Thursday, June 13, 2013

Afiq

Tak plan pun nak tulis kat sini malam malam macam ni. Tapi tadi masa balik kerja, bila tengok Afiq tengah main basikal jiran dia. Saya tahu ada banyak benda yang tertangguh untuk saya kongsikan. Namun selepas insiden laptopku rosak ianya tertangguh. Lama juga terbengkalainya. Boleh buat tajuk Terbengkalainya Ceridrama Afiq. Ceridrama = cerita drama. Malam dah lewat namun suara Afiq duk terkekeh kekeh lagi. Nantilah kalau keadaan laptop mengizinkan, akan saya coret penuhkan ruang MPS ni dengan cerita Afiq.

2 comments:

  1. akak pun byk cerita terbengkalai juga haha.. sama la kita Aida, ada masa tu nak tulis bila pertama kali Shinta buat lawak..

    Shinta: " Mami... benci la kaki ni ish..."

    Akak : " Kenapa kaki?"

    Shinta : " Benci la kaki ni.. mau jalan saja.."

    Akak: "Hah?"

    Shinta : " Kaki ni bah mami.. mau jalan saja tempat Owen.."

    ahahahaha.. lawak bodoh betul la budak tu. boleh pula budak kecil tu buat lkawak cengitu. Tapi pagi bangun2 je dia terus cerita pasal mimpinya malam tadi.. memula tu macam mimpi dia betul la.. tapi lama-lama tu dah.. makin panjang dan tokok tambah.. mesti imaginasi dia dah lebih-lebih.

    budak tu rupanya dah tak kecik lagi.. Dia dah pandai bercerita la.. rasa menakjubkan pula kakakakka.. agaknya semua ibu rasa macam tu utk kali pertama kan kan.. aida..


    nah.. akak membebel kat ruangan komen Aida pula kakakaka


    Nong Andy

    ReplyDelete
  2. hahahah. comel je shinta. terbayang lagi muka dia yang malu2 meoww masa jumpa dulu.

    shinta ikut imaginasi mami dia. hahahha. jangan main-main dengan imaginasi kanak-kanak yang dah semakin membesar macam shinta tu

    rasanya semua ibu memang macam tu :) [termasuk juga mak saudara ok. LOL]

    *takpe, mengomel la anda sebab tiada caj yang dikenakan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.