Friday, March 8, 2013

Perjalanan Bermula di Sabah ++1

Akhirnya berjaya juga upload gambar dan sekarang dah mula menulis di sini. Dah lama rasanya menulis dan mengemaskini dengan nada tersangkut-sangkut kat blogger.com ni. Banyak sangat sebabnya. Bukan nak menceritakan sebab musabab di sini, tapi nak teruskan aje penaipan sementara masih ada masa lagi ni. Nanti dah petang, mula lah nak buat itu ini, lagi tertangguh-tangguh nak mengemaskini blog. 

Ok, tanggal 1 Februari 2013 yang lalu maka terpadamlah jua list Sabah daripada dreamlist kita. Kita suka giler ok. Sabah merupakan destinasi terakhir yang akhirnya berjaya jua dilengkapkan. Sekarang dah complete dah. Semua negeri kat Malaysia dah berjaya dijejaki. HAHAHA. Tahniah untuk diri sendiri dan terima kasih juga kepada mereka yang memberi peluang untuk diri ini. Ini semua sudah tertulis oleh Yang Maha Esa. Alhamdulillah. Syukur.

Masa bulan 12 atau 1 kot, masing-masing dah sibuk-sibuk pasal karnival tahunan. Ada yang kena pergi Sarawak, ada yang kena pergi Johor, Perak, Penang, KL macam-macam lah. Saya diberitahu untuk ke Sabah. APAAA??? SABAH? HAHAH. Capslock terus. Memang terus nak pergi lah. Tak ada seorang pun yang tahu negeri di bawah bayu ni, tak pernah saya jejaki lagi. Jadinya, dapat peluang macam ni. Memang teruja giler. Seronok.

Namun, macam biasalah kan. Pagi Jumaat tu, urmm lebih kurang jam 4/5 pagi kot. Saya mula berkemas simpan baju semua. HAHAHA. Saya memang tak kemas awal-awal la. Nak ke Sabah pada Jumaat 1 Februari 2013. Flight jam 9.20 pagi.

Sebab tak pernah ke Sabah. Jadi bawak stok makanan banyak-banyak. Padahal nak ke sana adalah dalam 3 4 hari je. 


Dah sampai ke KLIA lebih kurang 10.28 pagi. HEHEHE. Masa yang tepat ni tau. Kelihatan airport baru sedang dibina. Rasanya akan dibuka tahun ni juga. 


Cuci mata kat Sembonia. Tapi saya tak beli apa-apa pun. Betul-betul cuci pandangan. Dan ini pulak, saya terselak dihalaman errr tak ingat kat dalam satu pamplet. Oh, saya jatuh cinta dengan Ipad. Nak beliiiiiii!!! Ok, masukkan kat dalam wish lists. Tak tahu la bila akan tertunai impian di hati yang nampaknya semakin membukit dan tidak ada tanda-tanda akan menurun. Haishh!


Kami lepak-lepak dulu sebab flight untuk ke Sabah lebih kurang 1 jam lagi. Jadi bosan-bosan kami jelajah kedai ke kedai, lepas tu dah penat. Saya sambung perjuangan untuk menangkap gambar. Eh gambar pun boleh ditangkap yor :)


Beg besar yang dah lama tak digunakan. Ada kisah disebalik semua ini. Ada kisah yang sangat touching, menggeletek jiwa, mengharukan lantas mengeluarkan airmata kesedihan keharuan kekelakaran. Bersatu padu pada pagi Jumaat tu. HAHAHA. Sedih.


Saya suka akan view disebalik awan di atas awan ni. Berkali-kali naik babang pun, saya tetap jakun. HAHAHA. Rasa tak jemu untuk rakamkan awan putih dengan langit biru ni. Eh, dengan sayap besi yang gagah membelah angin angkasa.


Alhamdulillah, akhirnya saya sampai ke sini. Sabah yang pada bulan 2 yang lalu, ianya tenang aman damai. Namun pada bulan ini, yakni sebulan berlalu. Ianya bergoncang dengan pencerobohan. Ok, saya tak nak tulis pasal semua benda tu lagi. Nanti lah saya tulis eh. 


CAKKK!! Budak lelaki adalah dalam 2+ tahun kot. Time ni kami dah landing, dia asyik duk au cak au cak kat celah seat ni. Suka sangat. Gelak je. Saya buat muka, dia gelak. Dia intai lagi. Saya buat muka lagi. Dia gelak. HAHAHA. Saya rasa tentu dia seram tengok mimik muka terulung saya. Jangan mengigau sudah la budak ni. HAHAHA.


HAHAHA. Saya tergelak sebab ada sebabnya. Time ni saya dah selamat tiba di airport Kota Kinabalu. Sedangkan beberapa jam yang lalu saya kelam kabut. Kelam kabut cemas tahap tak ingat. Rasa Sabah dah say GOOD BYE AIDA!! ARGHHHH! Jangan! Masa saya duk sibuk packing barang-barang tu kan. Saya dah fikir apa barang yang saya tertinggal ke apa. Urmm, rasanya tak ada. Kiranya semua ok. Semuanya berjalan mengikut apa yang saya fikirkan. 

