Saturday, December 28, 2013

Surat Dari Seorang Penganggur

Al-kisah satu cerita sorang budak pompuan yang bergelar penganggur. Hidupnya tak lain tak bukan hanya mengabihkan boreh, menaikkan bil letrik dan tak lupa juga menambahkan koleksi masa tido hinggakan tak boleh bukak mata dek kerno tido yang lama. Ish ish ish. Namun bogitu, otaknya takla beku sampai tak leh berfungsi. Eh.. pandai tau dia mencongak masa depan dio.

Cita-cita dan impian dia memangla tinggi, namun camne la nak capai cita-cita dan impiab kalau tak dak keje. Asap je la. Dikira ditolak dibahagi dan dicampur sampai naik poning. Jalan penyelesaian untuk bersara dari jadi penganggur masih tak terbukok. Tapi yang empunya diri dah meronta-ronta nak keluar gak dari sarang pengangguran yang akan memberikannya satu masa depan yang gelap dan kucar-kacirkan hatinya.

Oh.. pembaca sekalian, kalau hang ada atau tahu ada jawatan kosong keje yang HALAL, beritahulah cek noo!!

Iklan ini untuk mereka yang ada keje untuk aku
Sah sehingga aku dapat koje

-sign-

[semalam masa kemas barang barang kan, terjumpa surat ni. HAHA. surat masa jadi penganggur yang dihormati okay! wah wah. siap ada luahan hati eh. surat ni mungkin sebab dah bosan sangat kot tak ada keje. entah dah berapa lama usia surat ni. sampai naik kuning warnanya. surat ni terkoyak semalam sebab tersilap pegang. huhuhu. ok lah tu, surat ni bukti sekurangnya saya pernah jadi penganggur sekejap selepas habis belajar kerja. MUEHEHEH]



Sunday, December 22, 2013

Jual Beli

Hari Jumaat | 20 Disember 2013 | Pasar Malam

Petang Jumaat cuaca sangat baik. Saya mengambil keputusan untuk turun ke bandar. Kalau mengikut keperluan, ianya bukanlah keperluan sangat untuk membeli tudung. Namun disebabkan dalam kepala asyik 'tudung satin. tudung satin'. Maka bergeraklah saya ke pasar malam.

Sebelum saya dan sepupu dan Afiq ke pasar malam, kami singgah ke Giant untuk beli baju bayi. Bau baby best sangatttt oo! Lembut je.

Selepas tu kami ke Pasar Malam 1. Mak aih, saya dan sepupu berebut membeli seluar tidur. Lepas balik rumah siap berbalas mesej. Dia bagitahu 'puas hati. jom minggu depan kita beli lagi'. OK! Minggu depan ada aktiviti lagi, ngee! Afiq merengek tak nak berjalan, terpaksa dukung. Berat amat! Dahla dia tak nak sepupu saya yang dukungkan. Terpaksa lah terhegeh hegeh dukung dia. Orang tak nak ajak dia nak ikut. Kesian juga kalau tak kasi ikut. Masa kat sini kan, tudung satin tak banyak sangat. Dahla kain dia kasar semacam. Lepas tu gunting macam orang tak pandai menjahit je. Renyok teppang [maksudnya gunting secara tidak lurus]. Saya tak jadi beli 2 helai, saya beli sehelai yang pada pandangan mata saya jahitan dan guntingan dia lebih baik 

Lepas tu kami ke Pasar Malam 2.

Mencari tudung satin lagi. Entah mengapa, saya memang terpaut benor dan benor pada tudung satin. Sebelum ni dah beli 2 helai, termasuk kat Pasar Malam 1 sehelai dan ingin beli lagi dan lagi. Sebabnya kan, tudung satin ni cantik dan yang penting kain dia tebal, tak adalah nampak leher. Satu lagi kan, saya suka tudung satin yang tak berkilat macam cahaya spotlight tu. Saya lebih suka satin yang tidak berkilat. Ala, adanya jenis yang tak berkilat. Sebabnya kan, saya rasa tak sesuai sangat kalau material berkilat 

Saya ke tempat biasa, bila belek dan belek tudung yang ada. Urmm, nampak sangat dia tak restock tudung satin ni. Bila ditanya, dia jawab musim tudung satin dah habis dah. Uish, cepat pulak eh. Biasanya kalau ada apa-apa koleksi terbaru, Terengganu ni agak ketinggalan sikit. Biasanya pakaian/tudung tu dah ada kat KL/Selangor, 3 5 bulan selepas tu, barulah sampai kat Terengganu. Biasanya macam tu la. Lepas tu harganya pulak memang mahal la sikit.

Saya belek dan berkenan pada tudung purple ni. Nah model kat bawah ni haa. Kalau kat luar, kain dia nampak lah berkilat sikit. Sikit la tak banyak. Masa sedang membeli tu kan, ada tudung satin kelabu. Urat kain dia dah macam rosak. HAHAHA! Urat pun urat lah aida ooi. Saya cakap kat budak perempuan tu. 

'Tudung ni awak jual berapa?'
Dia cakap 'RM10'.
Saya cakap kat dia. 'Kain dia rosaklah dik. Kenapa awak gantung juga? Kalau pembeli yang dok [tak] membelek sepenuhnya, memang dia dok perasan ni. Saya memang jenis belek'.
Lepas tu dia cakap 'dok perasan lah kak, kalau customer kabo [bagitahu] barulah kita tahu'.
'Ooo'. Saya try ejas tudung dengan budak ni. 'Kalau rosak macam ni, agak-agak awak bagi berapa?
'Dia jawab 'tudung ni sebenarnya RM15 tapi kita jual RM10 je'. Maksud budak perempuan ni, tak kiralah tudung tu rosak ke, tak rosak ke. Harga dia tetap RM10.
Saya pun cakap kat dia. Pergi tanya kat mak awak, berapa harga yang dia boleh kasi. Lepas tu dia berjumpa dengan mak dia. Bila dia datang, dia cakap kat saya ayat yang sama macam tadi. 'Tudung ni RM10 kak, sebab biasa jual RM15'.
Saya bukan nak beli sangat sebab kain dia memang dah rosak, namun kalau dia cakap 'harga dia boleh dikurangkan sikit, saya mungkin akan beli'. Sebab bagi saya, harga tu tentu berbaloi dengan tudung tu. Warna dia cantik, kelabu gitu ha. Kalau sesiapa dengar, RM10. Uish dah murah kan? namun kalau dah rosak dan juga digunting melintang pukang, memang saya tak beli [refer Pasar Malam 1].
Lepas tu, saya cakap kat adik tu. Dik, tudung yang rosak ni awak simpanlah. Jangan sangkut kat sini, kesian orang yang nak beli nanti. [bahasa kasar dia, kesian sebab macam kena tipu je. Rosak pun RM10, elok pun RM10. Akak ni memang kalau berkenan, akak beli je. Bukan yang rosak lah, yang elok. kalau yang rosak tapi awak bagi diskaun sikit pun, mungkin akak consider untuk beli. Wah gitu. HAHAHA]. Budak tu tersengih sengih je. Tudung tu kan, tak dialihnya. Hish! Kalau macam ni gaya berjual beli, memang kayalah. Kat sini saya beli sehelai ni aje lah. Si purple ni. 

