Tuesday, July 9, 2013

Sedarlah Duhai Diri. Sedarlah!

Sudah lama tidak menulis satu entry untuk peringatan kepada diri sendiri. Sudah lama sangat. Saya sukakan tazkirah yang mengingatkan diri agar tidak lalai. Tidak jauh dari landasan agama. Sentiasa beringat-ingat akan hidup ini ada tujuannya. Sebab saya selalu lalai. Sebab saya manusia biasa. Sebab saya perlukan dahan untuk berpaut [kenapa entah terbayang saya bergayut kat pokok. LOL]

Esok kita akan mula berpuasa. Semua sudah maklum melalui pengumuman kat tv. Tapi saya tak sempat melihatnya, urmm mungkin juga disebabkan tv tu tak dapat ehsan dari RTM kot. 

27 Syaaban yang lalu, genap 4 tahun arwah che [ummi bak kata adik 2] menemui Ilahi. Seingat saya, pada petang Sabtu tu. Saya tertunggu-tunggu sms daripada kakak dan juga abang, adik namun tiada. Benda ni selalu saya tunggu bilamana 3 hari sebelum puasa. Senang nak ingat kan tarikh ni. Saya berkira-kira untuk menghantar sms namun tak buat apa-apa pun. Pada hari Ahad, selepas saya off handphone. Barulah ada beberapa sms yang masuk. Salah satunya ialah dari adik 2. Kenapa baru hantar hari Ahad? Ini dah 28 Syaaban. Semalam lah genap 4 tahun. Otak duk bercakap lagi. Bila saya teliti masa sms dihantar. Barulah perasan, sms dah dihantar pada hari Sabtu di petang hari. Handphone saya yang problemo itu pasal sms lambat sampai.

As salam, ari ni 27 Syaaban genap 4 tahun umi tercinta telah meninggalkan kita moga kita perbanyakkan doa untuk umi supaya diramati Allah. Amin [copy je sms adik 2]. Saya tahu dan pasti, semua anak-anak memang mahu yang terbaik untuk orang yang disayangi mereka. Kami pun begitu. Rasa sedikit beremosi pula bila membaca sms adik sendiri. Tadi ok je. Ini dah menangis ni. Dah luar dari rancangan asal nak menulis ni.

*************************

Ok, saya sambung balik apa yang saya nak tulis.

Esok Ramadan, dah bulan puasa. Bulan puasa, bulan puasa. Ok semua orang tahu esok dah nak puasa. Tapi mengapa hati masih tidak berperasaan. Saya cakap kat kawan-kawan yang rapat. Orang tahu esok puasa, tapi entah. Dok rasa pun feel tu. Dok tahu la. Serious! memang saya tak rasa. Sampaikan saya cuba memikirkan bagaimana eh saya di bulan puasa yang lalu ketika mula-mula nak berpuasa?? Sampai macam ni sekali gayanya. Hai, macam lena dalam jaga.

Saya rasa takut, urmm lebih kepada adakah saya akan sia-siakan Ramadan pada kali ini?. Adakah saya akan menggunakan Ramadan pada kali ini dengan semaksimum yang mungkin? Gunakan dan manfaatkan sehabis yang baik yang boleh saya buat? Saya tetapkan di hati, semoga pada kali pertama kaki melangkah saya adalah bersih. Maksudnya, saya perlu bersihkan diri untuk memasuki Ramadan. Itulah yang saya gemakan di hati. Yalah, saya selalu pasti yang setiap orang inginkan yang terbaik, punyai azam yang berbeza-beza mengikut diri masing-masing untuk menghadapi Ramadan. 

Saya rasa sayang, andai puasa saya hanya satu puasa, yang sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Saya rasa sayang andai saya sebegitu. Saya rasa rugi yang amat. Rumit ya deh bila berperasaan begini.

Saya ada membaca perihal bazar/pasar Ramadan yang akan lahir bagaikan bayi lahir di hospital di seluruh negara. Itu tak berapa nak menggamit hati disebabkan saya bukan kaki bazar sangat. 

Mula berkira-kira di manakah saya akan berterawikh. Ah, banyaknya saya fikir. Sebab mungkin ianya tidak akan sama seperti tahun-tahun yang lepas. Saya berkira-kira untuk cuba di tempat baru. Baru berkira-kira. 

Saya harap perancangan yang saya nak buat akan berjalan dengan baik di bulan mulia ni. Amin. Err, bukan perancangan apa-apa pun. Sekadar saya nak buat. Itu aje. Contoh mudah : 30 hari nak masak je kat rumah, tak beli lauk pauk apa pun kat bazar. Haa, macam tu la. Tapi ini contoh aje tau, saya bukanlah sampai masak tiap-tiap hari sampai genap 30 hari. Bertuah la kalau macam ni. HEHEHE


Surah 67 Al Mulk (The Kingdom) - Mishary Rashid Al Afasy سورة الملك

Semalam, saya cari balik video ni yang pernah saya lihat dulu. Satu yang saya teringat perihal surah ini ialah gunung berapi. Gambaran gunung berapi di dalam video ya, takut salah faham :) apa yang saya tulis. Surah ni, banyak mengingatkan kita mengenai hari akhirat. Saya duk fikir-fikir, Allah ciptakan gunung berapi untuk kita renungi ciptaanNya. Letusan, lahar yang mengalir yang membuak-buak panasnya seolah-olah itulah gambaran bagi api neraka. Betapa kerdilnya kita kan. Jadi, saya sajelah share kat sini. Boleh kita tengok sama-sama dan mungkin kita boleh sama-sama fikir dan renungi dengan pemikiran yang berbeza.

Akhir kata, selamat menempuh Ramadan :)