Janganlah kamu sombong kerana kamu merasai banyaknya hartamu, kerana sebelum kamu, ada yang lebih kaya darimu, namanya Qarun, ia hancur dimusnah oleh Allah kerana kesombongannya. Seandainya kamu merasa kamu lebih pangkat kebesaranmu, ingatlah sebelum kamu ada orang yang lebih hebat pangkatnya dari kamu, namanya Fir'aun. Dia juga dihancurkan Allah, segala pangkat kebesaran dan kerajaannya. Atau kamu merasa hebat kerana lebihnya ilmu yang ada padamu. Ingatlah sebelum kamu, ada Samiri yang sangat arif tentang ilmu dan hikmah, lalu ia juga dimusnah oleh Allah.

Wahai anakku,
Bumi yang kamu pijak pun takut kepada Allah. Langit yang kamu junjung gementar dengan kebesaran Allah. Lautan dan gunung ganang tunduk kepada kebesaran Allah. Bahkan ada batu batu yang jatuh dari tempatnya kerana takut pada Allah.

Wahai anakku,
Iblis diperintah untuk sujud kepada Adam dengan perintah Allah, lalu ia enggan sujud kerana kesombongan diri, merasa hebat kerana kejadiannya, lalu Allah khitab ia sebagai golongan kafir dan durhaka kepada Allah.

Lantaran itu wahai anakku,
Janganlah kamu sombong dengan mahkluk Allah kerana harta bendamu, atau ilmu yang ada padamu, kerana manusia tidak dikurniakan ilmu melainkan sangat sedikit. Begitu juga manusia tidak dikurniakan harta melainkan sekadar air lautan yang melekat dijarimu, sedangkan akhirat sebanyak seluruh air laut itu.

Senyum......

-------------
source: fb Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


Wednesday, December 19, 2012

Hari Ini Hujan

Sejak seminggu ini, hujan selalu turun. Tak tentu turunnya. Kadang malam, kadang pagi. Kadang petang. Cuaca tidak menentu. Ah, macam mood orang yang berdepan dengan keyboard ini jugak. Huk! Sebulan ini, saya sangat malas nak keluar. Keluar makan, keluar lah mana-mana [apabila di pejabat]. Lebih suka terperap di depan pc, berdepan dengan fail. Lebih gemar makan di pantry. Ya, sejak sebulan ini lah.

Lebih gemar juga memesan makanan kepada sesiapa sahaja yang saya mangsakan untuk membeli. Apabila muka telah berubah menjadi segan, maka saya akan keluar dari kepompong memesan itu. Lalu berterbangan seketika dan akan kembali ke sarang semula. Sindrom apakah ini?

Ini sindrom kehilangan seketika kakak yang best. Hilang di sini adalah bererti dia bercuti selama 3 bulan kerana masih dalam tempoh berpantang. 3 bulan terasa terlalu lama lah sis. Terlalu panjang perjalanan masanya. Terlalu blerghhh untuk dihadapi. HAHAHA. Ayat emo tak boleh blah. Tapi betul, saya terasa kosong seperti tajuk lagu anak Pak Latif tu. Kosong sebab teman nak bercerita masih di dalam fasa kuarantin. 

Padahal sebelum dia bersalin itu hari, dia dah pesan. Lambat lagi ni kita nak jumpa. InsyaAllah bulan Februari 2013 nanti [eh ke bulan Mac??? NOOOO!!!].

Bertambah-tambah merana la daku di sini. Alhamdulillah, teman yang lain memang senantiasa ada di sisi. Cakap sahaja mau pergi mana. InsyaAllah mereka sedia mengikuti atau apa-apa. Namun, saya nak akak juga. HAHAHA. Mengada-ngada!

Okay, sekarang pejabat sudah tiada kelibat manusia kecuali saya. Semua orang berpusu-pusu mengisi perut di merata-rata kedai. Saya? Lebih selesa memilih untuk tidak 'berkawan' dengan sesiapa. HAHAHA. Kedengaran you are alone beb! Tak mungapa, sebab ini pilihan saya. Sebab apa? Sebab seperti yang ditulis di atas tu ha.

Oh ya, sebenarnya saya ingin menceritakan kisah sedih malam tadi. Lebih kepada terharu sebenarnya, eh ada jugaklah sedikit sedih. Bercampur gaul macam rojak perasaan ini. Eceh!

Afiq masa kecil, suka hisap jari/tangan. Jadi saya hukumkan dia letak tangan kat dalam seluar. KEJAM! 
Siapa sangka, budak kecil montel ini sudah pandai mengalirkan airmata kesedihan apabila ditinggalkan. Bukan tinggal dia pun, malam semalam kebetulan kawan lama turun KT. Jadi saya memang dah berjanji nak temankan dia tidur kat hotel. Jadi lepas Isyak, saya siap-siap dan turun ke kereta. Barang-barang keperluan saya masukkan dalam kereta, sambil tu saya jemur pakaian. Tiba-tiba kedengaran budak menangis. Afiq lah tu. Rupanya dia cari makcik dia tu ha. Saya dengar, tapi saya buat derk je. Anak-anak buah lain yang kebetulan balik kampung petang tadi turut keluar kat luar rumah [beranda]. Afiq menangis dan menangis kat luar beranda tu. Saya tahu dia cari saya la tu [perasan!]. Tapi betul la. Dia cari saya. Tak tipu. Padahal sebelum tu, dia sibuk duk dengar lagu dengan kakak dan abang saya. Dengar lagu sambil head banging. HAHAHA. Kelakar giler, sebab tak pernah dia buat macam tu.

Terkejut pun ada. Saya cakap kat kakak 2 saya. Biasa Afiq dengar zikir-zikir je, ini hari dia dengan lagu aneh lagi pelik. Itu pasal jadi macam tu. LOL. Naik takut tengok gaya dia. Yelah, dahlah pakai pampers aje, kepala botak. Tiba-tiba terkeluar gaya di luar alam macam tu. Memang nak tergelak terkejut. 

Eh, sambung balik cerita tadi. Tangisan dia masih berterusan macam tu, saya masuk kereta. Tangisan tidak lagi kedengaran sebab saya masuk kereta. EHEHE. Ayat apakah ini aida??

