Tuesday, July 23, 2013

Malang Memang Tidak Ada Bau-bau

Malam tadi nak menulis pasal benda ni. Namun disebabkan laptop tidak boleh nak digunakan, maka hari ini sahajalah kita berkongsi cerita. 

Semalam dan semalam yang lalu, saya dan kawan-kawan pejabat sibuk bercakap mengenai kematian seorang budak yang berumur 3 tahun. Meninggal di dalam kereta disebabkan ibunya lupa langsung nak hantar dia ke nursery. 

Sebetulnya berita ini saya dapat semasa tengah duk santai-santai kat rumah. Kebetulan kawan saya tu kerjanya kat Bukit Aman, jadi dia memang dapat maklumat yang cepat dari page mukabuku PDRM [nak cakap, PDRM dengan dia macam isi dengan kuku]. Sekarang ni kan, zaman informasi bergerak pantas. Berita kat mana-mana pun kita boleh tahu dalam masa yang pantas.


Kawan forward berita ni. Saya memang langsung tak tahu kalau dia tak forward. Lalu menjadilah satu perbincangan kecil antara kami.


Kawan saya seorang guru. Jadi dia memberi pendapat dari segi kekangan masa seorang guru.



Kami semua memang macam ni. Bersembang untuk saling mengingati. Rasanya kawan-kawan anda pun macam ni, ianya adalah perkara biasa untuk saling mengingati sesama kita.

Semalam, semasa saya bersembang dengan kawan pejabat. Dia memaklumkan yang dia terbaca di facebook bermacam-macam komen mengenai guru tersebut. Ada yang nak tampar lah, apa la. Saya memang tak terbaca pula pasal komen-komen ni. Sebab tak ramai yang share. Jadi maklumat tak ada lah banyak yang saya dapat. Dan lagi satu, saya cepat muak kalau mencari, menerima maklumat-maklumat yang saya rasakan tak berapa perlu untuk saya tahu. Maksudnya, ambil tahu dengan kadar yang sederhana. Tak perlu melebih-lebih. 

Tengahari semalam, saya duk melayari facebook dan terbaca bingkisan dari Wardina. Memang penuh sarat makna disebalik kata-katanya. Perangsang dari seorang ibu kepada ibu. Rasanya ibu lebih memahami hati seorang ibu.

Bagi saya yang bukan seorang ibu. Mungkin melihat kejadian ini dari sudut yang berbeza. Mungkin diselangi dengan emosi. 

Bagi kejadian seumpama ini, kita tidak patut meletakkan kesalahan tersebut 100% kepada ibu bapa. 

Dari pandangan saya, sekiranya seseorang itu terlupa. Betul-betul terlupa, adakah kita akan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga lupa yang kita sendiri adakalanya terlupa. Sehingga mudah menghukum seolah-olah  kita lebih Tuhan dari Tuhan [pedas sikit la ayat ni eh]. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Apabila kejadian seperti itu berlaku, kita perlu berbalik kepada Allah. Berbaik sangka, apa yang Allah takdirkan untuk kita itulah yang terbaik. Memang pada mata kasar manusia, macam ni macam tu akan dilabelkan kepada kita, namun YAKIN, ALLAH Lebih Mengetahui dari apa yang kita ketahui. 

Namun. Namun sekiranya seseorang itu ewah ewah. Sesuka hati aje tinggal anak kecil kat dalam kenderaan semata-mata nak shopping, nak isi minyak ke apa. Haa, yang ni memang saya susah nak terima. Memang terasa geram. SENGAJA dengan BETUL-BETUL TERLUPA sangat jauh bezanya. Sengaja ibaratnya, kamu mengadaikan nyawa anak sendiri. Rasanya tak perlu mengulas panjang.

Mengungkap sabar memang senang. Namun, hanya yang menanggung yang memahami dan merasai semua itu. Kita hanya mampu berdoa dia diberikan kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua itu. Allah memilih dia kerana Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuan dia. 



