Tuesday, June 18, 2013

10 Rahsia

Ketahui 10 Rahsia kekal sihat dan bahagia. Tips ni boleh anda semua dapati dalam majalah Rapi keluaran Jun 2013. 

................................. RAHSIANYA IALAH

Ini versi yang saya ubahsuai. HEHEHE.

1. Belanja untuk diri sendiri
*insyaAllah nak beli bateri handphone. HAHAHA. Mungkin bagi orang lain, itu perkara biasa. Namun bagi saya. Ianya luar biasa. Tak sabar nak jengah kedai telekomunikasi

*gadjet yang dah saya senaraikan. Cuma masih belum boleh di war-warkan kerana ianya mungkin akan dibeli 1 tahun lagi, 6 bulan lagi. Urmmm, tengok lah macam mana [congak buku bank, macam jauh panggang dari api. HAHAHA]

2. Aktifkan otak anda
*saya main game candy crush saga yang sangat menyesakkan otak, eh tapi kan, sesak sesak pun otak saya bertambah aktif. Ngee!

3. Lebih berani
*kadang-kadang berani ke tandas di lewat malam hari. LOL!

4. Elakkan perasaan bersalah
*selalu juga benda ni saya alami. Namun saya adakala memilih untuk menjadi buat 'don't know' je

5. Lakukan senaman yang disukai
*tiada senaman yang dilakukan. Eh, kalau jalan kaki kira bersenam ke tak??

6. Sentiasa tersenyum dan ketawa
*sokmo la gini. Senyum tu kadang-kadang tengok tempat lah

7. Menghidu aroma lemon
*oo, baru saya tahu. so far, saya pernah hidu aroma perfume je. 

8. Cintai kerjaya anda
*saya in love sangat dengan kerja saya sekarang. Walau pun kan, ada lah komplen situ sini namun saya suka! Itu cabaran buat saya. Oh ya, mereka komplen namun last mereka perlu datang juga dekat kami. Sebab semua saling berkait. Tak perlu nak ego, tak perlu nak bajet bagus. Yang kelakar, ada juga yang segan nak datang dekat kami sebab yelah, mereka pernah buat salah. HAHAHA. Bagi saya, rileks lah. Yang lepas kita kenang lah sekali sekala, namun kerja perlu diteruskan. Tu lah, lain kali chill ok!

9. Luaskan pergaulan
*yang ni saya memilih untuk seadanya sahaja. Pengalaman membuatkan kita lebih berhati-hati

10. Kewangan yang teratur
*aiks, macam menyindir saya je ni. LOL! Ok ok, mulai bulan ni saya akan menteraturkan kewangan saya dengan lebih efficient lagi. InsyaAllah :)


3 comments:

  1. Tambah satu lagi tips yang mak saya selalu cakap: solat malam dan baca Quran...insyaaAllah tenang dan bahagia dari dalam :) Jom sama2 praktis!

    ReplyDelete
  2. alamak komen tu saman ke? hihi..salam kenal dr dochland..humm menarik tips2 ni.. tq for sharing :D

    ReplyDelete
  3. ZAINUR :
    Thanks! InsyaAllah sama-sama kita amalkan :)


    SITIEZAHIM :
    a'aa.. hahha.. saman tapi tak perlu bayar duit :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.