Wednesday, January 2, 2013

Wahai Anakku #3


Wahai anakku,
Janganlah kamu terlalu kecewa dengan apa yang kamu perolehi di dunia ini, kerana itu bukanlah gambaran sebenar nasib kamu di akhirat. Dukacitamu didunia ini jauh lebih ringan berbanding dukacitamu di akhirat, demikian juga kegembiraanmu.

Wahai anakku,
Ramainya manusia yang berputus asa dengan nasibnya di dunia seolah olah dunia ini lah segala galanya baginya. Engkau boleh menangisi apa yang mendukacitakanmu, kerana tangisan sebahagian fitrah yang telah Allah bekalkan bersamamu. Namun jangan kamu menangisi nasib kamu di dunia seola-olah kamu tiada akhirat. Begitu juga janganlah kamu terlalu gembira dengan habuan duniamu, sehingga kamu rasa itulah segala- galanya.

Wahai anakku,
Orang yang bijak ialah mereka yang membawa kegembiraan dunia sehingga akhirat, manakala manusia yang malang ialah kedukaannya di dunia terus bersambung di akhirat.

Wahai anakku,
Seorang ibu akan seronok melihat anakkya bergembira, namun ia lebih seronok menikmatinya bersama di akhirat. Kerana itu wahai anakku, bawalah kegembiraanmu di dunia dalam ketaatanmu kepada Allah, kerana ia akan membawa keredhaan Allah kepadamu. Namun jangan sesekali engkau ketawa waktu melakukan maksiat, nanti engkau akan n di akhirat. Mohonlah keampunan Allah di atas kecuaianmu, dan mohonlah istiqamah di atas ketaatanmu.

Wahai anakku,
Aku sentiasa memohon kepada Allah agar tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapinya. Aku sangat yakin bahawa Allah yang Maha Penyayang itu akan memelihara kita dari ujian yang menggegarkan keimanan sebagaimana ujian ke atas umat sebelum kita.

Amin ya Rabbalalamin.

*bangun tidur, buka fb ternampak artikel ni. tepat pada masanya. source: fb TITM


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.