Isnin lalu, 15 Julai 2013. Kereta saya mengalami kemalangan kecil. Adakah kerana lalai?? Laju?? Kalau bawah 100 laju tak? Saya berfikir semula, selepas kejadian itu. 

Pada pagi Isnin tu, turun kerja seperti biasa. Melalui jalan biasa. Ngam-ngam tepat dengan bumper kereta, melintas secara laju seekor binatang. Laju lariannya. Betul-betul di depan kereta dari celah-celah pokok-pokok kecil di tengah jalan. Saya dengar bunyi perlanggaran tu, saya hentikan kereta di sebelah jalan. Saya melihat kereta di depan saya yang hanya selang beratus meter sahaja di depan. Terdetik di hati 'nak kena dengan aku juga'. 

Keluar dari kereta untuk tengok binatang tu, namun tak ada. Eh dah di longkang sana dah. Dia cedera sikitlah kat kaki kanan. Orang yang lalu lintas kat jalan tu tak tahu dan tak berhenti untuk beri pertolongan walaupun ada kesan perlanggaran. Kepingan hitam [saya tak tahu nama nya] kat bawah tayar terdampar di tengah jalan. Yelah, mana diaorang tahu kereta saya kena apa dan apa-apa lagi. LOL! 

Saya menangis semasa telefon Abang 1. Menangis sebab saya dah tak mahu dalam diari hidup saya ada perkataan 'kemalangan' selepas kejadian 2009. Namun siapa kita yang mahu begitu begini. Allah lebih tahu walaupun perkara ini menyedihkan hati kita.

Telefon Abang 2, dia datang dari tempat kerja tolong bawa kereta. Sebab time tu saya takut akan berlaku kerosakan yang lebih teruk lagi sebab ada bunyi kat tayar.

Sampai rumah, Abang 2 naik kereta dia, saya naik kereta saya dengan tiada plat macam tu ke bandar KT. Terus ke balai buat report sebab nak claim. Lepas tu ke bank tanya itu ini berkaitan insuran. Cuti la saya pada hari tu. 

Antara ayat yang dikatakan kepada saya 'ala nak raya ni aida. banyak tu nak guna duit'. Memang kos dia agak banyak, tapi duit tu sendiri bukan kepunyaan kita. Memang kita simpan, namun tengok lah ianya akan diberi kepada empunya bengkel. Yang betul-betul duit kita adalah duit yang kita sedekahkan kepada orang lain. 


Semasa di Perodua, mereka tanya dengan sebenar-benar tanya. Adakah saya dilanggar?? Mereka hairan apabila bumper saya depan dan belakang mengalami kerosakan dan seolah-olah tak percaya dengan cerita saya :) Maka, bermalam lah kereta saya di bengkel. InsyaAllah mungkin minggu ni atau selewatnya minggu hadapan dah boleh ambil kot [bergantung kepada stok barang-barang kereta].

Apakah kaitan dengan cerita panjang lebar mengenai kematian anak kecil 3 tahun tu dengan cerita saya? Kaitannya, tiada seorang pun yang inginkan kesedihan. Kehilangan apa yang dia sayang. Namun, siapa kita untuk menghalang itu semua terjadi? Kita hanya manusia serba lemah. Yang boleh kita lakukan sentiasalah beringat-ingat. Kehilangan itu tetap kan terjadi di dalam hidup kita. Sebab kita tak memiliki apa-apa. 


1 comment:

  1. Mak budak tu akan rasa terhukum utk selamanya.. lebih perit.. lebih sakit dari semua org di dunia ini.. hukuman itu akan dia jalani seumur hidupnya.. moga tuhan ringankan beban emosi yg mak arwah budak tu alami..

    Betul aida.. tiada mak yg tak sayangkan anaknya..

    Tiada org yg mahu benda buruk berlaku..

    ReplyDelete

Terima kasih atas pandangan.