Nak tahu tak? Apa??? Tak nak tahu? Tak pedulik arh! Nak tulis jugek. Hari tu pun sama. Masa adik 3 balik kampung, kami nak keluar makan secara beramai-ramai. Dia tengok kita dah siap-siap pakai tudung apa semua. Mulalah resah gelisah, lantas buat muka comel. Datang dekat kita. Buat ayat-ayat comel. Entah apa ayat entah. Bahasa dia. Bahasa planet. Senyum comel-comel. Semua comel lah. Dengan erti kata semakna dengannya, 'Afiq nak ikut juga nih'. Memang kita akan ajak dia pun.

Eh, time kami semua berpecah nak  naik kereta. Eh eh dia menangis, sebab saya nak naik kereta adik 3. Rupanya dia ingat saya nak tinggalkan dia. Padahal kami pergi tempat sama je pun, kereta je yang berbeza. Nak tak nak, terpaksa la naik kereta Afiq. Kena dukung dia kat belakang. Dahlah berat. Barulah dia diam. Haishh! Afiq Afiq. 

Tu la kakak saya bilang malam tadi, Afiq ni kawan baik saya. Ececeh! Buah hati kita la nih kan Afiq kan?



Tuesday, December 18, 2012

Gatal!

Beberapa hari sebelum ni, saya buat kerja-kerja pembersihan. Mana gambar yang saya rasa tak perlu, maka sudah selamat saya tanam kat dalam tanah. Mana-mana gambar yang redundant, saya nyahkan salah satunya. Tinggal satu dahla sebab buat apa upload dua kali kan? Rupanya saya SILAP! SILAP BESORRR WEH! Saya perasan, gambar kasut saya dah bertukar kepada NO ENTRY. Seolah-olah macam tu la.Bila jadi macam tu, saya sedar mana silap saya. Lantas saya betulkan semula. Saya upload semula gambar profile ni. Lepas tu saya edit sikit sebab bila save dia tak berubah. Lama-kelamaan, saya berjaya! Rasa nak menjerit ajer sebab dah sukses. Kusangka hujan hanya turun di malam hari, namun aku silap menduga. Hujan turun tak tentu masa rupanya. Rupanya [lagi] ada lagi gambar lain yang telah saya nyahkan. Sepatutnya gambar itu perlu ada di dalam perut MPS ni. Sebab senang nak rujuk. Nak tak nak, saya kena upload balik. Nasib saya baik sebab saya memang suka buat benda-benda macam nih. Tegar memang tegar. Kalau tak berjaya, memang i isytihar perang dengan u MPS! I nekad kali ni. Ok, MPS ni tak salah. Tangan ni yang gatal duk buat pembersihan tanpa notis. Ahh!! Sabar eh, InsyaAllah akan ku pastikan ianya akan kembali OK! ®

Monday, December 17, 2012

Tak tahu nak letak tajuk apa


Mood saya agak kurang ok bermula 2 jam lebih tadi. Saya cuba belajar menerima hakikat bahawa, tidak semua orang mempunyai nilai rasa yang sama dengan kita. Contoh, kita mungkin tidak gemar bercerita benda-benda yang kita rasakan personal kepada semua orang. Ya, kita mungkin mempunyai tembok china yang agak kukuh. Namun tembok itu biasanya terlerai bilamana kita berdepan dengan orang yang kita percayai.

Dan nah, sekarang. Padan muka. Kita selalu silap nak judge orang, konon dah kenal sikit terus rasa dia ok. Oh silap besar weh. Tak nak tulis pasal semua ni. Macam nak hempuk kepala kat bantal. Sebab kalau hempuk kepala kat dinding, itu namanya stup*d. HEHEHE.

Dalam bengang-bengang tu, saya klik apa yang saya nak klik. Baca apa yang saya rasa nak baca. Dan terjumpalah artikel ni. Ini emel sebenarnya yang dimuat dalam parenthots.com. Saya copy sebijik. Nah bacalah, sangat menarik untuk kita fikir bersama-sama. Nak highlight ayat best, rasanya semuanya best. Baca je la, cakap banyak tak jalan jugak kan? HEHEHE.

Learning from the kids about how to live | 25 June 2012

“Your life will change, bro.” I recall this was my friend's first reaction when I told him that my wife and I were expecting our first child. My first thought was, yeah, I have to be ready for sleepless nights during night feeds, learn to diaper change our baby, no more movie night, travelling now needs proper planning and not just pack and go, etc. That was three years ago.

Looking back I realise that I thought having a baby was all about sacrifices a father has to make as we all know it is not easy to bring up a child. Each year, in the month of June, more and more articles are being published in the newspapers paying tribute to fathers; about model fathers, the sacrifices a father goes through, stories about being a single dad and the new concept of a house husband and how far we fathers have come along as compared to those old days where a father would bring home the food and was conservative and a disciplinarian.

I now know that being a father is more than the sacrifices we make. My two wonderful kids taught me more than what I could have learnt in school, university and then postgraduate studies. They taught me about life.

My daughter, who was born prematurely at 26 weeks barely 920g, taught me about not giving up and to continue fighting no matter what. Life is not always a bed of roses, sometimes the storm will hit you but you persevere, you fight your way through and have faith and believe in yourself.

She is now a 22-month-old beautiful girl who battles with her brother for her favourite toy or tries to “negotiate” with me on her sleeping time. When life is tough and I think God has closed the door, I remember the times my daughter was fighting for her life in the NICU (Neonatal Intensive Care Unit) and it pulls me back to reality to stop looking at the closed door.

I then realise there are other doors opening up and our mind is a powerful thing. Now, when life throws a challenge at me, I begin to learn to pull myself up and say “so, what’s next” and I move on. Easier said than done? Yes, it sounds easy on paper but in reality it’s quite tough but I am glad I am learning and getting better each day.

When I sometimes “complain” that I am missing out on nature trips with my friends, I realise life as a toddler is a happy one because they lead a simple life. Even though we do not provide our kids with expensive toys such as those they see in their cousins’ house, they are just happy creating their own toys.

When my son sees an expensive toy drum his cousin is happily playing with, he converts our pots and pans into a drum set. When he sees an expensive remote toy train in the store, he comes home and starts lining up all his old toy cars, toy trucks and turns all the chairs in our living room upside down and both our kids will be happily pretending that they are on an adventure in Thomas & Friends.

