Tuesday, March 19, 2013

Mee Rebus Cara Kampung

Ini semua gambar lama. Tak ada apa cuma nak kongsi resepi yang saya rasa agak sedap lah. HAHAHA. Koya sangat bunyinya. Kisahnya, satu petang tu. Nak makan daging black pepper. Kebetulan stok rajin kat diri saya petang tu agak banyak lebih dari hari-hari biasa. Maka, terus ke dapur kecil untuk memastikan keinginan perut tercapai.

Bahan-bahan:
1. Bawang merah kot, ke bawang putih macam tu. Nak senang boleh aje guna dua-dua. Tumbuk boleh, nak racik pun boleh. Buatlah ikut suka, tak apa.
2. Garam halus sikit
3. Lada hitam. Kita tumbuk sampai lumat
4. Bahan utamanya iaitu daging yang telah dipotong kecil

Cara-caranya:
- Masukkan minyak, bila dah panas tu kita masukkan pula bawang. Goreng sampai bawang dah nampak kemerah-merahan atau berbau wangi. 
- Lepas tu dah boleh masukkan daging. 5 minit selepas itu, masukkan pula lada hitam. Goreng lagi

Tengah menggoreng tu kan. Tiba-tiba datang dari mana entah idea nak buat mee rebus. Sebab terfikir, macam rugi la goreng daging macam tu aja. Lepas tu makan dengan nasi kuah tak ada. Jadinya, resepi terus berubah 360 darjah. Pergi buka peti dan tengok bahan-bahan amat menyokong perubahan resepi yang hendak dilakukan nanti. 

Bahan di masa tambahan:
1. Lada hidup
2. Sawi
3. Kacang panjang. Kalau kacang panjang tak ada, cukuplah gunakan sawi aja. 
4. Mee kuning


Saya masukkan air banyak-banyak. Memang tak bajet langsung. Yang pasti, saya masukkan air banyakkkk sebab nak jadikan kuah. Masukkan lada hidup. 


Daging dah nampak empuk sikitlah. 


Masukkan pula kacang dan juga sawi. 


Kuatkan api sebab nak bagi cepat masak. Kalau masak cepat, tentulah dapat makan cepat. 


Pergi celur/rebus mee kuning. Simple ajelah resepi ni. Saja kan nak buat entry. HAHAHA. Bajet masak sedap. Oh ya, mee memang saya sengaja asingkan dari kuah. Sebab tak nak kasi kembang. Bila nak makan, boleh ambil kuah dan juga mee. Kalau tak nak makan sekali dengan kuah pun boleh. Makan aje mee kosong macam tu. Tapi kan, tak pernah orang buat, jadi jangan buat eh :)



Ini hasilnya. Sedap tapi kuah pedas sikitlah. Kerana terlalu sedap saya asyik menambah dan menambah lagi. Orang lain makan juga tapi tak adalah macam saya. HEHEHE. Biasalah, kalau kita tak menghargai masakan kita sendiri, siapa pula yang nak hargai nya kan? Eh, rasa nak buka gerai la kat depan rumah [masak mee dah nak buka gerai. kalau masak kek agaknya mesti nak buka cafe. senyum pejam mata].


2 comments:

  1. dah lama akak tak masak mee rebus. pernah juga buat mee karoi.. tapi biasanya masa raya aja :)

    sedap pula nampaknya mee rebus kamu ni Aida..

    ReplyDelete
  2. I love your blog.. very nice colors & theme. Did you design this website yourself or did you hire
    someone to do it for you? Plz respond as I'm looking to construct my own blog and would like to find out where u got this from. kudos

    my weblog :: sian

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.