  
Tudung ni, kita kena hati-hati sebab dia mudah tertarik benang. Silap pin sikit dah habis lah kau tudung. Manja benor.

Tadi kan, parcel saya dah sampai. Baru order dah sampai kat tangan. Yeayy! Nantilah saya cerita eh :)



Wednesday, December 18, 2013

Bila Allah menjentik hati kita

Petang semalam, saya ada menerima mesej dari whatsapp. Kawan saya forwardkan mesej ni.

~Kebanggaan Ibu~

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 7A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:


Yaumayafirrul mar'umin akhih.....


Wa ummihi...wa Abih.... [kalau dengar ayat dia memang boleh menangis, sayu sangat]


Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai pembaca madahku ini...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?

Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung korang bangga sebab korang dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu kejadah pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari korang?

Selama berbelas-belas tahun aku telah bazirkan masa aku untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dajjal, dan aku tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja...

"Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.

Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat....

Nak beli gula-gula Hacks pun tak boleh dengan "pujian" tu...

Bahkan nak kencing berak kat tandas awam yang kena bayar 30sen pun tak boleh dibayar dengan "pujian" tu....

Totally damn useless...

"Pujian" itu nilainya lebih rendah daripada najis dalam tandas...

Maka adalah bodoh sejuta tingkat bagi orang yang siang malamnya didekasikan untuk dunia semata-mata untuk dapat pujian masyarakat...

Melainkan jika ianya pujian kebanggaan daripada ibu kalian kerana khidmat kalian atas agama...

"Pujian" itu menjadi sangat bermakna kerana kelak di akhirat juga ia akan menjadi sesuatu yang bakal Rasulullah banggakan....

Maka aku menyeru, tak kiralah korang ni budak pondok ke, madrasah ke, pelajar U ke, doktor ke, pensyarah ke, Perdana Menteri ke...

Janganlah jadi bodoh dengan merasa gembira akan pujian...

Dan janganlah menjadi bodoh dengan merasa marah dengan celaan...

Buatlah kerja masing-masing kerana keredhaan Allah...

Dan untuk menjadi kebanggaan Rasulullah...

Aku menangis untuk diriku,
Kerana aku hidup ketika zaman itu,
Bukan kerna aku salahkan zaman,
Tapi kerna aku sedar akan kelemahan iman.

Memang aku tak mampu mengubah umat...
Tapi aku mampu mencoretkan sebuah tulisan...
Ketika dunia ini semakin hari semakin tenat...
Maka bersaksilah aku telah menyampaikan.....

Selamat Tinggal Dunia . . .


**********


Masa saya sampai di perenggan surah Abasa tu kan. Saya teringat entry INI. Entry yang pernah saya tulis beberapa hari/minggu yang lalu. Dalam hidup saya, banyak sangat kebetulan yang saya alami. Penulisan saya di dalam MPS ini adakala tulis hari ini, lusa atau minggu depan akan ada ayat-ayat atau sedikit persamaan dengan posting orang lain. Tak kiralah dalam fb ke apa. Yang pasti posting mereka lagi bagus dan menarik. Lagi padat dihuraikan. Saya suka!

Saya tak baca sampai habis pun mesej yang kawan saya bagi tu. Baca hanya separuh. 

Saya menyambung sembang dengan kawan saya.

B [nama depan je saya bagi].. surah Abasa tu memang sedih aku dengar
*kalau kita dengar
aku ingat aku sorang je rasa gini..rupanya dok sangka ada orang tulis juga pasal benda ni

ye ker haida
aku xtahi
tahu
aku syahdu..sebab aku ada niat nak improve diri dalam agama
pagi tadi baru jah kecek pasal kiamat dengan ngan hasben aku
koho semangat ngan niat aku
moga beroleh keberkatan

kalau mu dengar tanzil.net.. mu gi kat ayat tu..memang sedih giler B..
mu try ar dengar ........... [saya skip je la, sebab macam personal la pulak kan conversation kami]
alhamdulillah..moga istiqamah B..
......
......

oo. 
nati nak tengok la
kena usaha baiki sket2 walaopon payoh
godaan dunia terlalu kuat sampai kita sayang nak tinggal

.........
........
........ [saya skip]

Saya kagum dengan kawan saya, dah baik namun berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Sebagai kawan, saya senantiasa menyokong setiap niat baik yang dia nak buat. Bukan senang nak dapat hidayah, kita perlu mencarinya, berusaha melawan dugaan yang maha hebat ni. Dugaan dalam diri, dugaan di luar sekitaran kita. Hoyeh hoyeh juga, agama jangan dilupa. Bersyukur sebab memiliki kawan yang sebaik ini. 

[text B tu memang saya tulis sepertimana dia tulis kat saya. saya pula lebih suka tulis penuh walaupun dalam bermesej. cuma kadang kadang je saya guna short form].

Kesimpulan : setiap orang pada asalnya dilahirkan adalah baik, bersih suci. Bila dah lama hidup, kita akan diseliputi debu, kotoran dan jelaga. Namun sudah fitrah manusia, ia akan mencari jalan pulang. Jalan di mana kita berusaha untuk mengikis titik titik hitam dan kotoran dari diri. Jalan pulang mencari keredhaan Allah.

Hari ini barulah saya selesai membaca mesej tu :)



Tuesday, December 17, 2013

GUMBIRA!