Even though I am missing out on nature activities, I am now contented going for walks in the nearby park, smelling the flowers or explaining to my kids why bees loves flowers or going around the morning market explaining the colours and smells of our fruits and vegetables.

At work, when it seems we cannot meet a certain quality or the deadline, I look upon my kids’ determination to learn a new skill. When learning to walk, how many times did they stumble and fall? Rather than give up, they would just pull themselves up, give you a sheepish smile and then start walking again. This happened for 10 or 20 times or even more until they finally let go of my hand and took that first glorious step.

How often as adults do we complain about the small stuff daily? “Why is the traffic bad today? Why can’t people learn to drive properly? Why did the waiter take the wrong order? Why can’t my wife be like me?” And the list can goes on and on.

Looking at my kids makes me realise that they have their differences as well. They fight and they pull or scratch and even cry while trying to get things their way but eventually they settle their differences and then start playing together again.

It dawns on me that we go about our life each day sweating over the small stuff which we will forget in a day or two. I am now learning to stop complaining and start living. If I know the traffic is going to be bad on a Monday, I will leave for the office earlier. If the waiter has taken the wrong order, I will be forgiving and remind him or her to be careful next time. So what if I get nasi lemak instead of my favourite nasi bojari? Both are rice anyway. It won’t hurt having nasi lemak for a change.

Watching my kids with their simple activities now becomes the highlight of my day. They never fail to amaze me and by just taking a step back at the end of the day from the stressful and complicated world, I now look forward to another new thing or two my kids are teaching me … about how to live!

A Happy Father
James Wong
..........

Amacam? 


Saturday, December 15, 2012

Perfect Match

Dah lama nak share pasal rancangan best ni. Mungkin rancangan ni jarang kot orang tengok. Tapi itu tidak menjadi apa-apa bagi saya, kerna saya suka menonton rancangan ni. Gambar ini semua saya rakamkan pada bulan Jun yang lepas. Masa tu memang sangat berkobar-kobar nak bercerita pasal show ni. Namun saya terlalu banyak benda nak diceritakan, lalu cerita ini tenggelam oleh masa. Tenggelam pun tak adalah tenggelam sangat, sebab saya memang akan kongsikan juga dengan pembaca sekalian. Cuma lambat atau cepat aje.

Rancangan ni ke udara pada jam 6 petang setiap hari Sabtu. Bila hari Sabtu, mesti buka NTV7 bila jarum dah ke angka e.n.a.m. 

Paling saya suka ialah lagu tema dia. Macam rancak-rancak gitu. Terngiang-ngiang kat kepala ni lagu dia. Tapi tak reti nak tulis. HEHEHE.

Ini antara peserta program Perfect Match tu. Kiranya ini rancangan nak cari pasangan masing-masing la. Tapi sebelum tu, nak bagitahu. Bukan calang-calang orang tau yang masuk program ni. Perempuan pulak, bukannya tak cun tak ada rupa. Ha, korang jangan silap eh. Kebanyakan peserta program ni ada rupa, ada gaya, educated, karier kadang-kadang meletop jugak. Kesimpulannya, memang ok lah. Umur pulak, masih dalam lingkungan 20 an - awal 30 an. Average macam tu la. 

Ini pulak peserta lelaki. Biasanya setiap minggu, akan ditampilkan 3 atau 4 orang peserta macam tu. Kadang-kadang bergantung juga dengan pendek atau panjang sesi main cak-cak tu. Kalau ada yang berkenan, maka cepatlah sesi tu berlalu. Ok, macam gambar kat atas tu. Itu peserta yang pertama, biasanya mereka akan keluar dan perkenalkan diri mereka. Bagitahu benda-benda basic lah, macam tempat tinggal, umur, nama lebih kurang macam tu la. 

Lepas tu, peserta akan berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku. Masa ni, mereka akan dijudge oleh peserta wanita. Kena tahan la sikit perasaan masa ni. Yelah, kalau semua peserta wanita padamkan lampu, mau tak malu? Malu oo. Tapi peserta ni semua sporting. Itu yang best tu. Sebab kita boleh amik pengajaran kat sini. HEHEHE. Saya suka ambil pengajaran disetiap rancangan yang saya tonton ;) Kamu juga begitu bukan?


Semua wanita tak padamkan lampu. Ok 24/24. Ala, lupa pulak bilangan peserta untuk show ni. Rasanya dah betul dah tu. 24 orang. Ngee! Kalau lampu semua terpasang, kiranya peserta lelaki ni ok la di mata mereka. Next step.

Biasanya hos akan tanya apa-apa soalan yang dia nak tanya. Hos ni namanya errr payah ar nak ingat nama orang ni. HUHUHU. Yang saya ingat, ddia best tau, kalau dia nak tanya. Main taram je soalan dia. Kadang-kadang suka je dia sakat peserta dan hos lelaki botak yang seorang lagi. Tapi sakat suka-suka aje. Macam kalau korang datang sini jadi peserta, hati mau tabah sikit ar. Telinga kena kasi kebal sikit. Tak boleh cepat melatah. Eh ada juga tau peserta yang semacam je. Macam dalam dunia dia je, jadi macam susah la macam tu. Pendirian dia tu, macam rigid sangat. Jadi mana peserta wanita nak pilih kalau macam tu gayanya.


Antara soalan yang dikemukakan kepada peserta lelaki. Macam soalan dalam tv tu kan, kalau korang nak tahu. Biasanya ada peserta yang datang semata-mata untuk seseorang peserta wanita tu aje. Urmm, macam ni untuk korang mudah faham maksud ku ini. Peserta lelaki ni datang semata-mata untuk peserta perempuan A aje. Sedangkan ramai lagi peserta wanita kat dalam tu. B ada C ada, D pun ada. Semua tu, dia tak nak. Dia datang semata-mata untuk A. Dah acap kali sangat peserta lelaki buat macam tu. Tapi sweeetttt giler ar dorang approach. Siap bawak coklat, bawak lukisan yang dorang lukis sendiri. Macam last week kan, ada peserta lelaki ni, datang semata-mata untuk perempuan ni. Dia bawak lukisan wajah perempuan tu. Touchinggg ooh. Dahlah lukisan dia cantik giler. Last kan, dia berjaya bawa balik perempuan tu. 


