Sunday, June 30, 2013

Panduan Untuk Membeli

Dewasa ini, pertumbuhan perniagaan secara online muncul bagaikan munculnya lagu-lagu baru di industri hiburan. Sangatlah banyak. Tak dinafikan ianya memudahkan kita untuk memilih dengan senang. Pilih saje yang mana berkenan lepas tu terus klik kat bank. Semudah ABC.

Bercakap melalui pengalaman, antara pembelian yang biasa saya uruskan melalui online ialah tudung, baju dan buku. Setakat ini, 3 barang ini lah yang menjadi pilihan untuk saya beli. Kasut tu, belum pernah lagi lah. Maklumlah kasut ni kan, kita kena try dulu. Selesa ke tak nak pakai. Jadi leceh-leceh macam tu, saya tak buat.

Tadi, saya membelek blog lepas tu, saya klik pada blog menjual tudung-tudung. Sedang saya membelek, eh eh. Oklah, disebabkan eh eh itulah saya membuat entry ini. Ngee!

Ok, ini hanyalah pandangan peribadi ok. PANDANGAN PERIBADI dan ianya tidak ada kena mengena dengan sesiapa melainkan diri sendiri.

Saya melihat tudung di atas, dan terpandang pada beberapa garis di atas tudung tersebut [kesan gosokan mungkin]. Sekiranya anda tidak cerewet, tentu anda akan membelinya. Saya agak cerewet. Melalui penulisan saya di sini, anda dah boleh hidu kecerewetanku itu. Apabila melihat garisan [jika anda faham apa yang saya maksudkan itu]. Saya tahu kain ini jenis yang macam mana. Apabila kita iron ianya akan ada kesan garisan atau lebih tepat lagi kesan seterika di atas tudung. Bagi saya, kalau tudung itu murah. Ok, saya tak ada hal. TAPI, kalau tudung tu berharga sedikit mahal. Saya kisah. Bagi saya, sebelum saya membeli, saya tak nak lihat kesan yang tak sedap dipandang oleh saya. Lepas beli tu, tak kisahlah sebab kita yang jaga, kita punya angkara kan.


Apabila melihat gambar di atas, saya teringat gambar ini. P/S: sila fokuskan pada tudung dan bukan pada saya yang senyum kemewek tu. LOL! Maklumlah, gambar ni di ambil oleh ayahnda saya. Dah kali ke 4 5 barulah ok gambar ni. Ayahnda saya cakap, dia bukannya reti pun nak ambil gambar. Saya tak kisah, janji saya ada kat dalam gambar. HAHAHA. 

Ok, berbalik pada tudung. Tudung di atas saya beli dengan harga RM23.90 sahaja. Kainnya cantik, jahitannya pun cantik. Soft awning dan terletak. Selesa dan puas hati dengan harganya. Tengok, price tag dia pun saya tak tanggalkan pun lagi. HAHAHA. Saje je nak kasi tau itu tudung baru. Ala, saya beli kat Desa Murni aje O_o.

Tudung syria ni pulak, saya beli dengan harga +-RM17 di tepi kedai-kedai kecil di Mydin. HEHEHE. Selesa sangat. Saya ambil size L. Tudung syria ni jahitan di tepi dia sama macam gambar kat bawah ni. Macam bergelombang ke apa. Entah saya tak tahu nak panggil apa. Itu sebab perlu gambar sebagai penerangan. HEHEH. Tudung ni kita boleh bulatkan mengikut raut wajah kita atau muncungkan sedikit kalau tak nak nampak muka tu bulat sangat. Kalau saya, saya hentam je. Senget ke apa, redah je :) Oh ya, gambar si anak buah, Afiq tu saya saje putihkan macam tu. HAHAHA. Sebab pakaian dia yang kat bawah tu aje. Pampers! LOL! 

source: tudung syria

Antara tips untuk membeli secara online. Yelah, sekurangnya kita boleh elakkan daripada menyesalnya beliii!! Eh, setakat ni saya rasa berpuas hati dengan apa yang dibeli. Kadang-kadang tambah lagi koleksi yang dibeli. Sebab? Kain yang dibeli cantik, jahitan cantik. Harga dia pun ok.

Ok, tipsnya.

