Friday, March 1, 2013

II ~ Pulau Pinang

Assalamualaikum semua. Sebelum Asar tadi, bosan duk melangut tengok tv duk ralit tengok berita-berita kat dalam fb. Perihal pencerobohan di Lahad Datu. Setakat yang diberitakan sudah 3 orang yang meninggal. Takziah. Saya tiba-tiba terasa ingin menulis. RINDU GILERR nak menulis, nak menaip kat sini. Dah lama rasanya saya tinggalkan muka blogger ni. Rindu nak bercerita itu ini kat sini. Dah banyak benda yang saya tangguhkan untuk diceritakan di sini. Jadi, saya perlu laju-laju dan tangkas mengemaskini blog ini. HAHAHA. Sorry la, sebab tulisan saya terasa kaku. Mungkin faktor dah lama tak menulis kot. Mungkin.

Ok, lah kita teruskan penceritaan untuk episod terakhir di Pulau Pinang. Dua episod je. Kalau nak buat 3 episod, mahu makan tahun untuk saya langsaikan. HAHAHA. Tak mahulah ambil masa lama-lama. Sedangkan boleh kita bereskan dengan sekali petik jari aje. HEHEHE. Menipu la kalau sekali petik. 

Di lembaran lalu, saya akhirkan dengan gambar di atas Bukit Bendera. Memang gembira bila sampai kat atas. Udara nyaman, tenang. Susah la nak dijelaskan dengan kata-kata. Dengan kata-kata yang pendek, saya simpulkan BEST! 

Oleh kerana ini kali pertama ke sini, maka banyak gambar yang kami ambil. Mungkin tak semua gambar mampu saya kongsikan. Hanya yang berstatus umum saya lepaskan dia ke udara. Ngee!


Ini teropong warna warni yang mana kita perlu masukkan duit untuk meneropong ruang lingkup Penang. Pemandangan kat sini memang menarik. Tapi kami tak melabur walau sesen pun duit syiling kat teropong berwarna ni. Kami meneropong dengan mata kami sendiri. HEHEHE.


Bukit Bendera eh, dan bukannya Bukit Besar kat Kuala Terengganu.


Masa kami kat taman bunga. Ada permainan zaman dulu kala. Teng teng, ke apa namanya. Kami dulu panggilnya 'main gemng'. Macam mana tu eh nak sebut? Sebutlah korang sampai betul bunyi nahunya.


Banyak giler mankiki kat sini. Ini salah seekor yang bertuah. Kami rakamkan banyak gambar dia. Dia mula eksyen, kami malas ar nak layan. Ini masa dia tak eksyen sangat la. Belek air ribena. Mesti mankiki ni tak pernah minum air ni. Rasanya lah.


Mula memanjat tiang dan menunjukkan sikap patriotik kepada negara. Mungkin mankiki ni dah biasa dengan kamera. Jadi dia macam dah ready dah untuk posing. Kita tunggu klik kan aje kamera tu. 


Kami dah turun ke bawah. Memang turun ke bawah Aida [smile]. Seronok sebab kami dah siap set nak duduk kat dalam kereta kabel ni kat depan. Jadi saya dah standby beratur kat mana pintu depan kereta kabel tu akan berhenti. HAHAHA. Berebut dengan budak-budak. Tapi kami semua berjaya tau. Adik 3, adik 4 sepupu and adik ipar semua dapat duduk kat depan. Bapaknda, PakTeh Makteh ada kat belakang. Masih lagi satu kokpit dengan kami. Time ni kami rakamkan video, tapi tak boleh nak upload. Sebab suara saya agak kuat duk 'OOOoooOoo'. HAHAHA. Aku lah yang naik cable car. Sampai seronok tahap gaban.


Nampak tak stesen kat bawah tu?? Ayoo, di situlah tempat akan dituju. 

Dah selamat sampai kat bawah. Kami baliklah.


Dalam perjalanan ke homestay. Ternampak Penang Free School. Teringat kat buku sejarah masa sekolah menengah dulu. Dapat juga tengok sekolah yang famous ni di dalam buku teks.


Lama betul sekolah ni. Betul-betul bersejarah.

HARI KEDUA 

Hari Sabtu. Pagi-pagi kami bangun. Dah siap-siap semua nak ke airport. Lepas makan pagi. Terus kami ke sana. Bukanlah jauh sangat. Tapi elok pergi pagi-pagi, cepat pergi daftar cepat kami boleh balik. Esok dah nak kena masuk kerja dah.