Jam 8 pagi dan lebih sikit lah. Saya turun ke kereta ambil barang. Naik rumah balik. Saya dah get ready untuk ke airport. Jadinya saya memanggil-manggil abang 2 saya. Namun tidak bersahut. Saya berubah menjadi nak marah. Saya ni kadang-kadang cepat juga naik marah. HEHEHE. Saya panggil lagi, eh dia tak jawab lagi. Saya dah start membebel. Bapaknda saya minta saya panggilkan adik 2 untuk datang ke rumah kami. Saya tak faham. Saya tak faham. 

Situasi pada jam 8.30 pagi - 8.50 pagi. Flight saya jam 9.20 pagi. WUarghhh!
Bapaknda: telefon Amir, mintak dia hantar kan. kalau Amir, dia dekat sikit. 
Saya: -saya tak faham. tapi saya membebel pasal abang 2 saya-. orang panggil pun tak dengar kee??
Bapaknda: dah pukul berapa nih?? -bapaknda saya gelisah-
Saya: -muka marah + saya gelisah juga sebab boarding pass dorang semuanya ada kat saya. 4 orang tau-

Sedang saya berdiri kat depan pintu. Saya ternampak sesuatu. HAAA?? Kereta abang 2 tak ada pun kat depan rumah. Saya macam baru tersedar. HAHAHA. Bayangkan masa dah suntuk. Yang ada kat rumah hanyalah bapaknda saya. Cepat-cepat saya telefon cousin saya untuk hantarkan ke airport. 

Saya: Naa, awak buat apa? nak mintak tolong hantar saya ke airport. Cepat, saya dah lambat giler ni. 
Sepupu: laaa, kenapa baru telefon?
Saya: Saya tak perasan abang 2 tak ada. Malam tadi dia keluar, rupanya dia tak balik tidur rumah mak mertua dia -saya dah rasa macam tak berpijak kat lantai. Masa pulak macam makin bergerak lajuuuu-
Sepupu: saya siap jap. Nanti saya sampai
Saya: OK

Tapi masa bukan menunggu kita, saya gelisah dan rasa macam membazir masa. Bapaknda saya masa tu dah bersiap nak ke pasar. Dia cakap kat saya.

Bapaknda: laa, ingatkan dah tahu abang 2 takde. Tu yang mintak telefon Amir
Saya: saya tak perasan, tu yang saya hairan. kenapa nak kena telefon Amir.

Saya telefon budak pejabat. Bagitahu kalau dah sampai airport, mintak staf kat kaunter tunggu saya. HAHAHA. Kemain lagi, mintak orang tunggukan kita. Sebab saya tahu, kaunter tu dah closed time saya sampai nanti. Memang saya tak sempat nak ke kaunter. Bertuah sangatlah orang nak tunggu kita. Tak ada maknanya, sebab salah sendiri.

Bila dah kalut. Memang ada lah yang jadi mangsa. HAHAHA. Spontan sebab dah gabra giler. Terbayang flight yang akan terbang meninggalkan saya. Lepas tu, semua orang dah pergi. Tinggal saya je. HAHAHA. Haru biru wey! 

Ayah dah siap hidupkan motorsikalnya. Terus saya.

Saya: hantar saya ke airport. Kita tunggu Naa kat tepi jalan. Dah lambat giler ni. Cepat.
Bapaknda: dengan motor???
Saya: Yaa, cepatlah. Dah lambat ni -serious saya memang buntu, gabra sebab dah hampir jam 9 pagi-

Time nak naik motor tu kan, boarding pass pulak terlepas dari tangan. Enjin motorsikal tiba-tiba mati. Sebab saya turun dengan beg besar macam tu. Bayangkan, saya dengan beg besar, ber-maxi dress. HAHAHA. Jiran kat sebelah rumah tanya. #beg besar memang saya sengaja ulang berulang kali

Jiran: nak pergi mana? 
Saya: nak gi Sabah.
Jiran: cuti ke?
Saya: tak pasal kerja ni.

Masa tu, saya kelam kabut ambil boarding pass letak dalam bakul motorsikal. Beg ada, tapi saya tak sumbat kat dalam. Haisshh! Lepas tu, HAHAHA. Terhoyong hayang bapaknda saya bawa motor. Saya memang kasihan giler kat ayah time tu. Tapi dah terdesak. HAHAHA. 

Dua-dua belah tangan saya pegang beg besar gedabak tu. Hnshhh! Bapaknda saya bukannya biasa bawa motorsikal dengan barang-barang besar. Biasanya dia pergi beli ikan, ayam, sayur-sayuran, surat khabar. Haaa, tu ajelah yang biasa dia bawa dengan motorsikal. Tiba-tiba ada penumpang yang besar dengan beg besar atas motorsikal dia. Mau tak goyang bawa motorsikal? 

