Sunday, March 17, 2013

Bosan!

Rasanya semua orang pernah dapat emel merepek tahap babung macam ni. Saya memang meluat bila dapat emel macam ni. Kadang-kadang, terasa nak kenal aje muka si pemberi emel berantai yang entah apa-apa ini. Banyak benar duit dia eh. Sampai nak kena kasi kat orang lain. Tak ada cahaya mata la apa lah. Agaknya mereka ni sebatang kara kan kat dunia ni. Alasan tak logik betul. Agaknya ini lah antara penyebab masyarakat kita terjebak dengan kes penipuan. Err, kena tipu. Mudah sangat ditipu apabila melibatkan soal kewangan.


Untuk yang kat luar, mungkin boleh fikir. Tapi marilah kita fikir lagi dan lagi bersama-sama.

  • Emel ni cakap dia dari Malaysia. Alahai, Malaysia tu dah la luas. Kecilkan lah skop Malaysia tu. Kat mana, daerah apa, negeri apa. Kat sini dah nampak sangat menipu. 
  • Penghidap kanser. Selalu sangat kanser dijadikan kambing hitam. Kanser tahap serius. Nanti dapat kanser yang betul-betul baru tau. Yelah, asyik doa kanser je. 
  • Murah hati nak derma. Mengarut. Derma kepada orang yang kita tak kenal? Yang derma macam kat surau, masjid, anak-anak yatim tu tak kira ok. Urmmm, 2 juta pounds pulak tu?? Woww! Hebat la dia nih. Giler banyak harta dia. Murah hati betul ni. Sampai sanggup bagi je emel kat siapa-siapa aje yang dia rasa 'bernasib baik'. 
  • Ah! Bosanlah emel ni. HAHAHA. Padahal dah tak nak ulas, sebab rasa macam rubbish. Biasa saya akan delete terus emel macam ni. Tapi tadi agak geram dengan permainan kata-kata kat dalam emel ni. Kalau perasan, ayat mereka ni semua lebih kurang aje. Nak derma, sakit serius nak mati, tak ada keluarga bla bla bla bla bla. #mukabosan
  • Yang penting, jangan terpedaya dengan janji dan kata-kata manis di alam maya ini. Banyak yang menipu oo.

Kesimpulan: BERHATI-HATILAH SELALU


2 comments:

  1. tapi akak tak bosan pula baca n3 ni.. siap join sama-asam geram ada la hehe.. serius! mereka-mereka ni laknat betul perangai.. *tetiba emosi*

    ReplyDelete
  2. Am suka baca emel-emel macam ni. Memang tahu semua ni tipu tapi interesting cara spam mail ni gunakan kata-kata untuk manipulasi psikologi orang.

    Kesian sampai sekarang masih ramai lagi yang kene bohong benda camni tak kira la eme ke, surat ke, sms ke. :(

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.