Ini peserta kedua. Tengok 3 orang dah padamkan lampu. Kiranya yang 3 orang tu, dah reject lelaki ni awal-awal. Kadang-kadang kelakar juga oo reason mereka. Ada yang reject sebab lelaki tu nampak lemah, pucat. HAHAHA. Memang jujur giler ar reason mereka tu. Peserta lelaki pula, kenalah menerima kritikan tu dengan berlapang dada. Oh kalau dah kena ayat 'muka awak macam tak bersemangat'. HAHAHA. Mau nak kena baling dengan kasut ni. Tapi itu lah, show ni memang agak telus ar. Kita yang kat luar boleh tergelak bila dengar alasan-kritikan mereka tu. Kalau yang dah jenis muka seposen tu kan, memang kesian juga lah.


Ni cikgu apa entah. Saya memang fail bab mengingat nama ni. Padahal duk ulang tengok berulang kali. Dia ni bagus bilamana bagi pendapat. Macam ada jiwa gitu. Tak tahu lah kot-kot dia ni ada ambil psikologi ke apa. Seorang lagi cikgu perempuan pun best. Dah la lemah lembut gitu. Memang bagus sangat mereka bertiga ni digandingkan.

Pernah tau, ada seorang peserta lelaki ni. Memang nampak sempurna, yelah dah ada kerjaya yang best. Good looking, semua ada la pada lelaki ni. Lepas tu, dia kena pilih antara 3 wanita. Dalam ketiga-tiga wanita tu, ada wanita yang telah jadi pilihan hati dia. Lepas tu, bila dia kena buat keputusan. Dia macam berfikir dan berfikir. Last, lelaki tu undur diri tanpa memilih walau seorang pun wanita. Kiranya dia balik dengan tangan kosong lah. Nak tahu tak apa cikgu lelaki ni cakap? Dia cakap, dari awal lagi dia dah agak lelaki tu akan pulang kosong. Kerana wanita pilihan hati dia tu, nampak agak kebudak-budakan, tak matang. Manakala lelaki tersebut jenis yang berpandangan ke depan. Terkedu aje muka wanita tu. Memang kita boleh nampak ketidakmatangan perempuan tu. Dari segi lenggok gaya dia, cara dia macam yakin tak yakin je. Banyak la sebenarnya kita boleh ambil pengajaran kat show ni.

Peserta yang berjaya bawa wanita balik, biasanya dapat hadiah percutian atau kasut macam tu. Best ar.

Sekarang ni kan, abang 2 and kakak ipar pun dah melekat sama tengok rancangan ni. HEHEHE. Ok, jangan lupa petang nanti tau. Tengok lah, lama-lama anda mesti suka :)

Update:

Lagu untuk Perfect Match ni Girlfriend by Avril Lavigne dan juga Gee- Girl's Generation.
Rancangan ni dah berubah kepada Ahad jam 6.30 petang.



Si Comelku Afiq

Dah lama tak bergebang pasal Afiq. Dah besar dah dia. Kalau ikutkan umurnya sudah menjangkau 1 tahun 7 bulan. Wah, dah nak masuk 2 tahun. Sekejap aje masa berlalu.

Ok, diusia sekarang ni. Afiq dah banyak mengalami proses pembesaran, proses kehidupan sebagai anak kecil. Ahak ahak! Ayat nak baku aje, nak ayat buku aje. Biasa la, nak bercakap pasal anak buah. Mestilah seronok. Kalau ada ayat yang lagi hiperbola hiperbintang, udah lama saya goreng untuk digunakan sebagai penyedap kata. 

Dikala hujan mulai turun, saya mula rancak menulis. Oh patutlah tadi mendung, rupanya malam ni nak hujan. Tapi ada pepatah mengatakan mendung tak bererti hujan. Ayuh, kita mulakan langkah penceritaan. Suka sangat menyeleweng dari landasan.


Afiq dah pandai nak mengikut kita. Time ni nak pergi tukar barang kalau tak silap lah. Eh dia dengan tak bermandi lagi terus berpaut pada kaki kita. Buat muka kesian nak ikuttttt. Memang tergelak juga time ni. Sebab terasa macam, lololo comel la Afiq ni. Namun maaf kupinta eh, rayuanmu tidak dapat kuterima. Afiq tak boleh ikut kali ni. Lain kali eh. Melolong budak ni kena tinggal. HUHUHU.


Eh Afiq. Malu-malu bila ada perempuan comel datang nak bermain sama-sama dia. Time ni dia macam duk perati aje apa budak perempuan ni buat. Best juga duk tengok gelagat mereka ni.


Angin rajin dia dah datang dah. Buat-buat rajin membaca. Ini dah dikira nasib baik tau. Kalau tak, si tukang tulis ni kena buat bunyi-bunyian yang aku pun kadang-kadang gerun mendengarnya. HAHAHA. Yelah, bila kita tunjuk gambar tu kan. Kena buat bunyi sekali. Baru Afiq kagum mulut ternganga. Wah hebat oo makcik saya. Lepas tu, kita kena ulang dan ulang. Kadang-kadang berterabur aje bunyi binatang ni, tapi tak apalah. Afiq tak tahu. Dengan budak-budak boleh lah kita reka bunyi yang entah pape. Jangan sampai dia besar dia ingat bunyi zirafah macam ni udahlah 'ek ek ek'. Haru memang haru.


Afiq dah pandai posing depan kamera. Kira dah jadi satu geng lah ni. Kalau kita cakap, Afiq jooommm ambik gambar. Dia senyum datang kat kita. Mulah terngedeng-ngedeng badan dia nak tengok gambar yang diambil. Amboiii kelas Afiq. Kalau perempuan tu tak apa lah jugak :)


Bangun dari tidur. Terus menerkam kawan kesayangan dia. Anak kucing ni tengah tidur. Eh, dia sibuk-sibuk je meniarapkan badan dia kat atas badan kucing tu. Peluk kucing tu macam anak patung. Namun, kucing tu dapat melarikan diri dari Afiq. Yesss!! Nasib kena peluk, kalau tak. Kena dera dek Afiq ni, habislah ngko kucing. Lain kali, kalau nampak Afiq terus lari ar. Jangan menyerah diri macam tu je. Kena lawan la sikit. Sementara ceq tak buang lagi hang ni, maka eloklah kiranya hang gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Makan pakai, tidur kediaman memang selesalah bagi hang. Namun jangan ingat hari itu sentiasa cerah, harus diingat cuaca berubah seperti emosi manusia. Ada faham?? Parah kalau kucing faham semua benda yang aku tulis ni.


