Monday, March 18, 2013

Perjalanan Bermula di Sabah ++2

Sementara perasaan membara nak menulis sangat ter-sangatlah tinggi. Jadi, marilah kita bercerita. Err, tadi lah semangat nak bercerita tersangat tinggi, sekarang ni dah jadi biasa-biasa aje. Sebab abang 2 beli burger. Jadi aroma agak menggugat ketenteraman untuk menulis. Tapi tak mengapa, kata orang usaha tangga menuju kejayaan. 

Apa eh nak sambung pasal Sabah?? Urmm. Rasanya ada cerita pasal ubat gigi kot. Ok, sekarang ni. Kita sambung aje lah kat mana-mana eh. HAHAHA. Blur! Ini semua burger punya pasal. Ganggu konsentrasi dan tumpuan untuk menulis. #burger kat sebelah tak bersalah.

Beg besar yang hampir saya lempar kat atas jalan. Namun umur dan jodoh dia dengan saya masih panjang. Selamat jua dia sampai ke Sabah. Alhamdulillah

Masa kami sampai kat airport. Naik bas UMS terus ke hotel yang disediakan. Lepas check in semua, kami terus ke booth untuk persiapan Karnival Jom Masuk U. Masa petang tu, agak rajin untuk menyusun atur semua buku peraturan kemasukan. Rasanya, ini lah bakat saya yang terpendam. Pandai menyusun atur. Rasanya ok lah juga. Banyak ayat rasa menandakan anda tak perlu meletakkan keyakinan apa-apa. Kerana ianya menandakan 'boleh lah daripada buku tu tak tersusun. HAHAHA'


Masa hari pertama. Pagi 2 Februari 2013, orang memang dah penuh. Berpusu-pusu. Ingatkan pagi-pagi macam ni, tak adalah ramai sangat. Sekali tak sempat nak duduk rileks. HEHEHE. Penuh la pengunjung sampai petang. Member cakap, biasanya untuk second day pengunjung akan berkurangan. Saya percaya lah, sebab tak pernah datang kat zon sini. Jadi tak pandai sangat nak baca penerimaan orang kat sini.

Masa datang kat sini, tak banyak sangat gambar masa pameran yang saya rakamkan. Sebab pengunjung boleh tahan ramainya. Jadi masa berubah menjadi amat berharga. NGEE~!

Sempat saya tanyakan pada beberapa pengunjung. Cikgu sekolah dan juga pelajar. Datang dari mana. Lepas tu mereka cakaplah, datang dari Kudat or Kunak macam tu. Makan masa 8 jam. Terkejut sangat bila dapat tahu macam tu. Bayangkan mereka naik bas selama8 jam. Jenuh oo nak sampai. Kasihan juga. Tapi tak apa, demi ilmu kan. InsyaAllah ada ganjaran dia.


Masa petang tu kan, sepupu datang dengan keluarga dia ke booth yang saya jaga. Ini anak sulung dia. Danish. Dah lama sangat tak jumpa budak ni. Tak duduk diam. Nak tak nak, terpaksa pegang dia. Kalau tak habis buku dia nak sepahkan.


Rasanya ini hari kedua. Buku kemasukan dah banyak habis. Ini kiranya macam siapa cepat dia dapat lah. Siapa lambat dia kempunan. 


Sempat jalan-jalan kat Kaison, One Borneo. Eh, ke ejaan dia macam ni 1 Borneo? HEHEHE. Ketaktahuan lah saya ejaan betul tempat ni. Kat Kaison ni, banyak sangat barang yang boleh membuatkan kita rambang mata. Saya sempat beli vase yang bercorakkan polka dot yang cantik. HAHAHA. Nak juga cakap cantik. Cantik pada pandangan saya je lah. Lepas tu, beli bunga lavender. Tapi yang kecil ajelah. Buat kenangan kononnya.

Masa dalam perjalanan balik ke bilik hotel. Pemandangan yang Subhanallah. Cantik sangat. Rasa macam kat Abu Dhabi tak? 


Ini pandangan depan, kat depan tu hotel kami. Macam la korang boleh nampak :)

Malam Sabtu tu, sepupu ajak keluar sama-sama. Apa lagi, ajak kawan-kawan satu pejabat keluar sekali. Kami naik van yang sepupu pinjam dengan kawan dia. Seronok keluar malam-malam ni sebab cuaca sejuk dan boleh tengok suasana malam kat Kota Kinabalu. Cumanya waktu agak singkat lah. Kami pergi adalah dalam 4 jam macam tu.

Danish selalu buat muka tiada berperasaan. 


