Sunday, January 13, 2013

Tak ada tajuk

Ini adalah penulisan berkisar mengenai kemanusiaan. Nilai kemanusiaan. Namun tak tahulah kot-kot terbabas jadi entri aci redah je. HEHEHE. Tadi, temankan kawan untuk ke snow wash. Masa dalam perjalanan ke sana tu, pemandangan saya dihiasi dengan lori pengangkut sampah. Kat tepi pula, ada motorsikal. Masa tu otak mula aktif berfikir, macam gunung berapi yang tengah aktif tu. Berkobar-kobar berfikir. Saya pandang penunggang motorsikal kat tepi tu. Dia bawa motorsikal perlahan aje. Sebab payah nak memotong kot, saya pun sama ajelah macam dia. Payah nak potong jadi bawa kereta dengan nada manja aje. 

Lepas tu mata saya beralih ke arah depan, melihat lori pengangkut sampah ni. Kat atas lori tu kan, ada dua lelaki yang bergantung. Eh bergantung eh, ke bergayut. Entah tak tahu nak explain macam mana. Adalah dua lelaki kat tepi lori tu. Seorang kat kanan dan seorang lagi kat kiri. Saya toleh lagi kat penunggang motorsikal tu. Saya harap sangat sangat, mamat tu tak tutup hidung ke apa. Sebab dia kan naik motor, saya naik kereta. Jadi saya memang la tak akan tutup hidung, tapi mamat tu berkemungkinan besar akan tutup hidung. Sebab lori sampah kan busuk. Bukan busuk sikit, busuk banyak dan busuk giler. Haih, itu kenyataan kan? Kan? Kan? Jadinya, saya memang harap sangat mamat tu tak tutup hidung dia dan selepas tu saya terpandang dia membetulkan side mirror motor dia. Ok, lega sebab dia tak tutup hidung dia. Sebab tadi saya tak nampak kedudukan tangan kirinya. Entah dia letak kat handle motor atau di hidung. Tapi saya harap letak di handlebar, atau kalau bukan kat handlebar pun, letak aje lah kat atas raga motor dia tu.

Lori tu belok kanan menghala ke arah tong sampah besar. Dah la nama tong sampah besar, sampah pun semuanya besar-besar. Banyak pula tu. Sampai bertimbun kat tepi tong. Uh! Banyak sungguh orang kampung kat situ hasilkan sampah sarap. 

Ok, kenapa saya tak nak mamat tu tutup hidung. Sebabnya:

  1. Mak saya dulu pernah pesan, kalau jumpa orang angkut sampah atau yang sewaktu dengannya. Jangan la tutup hidung. Nanti kecik hati mereka kalau mereka tengok kita buat macam tu. Cuba kita duduk kat tempat mereka, apa agaknya perasaan kita? Faham tak?
  2. Kalau jumpa orang angkut sampah, memang saya sedaya upaya menahan nafas dan buat-buat rileks je. HAHAHA. Tahan nafas sampai terasa muka naik biru. Tapi biasanya, kebiasaannya saya berjaya buat muka biasa. Ah, tak sampai hati ar nak buat poyo tutup hidung. Konon busuk sangat la tu. Tak sampai hati!
  3. Mereka cari makan dengan cara HALAL. Jadi kita mestilah belajar hormat dengan mereka. Ah ha, tahu kita tak kenal mereka kan? Tapi tak salah hormatlah dengan cara mereka cari rezeki yang HALAL untuk diri mereka, untuk keluarga dan anak-anak mereka.
Oklah, ni je lah. Terus mati mood nak menulis. Saya tak suka orang bergurau kurang ajar!!



3 comments:

  1. itulah pasal.. kadang kala.. org yg dah berumur pun buat lagu tu.. kita yg lebih muda ni pula yg rasa malu bagi pihak dia..

    * hari tu kan Aida, kenduri kawin tu kat rumah atas air.. jadi kat bawah tu ada la bau yg kurang enak.. yg tak best nya ada pula sedara mara (kira pangkat kakak sepupu la) siap tutup hidung lagi.. kurang2 jaga la air muka tuan rumah kan.. kami ni belah pengantin yg lelaki.. rasa macam kena tampar jer muka akak bila dia yang dah berumur tu wat macam tu.. nak tegur tak le berani hehehe...

    ReplyDelete
  2. Tapi bila jumpa laki pakai smart tapi bau badan kuat gila nak tahan nafas gak ker? Hehe... Biasalah kat sini bila time musim sejuk mereka mandi seminggu 3 kali jer. Tambah2 kalau ca ya nun alif fhm2 la bau badan mereka tu sgt tengik mesti sbb slalu mkn bab 1.

    ReplyDelete
  3. NONG ANDY:
    segan juga kalau macam tu. tapi kadang2 orang ni kan macam2 ragam. mungkin dia tak sedar perlakuan dia tu boleh kecilkan hati orang lain. moga dia akan berubah menjadi lebih peka :)


    ZAINUR:
    biasanya kalau berdepan dengan orang yg ada masalah bau kan, biasanya saya memang buat derk (so far la kan). dalam kepala memang terpop up 'kuatnya bau'. heheheh. sebab kadang2 mungkin dia tak sedar pasal perkara tu :)

    *tp ada juga tempat tertentu yg saya akan tutup hidung terus (kdg2 cover dengan tisu/apa saje). hahahha.


    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.