Tadi pergi jalan-jalan ke pasaraya. Saya cakap
takmoh beli lagi lah. nak tunggu gaji masuk dulu'. 
Lepas tu kawan saya cakap 'ok ar, gaji dok lama doh, hari Khamis ni doh'.
HAA??? Hari Khamis ni ke?? Sungguh ke?? 
Kawan saya cakap 'holah, hari Khamis ni lah'.
Saya : Eh bukan puluh puluh haribulan ke?
Terkejut sangat tapi GUMBIRA bukan main lagi lah. Ya Allah seronoknya dengar.
'Bakpe gaji awal eh?' 
Kawan saya cakap lagi, 'sebab nak buka sekolah kan, jadi bagi awal lah. Lepas tu Krismas pulok'.
'Ooo. Eh Sue, saya rasa suka lah, sebab gaji awal. HAHAHA'. Motif sangat kan.

Saya memang tak amik hal sangat pasal gaji sebab dah set kat kepala, gaji adalah 23 /25 haribulan macam tu. HEHEHE!

Namun saya sangat HAPPY!

FISH

Ahad 15 Disember 2013. Saya cuti. Emergency leave. Kakak ipar 2 demam. Jadi antara perasaan malas dan kemanusiaan bersatu. Bersatu teguh bercerai roboh maka saya EL. Kasihan sebab pada Jumaat dan Sabtu saya tak ada kat rumah. Sepanjang hari Sabtu dia tak boleh bangun. Dahlah pregnant. Sangat belas oo! 

Jadi saya ambil keputusan untuk jaga Afiq. Bukan jaga sangat lah, sekadar layan kerenah dia je. Untuk makan, mandi, minum susu. 

Malam Ahad, saya baru sampai ke rumah dari Kemaman. Haa, Kemaman kan banjir. Kakak 2 saya antara mangsa banjir. Nanti saya ceritakan.

Sampai kat rumah dah tak sabar nak tunjuk hadiah ni kat Afiq. Saya beli kat kedai A to Z kalau tak silap. Kedai tu dia ada buat lelongan barang. Jadi saya beli benda alah ni. Saya tak tahu orang panggil apa. Harga dia RM4.50 namun dapat dibeli dengan harga RM3. Dah jimat dah kat situ.


Afiq minta walid dia lukis apa sahaja. Walid dia lukis fish. Afiq datang cakap kat saya 'fish tuda [cuda], walid lukih'. Banyak sangat cerita fish yang saya bela yang tak sempat saya coretkan kat sini. Sedih sangat kalau teringat kat fish ni. Bukanlah sedih sampai meratap, namun terasa la kat hati. Ada lah terasa sikit.


Yang ni pun fish saya, namun versi lain sikitlah. Abang 2 saya pandai melukis. Fish yang dia lukis ni, memang menggambarkan ikan yang saya bela. Namun dua-dua ekor dah mati. 

Keesokkan harinya, hari Ahad. Hari saya EL. Untuk mengelakkan si Afiq ni turun ke rumah jiran di tengahari buta. Ceritanya begini, selepas dia mandi dan pakai baju. Terus dia ke muka pintu sambil cuba membuka tombol. Namun tak berjaya. Biasanya dia berjaya je. Saya tengok ajelah. Hairan juga kenapa pintu tu tak boleh buka. Dia menangis sampai keluar hingus. Nak keluar juga. Saya tanya 'Afiq nak gi mana?' Dia jawab 'umoh aizs' [rumah Faiz]. Saya pujuk dia, 'dok payoh gi rumah faiz ar, kita main lukis lukis nok?'. Terus dia berlari masuk dalam bilik dia ambil benda alah tu. Saya try pulas tombol pintu, urrmmm patutlah tak boleh buka. Licin macam ada kesan minyak.


Jadi melayan kerenah si Afiq lah pada masa tu. Dia minta lukis fish, saya lukis. Dia padam, saya lukis balik. Dia padam lagi, saya lukis lagi. Dia padam lagi dan lagi. Saya pun bercampur jemu lukis dan lukis dan lukis lagi. Dia cakap 'lukis fish tuda, mok ye, ayoh ye, ini ini ini ini..' Setiap ruang kosong memang saya kena lukis ikan. Dahlah lukisan saya teruk. Saya bukan reti sangat nak melukis, namun pada pandangan Afiq mungkin lukisan saya tu bertaraf antarabangsa. HAHAHAHA! Dia minta lukis fish besar, lukis bear, lukis airr. Sampai saya 'Afiq cuda ngantuk lah'. Dia pun jawab 'afiq pun ngantuk gok'. EEE! Dia dah pandai bercakap, sangat pandai. Sampai kita jadi geram.

Tak lama selepas tu, barulah dia mula beralih ke permainan lagi.

Akak rasa lega noh!





Friday, December 13, 2013

Perancangan Yang Kecundang

Dari tadi lagi nak menulis pasal perkara ni. Tapi tertangguh sebab melayan CCS. Bila naik level ni, rasa makin ralit duk melayan. Anak anak buah pulak asyik cakap 'cuda berjaya doh'. HAHAHA. Dorang tahu saya selalu kalah. Selalu dia jenguk atau perhati saya main ccs sambil cakap. 'Dok menang lagi ke cuda?' 'acik rasa cuda dok menang kali ni'.

Kisah yang saya nak tulis ni sedikit panjang. Penuh keinsafan bagi saya. Tadi saya ada post kat status fb dengan makna tersirat. Yang pasti saya seorang aje yang tahu apa makna dia. Tapi biasalah fb, bukan kita boleh membebel panjang panjang pun. Bukan tempat yang terbaik nak merintih, nak meluah rasa. Kalau setakat sipi sipi tu, bolehlah. Kalau berlebihan ianya sungguh tak sesuai.

Perancangan yang kecundang ini benar benar menginsafkan saya. Lebih kepada sedar yang saya ini insan yang lemah dan tiada daya upaya melainkan Allah.

Kisahnya begini. Bulan lepas saya mengisi cuti untuk 12/12/13. Konon nak join cuti dengan mengikuti trip orang lain. Kiranya saya bercuti tapi orang lain tu dia pergi atas dasar trip berkerja. Destinasinya di luar Terengganu.

Pada 11/12/13. Saya plan nak balik rumah jam 1pm sebab nak kemas barang barang untuk bercuti. Saya dah kemas barang pada malam tadi, namun tak sepenuhnya siap. Saya memang punya perangai selalu tak bersemangat nak bersiap walaupun nak bercuti bergumbira tepuk tangan sama sama. Lagu la pulak. Selalu last minute punya kerja. Eh, tiba tiba saya dikhabarkan yang ayah pegawai saya tenat kat hospital. Lalu kami semua buat keputusan untuk pergi melawat ayahnya. Masa tu dalam jam 12 lebih. Semua orang pergi dengan kenderaan jabatan manakala saya pula dengan kereta sendiri. Semasa nak pergi ke hospital tu kan, kakak 1 sms bagitahu anak anak buah saya nak balik. Anak buah yang berumur 7 & 5 tahun. Menangis memekik sampai kakak 1 buntu. Kesnya mereka bergaduh. Memang mereka ni tak boleh tersilap cuit ke apa. Maka meletuslah perang. Hai, kena ambil anak buah pulak dah tentu makan masa lagi.

