Monday, June 17, 2013

Ringgit-ringgit

Ringgit ringgit yang akan bertukar wajah menjadi semakin mengecil nilainya. RM100 akan bertukar wajah ke RM50. RM50 akan bertukar rupanya kepada RM20. RM20 akan diubah kepada RM10. RM10 akan terubah kepada RM5. RM5 akan ting! kepada RM1. RM1 akan dipecah pecahkan kepada syilingan. HAHAHA. Weyy! Sungguh tak seronok kejadian biasa ini.

Baru-baru ni, kami [my cousin and me] ke Giant. Time nak membayar, sepupu saya cakap 'dekpom, resit banyak lagi dari duit'. HAHAHA. Kuwang ajaq. Kami gelak. Biasalah, belum pandai mengawal aliran trafik pengaliran wang. 

Mengapa kita berbicara mengenai ringgit pada hari ini? Ini kerana, kejadian tadi telah mempersiap sediakan diri saya untuk menukar ringgit-ringgit tersebut menjadi helaian-helaian resit yang akan memenuhi purseku. 

Kejadian itu ialah.

Tempat: Pejabat
Masa : 12.30 pm

Handphone tiba-tiba teroff sendiri. Saya naik hairan kerana ini adalah kali ke 3 4 ianya terjadi. Lantas keputusan dibuat untuk membuka bahagian belakang, bajet nak cabut bateri kot la ada yang longgar ke apa. Eh eh, bila dah dibuka casing handphone. Rupanya bateri dah menggelembung. Padahal usia handphone ni baru la setahun. Kalau pacak lilin kat atas kek, baru 1 lilin tau. Namun itu la hakikatnya. Adushh!

Maka di sini bajet untuk bulan ini.

a) Bateri handphone : RM50 [tertakluk kepada harga di kedai, tertakluk juga tawar menawar. Kalau murah, lagi baik kot. HAHAHA. Murah dan berkualiti, yang tak berkualiti saya takmo-takmo eh.]

b) Wire untuk laptop. RM120. Sebab saya beli yang murah je. Adaptor ni, saya biasa panggil wayar je. LOL! Saya dah jarang buka laptop sebab adaptor tu kita kena adjust untuk nyalakan lampu bagi men ON kan laptop. Cerewet satu hal. Bila dah anak buah terlanggar dah padam. Sakit hati lagi satu hal. Dua hal lagi, ianya akan bagi kesan kepada hard disc. Rasanya cukuplah saya kehilangan gambar-gambar kesayangan saya di dalam laptop gara-gara hard disc yang rosak [rasa sedih lagi lah bila ingat/bercakap pasal gambar ni]. Sebab itu lah, saya jarang buka laptop [ayat ulangan]. Sayang pada hard disc lagi. Sayang pada laptop yang dah berusia 4 tahun tu juga.

Rasanya ini sahajalah yang teratas di dalam bajet untuk bulan ini.

Mode: grrrr! HAHAHA.

Oh ya, saya masih belum berjaya nak install celcom broadband kat dalam lappy. Dah berjanggut duk tunggu ni. Try berkali-kali tapi tidak berjaya. Mungkin ada la tu silap dia. Tak cukup step sebab tu no internet connection. Hush!


2 comments:

  1. Banyak juga keluar duit ya...

    Kadang2 ada2 saja hal2 luar jangka yg buat kita mengeluarkan duit lebih sikit kan....

    ReplyDelete
  2. tu la pasal. baru je bajet nak saving. hehehhe. dugaan ni.

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.