Padang kawat dia kot. Luas la jugak. Time kami sampai, orang masih tak ramai lagi. Jadi kerusi masih banyak yang kosong. Pengambilan kali ni tak adalah ramai mana. Hampir 100 orang aje kot. Kalau tak silap lah. Kebanyakkannya adalah orang Terengganu. Ramai juga, lepas tu campur-campur negeri lain.


Ini tak tahu apasal gambar ni terjatuh kat sini. HAHAHA. Tak kuasa nak drag naik ke atas. Ini kawasan atas Bukit Bendera. Alah yang ada gambar teng teng tu lah. Teng teng ke ting ting?? Tak tahu, korang la yang lebih tahu. HEHEHE.


Adik antara mereka yang terawal sampai. Jadi melangut sat, lepas tu dia pergi sign hantar dokumen apa semua. 


Kebetulan hari tu hujan. Tengah taklimat diberikan, hujan turun. Kami dah selamat berlindung kat bawah bangunan sebelah sini. Kat bawah khemah yang disediakan itu agak tempias dengan air hujan. 


Dah siap taklimat, siap makan semua. Kami dah nak bertolak balik. Sempat beli jeruk Pak Ali. Memang sedap giler. Sebab tak banyak sangat apa eh orang cakap tu. Urrmmm. Tak dapat recall. Makan jeruk ni, tak adalah sampai terbatuk-batuk. Sebab dia rendam dengan madu dan air gula je kot. HAHAHA. Main cakap je, entah entah fakta silap. Korang cari la sendiri fakta tentang jeruk ni. Tapi serious sedap. Makan satu plastik pun tak rasa apa-apa.


Akulah yang bergelar pelatih. Maaf. Gambar muka dia tak saya paparkan. Bertuah la adik saya nak tersengih depan kamera. Selalunya, buat muka berkerut tanda 'jangan ar amik gambar aku'. HAHAHA. Macam bagus je. Betul, budak laki bila dah besar lain macam sikit perangai. Padahal dulu kan, kalau kita tanya 'sayang aku tak??'. Dia jawab 'sayang arrr'. Rindu giler time kami kecil-kecil dulu. Rindu sebab dah lama dia tak selongkar beg [dari dia sekolah rendah sampailah dia besar tau, masih selongkar atau tanya 'ada makanan tak?'] atau ambil makanan yang kita gantung kat tiang rumah. HAHAHA.  Ambil air kotak kita kat dalam fridge. Kalau kita tanya 'bakpe ambil air aku'. Dia jawab 'aku jumpa dalam peti'. GRRR! Lancar perang. Tapi kami berbaik semula. Hurmmm!


Penang bridge yang akan kami lalui. Hujan masih turun. Walaupun sekejap tapi sangat menyeronokkan.


Keadaan jalan kat jambatan.


Kami lalui jalan Grik - Jeli. Saya suka jalan ni sebab udara dia nyaman.


Tapi tak banyak sangat kenderaan yang lalu kat sini. Mungkin kebetulan tak banyak kenderaan kot time ni.

Apapun kami selamat sampai ke Terengganu dengan selamat. Alhamdulillah.

**********

Cerita ini cerita bulan 9 yang lalu. Sekarang dah bulan 3. Langsung kami tak jumpa atau bercakap dengan adik 4. Dia memang macam tu. Sepucuk surat pun tak dihantar. Baru-baru ini, abang 1 telefon bertanyakan bila tarikh sebenar adik 4 habis latihan. Sungguh kami tak pasti. Mulanya kami ingat bulan 1 dia akan habis. Tup-tup habis bulan 3 rupanya. Telefon memang dia tak boleh pegang. Jadinya, adik 3 yang tolong simpankan handphone dia.

Sempat telefon adik 3.

Me: adik kita dah hilang
Adik 3: hahaha. hilang kena hantar kat aiport bangladesh?
Me: aku try telefon nombor dia. tapi tak ada dalam service
Adik 3: handphone dia ada dengan aku. urmmm, dah tamat tempoh la tu.
Me: laa, kekgi kena marah di ye. mu tak top up kee??
Adik 3: aku top up tapi dah lama tak top up 
Me: kekgi ye marah
Adik 3: dakpe, ye beli nombor lain la kekgi

See, orang laki memang senang je fikiran dia. Dah tamat beli nombor baru. Tak fikir, orang tu sayang giler kat nombor tu. Payah nak berhubung dengan kawan-kawan dia nanti ke apa. Tak pelah, malas nak fikir lebih-lebih. Beli nombor baru la nanti. Beli nombor baru.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.