Episod kelakar di tahun 2012. Malam tu, saya dan Afiq nak ke airport. Time tengah drive tu kan, si penumpang sebelah ni DIAM je. Naik hairan la jugak. Sebab dah hairan terus la berpaling ke sebelah. Rupanya kepala dia terhalang dengan seat belt. Jadi dia kaku tak bergerak, tertoleh ke sebelah kanan aje macam tu. Memang kelakar giler muka Afiq time tu. Dia senyum je, aku dah tergelak besar dah. Kesian kat Afiq. Sebab nak sangat ikut pergi airport, tahankan aje la kesusahan yang dia hadapi tu.  

Gambar ni masa dah sampai airport dah. Tengok Afiq sekarang, dahlah dah pandai posing depan kamera. Dah pandai buat peace you. Wah, Afiq dah naik satu step ni. Begitu maju sekali. 

Memang Afiq dah maju. Tengahari tadi, masa dia sibuk duk makan nasi. Saja-saja la aku gi sakat dia. Afiq nak nasi sikit. Dia senyum sambil angguk. Aku nganga mulut. Dia suapkan. Tapi beberapa biji nasi je yang masuk dalam mulut. Yelah, tangan dia tu kecik. Lagipun dia bukan pandai suap pun. Ambil nasi pun tak pass lagi. Lepas dah sesuap dia suapkan. Kali ni, saje je la pandang nasi tu. Konon nak kasi hint la 'Afiq nak lagiiiiii'. HAHAHA. Afiq faham dan dia suap lagi. Best ar kalau macam ni. Kali ketiga Afiq suap, kita gigit jari dia. HAHAHA. Muka dia berkerut. Buat baik dibalas tuba eh. 

Nah, kali keempat. Afiq dah siapkan ambik nasi nak suapkan kat mulut. Aku nganga, tangan kecik dia tu dah nak sampai mulut. Tup tup dia turunkan tangan dia sambil ketawa. Eh eh, sape yang ajar nih???? Grrr!!! Afiiiiiiiiqqqq main-mainkan Cikda eh. Ingatkan kali tu je dia buat macam tu, rupanya suapan kelima pun sama. Last, malas ar nak layan Afiq ni. Kita kenakan dia, eh pandai pulak dia kenakan kita balik. HAHAHA. Terkena dengan budak kecik ni eh. Tapi serious comel muka dia time dia turunkan tangan sambil ketawa tu. Bukan ketawa apa pun, sengih lepas tu ada bunyi ketawa kecil sambil buat muka comel dia je. Cuma kan, mana dia belajar buat ni semua eh?? Tu yang aku hairan. Oh oh, jangan pandang saya. Saya tak pernah ajar Afiq buat macam tu. Kan Afiq kan? kan?


Thursday, December 13, 2012

S.e.n.y.u.m

source: tumblr 

Wednesday, December 12, 2012

Random Talk

1. Saya akan menulis ikut suka hati aje. 

2. Saya dah delete gambar-gambar yang pernah saya upload kat dalam MPS ni. Bila mana saya buka dan tengok kembali gambar-gambar yang pernah saya upload ni kan, ayat soalan yang bermain di kepala ialah 'macam mana aku boleh upload gambar yang entah apa-apa nih?' has been deleted!! Ok - done :)

3. Baca surat khabar tadi, dan terbaca satu berita sedih : Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meninggal dunia. Korang boleh baca berita pasal ni kat mana-mana suratkhabar online. Pernah cerita pasal dia di sini RAYA. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan masih terngiang-ngiang bilamana dia umumkan puasa atau raya. Syahdu. Lama eh dia jadi PMBBR.


4. Kasut vincci yang baru berusia beberapa bulan ni dah selamat saya kasi kepada officemate. Sebenarnya nak upload kat dalam blog or fb. Sebab memang niat nak kasi kat orang lain. Tak niat nak jual pun, memang nak kasi free. Sebab saya rasa tak selesa memakainya. Masa beli rasa macam ok je, berkenan sangat kat warna dia ni. Putih jelita je. Tapi bila dah lama-lama rasa macam tak best. Daripada saya biarkan ianya rosak, adalah lebih baik kasi kat orang lain :) Bila saya tanya akak tu, ok ke tak? Dia jawab ok. So, ambil aje lah. Sekarang ni, masih terdapat beberapa pasang kasut yang saya nak kasi kat sesiapa aje. Saya tak nak kasut-kasut tu semua rosak sebab tak pakai. Rugi kan? Macam membazir. 


5. Masa hari Sabtu lepas, saya secara spontannya menelefon kawan baik untuk melihat dia berpantang. Eh bersalin. Eh berpantang lah. HAHAHA. Dah mai confuse dah. Disebabkan saya masih mempunyai ruang masa yang agak lapang. Jadi eloklah kiranya saya membuat lawatan kebajikan kepada mereka. Rumah pertama ni, baru aje 11 hari melahirkan anak perempuan. Nama anak dia.. Urmmm, HEHEHE. Saya ingat Wan aje. Wan apa, yang belakang saya tak ingat. Rumah kedua pulak, kawan baik sejak sekolah rendah,  saya pergi di waktu petang. Selepas balik aje dari rumah pertama, terus saya wrapkan hadiah untuk baby tu. Seeee! Taraaa, buat ala-ala kipas gitu. Dah lama tak menceburi bidang bungkus membungkus balut membalut ni. Ini aje yang mampu dibuat. Kawan baik ni, dah lepas berpantang dah pun. Comel lah anak dia. Tapi tak ambil gambar kenangan pun sebab kami sibuk berborak. Sebab dah lama tak jumpa since dia kawin sampai dia pregnant sampai la dia ada anak, sampailah dia dah habis pantang.