Saya memandu ke hospital dan selesai melawat. Terpaksa minta kakak 1 hantar anak anak buah saya tu separuh jalan. Maknanya saya tak perlu pergi ke rumah kakak 1 yang makan masa hampir 30 minit tu. Jadi kami bertemu di tengah jalan je. Selepas ambil anak buah saya terus pulang ke rumah. Jam dah menunjukkan pukul 1.40pm. Memang kalut ar. Masuk kerja pukul 2pm.

Sampai kat rumah, saya kemas beg. Dalam pukul 230pm saya ke pejabat. Selesai solat saya sambung buat kerja. Selesaikan kerja dulu sebelum cuti. Jam 340pm. Saya dah tak tahu nak buat apa jadi saya keluar menolong kawan pejabat. Dia tanya nak pergi bila? Saya jawab petang ni. Masa tengah buat kerja tu perut saya memang lapar gilossss!! Ada pegawai yang baik hati orderkan pizza. YAHOO! Kebetulan & nasib baik. Sebenarnya ada kawan kawan yang saja sakat pegawai tu minta dia belanja. HAHA. Saya ni menumpang je :)

Jam 420pm saya berhenti buat kerja untuk solat. Masa tengah kemas kemas meja sebab dah nak balik kan. Telefon berbunyi jadi saya pun angkat. Hai lama la pulak pemanggil ni bercakap. Saya dah tak berapa nak fokus kat percakapan dia ni. Yelah time tu dah 450pm. Dah habis office hour dan yang penting saya nak bergegas ke tempat lain. Kata nak pergi bercuti kan. Adik 1 dah mula telefon sebab saya minta dia yang hantarkan saya. Tapi saya tak boleh nak angkat sebab masih duk melayan pemanggil bertuah ni.

Lepas je habis bercakap, letak telefon keluar dari bilik. Kawan kawan panggil suruh makan pizza. Saya dah kalut. Ambil pizza letak dalam envelope. Tak sempat nak makan.

Sampai kat pejabat kawan saya tu. Terus naik atas tukar baju. HAHAH. Panjang kan cerita ni. Sabar dan teruskan membaca. Ngee!

Dah tukar baju semua sambil gelak gelak. Tiba tiba masa kami nak turun, kawan saya bilang sesuatu yang tak boleh saya terima. Terus je saya 'orang dok gi ar kot kalau gini'. Kawan saya pujuk 'dakpo dikda, mari ar gi'. Dia faham situasi saya dan saya faham situasi dia. Mata dia dah merah menahan tangis. Tapi saya memang tak boleh ikut disebabkan hal ini. Hal yang sulit untuk dijelaskan. Saya tegas dengan keputusan tak nak pergi!

Saya telefon adik 1 supaya ambil semula saya. Bengang la dia kat saya. Masa saya masuk dalam kereta, dia tanya saya. 'bakpe takmo gi pulok?' Saya jawab dakpe. Sebab malas nak panjang cerita.

Masa kat rumah. Saya buka fb, ngam ngam ada tazkirah ni [rujuk gambar]. Memang tepat kena kat muka saya. Dari bulan lepas saya merancang nak bercuti. Tup tup masa dah nak bertolak saya batalkan percutian tu. Allah merancang dengan cintaNya. Saya pula merancang dengan cita cita.Nampak tak beza dia. Nampak tak apa yang saya nak sampaikan ni. Nampak tak betapa lemahnya saya. Nampak tak saya tiada apa apa kuasa. Nampak tak kebesaran Allah. Nampak tak betapa kita ni kerdil. Nampak tak saya kecundang di sini.

Malam tadi masa saya ke rumah kakak 1 untuk mengambil baki 2 orang lagi anak buah. Kakak 1 tanya. Cepatnya balik pergi ***** [nama negeri dirahsiakan]. Saya jawab dok gi pun. Bila sampai kat rumah, anak buah saya yang besar tanya. Ni ke beg baju yang nak bawa gi *****? Saya jawab a'aa. Dia gelak. Kuang asam anak buah aku ni.

Sehebat mana pun kita merancang tak kan sekali dapat melawan ketentuan perancangan Allah. Tentu banyak hikmahnya saya tak pergi ke sana. Tentu!

Tuesday, December 10, 2013

Hujan

Pagi tadi kan, saya terlintas nak tulis cerpen lah. Cerita benar, namun ending dia kan. kan kan. Saya nak buat happy ending, sebab ending dia sebenarnya saya pun TAK tahu. HAHAHA. Sebenarnya kan, saya kuat berangan tapi selalu tak pandai nak tulis kat alam maya. Nasib baik, sebab kalau pandai, memang teruk. Malu kat anak buah kalau dia baca MPS ni. Hari ni kan, hujan lebat. Sebetulnya saya nak tulis pasal banjir namun candy crush menjadi penghalang. Ha, nampak tak pandai cari alasan di situ.

Sebenarnya, saya nak cakap saya nak tulis cerpen je tadi, impian hati untuk Disember 2013. Tapi biasalah. Bila keyboard di jemari memang kita tekan je huruf dari A hingga ke Z.

Hari ni kan, kawan saya bawa ubi kayu rebus. Kawan-kawan saya sangat bagus, dahlah ada anak-anak nak kena layan tapi sempat lagi nak memasak. Saya yang memang tak pandai nak masak ni, biasanya buat muka seposen je lah. Paling kokak pun, kita belanja lah dia. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Ewah berperibahasa pulak. Ke pantun nih? Entah. 

Sebenarnya, seronok juga kalau menulis tanpa hala tuju ni. Nantilah saya menulis cerita yang ada isi dan tidak membazirkan masa korang membaca. Nantilah sampai berjanggut. LOL!

Selasa bertarikh 10 Disember 2013 jam 8.53am, maka terhasillah entry ini.

Publish!


Thursday, December 5, 2013

Ayat Ini

Dah lama nak tulis pasal ayat ini. Ayat yang bilamana sampai di sini, fikiran saya menerawang jauh. Sangat jauh hingga menembusi cermin hadapan lalu menerombos ke dinding simen. HAHAHA. Seronok sungguh bermain dengan bahasa, teringat akan Fetri yang TV3 tu la. Yang selalu berpuitis. Banyak betul tatabahasa dia. Idea pun banyak. Bukan nak cakap pasal bahasa. Nak cakap pasal ayat.

