Thursday, January 10, 2013

Ah! Itu hanya fenomena biasa

Saya perasan, kita akan sentiasa ada fenomena. Ianya akan berlaku di setiap masa dan ketika. Contoh yang saya perasan la kan:

1. Tutti Frutti : time TF ni baru ada kat Malaysia, heboh semua pakat duk tayang gambar TF. Saya sempat juga ke TF, time tu kat K. Terengganu baru je buka branch TF. Nak juga sibuk-sibuk ke sana. Yogurt yang kita boleh campur dengan bermacam-macam pilihan. Toppings dia banyak gila ok. Kita boleh tambah strawberry, coklat comel-comel, kacang, marshmallow, choc chip dan macam-macam lah. Lepas tu harga dia pulak, boleh tahanlah. Ikut timbangan yang kita ambil.  Tapi time tu saya ambil yang biasa-biasa aje. Nak merasa macam mana rasa TF ni. Restoran TF memang agak best la sebab colourful. Cantik deco dia, tapi selepas pergi untuk first time, dah tak pergi dah. Tak terfikir nak ulang untuk kali kedua. Sekarang ni, dah tak ada dah kat blog yang duk war-warkan HEY, KAMI KAT TUTTI FRUTTI ni. Dah tak ada la setakat yang saya tengok. Baru-baru memang macam tu kot.

2. Pavlova : Buka blog sana cakap pasal pavlova. Buka blog sini cakap pasal pavlova juga. Sampaikan saya yang tengok ni terus masukkan dalam list impian hati 'nak buat pavlova sendiri'. Impian sikit punya bergaya ar. Sampai musim pavlova dah berlalu, saya masih belum buat pavlova sendiri. HAHAHA. Impian jenis apa tu eh? ;)

3. Red Velvet : Nama pun dah gempak. Sekarang dah jarang, urmm mungkin ada lagi kot kat blog masakan. Tapi dah kurang lah. Sempat juga beli red velvet, konon nak merasa. Sedap ke atau macam mana. Bila dah makan, ok lah. Boleh lah. 'Macam ni rupanya rasa awak eh'.

4. Durian Crepe : Memang heboh di mana-mana pasal durian crepe yang best ni. Memang best pun sebab crepe dia tu kan dibuat dari tepung macam tu. Bila makan memang la terasa sedap, tambah pulak dengan whipping cream kat dalam tu, dengan isi durian lagi. Memang kenyang. 

Biasa lah, dalam masa tertentu, mesti akan dilanda demam dan fenomena tertentu kan? Filem la, cerita tv la. Macam-macam. Agak-agak kan, lepas ni demam apa la pulak eh? HEHEHE


2 comments:

  1. tapi kan Aida.. fenomena macam bantuan ke Gaza pun macam bermusim aja.. dah semakin kurang gembar gemburnya sekarang :(

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    a'aa.. sebab sekarang ni macam serangan tu dah berkurang. padahal still ada lagi serangan. tp kalau tengok kat page Aqsa Syarif, memang bantuan masih lagi dorang lakukan sampai sekarang.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.