6. Handphone yang menjadi kesayangan hati sejak 5 tahun yang lepas. Walaupun saya dah ada smartphone, tapi saya tetap pilih si hitam manis ni. Maklumlah, saya bukannya habis madu sepah dibuang dalam tong sampah. Bukan macam gitu ek. Sekarang ni dia ada sakit sikit la, bukan sakit apa pun. Memory dia dah full. Sebab terlampau banyak menyimpan khazanah-khazanah mesej. HAHAHA. Nanti saya akan bersihkan badan dia, buang apa yang patut. Semoga badan dia akan kembali sihat dan kembali riang gumbira. Ehee!


7. Barangan yang baru menjelma dalam hidup saya. Tak ada tujuan sangat la membeli barangan ni. Oh yang orange tu ada tujuannya. Itu mug untuk saya gunakan nak buat air ke apa. Murah je. Lepas tu, pasu berbunga comel tu. Dibeli sebab cantik dan saya nak buat koleksi je. Berbaloi beli.


8. Pada hari Isnin kot, ke Ahad macam tu la. Kami beramai-ramai ke pantai menikmati duriannnn! Wooow! Best giler. Makan secara beramai-ramai sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Tak sepoi-sepoi jugaklah, sebab sekarang ni musim tengkujuh. Jadi agak ganas angin meniup muka kami. 


8. Saya selalu terfikir, 'eh losyen dah nak habis la, kena beli baru ni'. Rupanya saya silap. Banyak lagi la losyen yang saya ada. Contoh losyen bulat tu kan, separuh pun tak terusik lagi. HAHAHA. Ada hati nak beli baru. Ok la, dalam deretan losyen tu kan. Hanya yang berwarna pink tu aje yang baru. Yang lain-lain dah kosong. Kiranya sekarang ada dua ajelah pilihan untuk saya gunakan. Berbaloi ar guna losyen ni semua. Sebab bau dia harum, tapi tak adalah tanganku jadi selembut kapas, selembut sutera tu semua. Tak ada ok. Urmm, saya tak kisah pun. Janji saya suka pakai. Mana tahu kot-kot nanti boleh jadi duta losyen. HAHAHA. Berangan oooii.

9. Tamat


Sunday, December 9, 2012

Wahai Anakku

Sebenarnya tadi nak kongsikan cerita pasal seorang pakcik bersama isterinya. Kebetulan terserempak semasa dalam flight. Cerita biasa aje, urrmm ok lah. Saya kongsikan aje la sekarang. Sebab tadi nak upload bersekali dengan gambar, tapi tak boleh pulak. Sebab dah over limit 1gb. Apa hal entah.

Ok, masa 30 November 2012. Saya naik flight sensorang. Lepas tu masa dah sampai kat airport, kebetulan ada sepasang suami isteri yang dah berpangkat makcik dan pakcik kat belakang saya. Semua orang dah berdiri nak keluar dari badan pesawat. Saya pula dah ambil bag pakaian yang saya letakkan kat sebelah tempat duduk yang kosong. Saya dah perasan, pakcik ni asyik tengok je. HAHAHA. Tapi saya buat derk aje. Memang saya pakar kalau buat-buat derk ni. 

Bila orang dah mulai berjalan keluar, saya hanya bangun tapi tak nak la keluar lagi sebab ingin bagi ruang dan laluan kepada pakcik makcik ni keluar dulu. HEHEHE. Yolah, kita kena dahulukan mereka yang perlu kita dahulukan. Time saya bangun, saya minta mereka keluar dulu, tapi mereka tak nak. Pakcik tu siap suruh saya jalan dulu. Nak tak nak, saya jalan la dulu. Sebab kalau saya tak jalan, nanti akan jam. Sebab kebetulan kami duduk kat seat depan. Orang yang kat seat belakang dah siap beratur nak keluar. Tak sabar nak keluar. HEHEHE. Sengih-sengih ajelah cakap TERIMA KASIH [senyum]. Banyak kali sebenarnya saya terjumpa dengan orang-orang baik ni. Kadang-kadang ada je urusan kita yang Allah mudahkan. Nampak benda ni kecil kan? Tapi bagi saya, ianya besar. Sebab tak semua orang nak bagi jalan kat kita. Kadang-kadang tu, saje je berebut-rebut nak keluar dari badan pesawat [macam best pulak tulis badan pesawat ni], padahal bukan nak pergi mana-mana pun. Rileks sudah la. Tapi saya kadang-kadang macam tu la. Ngeee!!

Kita sambung dengan cerita ni pula. Semenjak dua menjak ni, fb Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ni kan, suka sangat bagi pesanan nasihat macam ni. Saya pulak memang suka aje baca kalau perihal nasihat ke apa ni. Terasa macam ayah nasihatkan anak dia sendiri je. Terasa dekat, sebab dia pun seusia ayah saya. Err, lebih kurang la kot. Banyak nasihat dia, nanti saya pastekan satu persatu kat dalam MPS ni eh.

Nasihat dia :
Wahai anakku,
Ramai orang menganggap remeh dosa- dosa kecil, sehingga menjadi kebiasaan baginya. Tindakan tersebut menyebabkan ia akan terjerumus kepada dosa dosa besar. Demikian juga Janganlah engkau pandang besar atau kecilnya dosa yang kamu lakukan, tetapi lihatlah kepada siapa kamu lakukan dosa. Sebenarnya Kamu telah lakukannya kepada Allah yang mencipta kamu.
Wahai anakku,
Hati yang bersih seumpama kain yang putih bersih, setiap kekotoran yang melekat padanya akan terus kelihatan, demikianlah dosa, akan terasa setiap kali kamu lakukan. Di kala kamu terjerumus melanggar perintah Allah, tentulah kamu rasa bersalah dan menyesal. itulah iman yang meresap dalam diri kamu. Desakan iman menyebabkan kamu menyesal, bertaubat dan menangisi dosa yang kamu lakukan. Wahai anakku, Istiqamahlah dalam taubatmu setiap kali kamu cuai terhadap Tuhanmu, dan berusahalah membersihkan segala dosamu dengan istiqfar dan bertaubat. Jangan sesekali kamu biarkan dosa melekat di hatimu.