Surah Abasa | 80 | ayat ke 35-42

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
Dan ibunya serta bapanya,
Dan isterinya serta anak-anaknya; - 
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, 
Tertawa, lagi bersuka ria;
Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. - 
Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka. 

Tatkala mendengar bait-bait ayat ini, memang hati terasa sayu. Ayah, ibu, adik beradik, saudara mara, suami, anak-anak. Itu hanyalah pelengkap rasa. Yang pasti kita akan keseorangan membawa bekal amalan kita. Lahir seorang diri dan balik ke sana pun seorang diri.

Surah Al-ahzab | 33 | ayat ke 35

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.


Surah Ash-sharh | 94 | ayat ke 5-6

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 



Tuesday, November 26, 2013

Ringkas

Bagi penulisan yang berbentuk rasmi, saya perasan saya tidak berapa gemar menulis dengan ayat-ayat yang berbunga-bunga. Yaa, contoh ayat yang adakalanya membawa maksud yang sama, ayat yang akan memanjangkan lagi surat atau apa sahaja yang kita lakukan. Bagi saya, biarlah ianya ringkas, padat dan terus kepada tujuan penulisan. Tak payah nak berlebihan sangat. Saya rasa sarat, saya rasa 'hey, ringkaskan saje boleh?'

Bagi penulisan di dalam blog pula, biasanya ayat yang saya gunakan memang tiada had mengikut apa yang saya rasa nak tulis. Kadang-kadang nak cerita sikit aje, tapi dia punya konar mak aii. Panjang berjela.

Err, ini aje yang nak ditulis.



Sunday, November 24, 2013

Kematian Yang Dicemburui

Pada awal bulan 11 yang lalu, seingat saya. Saya pernah like satu status Ustaz Hasrizal yang menyatakan akan kehilangan seorang pemuda bernama Ahmad Ammar di dalam kemalangan. Entah siapa dia, saya pun tak tahu. Saya sekadar like selepas membaca status tersebut.

Selang minggu kot, saya ternampak gambar lelaki dalam kain kafan macam tu la lebih kurang, tapi langsung saya tak klik. Biasa lah dalam facebook, orang kan suka share gambar atau cerita macam-macam. Bila dah ternampak 2 3 kali gambar yang sama. Saya terasa nak tahu, apa sebenarnya ni?

Bila dah baca cerita tentang Ahmad Ammar, ternampak lah pulak perkongsian video beliau. Ya Allah, saya tak sangka status Ustaz Hasrizal adalah mengenai seorang anak muda atau lebih tepat pangkat adik kepada saya yang sangat HEBAT!

Video tu memang saya tak tengok sekaligus. Sebabnya, line slow lepas tu, saya terpaksa pause. SEDIH! Sedih bukan sebab dia meninggal, namun sedih apabila melihat ibu bapa Ammar. Sedih mengenangkan diri sendiri.

Bayangkan, seorang ibu seorang ayah yang pada kaca mata saya, sangat memiliki ketabahan yang luar biasa. MasyaAllah. Subhanallah. Saya tak tahu apa ayat yang patut saya tulis. Tiada ayat yang sesuai. Sampaikan saya 'aku nak jadi setabah ibu Ammar'. Padahal saya tak kenal langsung beliau. Namun, bila melihat wajah tenang beliau bersama suaminya, betapa besar jiwanya. Senyuman terukir dibibir, kita boleh ke macam tu? Rasanya, kalau saya lah kan, dah bercucuran airmata macam hujan di musim tengkujuh.

Selepas beberapa kali pause video tu, barulah habis saya nontonnya. Betapa bertuahnya beliau. Dengan umur yang muda, dengan pengisian dikala umurnya masih muda. Ya Allah, jauh benar dengan kita [saya]. Entahlah, tapi saya memang cemburukan adik Ammar ni. Sehingga ke hari ini, saya masih mengikuti cerita beliau. Korang boleh like page Sehidimiz Ahmad Ammar yang dicreate selepas akaun mak ayah beliau dah penuh, sebab ramai sangat orang nak add dia kat facebook.

Pada pandangan saya, adik Ammar memang seorang yang biasa namun luar biasa. Dia bukan seperti anak-anak muda yang biasa. Bila melihat gambar dan aktiviti dia, dia bukan seorang mat skema. Nerd atau berdamping 24 jam dengan buku ke apa. Namun aktiviti hidupnya penuh dengan warna yang sangat berpelangi. Bagi saya, memang sukar nak cari orang yang macam beliau. Mungkin ada, tapi sukar. Dengan misi kemanusiaan yang pernah dia buat, dengan bermusafir dari satu tempat ke satu tempat, mudah cakap pengisian hidup beliau menyeluruh. Seimbang dari segi akademik dan juga agama. Bagi saya, adalah satu kebiasaan andaikata seorang itu seorang yang anak pondok. Ah, macam mana eh saya nak bagitahu. Urmm, macam ni. Bagi saya lah kan, ianya adalah biasa sekiranya seseorang itu hidupnya tertumpu kepada satu fokus sahaja. Contoh, ada yang belajar di pondok dan fokusnya ialah mendalami bidang agama. Itu tak salah. Mereka biasanya akan pakar dalam satu bidang dan adalah juga yang pandai di dalam bidang lain juga, namun bilangannya tak ramai. Bagi pendapat dan pandangan saya pula, ianya akan lebih luar biasa, andaikata seseorang itu boleh dicampakkan ke mana sahaja. Maksudnya, agama dia bagus, pergaulan dia bagus, hubungan sosial pun dia bagus, cara hidupnya juga bagus. Urmm, ayat ini tak menggambarkan sepenuhnya apa yang saya maksudkan. Namun bolehlah. Jika kita melihat seseorang yang berjubah, berkopiah secara tidak langsung, kita tahu ilmu agamanya tentu tinggi. Ini kerana kita menilainya melalui pemakaian. Namun, melihat orang yang biasa. Pakai baju biasa, pakai jeans, pakai slack berkemeja biasa namun pengisian agamanya tip top, ini lebih dikagumi kerana kita tidak sangka dia sebegitu. Klise kan? [ini sekadar pandangan saya, maaf ayat macam tak sampai maksud. mungkin nampak macam berlebihan]. 