Saya: dah habis gear ke nih? -sebab motor macam semput je. HAHAHA. Macam tak habis gear je-
Bapaknda: dah habis laju la ni. Tak boleh laju dah. Nak hantar sampai ke mana nih??
##HAHAHA. Gelak bila ingat kisah ni. kami bercakap dengan nada melaung, sebab melawan angin.
Saya: Sampai airport. Sejauh yang boleh
Bapaknda: topi tak pakai tu. -topi tu helmet ok!. Saya tak pakai helmet. HAHAHA-
Saya: tak pe, pergi je. dah lambat ni.

Akhirnya, saya dah tak tahan nak pegang beg besar gedabak yang macam nak lempar je kat atas jalan tu. Tangan saya dah semakin lemah. Lantas saya laung kat bapaknda saya, berhenti kat depan. Saya dah tak larat nak pegang beg ni. Berhenti jee lahhhh.

Kami berhenti di tepi jalan. Saya berdebar, bapaknda saya risau giler. Muka dia tak boleh nak sorok kalau dia risau. Sepupu telefon bertanyakan saya kat mana. Saya bagitahu tempat dan rupanya dia salah laluan. Dia sangka saya melalui jalan yang satu lagi, rupanya saya melalui jalan sekolah rendah. HUHUHU. Jadinya, lambat sikit la dia sampai. Tunggu punya tunggu, akhirnya sepupu sampai. Salam dengan bapaknda saya. Terus jalan ke airport. Sepupu memang dah bawa kereta lebih laju berbanding biasa. Eh biasa pun laju juga la. 

Saya kat sebelah duk menjawab soalan sepupu. Saya bercerita pasal bonceng motorsikal dengan bapaknda saya. Ketawa tak ingat. Dalam masa yang sama, saya rasa sedih. Sebab bapaknda saya tak de lesen. Macam mana ntah dia balik time tu.

Sampai kat airport, semua kawan-kawan dah ada. Kami orang terakhir kat kaunter. Saya berjalan laju-laju ke kaunter. Tunjukkan boarding pass. Lepas tu, tunggu pula barang yang kami wrapping kat kaunter sana. Saya dah lega time ni. HEHEHE. 

Saya: biasanya kaunter dah tutup kan? -soalan nak kena hempuk. HAHAHA-
Staf kaunter | Pakcik: yee, biasanya dah tutup. Tapi kawan awak bagitahu ada lagi yang tak sampai. Itu yang tak tutup lagi ni.
Saya: terima kasih banyak-banyak. Tadi ada masalah sikit. Itu yang lambat sikit ni.

Pakcik tu memang sangat membantu kami. Baik sungguh. Sesuai kerja kat front line. Lepas dah siap semuanya, beg pun dah selamat masuk kargo. Kami semua ke balai pelepasan.

Kat sana kan, semua orang dah bergerak ke flight. HAHAHA. Berlari lagi la saya. Bayangkan, terasa macam dalam filem. Lepas tu nampak pakcik yang kat kaunter tadi datang kat dalam balai pelepasan. Dia siap bagitahu agar kami cepat. Kebetulan pula, ada pak guard kat tepi tu. Sporting la juga. Dia nampak saya melambai tangan kat kawan satu pejabat. Jadinya, dia pulak yang tolong bagitau kawan-kawan dah pergi menghala ke arah pesawat. Tapi kesimpulannya, saya memang BERTERIMA KASIH kepada staff kaunter MAS, sebab melayan kami dengan baik. Terima kasih sangat-sangat. Memang sangat mencabar diri la. HAHAHA.

Tapi, gambar kat atas tu nampak macam semuanya ok kan?? Yaa, Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Semua debaran dan kerisauan hilang apabila dah ada dalam kapal terbang.

9.20++ pagi kami bertolak ke KLIA. Sekian, cerita panjang.


Beg baju memang besar, macam dah tak nak balik rumah. Macam nak pergi sebulan kat Sabah. Tapi benda kecil macam ni pun saya boleh tertinggal. MUEHEHEHE! Saya tertinggal semua ni kat atas meja kat rumah. Macam mana lah boleh tertinggal benda penting ni. Nak cepat kot. Ngeee! Nasib baik kawan satu pejabat tolong pergi belikan travel kit ni. Comel. Lain kali nak pergi mana-mana senang la. Sebab boleh angkut macam ni je. Siap ada moutwash lagi. Tapi plax ice ni pedas. Saya beli itu hari, konon ambil la yang besar. Bila dah guna sekali dua, ya ampun. Pedas bukan main. Terus saya tak pakai. Korang nak ke?? Ada ni haa, kalau nak boleh je saya kasi. Boleh saya beli yang lain. HEHEHE.

Ok, cukup untuk kali ni. Lain kali kita sambung lagi eh. Tak lama, kejap je. Esok lusa saya sambung, tapi tak janji. Nanti kalau mungkir janji, berdosa. InsyaAllah :)



3 comments:

  1. kalau berpeluang datang sabah lagi jgn segan2 cari akak lagik k..

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY:
    tak segan. hahha. InsyaAllah kalau ke sana lagi, akan ku cari puan Nong Andy :)

    ANOM:
    hehehe, tak apalah, sebab yang jauh dah pernah pergi (negara). Yang dekat ni kemudian tak pe :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.