Monday, February 4, 2013

Pengasuh Anak

Di tepi rumah ada sekeluarga yang menjadi jiran kami sejak kurang lebih setahun yang lalu. Dah lama sebenarnya saya nak bercerita. Tapi tertangguh tangguh je, sebab ada benda lain yang perlu saya utamakan. Semoga ada iktibar yang boleh kita ambil dari kisah ini. 

Kisahnya, jiran saya ni dulunya mereka tinggal di merata tempat sebab husbandnya askar. Jadi bila dah pencen, dia menyewa kat tepi rumah. Bila dah dengar ayat pencen, tentu kat kepala kita fikir umur dah veteran. HEHEHE. Mereka ni masih muda lagi, tapi dah pangkat abang la untuk saya. 

Satu petang tu, saya balik kerja. Ternampak kereta kancil berhenti di halaman rumah mak cik. Ok, saya tahu itu kereta orang yang upah jiran saya ni jaga anak dia. Jiran saya ni, oleh kerana anak-anak dia dah meningkat besar, dicampur lagi dengan rasa bosan. Jadi dia isi kan lah masa lapang dia dengan menjaga anak orang. Tak ramai, seorang je.

Selepas tu, saya nampak jiran saya turun dengan membawa beg pakaian dan juga budak tu ke arah kereta. Aikkkk????? Tak kan lah, si ayah budak tu tak turun kot ambil anak dia? Time tu saya memang tersangat pelik lagi hairan. Selepas dia beredar, saya bertanyakan kepada jiran saya.
Me : Jie [nama tipu-tipu], dia tak turun ambil anak dia sendiri ke??
Jie : tak, memang macam ni pun. sepanjang jaga anak dia adalah sekali dua dia turun ambil anak dia. selebihnya, kami yang pergi hantarkan anak dia kat kereta. kalau pagi, kami akan ambil anak dia kat kereta
Me : haa????? mana boleh macam tu.
Jie : dah tak tahu nak buat macam mana. hari tu, hujan lepas tu tangan Jie satu pegang payung, sebelah lagi dukung anak dia. jadi Jie mintak Along [juga nama tipu-tipu] tolong bawakan beg kat kereta. dia tak turun pun. ayah dia yang datang ambil. mak dia tak, sebab sekolah petang.
Me : bla bla bla #pejuang kemanusiaan
Ok, kalau nak tahu. Selama ni, saya tahu kalau petang-petang akan ada la kereta yang datang ambil anak dia. Tapi saya tak pernah tengok dan tahu begini cara mereka.

Perkara kat atas tu, terjadi tahun lepas kot. Dah lama dah. Dan hal terkini yang saya tahu iaitu minggu lepas. Err, selepas dah lama saya tak ambil tahu pasal perkara ni. Mereka letak anak mereka dari jam 7 pagi hingga 7 malam [masa mungkin berubah kot]. Bayaran pulak, langsung tak setimpal!

Ok, ini pesanan kepada semua ibu-bapa yang mempunyai anak kecil dan diletakkan di bawah jagaan pengasuh. 

Tolong lah, consider perkara-perkara kemanusiaan. Betul, kita ada duit dan boleh aja nak bagi kat siapa-siapa pegang/jaga anak kita. Tapi kena INGAT! Pengasuh kita itu adalah manusia. Manusia macam kita. Ada hati, ada perasaan. Tolong lah, buka hati buka minda. Reti bahasa la sikit. Jangan ikut sedap hati kita saja nak letak anak kita dari pagi hingga ke petang macam tu je. Lepas tu, bayaran pula tak setimpal. Sanggup eh kita perlakukan orang sampai macam tu. Agak-agak la.

Kepada mereka yang mungkin rumah pengasuh tu agak ke dalam sikit ke apa. Tolong lah pergi hantar sendiri anak-anak kita tu ke rumah pengasuh kita. Tak perlu lah, kita hanya buka pintu kereta. Lepas tu kita action macam raja orang datang ambilkan anak kita, hantar anak kita. Macam mereka hadap sangat duit kita tu. Tolonglah. Ini perbuatan orang yang tak berperikemanusiaan. 

Kalau saya boleh cakap dengan lelaki ni, dah lama saya cakap. Namun status saya sebagai orang luar, membuatkan saya tak mampu buat apa-apa melainkan menasihatkan jiran saya agar jangan bagi muka sangat. 

Bagi saya, jiran saya terlalu baik. Kerana mereka tidak berkira sangat. Namun, apabila baik itu disalah gunakan oleh mereka-mereka yang sanggup menggunakan kesempatan kebaikan tersebut, inilah jadinya.  Saya pula yang terlebih geram. Terlebih sudah emo nya. Jiran saya bukan pandang duit sangat pun, lebih kepada bosan duduk kat rumah macam tu je. Sebab dulu mereka ada kedai makan. Sebenarnya mereka sendiri dah tak nak jaga budak tu. Tapi mereka pula dah serba salah, sebab orang tu macam dah tahu je yang mereka dah tak nak jaga anak mereka. Pandai pulak diaorang ni pusing akal.

Entahlah, saya sebenarnya paling tak suka. Kebaikan yang diberi, dibalas dengan akal licik nak menguntungkan diri sendiri. Zaman sekarang, susah kalau kita nak cari pengasuh yang betul-betul ikhlas nak jaga anak kita. Yang tak berkira dengan anak yang dihantar. Tak kan kIta tak baca, berapa ramai anak yang didera kat taska. Kat rumah pula macam mana? Lepas tu ada yang meninggal tersedak susu la apa. Memang itu semua asbab sahaja. Tapi nak cakap, yang zaman sekarang kalau kita dapat pengasuh yang baik, yang ok. Itu adalah satu rahmat tau. Fikirlah wahai mak bapak budak sekalian. Jangan sampai ikhlas berubah menjadi terpaksa. Fikir sikit pun tak apalah kalau tak nak fikir banyak-banyak. 

Itulah kan, lumrah kehidupan. Semoga mereka [ayah budak ni] akan buka hati supaya lain kali lebih memahami perasaan orang lain. 

#komen? saya tutup sebab ini luahan perasaan yang geram. HUHUHU

Versi Mama Mia