Berbalik pada beliau. Saya hanya menonton dan membaca cerita tentang beliau, kenal langsung tak. Namun aura yang ada pada beliau, sangat menyentuh hati. Terasa jauh benar perjalanan dia dengan saya. Terasa kehidupannya penuh keberkatan [ini pendapat saya ok, jangan nak hentam pulak]. Dia betul-betul menanam di dunia. 

Selepas menonton dan melihat apa yang dikarang oleh beliau. Ayat yang berterbangan kat minda 'bermusafirlah aida, bermusafirlah'. Dan saya lebih dan semakin faham dengan maksud musafir. Ini bukan musafir seronok-seronok tanpa hala tuju. Ianya bermusafir mencari kebesaran Allah, menilai diri menilai apa yang Allah hamparkan di muka bumi ini. Nak kaji sejarah macam beliau, mungkin tak sampai lah kot. Jauh benor bezanya, beliau lebih fokus dan tahu apa yang nak dituju.


GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)

Saya rasa, makin banyak ditulis makin rasa tak cukup. Namun cukuplah saya menyatakan, kematiannya sangat dicemburui ramai. 





Monday, November 18, 2013

2 : Baik kepada buruk

Saya copy aje dari link fb Hilal Asyraf (Official).

Manusia boleh berubah 2: Baik kepada buruk

Kita juga kadangkala selalu melupakan perkara ini. Kita lupa bahawa Allah itu mampu menurunkan seseorang yang baik, menjadi seorang yang buruk. Mungkin dahulu solat, sekarang tidak. Mungkin dahulu ada hubungan dengan Allah, sekarang tidak. Banyak lagi.

Kelupaan kita terhadap perkara inilah, yang membuatkan kita senang memandang hina kepada mereka yang bergelumang di dalam dosa dan keburukan. Kelupaan kita akan perkara inilah, yang membuatkan kita mudah menyatakan orang lain masuk neraka, kafir dan sebagainya. Kita boikot orang-orang berdosa dan mengumpat cerca mereka.

Ya, mungkin hari ini kita ada nikmat iman dan nikmat Islam.

Tetapi kita punya kah?

Sepatutnya, kesyukuran kita ini mendapat nikmat iman dan Islam, perlu ditunjukkan dengan menyebarkannya dengan lebih jauh dan lebih ramai lagi. Bukannya menyedikitkannya dengan menyatakan orang-orang lain masuk neraka atau kafir atau tak ada harapan atau dah terjerumus.

Maka sepatutnya kita tidak merasakan bahawa diri ini sudah berada di dalam comfort zone. Rasa keimanan kita sudah cukup. Rasa Islam kita sudah bagus. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak kebaikan yang kita lakukan, tetapi lihatlah berapa banyak dosa yang masih belum kita selesaikan. Sepatutnya kita tidak melihat berapa banyak dosa orang lain lakukan, tetapi lihatlah kebaikan-kebaikan yang dia ada sebagai motivasi untuk mengajaknya kepada kebenaran.

Kita sepatutnya melihat di sekeliling kita.

Mungkin ramai sahaja, orang-orang yang mendapat didikan agama, tetapi tidak mengaplikasikannya. Mungkin ramai sahaja, orang yang dahulunya ikut usrah, tapi kini perangai entah apa-apa. Mungkin ada pengalaman kita, orang yang dahulu bertudung, sekarang boleh dedah sampai ke paras dada dan pakai ketat-ketat.

Sepatutnya, kita bersyukur dengan kebaikan kita, dan berusaha untuk menambahnya dalam rangka menghargainya. Dan syukur kita, kita lepaskan dalam bentuk mengajak lebih ramai lagi orang lain untuk berada dalam lingkungan keredhaan Allah.


Bukannya kita tunjukkan dengan mencerca mereka yang diuji pula!



Monday, November 11, 2013

Amarah!

Cerita 1
Masuk bilik sebab nak ambil laptop. Terperasan kat plastic box basah. Tertengok kat balang kaca saya yang ada ikan. Ya Allah. Air dah tinggal sikit je. Ngam-ngam dengan badan ikan. Memang aku hangin. Balang kaca tu dah berlubang. Ini dah tahu dah angkara siapa. AFIQQQQ!!! Terpaksa tukar ke dalam bekas air plastic tu. Bekas minuman tu la. Yang RM1 tu.

Bengang sungguh. Ok, lancar perang dengan Afiq.

Cakap kat dia. Cuda akmo kawan dengan Afiq. Kalau ayat ni keluar dari mulut saya, maka dia tahu yang dia akan menjadi orang yang paling sedih. Hilang kawan yang sporting. HAHAHA! Ok, ini ayat yang sangat perasantankotak.

Dia datang ngedeng-ngedeng, tapi malas sangat nak layan. Yelah, memang bengang sangat-sangat. Balang kaca tu saya sayang, dia buat pecah pulak. Dia datang juga sebab dia nak tunjuk video apa entah. 

Saya ulang ayat yang sama. Cuda akmo kawan Afiq. Habis je ayat tu dituturkan. Terus Afiq pukul dengan dua-dua tangan dia tu. Dipijaknya handphone tu. Hambik kauuu!! Terkejut betul bila tengok macam ni. Ini dah terbalik ni, sama-sama dah marah. Abang 2 terus ambil Afiq sambil cakap 'dok baik wak gitu'. Menangis la pulak.

Memang sejak akhir-akhir ini, Afiq dah berubah menjadi sedikit emosi. Cepat menangis, cepat marah cepat sejuk.

Lepas tu, saya terus cakap kat dia. Salam dulu dengan Cuda, baru kita kawan. HAHAHA! Ayat memang sangat drama queen la. Tapi dia tak nak sebab jari dia sibuk mencari video nak tunjuk kat saya. Comel sangat dia ni. Terus tak jadi marah.

Cerita 2
Afiq masuk bilik. Ini lain hari la punya cerita. Memang dia suka masuk bilik sebab nak tengok ikan. Saya selalu curi-curi pandang dia dari belakang. Saya tak pasti dia buat apa pada satu ketika tu. Lalu saya masuk juga. Terus dia cakap, Afiq udoh ayor 'afiq ludah air liur'. HOO! Geram betul dia ni. Sebab bekas plastic tu ada lubang kat atas. Terus pandang muka dia. Ok, airmuka dia dah berubah. Terus keluar bilik. Tapi tak ada lah menangis.

Budak-budak seusia 2 tahun ni, dah pandai terasa kalau ada buat salah. Itu ok, cuma kalau boleh jangan selalu mainkan perasaan dia. Nantikan takut dia memberontak. 

