Tuesday, June 25, 2013

Recap versi : Rojak

Bajet nak recap seminggu, tapi tak mengapalah. Terasa macam banyak benda la pulak nak ditaip [baca: nak merojak kan entry]. Terasa ajelah. Belum tentu lagi pun :). 

1. Malam tadi masa duk membelek instagram. Saya berkenankan satu dress ni. Tapi sebelum ni saya dah tahu akan kewujudan dress ni. Cantik. Memang cantik. Dalam kepala saya dah duk fikir-fikir macam mana design dia. Cuma ketika itu, hanya sempat ambil gambar sebagai contoh untuk diri sendiri. Lepas tu kan, malam tadi dress yang sama. Dari orang yang sama. Barulah saya tahu harganya. RM260. Woahh! Rupanya harga dress tu hampir RM300 rupanya. Tapi tak mengapa, sebab saya dah tahu material kain dia. Jadinya saya akan tunjuk design tu. Nanti mintak makcik/sepupu saya tolong jahit aje lah. Rasanya, kos adalah lebih kurang (bawah RM100).

Pengiraan kos : Kain - RM40
                              Upah jahit - RM30

Sebab dress tu simple giler. Rasanya saya boleh jahit kalau jahitan lurus macam tu je. Tapi bab menggunting semua tu, saya rasa saya tak mampu. Biasanya pattern untuk dress lain caranya. Makcik saya biasanya akan lukis dulu kat kertas minyak. Saya tak sure sangat lah term jahitan ni semua, tapi boleh lah imagine :)

2. Saya tak tahu lah. Dua minggu kebelakangan ini, saya sangat-sangat-dan sangat suka memasak. Suka ya, bukan pandai memasak. Tak tahulah mungkin pengaruh gambar-gambar di blog masakan kot. Western food. HAHAHA. Bila saya cakap kat abang 2 dengan kawan-kawan saya nak buat itu ini. Mereka cakap 'debor dengor. ye ke dok??' LOL! Nanti saya akan ceritakan perihal masakan yang simple ni. Bolehlah korang cuba. Cuma sekarang ni, tak boleh lah bercerita sebab laptop masih belum complete sepenuhnya. Adaptor satu hal lepas tu dengan installation tak menjadi untuk internet pun satu hal.

3. Siapa kat sini yang layan Masterchef Selebriti Malaysia 2? Mulanya kan, saya tak berapa suka dengan MCM untuk selebriti ni. Saya selalu cakap, season 2 ni tak best. Season 1 lagi best. Akan tetapi, bila dah setiap minggu kita tengok, kita akan mula rasa macam best juga la. Saya mula mengikuti MCM ni pada awal, lepas tu stop sekejap sebab tak berapa best kan dengan peserta dia. Lepas tu, bila peserta dah tinggal dalam belas belas macam tu, barulah saya follow secara mingguan. 

Dalam ramai-ramai peserta saya suka tengok gelagat Kenchana, Michael Ang [yang ni mulanya tak suka juga sebab dia macam pot pet macam tu kan, lama-lama macam ok la. HAHAHA].

Celina dan juga Che Ta. 

Celina ni bagi saya pembawakan dia memang profesional la. Dia cool je, begitu juga dengan Syura. Eh Syura kadang dia cool kadang dia menggelabah juga.

Cuma kan, tak tahu lah kenapa. Saya sebenarnya tak berapa berkenan dengan Che Ta. Memang dia bukan favourite artis lah. Saya tak ada sangat artis pujaan yang saya sanjung sangat-sangat [saje guna ayat sanjung nak menggambarkan die hard fan giler]. TAK ADA. Suka biasa-biasa aje lah. 

Itu lah kan, sejak saya tengok dia dalam dapur masterchef. Eh ok lah juga dia. Perangai dia memang macam tu, pot pet juga. Kebudak-budakan pun ada. Saya memang support dia untuk ke final. Ngee!


Malam tadi, mereka bertiga ke separuh akhir. Saya bajet Celina dengan Che Ta yang akan ke final. Rupanya tidak. Syura rupanya yang jadi juara masterchef. Eh, juara? Walaupun dah tahu result dia, tapi nak juga tengok macam mana nanti [kalaulah apa yang ditulis tu betul]. Rasanya akan jadi macam masterchef yang lepas-lepas juga, result untuk final dah tahu lebih awal.


Gandingan yang bolehlah. Sebab mereka ni macam ok aje kalau digandingkan. Sebab masing-masing dah tahu kerja masing-masing [ambil contoh cabaran memasak kat hotel untuk room service].

Apa-apa hal. Tengok ajelah final nanti.

4. Itu aje lah kot.



2 comments:

  1. upah jahit 30?

    wah.....

    kat tempat akak upah jahit 75 :(

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY :
    RM30 sebab harga anak beranak. saudara mara macam ni la harga dia. ehhehe.

    tapi kalau kat luar, memang harga dia adalah dalam RM40-60 macam tu je. Bergantung orang tukang jahit & baju yang kita nak tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.