Tuesday, June 11, 2013

Musnah 147

HAHAHA. Ketawa besar. Alkisahnya kalau korang follow entry yang sebelum sebelum ni. Memang saya mengadu itu ini tentang level 147. Mengadu tentang game rasanya tak ada lah nak segan mana berbandingkan mengadu tentang perasaan. Serius! Kan?

Ok. Untuk record diri sendiri. Jadinya tak perlu nak baca sangatlah kalau korang rasa 'alaa, pasal game lagi ke?'. HAHAHA. Sorry, saya sedang dalam ketagihan. Gamemania. Eh bukan, candycrushmania.

Saya melepasi level 146 dan berjaya ke 147. Pada mula bermain, saya dikelilingi dengan anak-anak buah. Kebetulan mereka balik kampung cuti sekolah. Masa tu, hanya tinggal 1 jelly aje yang perlu dimusnahkan. Saya bajet level ni senang la kan. Yelah, first time main 147, saya hanya perlu pecahkan 1 lagi jelly untuk menang dan ke level 148.

Lepas tu, saya try lagi untuk kali ke 2. Eh eh. Makin banyak pulak balance jelly yang perlu dipecahkan. Saya cuba dan mencuba lagi untuk kali ke sa, kali ke puluh, kali ke ratus. HAHAHA. EEE! Dah sakit kepala rasanya layan level ni.

Anak buah asyik tanya, 'level 147 lagi ke cikda?'
Anak buah cakap 'Allah, dok berjaya lagi'.

Saya pulak? Tok sah ceritalah. Geram sangat. Celik mata saya main level ni sampai lebam. 

Kawan-kawan tahu saya berusaha gigih untuk level ni. LOL!!

Dan malam tadi kan, saya bermain lagi. Buat macam ni, buat macam tu. Eh eh dah tinggal 3 jelly yang perlu dimusnahkan. Rugi ar tak videokan detik epic macam ni. HAHAHA.

Bila dah tinggal 3 jelly, lepas tu moves yang ada masih banyak, adalah dalam 10 macam tu kot. Kiranya memang berpeluang cerah gemilang secerah sinar mentari la untuk berjaya level ni. Lepas tu, ada coklat and yang belang-belang. Kembungkan lantas kita bomkan dia. HAHAHA. EEEE! HAPPY OK. SANGAT HAPPY!!


Ini gambar yang saya upload kat instagram. Biasalah gembira katakan.

Caption gambar : Rasa macam dah tawan Everest je. Haha. 2 weeks + akhirnya 147 dimusnahkan. #alhamdulillah #happygiler #ccs

Ok, saya tahu entry ini sangat errr. errr. apa eh ayat yang sesuai nak cakap. Ah, tak payah cakap papelah. Janji dah lepas 147!

HOOOORAAY! HAHAHA. Childish!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.