Cerita 3
Satu malam, Afiq ada coklat. Bila kita minta, dia cakap 'dok ayohlah tuda' [tak perlulah cuda]. Bila kita tanya bakpe? [kenapa]. Dia jawab ujan ni. HAHAH! Tak ada kaitan hujan dengan coklat.

Cerita 4
Mintak makanan dengan dia. Lepas tu dia cakap, edas. okleh edas [pedas, tak boleh pedas]. Macam lah kita ni kecil dari dia.

Cerita 5
Walid nok cucu se [walid nak susu satu]. HAHAH! Dia akan mintak berulang kali, sampai ada orang stress!

Cerita 6
Malam semalam, dia tunjuk botol susu dia. Susu dah hampir suku je, dah nak habis. Jadi memang kita hairan, apa lagi yang dia nak. Rupanya nak tambah susu. LOL! Tak pernah pulak susu main tambah-tambah macam ni. Selalunya bila dah habis minum. Selang beberapa jam barulah minta susu balik. Nak tak nak, saya tolong buatkan susu untuk dia.

Main siram siram bedak. Mula-mula letak kat pipi, lepas tu kat lantai. Lepas tu kat kereta dia, lepas tu kat basikal. Apa sahajalah Afiq dan Baihaqi. Oh, Baihaqi ni anak buah juga. Cuma sekali dua je pernah cerita pasal dia. Dia tinggal rumah berbeza. Petang-petang dia akan datang sini. Kadang-kadang tak nak balik. Sangat berat hampir obesiti. LOL!! Serius tak tahan nak gelak kalau teringat kat dia. 



Tegar - Pantaskah Surga Untukku

http://www.youtube.com/v/_BXoDFT5bvo?version=3&autohide=1&autohide=1&showinfo=1&feature=share&autoplay=1&attribution_tag=yFIBk_KcPL0cjHgSAImWEA

Hari ini rasa sangat bersyukur. Err, bukan maksudnya semalam tak bersyukur. Tapi hari ini lebih rasa happy. Walau masih lagi dalam proses nak selesai itu ini. Biasalah kalau cakap pasal kerja memang lelah. Ok, malam ni nak share satu lagi dari Tegar - Pantaskah Surga Untukku. Kalau tengok lirik dia dalam video ni kan, memang terasa kat tulang putih. Namun, apakan daya. Tak tahulah kenapa. Video ni tak nak keluar. Dah berapa kali dah saya klik share tu, tapi entah lah. Esok pagi lah nanti saya edit semula. Sebab nak sangat share lagu ni, maka rela lah walau macam ni keadaan dia. HAHAHA! Sementara masih ada kelapangan ni, maka gunakanlah sebaiknya.


Thursday, November 7, 2013

Lavender

Bercakap mengenai bunga. Hati mula berbunga-bunga. Ayat mungkin tidak berbunga sangat. Namun bunga-bunga berkepul-kepul kat dalam mata. Eh, kat depan mata. 

Nah macam biasa, bacalah tentang bunga ini Bunga. Macam biasa, pandanglah ke belakang untuk tersenyum. Pandanglah ke belakang untuk lebih berhati-hati di masa depan. Usah takut memandang belakang demi kebaikan di masa depan. Namun, tak semua yang dibelakang kita patut memandangnya.

Saya mula jatuh cinta. Tapi tak tahu bila. Mungkin diawal 2013 ini. Jatuh cinta pada lavender. Dan mungkin nama saya boleh ditukar kepada Aida Lavender. Manis sungguh kan? Ya Allah, seronok sungguh berangan. Angan-angan tak boleh panjang sangat, tak baik tau :)


Tak pasti adakah lavender ini wangi?


Saya dah sampai kat sini. Dalam angan-angan. Hey! kalau korang ada kat sini, kat lavender ni. Pergilah bergambar puas-puas. Rugilah kalau tak bergambar kat hamparan ungu ni.


Sanggup berenti kerja, jadi pengutip bunga ni. Wah! Ayat drama queen sangat oo.


Aida Lavender dah cair



Grrr!!! Nak ke sini. Ok, tak mungkin. LOL! Bukan awal-awal dah give up, tapi ini statement sedor diri ok T_T


 Bayangkan saya duduk kat kerusi biru tu. Ini ladang saya punya. HAHAHA!


Boleh tak jangan cantik sangat?


Jatuh cinta lagi


Saya cemburu dengan dia. Kutip/memetik [ayat apa entah yang sesuai] lavender memakai baju ungu bertopi berbakul. Dan gambar ni semua, saya ambil daripada google. Jangan marah eh. Credit untuk callingithome.com 


Lavender pertama yang saya beli ketika di awal 2013, di bulan Mac kalau tak silap. Dan saya sangat jatuh hati dengannya.

Maaf kerana terpaksa melayan keberanganan saya ini. Maafkan saya.

Sekian.

Yang dah jatuh hati
Aida Lavender
7.11.2013


Perihal SELFIE

'Selfie' syok sendiri

Bukan isu besar kalau kita perhatikan ramai remaja tak kiralah sama ada si gadis atau si jejaka suka tangkap gambar sendiri pada zaman sekarang. Apatah lagi cabang media sosial yang semakin banyak membuatkan mereka semakin obses untuk tonjolkan diri sendiri dalam kalangan rakan lain.

Perempuan terkenal dengan sikap yang suka cantik dan sedikit menunjuk-nunjuk sekiranya penampilan terlebih cantik pada hari tertentu. Oleh itu, sikap ini secara tak langsung akan membuatkan mereka cuba berkongsi kegembiraan dengan rakam gambar sendiri untuk dimuat naik di laman sosial.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya turut terkena tempias tabiat ini. Lelaki yang terkenal dengan sikap ‘macho’, ego dan tegas juga tidak dapat tahan diri daripada tidak ‘selfie’. Tarikannya terlalu kuat hingga mampu buatkan golongan ‘control macho’ turut tergolong dalam kelompok ini.

Sukar dimengerti
Selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait). ‘Selfie’ juga merujuk kepada perbuatan suka mengabadikan gambar sendiri yang ditangkap tanpa bantuan orang lain. Perbuatan ini bukanlah dikategorikan sebagai salah, tetapi apabila semakin ramai yang gemar ‘selfie’ walau di tempat tak sepatutnya, ia agak menjengkelkan.

