Sunday, March 24, 2013

MALASNYA AKU...


Terasa malas ambil sampah di rumah ke luar rumah?

Terasa malas nak keluar ke masjid?

Terasa malas nak cuci tandas?

Terasa malas nak buat kerja sekolah/assignment? [bukan malas nak buat kerja sekolah or assignment, tapi malam tadi terasa malas nak datang kerja je. HEHEHE]

Terasa malas nak membersihkan pasu?

Terasa malas nak berzikir?

Ini petuanya untuk melawan bisikan syaitan malas ini...

Tanya balik syaitan di minda:

Berapa lama untuk ambil sampah keluar? 2 minit... sekejap aje...

Berapa lama untuk pergi ke masjid + sembahyang? 20 minit... sekejap aje

Berapa lama untuk cuci tandas? 10 minit... sekejap aje

Berapa lama nak siap kerja sekolah? 30 minit... sekejap aje 

Letakkan perkara yang malas dibuat itu dalam bentuk waktu - melihat masa yang singkat untuk menyiapkan perkara tersebut, minda akan mempunyai kekuatan untuk melawan kemalasan bisikan syaitan.

Sekadar petua untuk dikongsikan. Senyum.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.