Monday, July 29, 2013

Si Kancil dan Si Vivi

Si kancil adalah kesayangan saya satu tika dulu. Kereta yang banyak menyaksikan susah payah saya untuk ke sana ke mari. Kereta yang saya beli selepas beberapa bulan berkerja. Kereta second hand yang bertuah memiliki saya sebagai tuannya. Eh bukan, bukan. Sebetulnya saya yang bertuah kerana memiliki kereta yang sehebat ini.

Saya pernah memberitahu, dalam sesetengah perkara saya agak cerewet untuk membeli. Lalu tentu ada yang bertanya, sekiranya cerewet kenapa second hand yang menjadi pilihan hati? Kenapa tidak dibeli sahaja kereta yang baru??

Beberapa tahun yang lalu, saya masih budak mentah yang mempunyai keinginan sendiri. Di ketika itu, kereta kancil bermodel baru telah selamat dikeluarkan oleh Perodua. Namun hati saya sedikit pun tidak berpaut. Tidak jatuh cinta sekalipun, tidak membuatkan saya dug dag dug dag. Tidak. Matlamat saya jelas dan teramat jelas pada waktu itu. Saya ingin memiliki kancil model lama yang saya rasakan lebih cantik di mata saya, lebih 'kancil' dari model baru. Kerana ini wajah kancil yang asal. Sulit untuk diperjelaskan namun diharap kalian memahaminya. Disebabkan model baru tidak menambat hati, itulah sebabnya saya memilih untuk membeli model lama.

Kakak 1 banyak membantu saya. Jasa dia memang saya akui, sebab dia rajin menerjah dari satu kedai ke satu kedai kereta terpakai sementara saya pula pergi kerja balik kerja. HAHA!

Akhirnya, dia memberitahu ada satu kereta yang masih ok lantas mengajak saya untuk melihat di kedai.

Selepas sampai ke kedai, saya melihat kereta biru itu dan terus suka. Cuma kan, dalam hati masih berkira-kira pasal harga. Saya akui tidak begitu memahami harga, tidak mengetahui dunia kereta.

Selepas banyak pertimbangan dibuat, saya akhirnya membeli si kancil biru ini dengan harga RM15,000.00. Selepas dicampur semua-semuanya adalah dalam puluh-puluh ribu yang perlu dilunaskan. 20k macam tu je. HEHEHE. Cakap puluh-puluh ribu macam lah 80k ke apa.


Satu petang, kereta yang diletakkan di parking mengalami kekotoran yang menyakitkan hati. Nak jadi kisah, biasalah setiap hari akan ada lori yang menyiram pokok bunga di tepi-tepi parking. Nasib tidak menyebelahi keretaku, habis semua percikan lumpur terkena belakang kereta. Bapaknda rajin tolong basuhkan lumpur tu semua. Masa tu saya duk bebel-bebel sebab marahkan orang yang siram pokok bunga tu. WEE! Kalau saya cakap saya sayangkan kereta ini, mak ayah saya lagi sayang kat kereta ni. Bukannya tak ada adik-beradik lain yang ada kereta. Entah, mungkin kereta ni ada depan mata. Sebab tu lah mereka sayang juga kot. Kalau ada kotor sikit-sikit pun, biasanya arwah mak [che] yang akan tolong lap atau apa-apa lah. Tapi tak ada lah sampai tahap basuh eh :)


Dulu saya sangat rajin basuh kereta ni. Tiap hari Jumaat maka akan adalah episod memandikan kereta ni. Memang keadaan kereta ni sentiasa bersih. Perasan tak bumper kat sebelah kiri ni? Itu mungkin kesan perlanggaran ke apa entah tinggalan pemilik kereta yang pertama ni. Saya tak baiki apa pun. Biar je macam tu sebab tak menjejaskan apa-apa. Mula beli tu kan, absorber dia dah 'mati'. Jadi saya tukar baru. Kira-kira tak banyak sangat duit dihabiskan untuk si kancil ni.


Rasa macam dah pernah upload je gambar ni semua. Urmm. Nak dijadikan cerita, kereta ni yang saya jaga sebaik mungkin. Tak mendatangkan masalah apa-apa pun sepanjang 4 tahun lebih. Enjin sangat tip top. Calar balar memang tak ada sangat sebab first owner ni sangat pandai menjaganya. Cuma bila kat tangan saya, biasalah duduk kat kampung. Eh eewah ewah ayam datang naik kat kereta lah, kambing naik kat depan bonet lah. Memang sangat banyak calar balar parut marut kat wajah kereta ini. Dalaman kereta ni memang bersih. Saya memang jaga tak kasi ada pasir walau satu pun kat karpet kereta. Pasir yang halus atau debu-debu tu lain cerita lah. Maksud saya pasir kasar yang boleh nampak di mata kita. Mungkin sebab kereta ni senang nak jaga, kecil dan comel. 

Hanya selepas 2009, selepas kemalangan. Saya berhajat untuk menukar kereta ni demi bapaknda yang disayangi. Macam tahu-tahu aje kita nak tukar dia. Mulalah kereta saya ada orang langgar lah, alarm ada problem lah. Lock pun bermasalah jadi terpaksa tukar satu set. Banyak sikit lah masalah dia. Lepas kita dah baiki tu kan, masih lagi bermasalah. Dia macam dah tak serasi dengan saya. Merajuk senang ceritanya. Saya tahu masanya telah tiba, perpisahan adalah yang terbaik.

Akhirnya pada tahun 2010, saya jualkan kereta ni kat tangan orang lain. Senang je, letak aje dalam mudah.com lepas tu ramailah yang telefon tanyakan kereta ni. Seingat saya, pembeli yang beli kereta ni kan, dia datang dari Kelantan lepas tu terus berkenan.  Maunya tak, dalaman ok, enjin pun ok. Bila dia selak karpet, urmm tak payah nak pakai selipar. Memang baru. Sebenarnya saya SAYANG sangat kat kereta ni, terasa tak nak jual. Macam berbelah bagi nak jual ke tak nak. Namun bukan mampu nak membayar dua kereta dalam satu masa. Kita perlu lepaskan dan tak boleh tamak sangat. Kalau bukan kerana bapaknda sendiri tentu saya berkancil je sampai hari ni. Saya lebih selesa berkancil :) Mulalah bila tengok kat jalan bila tengok kancil warna biru, terkenang jua keretaku itu. Fiuhh!


2010. Saya membeli kereta baru. Alhamdulillah. Impian saya nak memiliki kancil [list 10 tahun] tercapai. Urmm, kereta selepas si vivi, saya berkenan sangat pada satria neo. Jeles oo bila tengok perempuan yang pandu. Rasa macam bestnya kalau dapat drive pusing kampung. LOL! Apapun memang bersyukur sangat untuk peluang memiliki kedua-dua kereta ini :)


berkenan juga pada nissan juke. Kereta angan-angan. Saya memang buta kereta, tapi kereta ni cantik di pandangan saya. Tahu kewujudan kereta ni semasa kami berlasbela di Bandung pada tahun lepas. Kat Malaysia sangat jarang lah [ke tak ada langsung] saya tengok orang pandu kereta ni. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas pandangan.