Tabiat suka tangkap gambar sendiri ini ibarat virus kerana sudah merebak kepada semua golongan. Tak kiralah, anak gadis, mak cik, pak cik, ibu bapa atau saudara-mara, gambar ‘selfie’ boleh dikatakan wajib ada dalam akaun laman sosial masing-masing.

Tak keterlaluan jika penulis berpendapat, ‘selfie’ boleh dikategorikan sebagai tabiat yang sukar dimengertikan. Sehingga ke hari ini, bukan saja wanita yang mahu tonjolkan penampilan dan paras rupa seharian, tetapi kaum lelaki juga tidak mahu ketinggalan malah ada di antaranya lebih obses berbanding wanita.
  
Depan cermin
Diakui, melihat gambar ‘selfie’ yang dimuat naik di laman sosial membuatkan penulis tertanya-tanya, kenapa perlu rakam gambar sendiri di tempat tak sepatutnya? Sebagai contoh, banyak gambar ‘syok sendiri’ ini boleh dikatakan dengan ‘pose’ di depan cermin.

Mungkin pantulan imej daripada cermin boleh menampakkan seluruh tubuh pemilik kamera, sekali gus tercapai hasrat untuk berkongsi penampilan harian dengan rakan lain. Jika itu sebabnya, ia boleh difahami, tetapi apabila si ‘selfie’ terlalu aktif hingga tidak boleh bezakan lokasi mungkin akan buatkan dia kelihatan seperti obses dengan rupa paras sendiri.

Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baru dan ibarat lokasi wajib untuk ‘selfie’. Paling banyak dilihat adalah ‘selfie’ di depan cermin tandas awam berbanding rumah sendiri. Kenapa perlu tandas awam? Faktor cermin yang besar hingga menampakkan keseluruhan tubuh membuatkan ia jadi pilihan ramai. Jangan menuding jari kepada satu golongan saja, si jejaka juga tak kurang hebatnya.

Antara lokasi lain yang menjadi pilihan termasuklah dalam kereta, di tempat kerja, atas katil sebelum tidur atau di kedai makan.
  
‘Duckface’
'Duckface’ merujuk kepada pose memuncungkan mulut seperti itik. Dengan bibir yang dimuncungkan, ada beranggapan ia boleh menampakkan tulang pipi sekali gus membuatkan wajah si ‘selfie’ kelihatan berbentuk bujur dan tidak terlalu bulat.

Mungkin faktor itulah membuatkan gaya ini menjadi ‘trademark’ si gadis apatah lagi apabila bibir diwarnakan dengan gincu warna terang. Cukup menggoda! Jangan terkejut apabila ada juga lelaki sukakan gaya ini apatah lagi apabila ‘selfie’ beramai-ramai dengan rakan wanita.

Selain posisi biasa, gaya rakam gambar daripada sisi atas kepala juga antara pilihan. Dipercayai, ia boleh buatkan wajah seseorang khususnya berbentuk bulat kelihatan muncung tirus selain boleh sembunyikan lemak di bawah dagu.

Gaya ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa terutama golongan berbadan besar tetapi pandangan ini dikongsi melalui forum dan blog yang menceritakan mengenai isu ini.
  
Obses diri sendiri
Itu tanggapan sesetengah individu yang tak gemar ‘selfie’. Bagi mereka, sesiapa yang suka rakam gambar sendiri lebih kepada masalah syok sendiri. Obses dengan rupa paras dan penampilan diri hingga terlalu yakin untuk berkongsi dengan orang ramai.

Obses di sini merujuk kepada mereka yang terlalu aktif ‘selfie’ hinggakan dalam satu hari, lebih lima gambar ‘selfie’ dimuat naik di laman sosial hingga membuatkan orang mula menyampah. Hakikatnya ramai gadis cantik dan jejaka tampan turut obses dengan ‘selfie’ contohnya seperti selebriti atau ‘public figure’ lain.

Oleh kerana mereka mempunyai ribuan peminat, keadaan kadang-kala mendesak mereka untuk muat naik gambar sendiri kerana tidak mahu mengecewakan peminat. Itu kisah selebriti, bagi orang biasa pula, apa nak dikisahkan dengan pandangan orang asalkan anda buat perkara yang boleh membahagiakan anda, sudah memadai.


Walaupun ramai beranggapan ‘selfie’ adalah perbuatan syok sendiri tetapi dari segi positifnya, lebih baik obses dengan diri sendiri daripada obses dengan orang lain yang jelas tiada faedahnya. Teruskan ‘selfie’ dan pedulikan pandangan sinis orang lain walaupun ketika anda sedang ‘selfie’ beramai-ramai di tepi jalan!

******

Terbaca artikel pasal selfie ni pagi tadi. Sangat suka dengan artikel ni yang ada kat dalam metro. Bagi saya, selfie ni dah wujud lama dah. Cuma tak berapa nak meluas. Seingat saya, saya dan kawan baik memang suka selfie tapi masa tu penggunaan handphone canggih manggih tak segempak macam sekarang. Time tu kami guna digital camera. Lepas tu pandai-pandai la fokus kat muka macam mana. HAHAHA! Upload gambar tu kat dalam friendster. Waduh, zaman friendster ok. Cuma kan, masa tu tak adalah pulak nak buat muka ala-ala comel ke apa. Nantikan, bajet nak buat muka comel, tapi yang terpapang muka haru. LOL!! Ini maknanya cari nahas. Menjatuhkan air muka ke tanah.

Sekarang pun, ada la juga upload gambar selfie. Memang banyak gambar selfie tapi tak semuanya akan diupload. Yang nampak macam senonoh sikit, orang tak terkejut bila melihatnya, barulah berani nak upload. HAHAH. 

Selfie kami dulu kan, sebab tak ada orang nak tolong ambilkan gambar kami berdua. Itu sebab lah selfie. Tak sangka selfie zaman sekarang lagi canggih. Buat muka duckface, upload dalam insta, upload dalam fb. Kadang-kadang comel je yang buat duckface tu. Kadang-kadang pelik juga. Senang cerita, orang comel memang nampak comel la. Haa, sambung sendiri la ayat seterusnya.

Cuma kelakar lah sikit kalau lelaki yang selfie. Bagi saya/pendapat saya, macam tak berapa nak kena lah dengan imej mereka yang lebih sempoi. Lebih kelelakian tu. Macam eh dia ni. HAHAHA. Tapi bukanlah salah, cuma macam tak berapa nak kena la kan dengan mereka. Kalau perempuan ni lain lah kan, kita dah memang tahu perangai semulajadi kaum kita kan. Memang suka bergambar. 

Ok. Dah cukup ulasan ni.