1. Buat perbandingan harga antara di pasaran sebenar dan di pasaran maya. Sebabnya, kalau di pasaran maya ni, kadangkala harganya agak mahal sedikit. Kadang-kadang, harga di pasaran maya agak murah sedikit. Ianya tak tentu. Kita perlu bijak menilai harga yang ditawarkan. Kalau dah beli berhelai-helai tu, sila tanyakan tentang diskaun. Namun perlu ingat, ianya terpulang kepada penjual tersebut. Atas dasar budi bicara la. HEHEHE. Saya pernah membeli di Cloverush dan Alhamdulillah, pemilik dia senang sangat untuk berurusan. Sangat berpuas hati lah membeli kat situ. Pengalaman saya, bila kita dah beli berhelai-helai tudung kat situ, mereka bagi diskaun tau untuk pembelian yang dilakukan. Harga yang biasa saya beli adalah antara RM39-RM35 macam tu. 

2. Material. Kita perlu tengok dulu material yang dipaparkan. Sebab ada yang kita tak suka. Contoh lycra. Saya ada juga berkenan beberapa helai jubah, namun bila dah kainnya lycra [plain]. Saya tak jadi beli melainkan sekiranya kita boleh lihat dengan mata sendiri, try pakai ke apa. Faham-faham aje lah kalau kain lycra ni, bila dipakai, ianya terbentuk kat badan. Segan juga nak pakai walau nama dia jubah. Tapi, kalau lycra bunga-bunga ianya masih lagi ok. Tak ada lah nampak sangat. 

3. Biar kena pada diri. Kita selalu melihat apa yang dipakai oleh orang lain cantik. Pemerhatian saya, biasanya model yang digunakan oleh pemilik butik kadang-kadang terdiri daripada artis. Biasanya dorang ni, pakai apa pun cantik. Serius cantik. Tapi saya selalu pesan kat diri saya, tak semestinya apa yang dipakai oleh orang lain, sesuai dengan wajah kita dan diri kita. Kita perlu sesuaikan dengan diri kita. Penampilan kita. Jadinya, kalau tudung yang ropol-ropol [tudung iguana. Memang tak boleh nak tahan gelak kalau tengok orang pakai tudung ni. Setakat ni, saya memang tak beli lagi lah tudung ni. LOL!], bercorak-corak memang saya elakkan. Melainkan kalau kita cuba sendiri kat kedai. Bila dah terasa macam ok [macam ok, biasanya lepas balik rumah terasa tak ok. HAHAHA] barulah berani nak beli. 

4. Kedai biasa dan kedai luar biasa. Kadang-kadang kedai yang dah establish ni, harga dia pun wooww! Tapi kalau kedai yang biasa, harga dia berpatutan. Tak adalah sampai RM250 ke atas. Pengsan kalau beli tudung sampai beratus-ratus. HAHAHA. Serius, so far tak pernah lagi lah beli tudung yang harganya beratus-ratus. Cuma mampu memandang aje lah. Sebab bagi saya, kalau tudung tu saya boleh dapat dengan corak yang lebih kurang, dengan kualiti kain yang lebih kurang, dengan harga yang lebih murah. Maka kenapa saya perlu laburkan duit diharga yang wooww mahal itu. Disini, perlulah saya menjadi seorang wanita yang bijak. EHEHE! 

5. Selalu sedarkan diri bahawa, nafsu untuk membeli tak akan pernah padam. Kita perlu mengawal diri kita. Saya selalu berfikir, kadang-kadang corak atau fesyen yang dikeluarkan agak over namun akan ada pembelinya. Ini kerana, kita selalu rasa eh itu cantik, eh ini cantik. Eh kena beli ni, eh rugi kalau tak beli ni. Saya macam tu lah, HAHAHA. Tapi kena lah kawal diri. 

6. Jadilah orang yang lebih selektif dalam memilih ketika membeli. Saya boleh dikatakan di dalam golongan yang agak cerewet ketika membeli. Jadinya, itu sedikit sebanyak menghalang saya daripada membeli secara semborono di dalam alam maya.

7. Murah dan mahal. Ianya tidak menjadi isu sekiranya anda mampu. Saya akan teringat pesanan ini, pakaian itu adalah hasil pembawaan seseorang itu. Walaupun pakaian yang dipakai itu sama, namun ianya akan dilihat berbeza melalui gaya sipemakainya. Senang cerita, kalau ianya mahal namun anda tidak mampu untuk membawanya, ianya hanya kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun kalau anda pandai membawa pakaian tersebut, baju RM20 pun orang akan cakap cantiklah, mana beli. Mesti mahal. Padahal murah ajoo regenya :) [beli tudung mahal tapi tak pandai nak belit-belit, last bengang! baik pakai bawal je. HAHAHA]

Yang penting, kita mesti jadi pengguna yang bijak. Sebab pilihan banyak, jadi kita tak perlu tergopoh gapah dalam membeli. Kalau ok, berkenan murah, rasa mampu teruskan niat anda.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.