Untuk mulanya, kami ke Pasar Philippines.  Mulanya tak tahu pun tentang pasar ni. Lepas tu semua orang asyik sebut pasal pasar ni. Macam best lah tempat ni. Yelah, dah semua orang asyik lambung nama pasar ni. Bila dah sampai kat pasar ni. Ooo ini ke pasar tu. Boleh lah. Kat sini ada jual buah, lepas tu jual ikan kering, sotong kering, gamat kering, rumpai laut yang tengah glamer tu. Ramai orang perempuan sekarang makan rumpai laut. Rebus, masak lepas tu makan. Entah tak pasti pulak macam mana cara masak dia. HEHEHE. Saya tulis ikut suka hati je tu. Rujuk gambar la kalau nak lebih jelas. Harga dia boleh lah tahan mahalnya. Tapi kalau pandai tawar. Murah giler harga dia. Rumpai laut tu kan, murah aje kalau kita beli. Harga dia adalah dalam belasan ringgit aje. Saya tak beli sebab tak berapa minat. Jadi sesiapa yang datang sini. Bolehla h borong rumpai laut banyak-banyak. Wife kepada sepupu saya memang jual rumpai laut. Kiranya, dia ajelah yang memborong rumpai laut ni. 

Kat pasar ni juga, ada jual cenderamata dan juga mutiara. Kat sini bagi yang suka akan mutiara. Rasanya mata korang semua boleh bertukar menjadi anak mata mutiara. Rambang oo. Tapi mata saya, Alhamdulillah masih seperti biasa. Warna hitam dan tiada berperasaan. Mungkin sebab saya tak berapa nak minat dengan mutiara ni semua. Jadi macam alaa. Saya cuma membeli key chains. HAHAHA. Saya suka!

Kat pasar ni kami banyak membeli ikan kering, ikan bilis. Kuih cincin yang digembar gemburkan sedap. Saya tak berapa gemar. Jadi tak boleh nak komen pasal ni. Tapi saya tetap membelinya untuk keluarga dan kawan-kawan. Akhirnya, 2 kotak terhasil apabila kami menabung wang kat pasar ni. Tapi tak banyak sangat barang yang dapat saya beli. Contoh macam baju t-shirt. Sebab banyak kedai dah ditutup.

[Err, penat tak korang baca entry nih? Ke korang skip? Malas nak baca panjang-panjang. HAHAHA. Minum air dulu. Pergi buat air dulu lepas tu sambung, kalau tak nak sambung pergi tengok tv eh]

Lepas tu kan [nada macam budak-budak bercerita kat kawan-kawan dia], kami ke Kampung Air. Saya betul-betul ingat kampung ni kat atas air. Rupanya namanya aje yang macam tu. Adalah orang jual baju, kerongsang yang banyak giler pilihan. Lepas tu adalah barang-barang lain. Lebih kurang macam pasar malam aje. Kawan-kawan lelaki memang beria membeli. Boleh tahan lah. Kalah saya tau!

Saya cuba untuk membestkan diri saya di sini. Tapi tak berapa nak masuk. Mungkin saya lebih gemarkan baju-baju untuk perempuan. HEHEHE. Kain pasang waa wah. Kat sini tak ada.

Dah lewat malam, sepupu ajak makan kat tepi benteng. Tapi tak makanlah seafood. Sebab dia cakap ada fenomena laut merah ke apa entah. Saya tak pasti. Jadi kami dinasihatkan jangan makan. Alaaa, kempunan nak makan ketam yang besar-besar segar bugar semua tu. Lenyap di bawa angin Sabah. Frust!


Masa hari kedua. Saya dah berpakat dengan kawan pejabat nak keluar lagi. Kami nak keluar ke pasar philippines lagi. Nak dijadikan cerita. Kami tunggu shuttle bus. Sementara bas sampai, kawan pula nak ke bilik air. Elok aje dia ke bilik air. Bas pun sampai. Semua orang beratur naik bas. Saya pun sama. Masuk aje kat dalam bas, saya minta pak cik tu tunggu sekejap. Sebab kawan tak balik lagi dari toilet. Dia cakap tak boleh nak tunggu kat depan pintu mall tu, sebab nanti kereta nak lalu. Ok, saya tak kisah. Lalu dia gerakkan bas ke depan, pusing depan tu juga menuju ke jalan keluar. Saya ingatkan dia nak berhenti. Tapi terus aje meluncur dia bawa bas. Haaa! Apa ni. Terus saya ke depan tempat pemandu dan bagitahu berhenti Pak cik, kawan saya tak datang lagi ni. Dia cakap, tak boleh tunggu. Dah lambat. Uhh! Cakaplah awal-awal. Nak tak nak saya terpaksa berjalan patah balik masuk mall. Berjalan sambil membebel. HAHAHA. Geramm oo. Mana boleh tinggal kawan kita macam tu je. Masa sampai kat mall. Kawan saya tanya, bas dah datang ke? Saya cakap, dah terlepas dah. Bas dah pergi. Nak tak nak, kami terpaksa menunggu 1 jam lagi. Oo, bestnya menanti menunggu bas macam ni. Grrr! #pakcik tu memang la, padahal salah kami. HEHEHE. Sapa lah yang baik hati sangat nak tunggu kami kan?

