Monday, May 6, 2013

PRU13

Dari petang Sabtu lagi sebelum PRU13 berlangsung, saya meronta-ronta tak sabar-sabar mahu menulis mengenai PRU13 ini. Namun, keadaan laptop saya yang dah pulih namun ada sedikit masalah nak log in blogger. Sebab saya baru je tukar password, bila guna password baru macam tak sah la pulak. Tapi dah setel tadi. Alhamdulillah. PRU adalah satu proses [macam hari raya] yang sememangnya menjanjikan pelbagai cerita, peristiwa kepada kita semua kerana ianya akan membuahkan hasil yang satu. Ya, satu yakni mencari pemimpin untuk kita. Pemimpin yang akan kita amanahkan untuk mereka memikul tanggungjawab yang bukan sedikit. Beratnya hanya mereka yang memikulnya sahaja yang tahu.

Pagi tadi, saya duk meneliti pelbagai ceritera di dalam facebook. Saya juga buka blog. Salah satu blog tersebut ialah blog Rina Salleh. Saya tak boleh nak kata tidak dengan kata-kata beliau. Saya sangat bersetuju kerana itu lah saya copy pastekan entry beliau di sini [tanpa kebenaran. Uhuk]. 

**********

Ya saya anak muda mentah. Kami masih mentah. Namun mentah kami bukan mentah yang boleh digulai lemakkan. Jika ya anda rasa anda lebih berpengalaman, lebih tahu sejarah, lebih menyayangi agama dan bangsa, lebih tahu erti perjuangan, lebih segalanya, maka tunjukkan contoh yang baik kepada kami bagaimana seharusnya kami anak-anak muda mentah ini harus menghargai hidup dan bersyukur.

Andai kata-kata yang dilontar dan dihambur sama saja seperti anak-anak mentah,
Andai tindakan pantas saja menuding jari dan menunjukkan amarah,
Jadi bagaimana dapat kami percaya dan ikut?
Dimana kepimpinan melalui tauladan yang cuba ditonjolkan?
Dimana kebijaksanaan akal dan sikap mulia untuk kami teladani?

Pimpin dan bawa kami anak-anak mentah ini dengan sikap, tindakan, kata-kata dan tingkahlaku anda selayakknya seorang yang lebih tua dan dihormati.

Kami anak muda mentah inilah yang akan membawa negara maju ke depan. Kerana kami percaya usaha dan rezeki kami di beri oleh Allah melalui kekayaan dan kemakmuran negara ini. Sejarah menjadikan kami lebih berhati-hati dan berfikiran matang. Sejarah yang telah di cipta oleh orang-orang tua kami.

Kami anak muda mentah tidak menolak kenikmatan hidup yang sedia ada. Inilah negara kami, tanah tumpah perjuangan kami. Kerana sayang kami inginkan suatu pembaharuan, didikan rohani, penguasaan Amal Makruf Nahi Mungkar, kegemilangan pemerintahan Islam.

Kami anak muda mentah memang mudah termakan janji, namun janji yang kami pilih adalah janji pemimpin yang akan membawa kami menghayati hidup di dunia untuk dibawa ke akhirat.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.