Wahai anakku,
Syaitan akan terus memujukmu dan menggelodak nafsumu, sehingga kamu akan terus melakukan dosa dan kemungkaran. Ingatlah dosa yang berterusan dilakukan tanpa taubat, menyebabkan kamu akhirnya hilang rasa bersalah, dan kamu tidak akan rasa menyesal terhadap dosa yan kamu lakukan.
Wahai anakku,
Ada orang yang melakukan maksiat berbangga dengan maksiatnya. Mereka bangga boleh menentang Allah, Nauzubillah. Janganlah sesekali kamu biarkan dosa dan kesalahanmu tanpa engkau bertaubat dan memohon keampunan dari Tuhanmu. Kerana bilamana hati terlalu jauh dengan Allah, ia akan berterusan dalam durhaka, dan bangga dengan maksiat yang dilakukan. Tindakan ini akhirnya akan membawa kerosakan iman dan aqidahnya.

Wahai anakku,
Basahi bibirmu dengan istiqfar dan zikrullah, kerana syaitan akan sentiasa berusaha memujukmu untuk terus melakukan maksiat. Nafsumu akan mendorongmu ke arah kemungkaran. Dengan kekuatanmu tidak mungkin kamu dapat mengalahkannya. Kerana itu kita diajar agar memohon perlindungan dengan Allah dari kejahatan syaitan yang direjam.
Semoga Allah mengampuni segala dosa yang kita lakukan. " wahai Tuhan kami, ampunilah dosa- dosa kami dan dosa saudara kami yang telah mendahului kami ( meninggalkan kami) dengan iman"
Senyum selalu....

Saturday, December 8, 2012

Dia lagiii ;)

Iyeee.. saya lagi. Jangan ditanya kenapa saya begitu rajin update blog hari ni. Sebabnya kan.Hari ni saya ada banyak masa. Err tapi janganlah potong mood saya dengan 'demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian'. Saya tak pinta pun peringatan ni datang, tapi tu la. Allah selalu jaga kita semua kan? Kita je yang lalai.

Urmmm.. sebenarnya tadi, saya bajet nak 'goreng kerepek' kat sini. Bila dah teringat peringatan tu macam ni, saya tulis semua perkara ajalah eh ;)  Sekarang kan, dari sini saya boleh dengar tazkirah yang disampaikan oleh imam kat masjid. Alunan zikir memang best dan boleh buatkan kita tangkap syahdu.

Oh ya, tadi kan kat dalam tv.. Kita nak cite nih, tolong baca eh [anak buah confirm baca, sebab saya idola mereka. HAHAHA] Eh tak ada lah, saja je buat lawak tak jadi. Macam kesian pulak dengarnya kan. KUA KUA KUA. Apa jenis gelak ntah. Tadi kan, tengok tv. Lepas tu disiarkan lagu arab pasal ibu. Oooo sedih sangat. Yelah, saya memang tangkap feeling dengan lagu tu.

*Tapi sayang, tak ada pun.*

Saya diserang oleh mengantuk lalu tewas mudah ditangannya. Saya terZzzzZz. HEHEHE. Jadi saya tak pasti apakah maksud ayat * itu. Saya try fikir, tapi tak dapat-dapat. Jadi biarkan ajelah. Tak penting pun.

Oh ya, saya tulis dalam satu perenggan aje nih, sebabnya saya tak reti buat ok. Jam dah 4.28 am. Entah apa yang saya nak buat esok hari. Harap akan lebih baik dari semalam. Tapi kalau berharap je tapi tak buat pape, payah jugak tu. Hai kenapalah encik M selalu menyinggah sekarang. Tak boleh jadi ni. Nak kena fighhhhttttt pulak nanti. Lemah betul la. Sebab saya akan lepaaakkkk je kat rumah tak buat pape. Giler dasyhat M ni. Eh macam mana eh ejaan betul dashat??? Dia mai konpius pulak dah.Oklah, saya nak stop dulu lah. Tata.

update: saya buat perenggan, sakit mata tengok satu perenggan macam tu je


Friday, December 7, 2012

Jumaat

Macam biasa, Jumaat adalah hari cuti. Seronok duk lepak-lepak kat rumah. Tak payah fikir kerja, tak payah fikir nak gosok baju ke apa. Yang dalam kepala hanyalah duk fikir, TV dan TV. HAHAHA. Lepas tu terfikir nak menaip banyak-banyak dalam MPS ni. Entah apa yang nak ditaip, tak tahulah. Tadi banyaakkkk giler rasa nak menaip. Tapi bila bukak handphone, lepas tu nak transfer gambar dalam blog. Ishh, tak boleh pulak. Video dan link, boleh pulak saya buka. Tension ar macam ni. Klik sehabis klik. Tak sukses juga.

Nak tak nak kena offkan handphone. Keluarkan simcard dari phone untuk letak dalam broadband. Dah lama tak guna broadband sejak sim tu saya pindah ke phone. Konon senang nak berwhatsapp. Haa, sambung balik cerita nak transfer gambar tu. Time kita tengah semangat macam ni la dugaan datang menguji jiwa. Kacau betul la. Penat cari mana la saya letak cable phone ni. Cari geledah bag semua, tapi tak jumpa. Rasanya masa nak balik itu hari, saya dah masukkan sekali dengan portable hard disc sekali. Namun, hampa! Tak ada kat dalam bag. UWAAA! Mana la pergi cable ni eh. Rasa nak nangis juga duk mencari. Urmmmm.

Tak apalah, nanti saya share gambar tu semua eh.

Tadi kan, dalam Al-Hidayah ada ceritakan pasal err pasal errr [nak tulis ke tak ni?? HAHAHA. Segan binti malu oo]

Sebenarnya tak ada la segan mana, cuma telah tersemat kat dalam hati yang saya nak menulis pasal benda ni selepas, bukan sebelum. Konon dah kira masuk dalam to do list la tu. Banyak oo kalau nak kira benda yang saya nak share dengan korang. Cuma ye lah, kadang-kadang bila masa belum sampai. Bila saya rasa macam masa tak sesuai, bila saya rasa tak best ar nak share benda ni kalau macam ni,

Benda ni hanyalah perkongsian dan ianya boleh dibincangkan secara berilmiah. Tapi saya dah bajet dah [macam nujum pak belalang pulak], lepas tulis pasal benda ni mesti orang akan tanya macam-macam. HAHAHA. Jadi malas ar nak tulis dulu, sebab nanti bila orang tanya saya tak ada jawapan. Ha, kan ke susah. Jadi sebelum susah [padahal tak susah mana], saya rasa saya hold dulu la pasal benda ni.

