Sunday, March 24, 2013

Mengantuk! Huwarghhh

Memang mengantuk yang amat sangat. Tertidur semasa menantikan cerekarama. Terkejut terpinga-pinga apabila semua family [adik, abang 2, kakak dan adik ipar] memandang. Kepala masih toingg. Macam roh tak masuk lagi dalam badan dengan sepenuhnya. Saya tak faham butiran semua orang. Bila sedar betul. Barulah saya tegak badan tiba-tiba. Tindakan refleks. Kata-kata adik 3 terpaksa di offkan sebab ianya sangat sensitif ooo. Kan tadi ada rancangan langsung kat tv. HEHEHE. Mengantuk la sebab mengantuk. Huk! Laptop rosak. Tak boleh nak on. Tiba-tiba juga. Baru aje copy cerita korea, cerita adam and hawa. Cerita Anak-anak Sidek. Tak sempat nak tengok, nak berangan pergi Korea. Dah punah semuanya. Tak tahu la berapa kos baiki nanti. Harapnya tak adalah makan ratusan ringgit. Huahua! Aishh. Hurmmm. Saya ada benda yang nak dibeli. Dah lama hati teringin. Mana tahu kan, kot esok bila buka balik laptop tu. Ianya sembuh dan sihat seperti sedia kala. Jadi tak ada la duit yang melayang lalu menjadi kertas putih dipanggil resit. Eh, saya teringat satu perkara. Tapi tak sanggup nak tulis. Personal sangat. Jadi mana boleh tulis. Nanti la saya tulis dalam diari sendiri. HEHEHE. Esok dah Ahad. Kerja. Bangunan yang terbakar tu. Eh silap [sempat save sampai ayat ini aje. Broadband buat hal]. Jadi kita lepok sekali handphone ni. Geram ar line ni tiba-tiba je main hilang sekejap ada sekejap tenggelam. Dah habis tulis tadi tau. Sekarang dah habis la idea. Kalau nak merepek memang saya anytime je nak menyambung. Tapi mood dah tak ada. Jadi selamat berhari Ahad la ye. Selamat berkerja untuk semua. Untuk diri sendiri sebenarnya. Ah! Saya RINDU TERINGAT kat arwah mak saya lah. Urmm. Choww dulu ar. Soorry. Entry ni memang mamai.

1 comment:

Terima kasih atas pandangan.