Tuesday, July 16, 2013

Satu Barisan

Imbauan
Dulu masa di sekolah menengah, kami ada seorang pengetua yang memang lain dari yang lain. Saya bukan main agak je ni, kiranya berani cakap lah. Memang susah nak cari pengetua macam dia sekarang. Susah bukan tak ada, tapi sukar nak diketemukan. 

Lain macam mana? Ok, macam ni. Untuk beberapa tahun di sekolah boleh dikatakan tahun tersebut amat gemilang. Oh. Mungkin saya perasan. LOL! Namun saya tetap akan mengatakan gemilang dan best walaupun kedengaran macam ek eleh. Sebelum ek eleh, meh saya ceritakan dulu.

Kami mempunyai senior yang sangat best dan cerdik. Hampir keseluruhan kelas yang ada sememangnya mempunyai prestasi yang boleh dibanggakan. Kagum oo dengan senior kami masa tu. Ustazah/cikgu siap cakap. Si polan ni macam ni. Kalau study, memang study betullah. Takde main-main punya. Kalau kamu nak ngorat, urmm jangan haraplah. Sebab si polan ni tak pandang semua tu. Ok, perkara ini kami [ramai pelajar] akui. Dia head boy kat sekolah. Tambah la kami kagum akan personaliti dia. More kepada akademik lah. 

Ok, kembali kita ke permulaan jalan cerita tadi. Untuk tahun itu adalah tahun kegembiraan. Setiap waktu tengahari, selepas kami tamat waktu persekolahan. Loceng dah berbunyi. Haish! Bunyi loceng memang lah sangat dinanti-nantikan. Lepas tu masing-masing sibuk bawa hal macam-macam. Ulang lagi, selepas loceng berbunyi kami semua akan bersiap-siap untuk tunaikan solat Zohor berjemaah. Serius, memang dah jadi macam rutin lah. Macam, semua pelajar tahu. Jam 1.00 petang adalah waktu untuk bersiap-siap untuk solat Zohor. Tak kira lelaki atau perempuan. Nak kata kami sekolah elit. Tak adalah. Nak kata kami ni semua bagus-bagus, tak ada lah juga. Namun, masing-masing macam dah set dalam kepala. 1.00 petang faham-faham lah korang semua hey!

Bagi yang tak boleh nak solat pula, maka mereka akan berkumpul di kantin sekolah. Ada yang buat kerja sekolah. Ada yang lepak-lepak. Ikut suka hatilah.

Kenapa kami macam ni?? Sebabnya, kami mempunyai pengetua yang sangat menitik beratkan SOLAT dan disiplin diri. Dia akan turun padang untuk pastikan semua pelajar solat berjemaah. Surau sekolah kami masa tu kan, mesti penuh sampai ke belakang. Beliau dan guru-guru lain akan mencari pelajar yang mana ponteng kelas ke apa. Tapi time tu kan, tak ramai sangat yang ponteng kelas. Kalau ada pun, muka-muka yang kita boleh agak. 

Semasa solat, kami semua diingatkan agar rapatkan saf. Memang saf sangat-sangat rapat sampaikan tak ada ruang langsung. Masa tu, tak ada lah pulak kami ni semua merungut. Tak selesalah ke apa, masing-masing macam redha, macam mengerti. Mungkin di kala itu kami mempunyai jiwa yang bersih :) Nama pun budak-budak sekolah kan. Jadi tak banyak sangat kerenah. Selepas solat akan ada tazkirah. Macam tu la hari-hari kami.

Sekarang
Pada malam 2/3 Ramadan baru-baru ni. Saya ke sebuah masjid. Di sebelah kiri saya makcik dan di sebelah kanan pun makcik juga. Masa kami menunggukan waktu Isyak. Makcik kiri tu cakap. 'Kesot lalu ar tepi. Kekgi orang naik pulok'. Saya memang blur masa tu. Tak faham apa makcik maksudkan? Bilamana saya lihat tangan dia menolak sejadah dia dan saya ke arah kanan maka fahamlah saya. Saya cakap kat makcik tu. 'Bukan ke lagi molek kalau saf ni rapat'. Makcik tu jawab 'awak orang muda, dakpelah. Makcik sakit kaki'. Saya terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Selepas tu, masa nak dirikan solat Isyak. Saya rapatkan badan pada makcik sebelah kanan ni, yelah dah ada ruang lagi. Jadi memang saya rapatkan sekadar bertemu lengan ke lengan dengan makcik ni. Sekali kan dia cakap 'dok payoh rapat sangat, kekgi payoh nok duduk'. Sekali lagi. LOL! Gelak campur bere [bere ni macam malu giler ar] pun ada. Saya terfikir. Tak semua kot orang nak rapatkan saf, sebab dah selesa dengan zon dia. Setiap orang lebih suka ikut sejadah masing-masing. Padahal kebiasaannya sejadah ukuran dia agak besar, jadi memang tak sesuai untuk kita mengikut sejadah aku zon aku, sejadah engkau zon engkau. 

Elok je malam berikutnya. Imam buat pengumuman KHAS masa kami nak tunaikan solat Isyak, 'mohon agar kerjasama jemaah untuk merapatkan saf dan biarlah amal ibadah yang dibuat adalah lebih baik dari malam semalam. Jemaah perempuan mohon juga rapatkan saf agar jemaah, walaupun kami tak nampak dari sini. Tapi ada aduan mengenai perkara ini'. Saya terus teringat akan kejadian malam tadi. Tapi BUKAN saya yang buat aduan, sebab saya tak kenal pun imam. HAHAHA. Memang terkedu oo. Selepas tu, diingatkan juga agar ibu bapa yang bawa anak-anak mengawal tingkah laku agar tak ganggu jemaah yang lain. Terkejut juga, sebab jarang sangat Imam yang buat announcement macam tu. Biasanya, Imam cakap 'rapatkan saf' macam tu je. Lepas tu terus solat. Dua malam perihal saf agar dirapatkan diumumkan secara khas. 

Ok, saya teringat satu ayat la yang saya baca, tapi tak pasti kat mana. Lebih kurang macam ni maksud dia. Kalau kita bagi ruang kepada orang lain, insyaAllah Allah akan bagi ruang kepada kita. Yang saya faham. Orang saf pertama perlu rapatkan saf agar orang saf kedua dapat naik ke atas. Orang yang berada di saf kedua perlu rapatkan saf mereka agar orang yang di saf ketiga dapat naik ke saf kedua. Saling tolong menolong agar semua orang dapat duduk di saf yang lebih baik. Tentu ada jemaah yang datang lambat tapi nak sangat duduk kat saf depan. Sebab tu lah, kita perlu bagi ruang pada sesiapa sahaja. Kalau nak solat dengan selesa, tak nak rapat-rapat bahu ke bahu. Rasanya adalah lebih elok solat kat rumah. Itu yang saya fikirkan. 

Tapi kan, kenapa eh latihan kawad atau apa jua perbarisan kat padang tu haa. Boleh pulak eh kita rapatkan barisan. Luruskan barisan. Siap kena denda kalau barisan umpama ular kena hentak. Haa, pandai pulak. 

Nampak apa yang saya cuba sampaikan? Saya kadangkala tak pandai jaga ayat. Sorry terasa dan bukan bajet bagus.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.