Bila fikir pasal kehidupan, ini lah dia.

Macam yang kita tahu. Mana ada kehidupan yang sempurna. Entah kali keberapa entah saya duk ulang ayat ni. Dah macam cikgu kaunseling pun ada. Paling penting bagi saya, perlulah kita bersikap positif pada benda dan perkara yang sesuai. 

Banyak benda kalau kita duk asyik fikir sempit tak meluas, payah juga sebenarnya ending nya nanti. Jadi suka saya sarankan di sini. Kalau boleh nak happy macam lagu yang dalam Destinasi Cinta Airasia tu. Lagu dia catchy giler. Tadi bila saya surf itnet, oo rupanya budak laki yang entah betul ke idok dia yang nyanyi. Sebab saya memang tak ada info pasal lagu ni. Pasal penyanyi lagi la saya tak tahu. HEHEHE. 

Eh jap, rasanya saya dah jumpa penyanyi asal dia. Rambut kerinting, kan? 


Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya di penuhi dengan senyumanmu

Alangkah Indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu

Hariku
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya di penuhi dengan suaramu divaku

Rasanya dah lama tak copy lirik letak dalam blog. Begini rupanya lirik dia. Yang saya tahu hanyalah 'hariku, harus dipenuhi dengan keceriaan'. HAHAHA. Tengok, lari giler kan lirik saya dengan lirik asal. Sebab saya rasa saya boleh je ubah lirik tu mengikut rasa hati saya. Bajet best. Urmm, mungkin sekali sekala dengar ianya akan OK. Tapi lama-lama dengar mungkin ia akan KO! HEHEHE. Sorry.

Dan saya rasa, hari kita akan lebih indah sekiranya disajikan dengan ABC Coklat. Ya Allah, sedapnya kalau dapat makannnn nihhhh!!!!! Ha, nak tunjuk betapa bestnya kalau dapat. Makan sepenuh jiwa la saya.

Dan lebih seronok lagi, jika saya pergi makan lunch yang telah ada kat atas meja tu errr sekarang. Ya sekarang.

Oleh itu, kita jumpa lagi nanti ya. 

Berblog-blog juga, perut kita perlu kita jaga. Kalau sakit, kita juga yang susah.

Untuk semua, hargailah kesihatan sementara kita masih diberi nikmat sihat.

Pesanan ni tak ditaja oleh sesiapa eh, datang dari hati ikhlas untuk diri sendiri yang selalu aje.

'Aida jom makan'.

'Nanti lah, makan lah dulu'.

Last, perut bergurindam dengan gitar karennnn! Muka gigil sebab kebulur, padahal makanan dah TARAK. Diulang, makanan sudah yilekk oo. Nangis la ko sensorang.

Ok stop dulu eh.


Thursday, December 6, 2012

Khamis

Minggu ni, dua hari je berkerja. Selebihnya cutiiiiiii. Best giler cuti, rasa tak nak masuk kerja. HAHAHA.
Masuk kerja, dah kena buat planning untuk next kerja. Episod baru akan bermula dan akan berakhir pada bulan Januari 2013 nanti. Begitu la circle kerja aku. Urmmm, nak cuti nanti, kena plan bebetul. 

Dua tiga menjak, kehidupan berlalu macam biasa. HAHAHA. Apa kena tetiba terkeluar ayat macam gini gayanya. Mudah kan cerita, kehidupan saya setakat ni normal. Masih melalui siang dan malam juga, err macam korang la juga :)

Tak ada benda menarik sangat pun. Eh adalah, sebab dapat habiskan masa dengan anak-anak buah dan juga meletihkan diri sendiri dengan berjalan-jalan. Apa ada hal, letih sikit je. Hasilnya seronok. 

Saya juga banyak belajar erti hidup 2 minggu ni. Erti mengalah. Erti .. urm entahlah.

Urmm, ok lah tu kan. Kiranya masih ada life yang nak dijalani. Patut bersyukur.

Hari ni dah hampir separuh hari berlalu. Entah apa kerja yang saya buat, saya tak tahu la. Ada tu adalah, tapi sikiiiit sangat la. Duk melangut depan pc, rasanya laagiiiii banyak kot. HEHEHE. Macam ni la, fasa sibuk baru nak bermula. Nanti bila dah sibuk, mula lah terkial-kial.

Sebenarnya kan, apa tujuan aku menulis sebenarnya ni?? HAHAHA. Entah, tak ada jawapan. Mungkin saje je kot nak habiskan masa yang ada kot. Bos dah lalu berkali-kali kat tepi tapi entahlah. Terberani pulak rancak menulis kat sini. Sekali sekala dia tengok 'apa kena dengan budak ni yang asyik merenung pc. screen putih aje. bukan tulis dalam word. lain macam je tu'. HAHAHA. Ok dah la tu aida. Jadilah duk mereka dialog. Fikir benda lain la pulak.

Ok, ni dah masuk Disember. Disember maknanya bulan 12. Kalau di eja dengan ejaan yang penuh ianya akan menjadi dua belas. Huruf romannya pula ialah XII. Haaa, terel tak tulis dalam huruf roman. Tak terel pun, sebab bukannya ingat sampai 12, setakat 10 pun dah kira bagus sangat la. Ya Allah, apa benda ni ha semua ni. Tulisan apakah ini. 

Sangat sia-sia. 65% sia-sia. Jadi, perlu ke saya delete entry nih? Kadang-kadang tak perlu delete pun. Biasa la tu, tak ada manusia yang 100% BAIK, dan tak ada pula manusia yang 100% PERFECT.

Meluah perasaan secara semborono ini juga boleh diklasifikasikan sebagai aromaterapi. Banyak lah mu punya terapi. Ngeee!

Ok lah, rasanya saya bukan dibayar gaji untuk menulis di sini. Tapi errr, ok saya faham.

Maka, pulanglah saya ke pangkal jalan untuk berkerja. Ok la tu, sedar daripada langsung tak sedar diri tu sedang berkerja.

Nak balik, nak lepak-lepak dengan semua orang. Ooo sangat BEST KUASA LIMA.