Time tunggu bas tu kan, saya sempat telefon Mami Shinta. Sila lihat link kat sebelah. Blog My Story. Itu lah blog dia. Kenal kat alam maya ni aje. Telefon dia bagitahu ada kat Sabah ni. Memang nak jumpa dengan dia, cuma macam 50/50 sebab tak tahu sempat jumpa atau tak. Sebab tu macam berani tak berani juga nak sms dan telefon dia. Takut tak sempat kan. 

Bila bas dah sampai tu, terus ke pasar philippines. Saya nak sambung misi mencari baju t-shirts. Time tu Mami Shinta ada telefon bagitahu dia akan datang kat pasar ni. Wah! Tak sabar. Namun rasa malu juga. Sebab saya selekeh sangat tau. 

Alasan: saya tak bawa baju yang cukup. Beg aje yang besar, isi tak banyak mana pun. Saya bajet nak beli kat KK ni aja. Namun nan hadoo. Tak banyak baju yang dijual. Jadi, saya pakai aje baju yang ada. 

Mami Shinta telefon lepas tu pi mai pi mai. Last, dapat jumpa dengan dia. Shinta pun ada tau. Comel sangat. Cuma Shinta agak malu-malu mungkin baru jumpa kan. HEHEHE.


Shinta dengan anime. Masa ni, kami dah balik ke 1 Borneo Mall. 


Ada pertandingan karaoke sempena Chinese New Year. Suara lebih kurang aja. 


Shinta kusyuk giler melihat budak-budak tengah menyanyi. Padahal dia tak faham pun lagu ni semua. 


Duduk nak depan aje. Masa ni, mami dia kat belakang pun dia tak sedar. Dah ralit sangat tu melayan lagu.

Mami Shinta yang manis. Saya terpaksa crop gambar saya. HAHAHA. Krisis keyakinan diri melanda. Maaf, sebab saya selekeh sangat. Macam ada orang kisah. Eh, empunya diri memang kisah.

Bila dah petang-petang macam tu, Mami Shinta sempat ke beberapa booth. Tapi memandangkan cuaca Shinta tak berapa nak elok. Mungkin dah penat kan. Lagipun karnival tu mungkin tak sesuai dengan jiwa anak-anak Shinta. Lalu merengek la dia minta mami dia bawa dia balik. 

Salam-salam, kami bersurai. Seronok jumpa dengan kawan alam maya ni. Lain kali datang Terengganu eh, kita boleh bawa pergi jalan-jalan pula :)


Malam terakhir kami makan kat hotel ni. The Square kot. Ke apa nama hotel ni. Nak bagitahu, bubur yang saya makan ni sedap. Itu aje. Tak pasti apa bubur ni, sebab dah lama sangat. Lupa.


Dah nak balik semenanjung. Seronok. Tapi tak seronok juga lah. Sebab saya nak pergi Kundasang. Nak pergi juga, tapi tak sempat. Nak pergi sebab kat sana ada ladang lembu kan. Tak tahu la betul ke tidak, tapi rasanya saya pernah nampak gambar yang diupload kawan-kawan kat kandang lembu. HAHAHA. Apa ke jenis ni aida. Mung nok gi mana ni?? Saya nak ambil gambar kat padang rumput dia tu. Mesti kat sana cuaca sejuk macam Cameron Highlands. Best best!


Kundasang ke apa. Semua tu angan-angan je. Ini realiti. Dah nak balik. Sebelum kita tinggalkan Kota Kinabalu ni. Maka saya paparkan gambar airport KK sebagai kenangan buat semua. 


Keychains yang sempat saya beli. Gerammm!


Fridge magnet. Bukan untuk kawan-kawan tau, tapi untuk diri sendiri. HAHAHA. Kejam statement nih. Sengaja pilih yang ada gambar peta. Sebab senang saya nak tengok daerah-daerah kat Sabah ni. Kat situ Kundasang, kat situ Lahad Datu. Eh, Lahad Datu tu sebelum adanya pencerobohan.

Pesanan: Kalau pergi ke pasar philippines tu kan, kena pandai tawar menawar. Nanti harga murah kita terpaksa bayar mahal. Mutiara campur cakap mutiara asli. Berkali-kali kita tanya, asli ke tak nih? Dia jawab asli. Padahal bukan. Kecewa sebab tolong belikan yang orang pesan. Lain kali saya dah tak nak ambil pesanan dah. Sebab saya dahlah tak pandai memilih barangan ni semua. Penat pilih kena perolokkan pula. Ah! Sangat mendukacitakan hati lah. Bukan kat sini aja yang kita perlu tawar menawar. Kat mana-mana ajelah. Selamat menawar harga ya :)

Sekian, cerita pasal Sabah.


1 comment:

Terima kasih atas pandangan.