Thursday, July 18, 2013

Dia Dah Marah!

Tajuk je nampak macam marah betul tu ek. Tapi tak pun. Baru-baru ni, kakak 2 hantar mesej kat facebook.

Sampai ke hari ni, kalau baca mesej kakak 2 ni mesti tergelak sorang-sorang. Mungkin tak banyak cerita pasal kakak 2 dalam blog ni sebab orang tu asyik sibuuukkkkk cerita hal personal dia je. Orang tu la. HAHA. Marilah saya cerita sikit pasal dia eh. 

Kakak 2, antara kakak yang saya sayangi. Kakak 1, Kakak 3 pun saya sayang juga. Cuma kan, feel untuk kakak 2 ni lain la sikit. Sebab dia macam seolah-olah pengganti kepada mak kita lah. Kalau dia balik kampung, rasa seronok sangat. Nak tergelak pulak bila baca ayat ni, macam ayat budak-budak. Kenapa eh? Tiba-tiba berubah nada. LOL. Abaikan jelah O_0 Kalau kakak ipar pula, saya ada kakak ipar yang saya betul-betul rapat. Banyak saya share cerita personal kat dia. Sebab tak rasa segan sangat kot. HEHEHE. Kalau nak tulis, banyak dan panjang oo. Cuma kan, setiap kakak tu ada lah bahagian dia masing-masing. Yang ni kita share ini, yang tu kita share itu. Yang sorang lagi, kita macam ni, yang tu kita macam tu. Faham jelah eh saya tulis ni.

Kita sambung balik, dah banyak pusing ini cerita la aidalela. Bila dia balik kampung kan, kami boleh sembang sama-sama. Boleh ngendeng-ngendeng dengan dia. Boleh bagi-kongsi idea nak masak apa. Boleh dengar dia bebel-bebel pasal saya walaupun panas juga teligaku ini. HAHAHA. Bercakap macam-macam terutama pasal anak dia, pasal murid-murid kat sekolah dia. Kalau dia cerita pasal anak murid dia. Memang macam-macam cerita. Lawak pun ada, kadang-kadang kesian pun ada kat pelajar dia tu. Kalau pasal anak-anak dia pulak, memang la kelakar dan geram pun ada. Nasib dah besar sikit, jadinya anak-anak dia dah kurang la buat konsert nasyid kat rumah. Biasanya, dari yang sulung sampai yang kecik duk buat konsert. Siap dengan gaya. Sekarang yang sulung dah darjah 6, angah dah darjah 4 kot. Ateh dah darjah 3. Sebab tu dah slow la penganjuran konsert disebabkan faktor usia. HAHA. Mana nak nyanyi sama adik-adik lagi. Macam-macam pe'el perangai 6 beradik ni.

Dia bukan kakak-kakak yang skema. Tapi sangat memahami kita. Sangat kelakar. Bahasa percakapan dia kadang-kadang lucu selamba je. Kami tak adalah bercakap saya-kakak atau apa, beraku mung sahaja. Itukan lebih merapatkan ukhuwah. NGEENGEEE!

Ok, ini mesej yang kakak 2 bagi. Yang soalan atas tu, 'tak habis lagi' adalah merujuk kepada kegilaan saya bermain candy crush saga. HAHAHA. Tapi itu saya jawab macam malu-malu la.

Lepas tu, dapat lagi mesej dia. Yang ni memang jadi bahan gelak saya. Saya memang liat sikit nak berfikir hal-hal ilmiah sekarang. Bukan tak nak tolong dia. Sebab tak banyak idea. Rasa jauh sangat lah otak saya nak berfikir ayat-ayat atau bahan-bahan untuk assignment. Macam slowwww giller lah.

Lepas dapat mesej tu, bila dengar ugutan tak nak kasi nyawa. HAHAH. Saya berjanji dengan tak berapa nak yakin untuk tolong dia. Tolong semak balik assignment dia. Kat bawah assigment dia yang saya copy. Err, copy sikit je la kat sini. 

Saya juga mestilah bertindak sebagai pengamal budaya ilmu. Ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Sebagai seorang yang professional, pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru . Dalam pengajaran dan pengajaran, sebagai seorang guru saya mestilah mampu memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta ...... bla bla bla.

Serius, saya dah tak banyak vocab untuk membuat esei yang mempunyai nilai-nilai kepadatan isi macam dulu-dulu. Saya cuba untuk membuat beberapa ayat kata orang mukadimmah. Tapi kan, idea saya dah tak berapa nak lancar. Tak reti nak explain macam mana. Namun saya tahu, umpama otak terasa macam besi yang dah nak berkarat. Macam mana nak sambung belajar kalau macam ni lah gayanya. Yelah, bila lihat kakak kita yang ada 6 anak gigih sambung belajar. Aih, kita pun teringin. Keinginan ni tak pernah pudar. Sentiasa ada. Cuma tak nak lah jadi student part time. Saya nak full time sebab saya kena struggle betul-betul. Dengan kerja sekarang, bukan tak boleh. Boleh tapi berat sikitlah. Ah, berangan je la nak sambung belajar. HUHUHU!

Saya tanya kakak saya 'mung buat sendiri ke ayat-ayat ni semua?' Sebab macam tak percaya kat kakak sendiri. HAHAHA. Dia jawab 'buat diri ar, bakpe?'. 'Sedap juga eh ayat-ayat mung'. Saya sebenarnya berfikir sorang diri, entah bilalah saya akan mempunyai kelancaran idea macam dulu-dulu. 

Oleh itu marilah kita menyayangi ahli keluarga kita dan saudara mara terdekat. Dan-dan, terus lancarkan kempen eh. HAHAHA.


2 comments:

  1. Jadi gettah tu apa?


    Jom kempen sayangi ahli keluarga hehehe...

    ReplyDelete
  2. HAHAHAH!! gettah tu macam gandum yang digoreng campur gula :)

    *mesti tak faham juga ni. LOL!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.